Chapter 11

Romance Completed 23170

(BAB 11)

Sunyi!Keadaan dalam kereta itu sunyi seperti dalam hutan.Hutan lagi meriah.Paling kurang ada bunyi unggas dan harimau.Lagu yang berkumandang dikuatkan oleh Arnani dan diperlahankan oleh Ziyad.Keadaan begitu berterusan sehingga Arnani rasa geram dan bersandar sambil berpeluk tubuh.Dia melihat permandangan luar.

"Aku tak suka kau rapat dengan Fahmi,"Ziyad memecahkan sunyi.Masih lagi serius walaupun memakai cermin mata hitam.Arnani menoleh dan menaikkan bibirnya sikit.

"Eh,biarlah.Kawan kut.Kenapa pulak tak boleh rapat?,"tanya Arnani.Sedikit keras.Dia menunggu pulak jawapan dari Ziyad.Ziyad mendengus.

"Aku kata tak boleh tak bolehlah.Bukan susah pun,"tengking Ziyad.Terangkat bahu mendengar tengkingan Ziyad.Sudah lama dia tidak ditengking begitu.Kalau dulu kerana salahnya namun kini dia tidak pasti dimana silapnya.

"Kau dah pahal nak tengking,marah.Kalau tak ikhlas hantar aku balik,berhenti aku boleh balik sendiri.Tak payah nak tengking aku.Menyesal aku tak ikut je cakap Fahmi nak hantar aku,"Arnani menambahkan lagi bara di hati Ziyad.Ziyad segera memberhentikan kereta tiba - tiba.Arnani terhantuk ke cermin hadapan.Dia mengerang sakit.Dahinya sedikit bengkak.Ziyad tersentak dan cuba untuk menyentuh dahi Arnani.Namun,ditepis kasar oleh Arnani.

"Sorry,aku tak sengaja.Aku terlalu ikutkan perasaan,"Ziyad meminta maaf.Dia benar - benar merasa serba salah.Dia ingin menyentuh namun sekali lagi ditepis kasar.

"Jom,aku hantar pergi klinik.Nanti melarat,"Ziyad cuba memujuk.Dia kerisauan.'Damn it,kalau aku tak ikut perasaan mesti tak jadi macam ni,' Ziyad mengutuk dirinya.

"Tak payah.Hantar aku balik,"arah Arnani.Dia betul - betul marah dengan Ziyad.

"No,aku hantar kau pergi klinik,"pujuk Ziyad lagi.Ziyad sudah buntu.

"I don't want.Just send me home or I will go out from this car,"ugut Arnina.Dahlah dahinya sakit kini ditambah pula dengan sakit hati dengan sikap Ziyad.Ziyad hanya menuruti.

30 minit kemudian,mereka sampai.Ziyad memberhentikan keretanya.Arnani mengambil tas tangannya dan ingin berlalu keluar.

"Fahmi tu buaya darat.Aku selalu dengar dia pasang banyak perempuan dekat UK dulu.Aku pun pernah nampak,jadi aku taknak kau termakan jerat dia.Sebab tu aku tak mahu kau rapat dengan Fahmi,"ujar Ziyad tiba - tiba.Arnani tidak pula menoleh walaupun dia mendengar.Setelah itu,Arnani segera keluar.

Arnani tidak langsung menoleh ke belakang walaupun kereta Ziyad tidak pergi.Dia membuka pagarnya dan mengunci tapi matanya tetap tidak tertancap pada pada Ziyad.Sehinggalah dia masuk ke dalam rumah.Ziyad mengeluh hampa.Deruman enjin menandakan Ziyad sudah pergi.

Arnani melihat dari tingkap luar.Dia tersandar di pintu.Dan,memeluk lututnya.Sakit didahinya tak setanding sakit yang menempa dalam hatinya.

'Jangan bagi aku harapan Ziyad.Cukuplah Ziyad,aku dah letih.Cukuplah Ziyad,'Arnani menangis lagi.Bilakah bahagia akan menjemput dia?Masih lagi tiada jawapan.

●●●●●●●●●●●●●

Malam itu,sesudah solat Isyak Arnani menghempaskan tubuhnya ke katil.Badannya sungguh penat.Dahinya yang bengkak sudah surut sedikit.Namun,sakit dihatinya masih lagi sama,tapi dia hanya membiarkan saja.Ketika dia hampir terlelap,bunyi pesanan whatsapp masuk.Dia segera ambil dan membaca.Dari Ziyad.

Aku minta maaf pasal tadi.Aku rasa bersalah sangat.Please maafkan aku. :(

Arnanj tidak membalas.'Online,'Ziyad masih lagi menunggu.Dia duduk di atas katilnya dan bersandar di kepala katil.Sungguh dia betul - betul risau.Ziyad mencuba sekali lagi.

Please Arnani binti Johari.Reply my whatsapp.Please forgive me.Aku tak boleh tidur selagi kau tak maafkan aku. :/ :/ :/ :/!!!!!

Arnani tergelak sendirian.Dia saja mendera hati Ziyad.Dia hanya membiarkan blueticks.'Nak balas ke tak?!'Arnani keliru.Namun,dia kesian.Lalu dia decide nak balas.

Yelah,aku maafkan kau.Dah pergilah tidur,aku pun nak tidur.Esok aku ada kursus.

Ziyad menjerit kecil.'Yess,' hatinya bersorak.

Okay,selamat malam Nani.All the best for tommorow.

Blueticks dari Arnani menunjukkan whatsapp dia send dibaca.Ziyad berbaring sambil merenung ke siling biliknya.Ziyad memegang dadanya.Berdebar?Tapi untuk siapa?Ketukan di pintu mematikan khayalannya.Puan Sri Jie masuk ke dalam bilik anak terunanya dan duduk di katil.Ziyad bingkas bangun.

"Ada apa mama?,"tanya Ziyad.Sedari tadi Puan Sri Jie memandangnya sambik tersenyum lebar.

"Takde apa,"balas Puan Sri Jie pendek.Ziyad mengecilkan matanya.Dia tidak percaya.

"Okaylah,okaylah.Mama nak cakap,kalau suka dan sayang jangan lepaskan," ujar Puan Sri Jie untuk anaknya.Ziyad mengerutkan dahi.Tidak mengerti.

"Arnani perempuan yang baik,nak.Sia - sia kalau lepaskan dia.Lupakan kenangan silam dan jangan bazirkan peluang yang ada.Mungkin tak akan datang lagi nanti," terang Puan Sri Jie.Dia meninggalkan Ziyad keseorangan.Dia berdoa agar Ziyad sedar dan terbuka hati menerima bahagia yang menunggu.

Ziyad terdiam.Dia cuba merasionalkan akalnya.Arnani dan dia?Tak mungkin.Tapi kenapa hatinya berdegup lagi bila bersama dan mendengar nama Arnani?Apakah benar aku jatuh cinta?Sahabat sendiri.

'Ya Ziyad.Kau cintakan sahabat kau sendiri,Arnani,'bisik suara dari mana.

"Siapa kau?," tanya Ziyad.

'Aku ialah suara hati kau.Suara itu berbisik kepada hati Ziyad.Ziyad berbaring ke katilnya dan menekup muka.Berharap agar suara itu hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience