Chapter 21

Romance Completed 23170

(BAB 21)

Sudah seminggu peristiwa yang berlaku antara dia dan Ziyad terjadi.Semenjak itu Arnani lebih banyak termenung dan berdiam diri.Namun,dia masih mampu menyelesaikan segala tugasan di pejabat.Sehingga kini tiada berita Ziyad.Kalau tidak mesti penuh isi telefonnya dari Ziyad tidak kira pesanan ringkas,whatsapp dan panggilan.Pasti ada,tetapi kini seakan luput dek waktu.Dia mula merindui semua itu.

"Selamat pagi,cik,"ucap Laila.Dia menuruti langkah Arnani dari belakang.Seperti biasa tugasnya setiap pagi untuk memberitahu setiap jadual Arnani untuk setiap hari.

Arnani meletakkan briefcasenya dan tas tangan dia atas meja.Dia duduk dikerusinya dan bersandar tegak.Dia mendengar dengan teliti setiap jadualnya.

"Dan esok cik ada meeting dengan Encik Anas di Megah Holding mengenai projek resort di Seremban pada pukul 2,"Laila mengakhiri pembacaannya.Dia memegang erat ipad mininya.Arnani sedikit pelik mengenai jadualnya yang terakhirnya.

"Encik Anas?Bukan Tuan Ziyad ke?,"soal Arnani.

"Lah cik tak tahu ke?,"soal Laila kepadanya.Eh eh,orang tanya dia,dia tanya aku pulak.Arnani menggeleng.

"Encik Ziyad akan pergi ke UK pagi ini untuk menguruskan projek disana,"terang Laila.Arnani mula bangun tiba - tiba.Dia mengambil tas tangan dan meluru laju keluar.Laila berhenti untuk meneruskan penerangannya.Dia tidak sempat mengejar Arnani sudah lesap.

"Tapi cik,Tuan Ziyad cuma pergi 2 minggu saja,"kata Laila perlahan.Sudahnya dia kembali ke tempatnya untuk memulakan kerja - kerjanya yang menimbun.

●●●●●●●●●●●●

Arnani memandu keretanya selaju yang mungkin.Dia tidak kisah disaman asalkan Ziyad di sempat jumpa.Hampir semua kereta dia potong barisan di tengah - tengah jalan raya ibu kota itu.Dalam hati dia berdoa agar dia tidak ketinggalan Ziyad.Sesampai saja di Lapangan Terbang Kuala Lumpur dia terus memakir keretanya di tempat yang disediakan dan keluar.

Dia berlari - lari anak sambil memandang kiri dan kanan.Mencari gerangan insan yang dicari.Dia mencari papan tanda perjalanan pesawat.Dia membaca.Perjalanan ke UK melalui pintu berlepas yang ke 3 akan berlepas lagi 30 minit.Dia segera pergi menuju ke situ.

Akhirnya,dia ternampak Ziyad sedang duduk dan memandang ke tempat lain.Dia masih tidak nampak Arnani di belakangnya.Hanya Fahmi yang nampak dia dan terkejut dengan kehadirannya.Namun,Arnani membuat isyarat supaya diamkan saja.Ziyad mengajak Fahmi bangun untuk pergi ke balai pelepasan.

"Kau betul ke nak tinggalkan aku?Kau dah tak nak usaha untuk dapatkan hati aku lagi?,"suara Arnani akhirnya terlontar keluar.Airmatanya sudah lebat singgah di kedua - dua belah pipinya.Ziyad menoleh kebelakang setelah dia mengecam itu ialah suara Arnani.

"Kau dah bosan dengan aku?Kau betul - betul dah putus asa?Kau dah tak sayangkan aku?Tak cintakan aku?,"bertubi - tubi Arnani bertanya.Dia mendekati Ziyad dan berdiri hampir dengannya.Dia merenung Ziyad sedalam dalamnya.Dia sudah tidak hairan kewujudan Fahmi yang melihat dan ribuan manusia yang lalu lalang.Ziyad masih berdiam.

"Baiklah,kau taknak cakap.Pergilah,pergi.Jangan muncul dalam hidup aku lagi dah,"Arnani menolak Ziyad.Airmata usah cakap,kalau ada baldi sudah ditadahnya.Arnani menoleh kebelakang ingin berlalu pergi.

"Bukan aku sudah putus asa,tetapi aku tak mahu kau bencikan aku lagi.Aku ambil keputusan untuk berdiam diri sekejap,"jawab Ziyad setelah sekian lama berdiam.Arnani tidak jadi meneruskan langkahnya dan menoleh kembali memandang Ziyad.

"Bodoh,kenapa kau ni lembab sangat.Sepatutnya kau buat je aku rimas,biar aku mengaku.Kau fikir dengan pergi jauh macam ni akan selesaikan ke?Jahat,kejam,aku benci kau,"Arnani memukul - mukul dada Ziyad.Dia melampiaskan geramnya.Ziyad memegang tangannya dan merenung bening milik Arnani.

"Kau bencikan aku tapi aku cintakan kau Nani.Sangat cintakan kau,"syahdu Ziyad melafazkan sekali lagi.Kali ini 100 peratus hati Arnani sudah menerima Ziyad.Arnani membiarkan pegangan Ziyad.

"Kau taknak lamar aku balik ke?,"soal Arnani.Ziyad ketawa besar membuatkan Arnani muncung.Ketawa Ziyad semakin perlahan.Sekali lagi dia merenung mata hitam Arnani.

"Arnani bt Johari,sudikah awak menerima saya,Carl Ziyad bin Zulkiran sebagai suami awak dan hidup bahagia selamanya?,"lamar Ziyad sekali lagi.Takungan airmata Arnani pecah kembali.

"Saya setuju,"balas Arnani.Mereka berbalas pandang seolah - olah tidak mahu lepas.Ziyad mengeluarkan cincin dari poket seluar slacknya dan memberi kepada Arnani.

Arnani tergelak kecil.Cincin putih bertatahkan berlian itu disarung ke jari manisnya.Dia kembali tersenyum pada Ziyad.Namun,Arnani mematikan senyuman.

"Eh awak tak pergi ke?Bukan awak pergi bertahun ke?,"soal Arnani.Aik,cepat betul tukar panggilan mereka berdua ni.Ziyad ketawa lagi.

"Awak sayang,saya pergi 2 minggu je.Siapa kata saya pergi bertahun?Ni mesti awak salah dengarkan,"ejek Ziyad.Arnani tersengih malu.Dia kembali ketawa kerana silapnya yang boleh dianggap cuai.

"Ehem,ehem.Dah selesaikan?,"suara Fahmi menyampuk.Mematikan pandangan Ziyad dan Arnani.Arnani tertunduk malu.Ziyad mengusap belakang kepalanya.Malu.

"So Ziyad,kau masih nak teruskan flight kau?Atau nak tangguhkan?,"Fahmi mengejek Ziyad.Kalau nak berlepas pun dah tidak sempat sebab pesawat dah berada di awan dah.

"Taknak,aku nak bawak gadis pujaan aku ni jumpa keluarga aku,"Ziyad mengerling Arnani disisinya.Dia sudah melupakan pekerjaannya dan yang penting Arnani sudah menjadi miliknya.

"Fahmi,kau baikkan?Kau bawak barang aku semua ni sebab aku nak culik ke Arnani aku ni,"dia mencampak kunci BMW dan disambut oleh Fahmi.Ziyad mencapai tangan Arnani dan berlari pergi meninggalkan Fahmi terpinga - pinga.

"Hoi,kau teruk ah.Ni sape nak bawak ni?,"jerit Fahmi.Ziyad hanya melambaikan tangannya tanpa menoleh kebelakang.Arnani mencubit Ziyad kerana membuat begitu kepada Fahmi.Mereka tergelak bahagia.

"Haih kau Ziyad,nasib baiklah hari ni hari bahagia kau.Kalau tak aku bakar je barang kau ni,"keluh Fahmi.Dia menolak troli berisi barang - barang milik Ziyad.

Cinta akhirnya bertemu pasangan.Arnani tidak lagi kesakitan dan Ziyad menemui bahagianya yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience