Epilog

Romance Completed 23170

(EPILOG)

Arnani berjalan tergedek - gedek.Tangannya dipimpin oleh suaminya,Ziyad.Mereka duduk di taman mini rumahnya.Perutnya yang membesar kedepan diusap perlahan.Dapat dia rasakan tendangan dari dalam perutnya.

"Abang cuba rasa perut sayang,anak kita main bola dekat dalam,"gurau Arnani.Ziyad meletakkan tangannya ke perut Arnani dan mendekatkan kepalanya ke perut Arnani.

"Sayang papa ni dah tak sabar nak keluar ya.Sabar ya,nanti kita main bola sama - sama bila baby dah keluar.Tapi,sekarang janganlah tendang perut mama.Kesian mama,sakit dan penat,"kata Ziyad.Seakan mengerti,si kecil memberhentikan perbuatannya.Arnani terbuntang kecil dan Ziyad mengusap lembut perut Arnani.

"Abang,"panggil Arnani.Ziyad memandangnya.Mulut Arnani yang comot kerana makan coklat tadi dilap lembut.Arnani tersengih.

"Sayang tertanya - tanya sampai sekarang.Macam mana abang boleh tahu keadaan sayang masa sayang dekat London dan tahu bila sayang balik sini dulu.Macam mana abang tahu,"tanya Arnani.Dia menunggu jawapan dari Ziyad.

Ziyad agak gementar kerana mesti isterinya akan bising kepadanya jika mendapat tahu perkara yang sebenar.Ziyad tersengih - sengih.

"Abang,baik cakap.Jangan cakap abang korek dari Fahmi?,"Arnani menjegilkan matanya kepada Ziyad.Alamak,betullah pulak.Ziyad tiada pilihan hanya mengangguk.

"Nakal,mati - mati sayang ingat abang tahu sendiri.Fahmi ni kalau aku jumpa kau,nahaslah kau,"marah Arnani.Dia mengetap bibirnya.

"Sorry sayang,tapi itulah cara yang abang ada.Sebab bila sayang pergi,abang buntu.Jadi,Fahmilah yang tolong abang supaya abang dapatkan sayang sehinggalah kita ke tahap sekarang ni,"ujar Ziyad.Arnani mula terasa haru.

"Maafkan sayang,terima kasih sebab abang sanggup terima sayang yang kekurangan.Sayang cintakan abang,"dia mencium pipi Ziyad.Lama.Ziyad terasa kembang berbunga dihatinya.

"Pipi je,ni taknak?,"Ziyad menunjukkan bibirnya.Arnani mencubit lengan suaminya.Bagi betis nak peha eh!

"Gatal,"Arnani mencubit pipi Ziyad.Tiba - tiba perutnya terasa senak.Dia membetulkan posisi duduknya agar lebih elok.Namun,tidak juga hilang senaknya.Ziyad berasa hairan.

"Kenapa sayang?Sakit ke?,"tanya Ziyad.Muka Arnani yang berpeluh dilap sedikit.

"Entahlah bang,perut sayang rasa senak,"balas Arnani.Dia merasakan kakinya basah.Dia menyapu sedikit air itu.Ya Allah,air ketumban sudah pecah.Dia dah nak bersalin.

"Abang,sayang dah nak bersalinnnnn,"jerit Arnani.Ziyad mula panik.Dia sudah keluar masuk rumahnya.Ziyad masuk kembali untuk mengambil kunci keretanya.Dia mengambil beg yang sudah disediakan awal bersama dokumen - dokumen yang penting.

"Cepat bang,sakittttt,"jerit Arnani.Ziyad segera mengendong tubuh genit isterinya dan meletakkan dalam kereta.Setelah pintu selesai dikunci,dia menderum laju menuju ke Prince Court.

●●●●●●●●●●●●

Wajah anak kecil yang nyenyak tidur dalam baby coat direnung dan diusap oleh Ziyad.Wajah bayi lelaki itu mirip dia dan dicium sedikit.Arnani masih tidur kerana keletihan selepas melahirkan zuriat yang menyatukan lagi kasih sayang mereka.Dia mengucup perlahan dahi Arnani.Arnani tergerak sedikit.Dia membuka mata dan melihat Ziyad sedang mengusap pipinya.Ziyad masih lagi tersenyum.

"Anak kita mana bang?," tanya Arnani.Ziyad menarik baby coat dekat kepada isterinya.Dia menaikkan sedikit kepala katil isterinya dan menyerahkan anaknya di pangkuan isterinya.

"Comel anak kita bang,"ujar Arnani.Bibir pucatnya menguntum senyum.Pipinya dikucup lembut oleh suaminya.

"Terima kasih sayang,lahirkan zuriat abang.Abang tak tahu nak balas apa,"ucap Ziyad.Arnani menutup mulut Ziyad dengan tangan kirinya.Dia menggeleng.

"Ini tanda cinta sayang buat abang.Memang ini impian sayang,sayang nak abang bahagia.Kebahagiaan abang melengkapi hidup sayang,"ucap Arnani.Dia melentokkan kepala di dada bidang milik suaminya.

"Abang sayang dan cinta sayang selamanya.Semoga cinta kita dilindungi Allah dan diberkati olehNya,"bisik.Ziyad ditelinga Arnani.Dahi Arnani dicium begitu juga anak kecil mereka.Mata mereka bertemu pandang dan senyuman cinta mereka mekar abadi.

Arnani berdoa agar cinta Ziyad akan kekal utuh buat dia begitu juga Ziyad.Tiada apa lagi yang mampu mereka minta selain cinta mereka akan bersemarak selamanya.Semoga kebahagiaan milik mereka.Selamanya sehingga ke syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience