Chapter 7

Romance Completed 23170

(BAB 7)

Tahun 2005

Arnani kembali lemah.Soalan Matematik ditolak jauh.Keluhan demi keluhan keluar dari mulutnya.Serasa otaknya sudah boleh gali lubang kubur sendiri.Dia pun tak tahulah kenapa Matematik Tambahan dia boleh jawab tapi basic Matematik dia tak mampu.
Dia lirik jam ditangannya 2.30 p.m.

'Manalah Ziyad dengan Lisa ni,'Arnani menjenguk kepala keluar kelas.Mereka berjani ingin belajar bersama - sama,tapi langsung tak nampak pun batang hidung mereka berdua.

Arnani teringat hari pertama Lisa sekolah disini dua bulan lepas.Ziyad yang kenalkan dia kepada Lisa.Walaupun dulu hanya dia dan Ziyad,kini mereka selalu bergerak bertiga.Kadang sampai Arnani terpaksa berjalan di belakang atau diam membisu kerana hanya Ziyad dan Lisa saja yang tahu cerita apa yang dikongsi bersama.

Bukanlah tiada cemburu,namun Arnina bertindak rasional.Yang suka pada Ziyad ialah dia,tetapi selagi Ziyad tidak berkata apa - apa selagi itu hubungan mereka sekadar sahabat baik.Arnina berasa agak tersisih juga kerana dia dan Ziyad sudah jarang melakukan aktiviti bersama.Kalau dulu makan bersama,balik bersama.Kini,Arnani dapat menghitung seminggu berapa kali mereka berdua melakukan aktiviti bersama.Dan,setiap kali berdua,nama Lisa pasti terpacul di bibir Ziyad.Luka yang Arnani rasa dipendam saja.

Lisa,dia seorang yang sungguh istimewa.Keistimewaan dan Lisa adalah satu pakej yang sesuai.Lisa seorang yang cantik dan bijak berbanding dia.Lisa juga anak orang kenamaan seperti Ziyad dibanding dia anak yatim piatu.Dia hanya punya seorang mak yang bekerja kuat untuk menyara kehidupan anak beranak.Lisa juga seorang yang baik hati.Lisa tidak pernah merendahkan orang lain termasuk Arnani.Jadi,Arnani berasa terhutang budi pada Lisa kerana Lisa banyak membantu dirinya.

Kalau tidak masakan Ziyad suka pada Lisa.Ziyad sendiri sudah mengaku pada Arnani perasaan dia terhadap Lisa.Teringat Arnani pada minggu lepas,Ziyad mengaku pada Arnani.Balik pada sekolah Arnani terus meluru ke bilik air dan menangis sepuasnya.Diamnya Arnani menimbulkan tanda tanya pada ahli keluarganya.Hanya Mak Lijah yang mengerti keadaan sebenar setelah Arnani mengaku perasaannya.Besoknya,Arnani berpura - pura okay,sedangkan hatinya retak seribu.

Sehingga kini,hatinya masih sakit.Namun,dia simpan diam - diam kerana tidak sanggup mengkhianati sahabatnya sendiri.Serta,tidak sanggup kehilangan Ziyad,sahabat sejatinya.

Arnani masih menunggu dan menunggu.Sehinggalah dia tertidur keseorangan di dalam kelas.Arnani tersedar dari tidurnya.Di mejanya terdapat nota kecil.Dia mengusap - usap matanya.Jam menunjukkan pukul 4.Arnani membaca nota kecil itu.

Sorry Nani,aku bawak Lisa hang out.Lisa dah cuba elak,tapi aku yang paksa.Aku rasa nilah time nak mengaku isi hati aku.Lain kali kita belajar sesama lagi tau.

P/S:Aku tak sampai hati nak kejutkan kau sebab kau tidur nyenyak sangat.Take care.

ZIYAD.

Arnani mengenggam nota itu sehingga renyuk.Hatinya sakit dan berdarah.Penantian dia sia - sia saja.Arnani memegang dadanya dan menghamburkan tangisannya keseorangan.Dia mengemas barang - barangnya di atas meja dan melangkah keluar bersama deraian airmata.

Tika itu,hujan mula turun rintik - rintik seterusnya menjadi lebat selebatnya.Tetapi,tidak selebat airmata Arnani.Hujan telah menutup tangisannya bersama sendu yang terus berdarah.Arnani pulang dalam keadaan kuyup.

●●●●●●●●●●●●●

Keesokannya Arnani tiba lewat.Dia sebenarnya demam akibat hujan semalam namun digagahkan juga hadir ke sekolah kerana tahun ini dia bakal menduduki SPM.Dia memasuki kelas dengan sedikit lemah.Kelihatan Lisa dan Ziyad bergurau senda mesra.Arnani hanya melihat dan berlalu ke tempat duduknya.

"Nani,aku ada benda nak cerita,"Ziyad tersenyum.Arnani duduk sebelum mendengar.Arnani menunjukkan isyarat apa.Ziyad memandang Lisa.Lisa hanya menundukkan pandangannya ke bawah dan tersipu - sipu.

"Aku dengan Lisa kan.Kitaorang hmm," Ziyad menghentikan percakapannya.Dia mengusap belakang kepalanya.Sesuatu pasal Ziyad yang dia sudah tahu ialah apabila malu,Ziyad akan mengusap belakangnya bagi meredakan malunya.

"Korang apa?," tanya Arnani lagi.Ziyad memandang Lisa lagi.

"Kitaorang dah berpasangan,"ucap Ziyad.Arnani kurang mengerti.Dia mengerutkan dahinya tanda tak memahami.Ziyad menepuk dahi.Lisa disisinya dikerling manja.

"Maksudnya kita orang dah bercinta.Ni buktinya.Lisa terima aku babe,"Ziyad menjelaskan lagi.Arnani terdiam kelu.

Jantungnya seakam berhenti berdegup.Dia merasakan seakam ada batu yang menghempap kepalanya sehingga dia berdarah.Arnani juga berharap dia hanya bermimpi.Namun,mimpi yang diharap tidak jua kunjung tiba.
Arnani tersenyum.Dia pasti itu senyuman palsu.

Ziyad dilihat sungguh gembira.Dia tidak pernah melihat Ziyad sebegini gembira.Ingin sekali Arnani menukarkan dirinya kepada Lisa,sekejap pun jadilah.Masih juga Arnani yang sama.

"Ouh,tahniah.Aku happy dengan korang berdua.Lisa jaga Ziyad elok - elok.Ziyad kau jangan rapat dengan mana perempuan dah termasuk aku,nanti Lisa jealous,"Arnani cuba meredakan rasa hatinya.

"Lisa akan jaga Ziyad elok -elok macam mana Arnani jaga," Lisa bersuara.Dia memandang Ziyad dengan rasa sayang yang sarat.

"Dengan kau kalau aku rapat pun Lisa tak jealouslah.Sebab kau tu kawan aku je,tak lebih pun.Ala,kalau kau apalah sangat nak jealous,"gurau Ziyad.Namun,tidak bagi Arnani.Dia terasa terhina.Arnani mengangguk perlahan.

"Aku nak pergi tandas,"pinta Arnina.Namun,dibalas acuh tak acuh oleh Ziyad.Dia segera keluar dengan terkocoh - kocoh.Sehingga terlanggar air milo milik Alisa.Habis bajunya menjadi putih kepada coklat.

Semua mata tertumpu padanya.Ziyad dan Lisa memandang sekejap.Seketika,sebelum kembali berbicara bersama.Arnani minta maaf dan berjalan laju meninggalkan kelas.

Sesampai di tandas,Arnani mengambil tandas paling hujung.Dia menangis perlahan tidak mahu pelajar lain mendengar.Dia menangis segila - gila.Habis merah hidung dan matanya.Apabila dia sudah stabil,dia keluar dan menuju ke pejabat untuk menelefon maknya.Arnani meminta maknya mengambil dia pulang.Apabila Mak Lijah tiba,Arnani hanya menunjukkan riak sugul.Maknya sudah faham sendiri.Beg dikelas diambil oleh Mak Lijah.

'Kalaulah kau tahu betapa mendalamnya rasa aku ni pada kau Ziyad,masih lagi ke kau nak jadikan aku paling teristimewa sepertimana kau buat pada Lisa?Walhal Lisa baru saja kau kenal?,'hati aku merintih sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience