Chapter 5

Romance Completed 23170

(BAB 5)

Alunan lagu Selamat Pengantin Baru dari nyanyian Saloma merancakkan lagi majlis resepsi adik Armanani dan Syarif.Tetamu semakin ramai bertandang meraikan pasangan pengantin di dewan ekslusif.Memandangkan Syarif merupakan anak dari golongan korporat maka sedikit sebanyak tetamu yang hadir juga berpangkat.

Arnani masih sibuk dibahagian pemberian cenderahati untuk tetamu - tetamu.Hari ini dia merupakan salah seorang yang sibuk memastikan majlis ini berjalan lancar.Dia berasa gembira sedikit sebanyak rancangannya yang diterima berlangsung dengan baik.Aisya,sepupunya berlari keanak -anakkan menuju kepada Arnina.Wajahnya kelihatan cemas.

"Nina,matilah kita Nina.Habis,"bicara Aisya dalam kelelahan.Peluh memercik jatuh ke dahinya.

"Kenapa?Apa yang habis?Makanan?," Arnani turut cemas.Dia mengerutkan dahi.

"Bukan,ini lagi besar.Pengapit adik kau,sakit.Dia demam panas,tak dapat datang," Aisya menjawab pertanyaan Arnina.

"Oh,pengapit demam.Hah!!!Kau biar betul?Semalam aku tengok okay je kawan adik aku tu," Arnani juga berasa cemas.Habislah,pengantin akan masuk lagi 1 jam.

"Manalah aku tahu,dia dah nak sakit.Sekarang ni mak kau panggil kat bilik persalinan.Baik kau pergi sekarang," gesa Aisya. Dia menarik tangan Arnani.Nasiblah ada orang ganti tempat Arnani.

Arnani dan Aisya tiba dibilik persalinan.Dia melihat Armanina sudah termenung menongkat dagu di meja solek.

"Hah,datang pun kau Nani.Mak dah pening dah ni,"Mak Lijah sudah terduduk.Dia menepuk dahi.

"Jap mak bagi Nani cari sesipa gantikan tempat Liza.Adalah tu,"Arnani hendak melangkah keluar.Namun,dia ditahan oleh Mak Long Nab

"Tak payah,dah tak sempat.Sekarang ni kau je ganti.Nak cariborang bukannya sempat,lagipun baju pengapit sama badan dengan kau," arah Mak Long Nab.Arnani hanya melopong kosong.

'Alamak,aku tak nak.Buat kerja gila ke apa,buatnya aku pengsan ke,jatuh ke,naya je'detik hati Arnina.Dia mengatur langkah ingin melarikan diri.

"Hah,kau jangan lari Nina,"Mak Long Nab menarik tangan aku.Arnani menggeleng - geleng menyatakan ketidakmahuannya.
Armanani segera datang kepada Arnani dan meraih tangannya.Mukanya seakan kucing mati anak.

"Kak Ngah,tolonglah Nani.Nani janji Nani takkan minta apa dah,tolonglah Nani,Kak Ngah,"rayu Armanani.Dia menggengam kuat tangan kanan Arnani.

"Er,Kak..Ka..k, Ngah,"Arnani gugup.Dia mengambil nafas panjang sebelum menghela.Armanani di sisi direnung.

"Yelah,Kak Ngah tolong,"putusnya.Arnani tidak sanggup melihat adiknya itu berasa sedih dihari bahagiannya yang sepatutnya tiada sebarang masalah.

"Dah dah cepat.Lagi 45 minit kau nak pergi bersanding.Mak Long Nab,make upkan saya cepat,"arah Arnani.Mak Lijah tersenyum dan menepuk bahunya perlahan.Arnani mengambil baju putih bersulam benang biru ditangan Aisya dan pergi menukar pakaian.

●●●●●●●●●●●●

Arnani merenung dirinya seketika.Pantulan cermin itu menunjukkan dirinya.Dia seakan terpaku.Solekan yang dilakukan oleh Mak Long Nab benar - benar magis.Arnani kelihatan cantik dengan solekan yang nipis namun menyerlahkan dirinya.

Matanya yang bundar diletakkan alis liner hitam.Bulu matanya pula dilentik sedikit bagi menekan garis matanya.Eye shadow krim dioles sedikit bagi mencantikkan lagi matanya.Pemerah pipi disapu sedikit untuk menaikkan tulang pipinya menjadi tinggi.Bibirnya pula dioles lipstik merah seperti Taylor Swift.Tuhan,Arnani sungguh cantik.Ini bukan Arnani yang sebenarnya.

"Pengantin lelaki dah sampaiiii,"teriak Aisya.Dia memanggilku dibilik persalinan menyuruh aku bersiap sedia.

"Aisya,aku takutlah.Macam mana nanti kalau aku jatuh,atau aku buruk orang gelakkan,"Arnani menggeletar cemas.

"Choii,mana ada.Kau cantik gila.Superb,aku yakin mesti semua orang kenyang makan lalat sebab tengok kau lawa sangat.Trust me,nothing is gonna happen," Aisya meyakinkan Arnani.Sungguh dia tidak tipu,memang Arnani sungguh cantik.Arnani mengangguk dan menghadiahkan senyuman kecil menutup debaran dihatinya.

Arnanj berdiri tempat disebelah adiknya.Di sebelah adiknya,Syarif sudah bersiap sedia bersama pengapit lelakinya.Syarif mengulurkan tangan untuk Armanani dan disambut.

"Mengumumkan ketibaan pengatin kita,Armanani dan Syarif," juruacara mengalukan kedatangan mereka.Tepukan dari para hadirin mencemaskan lagi debaran Arnani.Namum,dia masih mampu mengawal.

Arnani melangkah masuk dengan tenang.Dia berjalan dengan teratur agar sama dengan langkah pengantin sehari.Dia melihat Mak Lijah tersenyum sayu.Barangkali sedih kerana anak bongsunya sudah mempunyai keluarga sendiri.

Arnani melangkah tenang.Namun,pandangannya tertancap pada susuk tubuhnya dimeja hadapan.Ziyad!Hatinya berdegup laju apabila mata Ziyad tidak henti - henti merenungnya dengan perasaan yang sukar dia tafsir.Arnani sedar dan terus melangkah menuju ke mahligai pelamin yang dihias elegan bersama taburan mawar putih dan merah.

Acara silat dilakukan selama 10 minit dihadapan pengantin.Diikuti dengan acara menepung tawar.Arnani membersihkan daun rampai yang bertaburan dibaju Armanani.Dia sedar,mata Ziyad tidak henti memandang dirinya.

"Selesai sudah acara menepung tawar.Kini,saya memperolehi permintaan dari Aisya sepupu pengantin yang dituju kepada pengapit perempuan juga merupakan kakak pengantin.Aisya meminta pengapit untuk menyanyikan lagu buat raja sehari kita.Dipersilakan Arnani,"usai juruacara berkata.

Lagi sekali,Arnani melopong kosong.Dia memandang Armanani.Armanani hanya mengangguk dan Aisya menunjukkan thumbs upnya.

'Ya Allah,gila betullah Aisya ni.Minta yang bukan - bukan,'hatinya mendongkol.Dia memberi renungan maut pada Aisya dibawah dan Aisya hanya berkata sorry,tersengih.Arnani pergi ke tengah pentas yang sudah disediakan kerusi.Dia mengambil gitarnya.Nampaknya,macam dah dirancang.

"Assalamualaikum,saya tujukan lagu ini khas buat adik saya dan adik ipar saya.Semoga bahagia sehingga ke anak cucu,"audiens dibawah hanya melihat ke arahnya.Dia memetik gitarnya memulakan irama.

How do I get through one night without you
If I had to live without you
What kind of life would that be
Oh and I,I need you in my arms
Need you to hold
You're my world,my heart,my soul
If you ever leave
Baby,you would take away everything good in
My life

Without you there'd be no sun in my sky
There would be no love in my life
There'd be no world left for me
And I,baby I don't know what would I do
I'd be lost if I lost you
If you ever leave
Baby,you would take away everything real in
My life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever,ever survive
Oh,how do I live.

If you ever leave
Baby,you would take away everything
Need you with me
Baby,'cause you know that you're everything
Good in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever,ever survive
How do I live,how do I live
How do I live
Without you baby

Arnani menamatkan nyanyiannya.Dia menunduk seketika dan tepukan gemuruh dari para hadirin.Keluarganya bangun dan menepuk dengan kuat,anak buahnya Amirul dan Haikal bersiul kuat diikuti sepupu lelaki - lelakinya.Arnani tersenyum banggan dan menunduk hormat.

Ziyad masih disitu,tak henti merenung.Arnani membalas seketika sebelum berlalu pergi.

Ziyad terpaku.Dia memegang dadanya sekejap.Debaran gila apa yang melanda hatinya kini,dia sendiri tidak pasti.'Gila,'hatinya berperang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience