Chapter 8

Romance Completed 23170

(BAB 8)

Hari ini kerja lagi.Ziyad mengeliat malas.Dia memisat - misat masa dan duduk termenung di katil.Dia juga melakukan beberapa regangan sebagai langkah persediaan memulakan hari baru.

Tugasnya sebagai CEO Megah Holding memang menuntut masa yang banyak bagi menyelesaikan kerjanya yang semakin menimbun.Setelah Tan Sri Zulkiran bersara,seratus peratus urusan Megah Holding diberikan kepadanya.Bukan dia tidak memiliki adik beradik malah dia punya abang sulung dan dia anak bongsu.Namun abangnya Carl Zakir ingin memiliki syarikat sendiri.Dan,Ziyad tidak sanggup hendak menghampakan hasrat Tan Sri Zulkiran yang ingin melihat salah seorang anaknya merajui syarikat kelolaannya dipegang oleh warisnya.

Sehingga kini,Ziyad masih sendiri.Kadang - kadang dia harus pergi ke luar negara bagi menghadiri mesyuarat penting anak syarikatnya yang bekerja sama dengan syarikat lain,memantau kerja - kerja anak syarikatnya.Bukan sedikit anak syarikatnya.Kini sudah mempunyai 15 anak syarikat antara negara terlibat UK,AS dan Itali.

Ziyad segera melangkah ke bilik air untuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja.Sesudah mandi,dia memilih untuk memakai kameja baju berwarna ungu bersama kot hitam bersama tali leher ungu lembut.Dia melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke meja makan untuk bersarapan bersama familynya.

"Makan Ziyad," panggil Puan Sri Jie.Dia mencedokkan nasi goreng untuk anak bujangnya.Tan Sri Zulkiran masih lagi dengan surat khabar ditangannya sambil menyisip air kopi ditangannya.

"Ziyad,hari Ahad ni mama nak buat kenduri selamat sikit.Nak bagi derma dekat anak - anak yatim dekat kawasan perumahan kita ni.Nanti Ziyad panggillah kawan - kawan Ziyad.Jemput Nani sekali.Dah lama mama tak jumpa dia,"pinta Puan Sri Jie.Dia menyuap nasi goreng ditangannya.

"Baiklah ma?Nanti Ziyad jemput Nani,"Ziyad mengangguk.

"Ziyad kalau ada masalah pasal syarikat bagitahu papa.Papa akan tolong.Jangan senyap je,"Tan Sri Zulkiran bersuara.Dia melipat surat khabar dan memandang anaknya.

"So far,I can handle with it pa,Anas ada tolong Ziyad.Pelabur - pelabur kita pun semakin seronok bekerjasama dengan kita.Hotel - hotel kita juga semakin mendapat sambutan dari tourist luar dan dalam negara,"terang Ziyad terus - terang.Tan Sri Zulkiran mengangguk.

"Good job.Cuma jaga diri jangan workaholic sangat.Think about yourself too,papa and mama wants our cucu," kata Tan Sri Zulkiran.Tersirat namun difahami oleh Ziyad.

"Okaylah ma,pa, I want to go.Take care.Assalamualaikum," Ziyad bangun dan menyalam tangan orang tuanya.Baik dia cabut dulu,sebelum mamanya bertazkirah lagi panjang.

"Awak tengoklah anak awak tu,bang.Kita cakap je pasal kahwin selalu lari," muncung Puan Sri Jie.Dia memang teringin meminang cucu.Walaupun anak sulungnya sudah memperolehi anak namun dia inginkan anak dari Ziyad pula.

"Anak saya, anak awak juga Jie.Kalau susah sangat awak jelah mengandung.Ada juga baby dalam rumah kita ni," gurau Tan Sri Zulkiran.Jujur,walaupun isterinya meningkat tua namun kasih sayangnya masih utuh buat isteri tercinta.Sangkanya dulu Puan Sri Jie tak mampu nak suaikan diri dengan budaya Melayu oleh sebab isterinya dulu beragama Kristian.Namun,isterinya seorang isteri dan penganut Islam yang taat dan baik.Dia bersyukur.

"Abang jangan nak gatal sangat ya.Ingat saya dah tua,abang pun dah tua,"perli Puan Sri Jie.Dia menjeling tajam pada suaminya.

"Ala gatal dengan isteri sendiri,"usik Tan Sri Zulkiran lagi.Isterinya membuntang biji matanya,namun akhirnya tersenyum juga dengan gurauan suaminya.

Semoga hubungan cinta ini berkekalan sehingga mati dan seterusnya layak ke syurga.Itulah harapan pasangan suami isteri bahagia itu.

●●●●●●●●●●●●●

Arnani memperlahankan pemanduannya apabila melihat Ziyad dihadapan pintu pagar rumahnya.Ziyad sedang berpeluk tubuh sambil merenung ke luar rumahnya.Dia memakai cermin mata hitamnya.Ziyad sememangnya kacak.Tidak hairan jika dia hanya sekadar memakai baju t-shirt polo dan berseluar jeans.

'Apahal dia datang sini eh?,' Arnani segera memberhentikan keretanya apabila sudah sampai.Ziyad dilihat berdiri tegak sambil tersenyum lebar.Debaran di hati Arnani tiba - tiba datang setelah melihat Ziyad tersenyum.Dia akui,dia amat suka melihat senyuman Ziyad dan senyuman itulah yang melenakan malam - malamnya yang sunyi.

"Kenapa kau datang tak bagitahu ni?,"tanya Arnani sebaik sahaja keluar dari keretanya.Dia mengambil tempat disebelah Ziyad dan bersandarkan sikit dikereta Ziyad.

"Hehe,mama ajak kau datang Ahad ni.Buat kenduri selamat sikit,dia bising tak bawak kau nanti.Katanya rindu pada anak gadis dia ni," Ziyad melagakan bahunya ke bahu Arnani.Arnani menjeling.

"In shaa Allah,aku datang.Yelah,mestilah Aunty Jie rindu kalau tak tengok aku yang comel ni.Dahlah comel,baik hati lagi,"puji Arnani sendiri.Masuk lif tekan butang sendiri!

"Senang - senang kau jelah jadi isteri aku?Takdelah mama aku rindu kau,tiap - tiap hari tengok muka kau.Kau pun boleh lahirkan cucu dia," Ziyad berkata.Dia mengangkat kening tanda minta persetujuan.Jarak tubuh mereka hanya seinci sahaja.Arnani segera membetulkan posisi tubuhnya,dia mula rasa getaran melanda lagi.

"Gatal,dah pergi balik.Jangan nak mengedik eh,"Arnani cuba menyedapkan hatinya.Arnani cuba melihat wajah Ziyad,Ziyad masih lagi merenungnya malah menghampiri dia.

"Kau dekat,aku sepak kau,"Arnani mengugut.Namun,tidak pula Ziyad takut.Ziyad segera mengepung Arnani dengan mengunci badan Arnani ke kereta.Dia meleretkan senyumannya dan merenung setiap inci muka Arnani.

"Kalau kau terima aku,kau beruntung tau.Sebab dapat lelaki handsome,gagah macam aku,"Ziyad menguji lagi.Arnani segera menolak jauh tubuh Ziyad menjauh darinya.Dia melihat sekeliling,takut jika jiran - jiran melihat perlakuan dia dan Ziyad.Yelah,dia hanya duduk seorang diri dirumah teres setingkat selepas Mira berkahwin.

"Perasan,dah pergi balik,kirim salam kat mama kau.Cakap Ahad ni aku datang," Arnani menolak Ziyad masuk ke dalam kereta BMW Ziyad.Ziyad mengikutkan saja.Arnani segera membuka pagar rumahnya.

"Jangan tak datang ya sayangku,byee,"Ziyad berkata.Dia membuat flying kiss sebelum beredar.Sekali lagi,Arnani rasa jantungnya bakal jatuh.Dia melihat deruman kereta Ziyad sudah pergi menjauh.Arnani hampir diserang jantung akibat perlakuan Ziyad.

'Ziyad,please jangan buat aku macam ni.Aku tak mampu,'hati Arnani berbisik sendirian.Dia segera memakir masuk keretanya dan mengunci pagar rumahnya memandangkan hari bakal menginjak ke senja.

Dalam kepalanya masih terbayang - bayang perlakuan Ziyad yang mengundang seribu tanda tanya namun disulami bahagia.Arnani tersenyum kecil.

'No, Arnani.Ziyad mencintai Lisa,' Arnani kembali sedar.Sejenak dia menghempas tubuhnya di sofa rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience