Series
12680
Ming dan Dilla berlari-lari anak ke dewan makan malam dan terus ke belakang stage. Danial sudah pun berada di sana bagi memastikan semua berjalan dengan lancar. Â Termengah-mengah Dilla dan Ming berlarian bersama.
"Bagus, you guys have started the warm up,"usik Danial. Semua yang berada di situ terketawa kecil. Semuanya sedang gemuruh menanti giliran persembahan. "Good luck semua. Saya akan berada di bawah tepuk kuat-kuat untuk anda. Salah step ke lupa ke...jangan risau. Just do your best," nasihat terakhir Danial sebelum berlalu dari situ. Mereka semua mengambil tempat di belakang langsir dan menanti pengumuman persembahan.
Ikmal menyeludup masuk ke dewan kerana mahu melihat persembahan Dilla. Dia terlalu cantik malam itu untuk tidak menonton persembahannya. Razlan duduk di meja vip masih mendiamkan diri. Berserabut kepalanya malam itu. Siapalah Dilla itu jika mahu dibandingkan dengan wanita muda anggun bersebelahannya malam itu. Pengumuman telah pun dibuat, lampu berbagai warna melimpah ke atas pentas. Tirai dibuka, semua cantik berdiri menanti muzik dimainkan.
"Itu Dilla ke?" bisik Puan Jamilah kepada suaminya. Suaminya mengangkat bahu. "Dia bertanya pula kepada Neelofa di sebelahnya. Wanita itu mengangguk tersenyum dan galak bertepuk tangan.Â
"Go go Dill! You can do this!" ucap Neelofa sambil tersenyum gembira. Razlan seperti dipaku di kerusinya. Dia hanya dapat melihat gadis tinggi lampai memakai lenga hijau zamrud berkilat, lembut beralun mengikut muzik. Â Sesekali Chen Ming merapati gadis itu dan setiap kali itulah hatinya bagai direntap. Persembahan selama 10 minit itu berlangsung dengan gilang-gemilang. Tamat persembahan mereka tepukan gemuruh kedengaran di serata dewan.
"Kita ada kerusi kosong di meja ni, apa kata kita jemput Dill makan bersama?"cadang Neelofa yang tersenyum girang.Â
"Tak ada masalah! Dilla dan keluarga kami bukan orang lain," balas Encik Adham sambil menjeling kepada Razlan. Ketat rahang Razlan menerima usikan seperti itu.Â
"Ya ke, uncle?" tanya Neelofa kehairanan.
"Tanya Razlan kalau tak percaya," usik Encik Adham.
"You, betul ke?"tanya Neelofa masih berbunyi cerita. Razlan mengangguk dan memandang ke arah lain. Ikmal yang menyeludup masuk ke dewan merasa kagum melihat persembahan Dilla tadi. Hatinya merasa sakit, sedih dan gembira pada satu masa. Dia mengerti Dilla tidak akan dapat menjadi miliknya. Dia keluar sebentar sebelum habis persembahan untuk membeli sejambangan ros merah jambu dan kuning sebagai hadiah.
Neelofa berbisik kepada PA nya untuk memanggil Dilla ke meja itu. Dilla dan rakan-rakan sejabatan pergi ke belakang pentas kegembiraan. Seluruh usaha mereka untuk persembahan itu membuahkan hasil yang terbaik. PA Neelofa muncul dan menyatakan permintaan meja VIP itu. Dilla serba-salah dengan permintaan itu. Dia memandang Chen Ming seperti meminta pertolongan. Chen Ming tersenyum.
"Kau pergilah, I will see you around," pujuk Ming.
"Aku..."
"Enjoy this night. Minggu depan kau bukan intern di sini lagi," lembut nada suara Ming.
"Aku tak taulah."
"You go ahead. I will be near ok?"
Dalam keterpaksaan Dilla mengikut PA tadi ke meja VIP itu.
"Assalamualaikum," tegur Dilla kepada semua berada di meja itu. Razlan agak terkejut kerana Dilla bersetuju untuk berada di meja itu.
"Waalaikumsalam, Dilla,"jawab Puan Jamilah dan Encik Adham. Dilla bersalaman dengan kedua orang tua itu. Neelofa memeluknya erat.
"Dill you were magnificent tadi," puji Neelofa. Dilla hanya ketawa.Â
"Thank you."Dilla mengambil tempat di sebelah Neelofa. Hatinya gemuruh kerana melihat Razlan yang tidak berkata apa-apa.
"Betul tu Dilla. Uncle dan Auntie tengok terpesona macam tengok konsert," puji Puan Jamilah.
"Dilla dah cuba, terima kasih," balas Dilla tersenyum.Â
"Razlan what do you think?" tanya Neelofa spontan.
"Think of what?"tanya Razlan kembali terkejut.
"The performance," balas Neelofa.
"Oh, nothing special. Just a performance," jawab Razlan pantas. Berdesing telinga Dilla mendengarkan kata-kata itu. Bukan dia mahukan pujian  tetapi semua yang berkenaan Razlan hatinya senang rasa sakit dan perasaan marah itu senang timbul. Semua di meja itu senyap tidak terkata apa-apa.
"Assalamualaikum," kedengaran suara lelaki memberi salam. Semua menoleh.
"Waalaikumsalam wrt," salam itu dibalas serentak.
"Ikmal!"tegur Dilla terkejut dia berdiri pantas.
"Apa khabar semua. Saya tahu saya tak berhak berada di sini tapi I can't help it," kata Ikmal mesra.
"Kenalkan ini rakan satu universiti, Ikmal," jelas Dilla. Ikmal bersalaman dengan semua termasuk Razlan. "Kau buat apa kat sini?"
"Nak bagi ni!"kata Ikmal menghulurkan bunga mawar itu kepada Dilla.Dilla mengambilnya tersenyum. Ikmal dari lawan jadi kawan yang sangat baik.
"You didn't have to,"balas Dilla.
"Oh, so sweet!" kata Neelofa. "Mari duduk sekali."Â
"Eh, boleh ke?" tanya Ikmal kembali.
"Boleh apa salahnya," jawab Puan Jamilah. "Bagus juga dapat berkenalan dengan rakan Dilla."
"I hope you like the flowers," kata Ikmal menumpukan balik perhatiannya kepada Dilla.
"Thank you! I love them," balas Dilla. Dari ekor matanya dia dapat melihat wajah bengis Razlan di bawah lampu kuning itu.Â
"I am sad, happy and worried at the same time,"kata Ikmal memandang tepat ke wajahnya.
"Why?"tanya Neelofa mencelah.
"Tak ada apa, boleh tak saya pinjam Dilla sebentar?"tanya Ikmal kepada seluruh meja itu.
"Hai dari tadi nak pinjam,"usik Neelofa.
"Nak buat macamana, tuan punya badan tak mahu saya miliki," balas Ikmal ketawa. "Saya ajak dia kawin dia tak mahu," seloroh Ikmal lagi. Ibubapa Razlan juga ketawa dengan gurauan itu.
"Dilla ni memang macam tu, jinak-jinak merpati,"balas Neelofa. "Masa kat sekolah pun macam tu, rapat boleh nak lebih kena karate!" usik Neelofa lagi.
"Itu betul," balas Ikmal bergurau.Â
"Amboi..." tegur Dilla.
"Ops, dia dah berbunyi," kata Ikmal masih lagi ketawa. "Saya minta diri dulu," tambah Ikmal seraya bangun. Dia mengisyaratkan kepada Dilla untuk mengikutnya sebentar. Tanpa berlengah Dilla menurutinya. Â Dia meminta diri sebentar daripada ibubapa Razlan dan Neelofa.
Mereka tiba di luar dewan bersama. Ikmal dan Dilla berdiri berhadapan.
"Aku nak balik ke Kuching the first flight out,"beritahu Ikmal. "So this is goodbye."
Dilla hanya membisu memerhatikan Ikmal yang nampak lebih matang sekarang. Betapa 14 minggu menjalani hidup sebagai intern menjadikan seseorang lebih dewasa.
"Aku dengar kau dan Ara akan berlepas ke Jepun. Senang hati aku Ara pun dapat satu company. Tak adalah kau sorang-sorang."
"Mana tahu? Ara yang beritahu?"tanya Dilla tenang. Ikmal mengangguk. "Doakan kejayaan kami."
"Are you able to attend the convocation?"
"Harap-harap begitulah,"jawab Dilla. Ikmal pula membisu.
"All the best. Kau tahu kan kau selalu dalam doaku?" Ikmal berkata setelah mendiamkan diri seribu bahasa.
"And you know aku selalu mendoakan kebahagiaan kau?" tanya Dilla kembali. Ikmal hanya menganggukkan kepalanya. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket jaketnya.
"Graduation gift. Lepas aku dengar kau dan Ara akan bekerja di Jepun, I think susah kau nak balik untuk konvo nanti. So, this is a pre-graduation gift."
"Oh, so sweet of you. Aku menghargainya. Apa tu?" tanya Dilla menunjuk ke arah kotak kecil berwana hitam beriben merah. Ikmal membuka dan menunjukkan kepada Dilla.
"Gelang. Aku pilih ni dengan mak aku. Ini untuk mengingatkan kau yang ada seseorang yang pernah memikirkan kau dan menyayangi kau dalam diam."
Dilla merasa terharu dan bersimpati pun ada.
"Aku tak tahu hendak menerimanya atau tidak. This is too expensive."
Ikmal mengeluarkan gelang itu dan memakaikannya ke tangan kiri Dilla.Â
"I want you to know that you were the one who taught me the feelings of longing for somebody."
"I want you to remember that silap approach buruk padahnya," jawab Dilla tersenyum. Ikmal ketawa mendengarkan kata-kata itu.
Dilla memanjangkan tangan kirinya untuk melihat gelang tersebut. Hatinya tidak dapat menerima hadiah itu tapi dia tahu Ikmal memberinya dengan keikhlasan. Jika dia tidak memakainya dia sudah tentu akan menyimpannya tanda kenang-kenangan.
"Dah lama dah aku pinjam kau ni. I think you'd better go in," pinta Ikmal. Dilla menganggukkan kepalanya dan tersenyum.
"You got a friend in me. You can call me when you needed me and I will come running to you," kata Dilla sebelum memulakan langkah. Ikmal tersenyum hambar. Hatinya sedikit terluka namun kata-kata itu bagaikan mengubat luka itu. Sekurang-kurangnya Dilla masih mengaku dirinya seorang sahabat.
"Janji tau!"balas Ikmal cuba berbunyi ceria.
"Janji!" kata Dilla pantas. "Aku masuk dulu." Ikmal mengangguk dan melepaskan Dilla pergi. Setiap langkah Dilla menjauhinya semakin meruntun perasaannya. Inilah saatnya. Saat dia melepaskan Dilla Riana Said pergi mengejar masa depan yang tiada insan bernama Ikmal di dalamnya. Dilla melambai mesra ketika mahu masuk ke dewan.
Share this novel