23

Romance Series 12680

Chen Ming yang berada selang dua buah kereta dapat melihat dengan jelas bicara Ikmal dan Dilla. Ada perasaan cemburu timbul di situ. Dia menghampiri Dilla dan Dilla terus masuk ke dalam kereta. Chen Ming tidak berkata apa-apa kerana Dilla seperti di dalam dunianya sendiri. Sesekali dia menyentuh jam tangan itu.  

"Do you  like him?" tanya Chen Ming memecah sunyi. Dilla hanya tersenyum.

"I am actually feeling guilty."

"Feeling guilty?" tanya Chen Ming sekali lagi.

"Dia adalah lelaki yang paling menyakitkan hati bila mula-mula kenal sampai awal tahun hari tu dia mencurahkan perasaan dia. He actually likes me...a lot. Tapi yang sampai sekarang I tak faham macamana setiap kali dia berkata-kata dia akan menyakitkan hati I."

"You tak layan dia kot, tu yang dia jadi macam tu," Chen Ming memberi pendapat.

"Macamana nak layan kalau setiap kali jumpa especially di kafe dia akan ejek I, kemudian gelak ramai-ramai."

"You biarkan aje? Habis johan karate-do SUKMA tiga kali tu tak ada maknalah ya?"usik Chen MIng.

"Karate tu kan seni mempertahan diri, bukannya tendang orang tak tentu pasal," kata Dilla ketawa. Dia menyambung lagi kata-katanya selepas ketawanya hilang. "He did that because I never noticed him bila dia baik," Dilla terberhenti di situ. "Maybe dia betul, I selalu berada dalam dunia I."

"Lain aje bunyinya. You regret ke?"

"I menyesal sebab he had to go that far to make me notice him and by that time all I see was dia seorang yang menyakitkan hati." Dilla memandang keluar menikmati pemandangan malam.

Chen Ming menarik nafasnya dan dia faham kenapa Ikmal berbuat begitu kerana dia sendiri berada di dalam situasi itu. 'I want your heart Riana,' pintanya dalam hati.

"Masih tak terlambat jika you mahu memberi dia peluang kedua," kata Chen Ming. "But, you have to know this," sambung Chen Ming. Dilla memandang kepada Chen Ming.

"What?"

"I understand how Ikmal felt because you are not letting me in as well," jawab Chen MIng. Dilla menghela nafasnya. 'Aku tunangan orang Ming,'katanya di dalam hati. 'Buat masa sekarang, dia masih tunang aku,'bicaranya seorang diri di dalam hati.

"I percaya pada jodoh, Ming. Kalau sudah jodoh, buatlah apa pun kan tetap bersama. Kalau bukan, buatlah apapun kita akan tetap terpisah," jawapan paling selamat yang Dilla dapat fikirkan ketika itu. Chen Ming memandangnya sekilas. 

"Sehingga jodoh itu menjadi realiti, izinkan I berada di sisi you,"kata Chen Ming memujuk. Dilla meletakkan kepalanya di headrest dan menutup matanya. Kata-kata Ikmal masih terkesan di hatinya, pengakuan Ara membuatnya bertambah sayang kepada rakan baiknya dan Chen Ming. 'Mengapa aku di dalam situasi ini?' dia bertanya berkali-kali kepada diri sendiri. Dia terlelap kerana bebanan perasaan. Tiba di lampu isyarat, Chen Ming mengambil jaketnya di belakang dan menyelimutkan Dilla yang tertidur di sebelahnya. 

Chen Ming tersenyum, Dilla Riana, manis sekali tertidur. Dia memperlahankan radio dan memandu terus ke Cyberjaya.

Razlan yang baru sahaja meneliti minit mesyuarat di biliknya memeriksa telefon bimbitnya. Dia teringatkan Dilla yang agak berlainan hari ini. Dia membaca mesej-mesej Dilla hari ini termasuklah gambar dia di universiti. 'Manalah kau dapat gambar ni?' soalnya sendiri. Dia menekan butang delete kerana tidak suka melihat gambar itu. Dia menelefon David untuk mendengar laporan hari ini.

"Yes, David, Razlan here."

"Tuan tak tidur lagi?"

"Malam masih awal. What's your report?"

"Cik Dilla Riana keluar bersama Chen Ming dan bertemu dua orang rakannya di One Utama."

"Itu je?"

"I think bukan Chen Ming seorang sahaja yang menyukai Cik Dilla Riana."

"Oh? It's hard to believe perempuan yang biasa macam tu jadi rebutan," sindir Razlan. David hanya tersenyum di hujung talian.

"Dia dalam perjalanan balik dengan Chen Ming," balas David profesional. 

"Baru balik? Dah jam 11.30 ni!" templak Razlan. 

"Boss marah?"

"Ehmm, mana ada marah," Razlan membetulkan suaranya. "Ok, thank you. Have a nice weekend,David," katanya meletakkan telefon. Dia membuka mesej dari David yang terdiri daripada gambar-gambar Dilla, Ara, Ikmal dan Chen Ming.  Gambar Ikmal memakaikan jam ke pergelangan tangan Dilla dan cara dia bercakap dengan Dilla membuatkan dia tidak senang duduk. 

Dia berdiri mengambil jaketnya dan terus keluar dari rumah besar itu. Dia memandu terus ke Cyberjaya kerana dia mahu memastikan yang Dilla Riana pulang ke rumah.  Dia masuk ke perkarangan kondo itu dengan mudah kerana dia juga ada satu unit yang tidak diduduki di situ.  Dia menunggu di tempat yang disediakan untuk unitnya.

Tidak lama kemudian dia melihat kereta Chen Ming masuk ke perkarangan letak kereta.  Dia dapat melihat dengan jelas Dilla berada di dalam kereta itu tertidur.  Chen Ming meletakkan keretanya dan melihat Dilla yang sedang tidur. Serba-salah hendak mengejutkan jadi dia membiarkan sahaja. Razlan keluar dari keretanya kerana dia tidak akan membenarkan perkara itu terjadi. Dia mengetuk tingkap kereta sebelah Dilla dan itu mengejutkannya.

"Kita dah sampai?" tanya Dilla kepada Chen Ming. Chen Ming menunjukkan sesuatu di luar tingkap dan Dilla menoleh ke arah itu. Dilla terkejut melihat Razlan berada di situ, serius ekspresi wajahnya. "Ming, I balik dulu! Thanks for tonight," kata Dilla keluar cepat-cepat. Chen Ming juga berbuat begitu.

"Seronok keluar dengan kawan-kawan?"sindir Razlan. Dilla hanya memandang kepada Chen Ming yang sudahpun berdiri di sebelahnya.

"Tuan, buat apa di sini malam-malam macam ni?" tanya Chen Ming.

"None of your business!" tegas Razlan. 

"Ming, kita jumpa esok ya. Jogging?"kata Dilla sambil mengisyaratkan supaya dia berlalu. Walaupun Chen Ming keberatan tapi menghormati permintaannya. Selepas Chen Ming berlalu Dilla bersuara. "Abang Razlan apasal? Dari orang tak tahu jadi tahu pasal kita," marah Dilla.

"Marah ya? Kenapa sebab kacau masa awak dengan budak tu?"

"Budak?" tanya Dilla balik.

"Romantis je kan, bukan sahaja dengan dia dengan lelaki lain jugak?" kata Razlan sambil menunjukkan gambar dia dan Ikmal ketika Ikmal memakaikan jam tangan itu. Razlan memegang tangan kiri Dilla dan melihat jam pemberian Ikmal. "Setakat jam murah ni tak payah pakailah, memalukan saja," sambung Razlan. Dilla melepaskan tangannya dari genggaman Razlan.

Dilla tidak percaya yang dia sekarang berhadapan dengan Razlan tepat jam 12 malam. "Chen Ming tentu suka sangat dekat awak kan? Lelaki lain beri hadiah pun masih hantar balik,"sindir Razlan lagi.

"Abang pun kira sukalah kan, masih lagi menyambut saya balik biarpun diberi hadiah oleh lelaki lain, dihantar balik oleh lelaki lain dan disambut oleh lelaki yang lain, kan?" Dilla memperli Razlan.  "Dilla penat, balik hati-hati ya. Good night!" kata Dilla terus berlalu tapi ditahan oleh Razlan. 

"Aku tak izinkan kau keluar dengan sesiapa lagi," kata Razlan memberi amaran. Dilla menahan kemarahannya kerana tidak mahu membuat drama di tengah malam.

"Aku tak hairan dengan amaran kau," jawab Dilla mengetap giginya.  Razlan mendengus. 

"Tak tahu malu, tak tahu adat, tak tahu agamalah kalau macam tu,"Razlan terus menyindir dan masih memegang kemas lengan Dilla. Dilla memandang genggaman erat tangan Razlan.

"Abang jealous ya?" tegur Dilla tersenyum. Razlan menjeling.

"Setakat perempuan biasa macam kau, tepi jalan pun boleh dapat bersepah-sepah," jawab Razlan. Dilla mengangguk. 

"Kalau macam tu putuskan sahaja pertunangan ini kerana saya ni perempuan biasa yang bersepah-sepah di tepi jalan." Razlan melepaskan genggamannya.  "And satu lagi, if you think you can break me hanya kerana menyuruh saya buat kerja-kerja berat tu, awak salah."

"Tak cukup lagi ya kerja-kerja yang aku bagi?"

"Saya nak balik, saya mengantuk. Esok jelah awak  bagi tugasan-tugasan tambahan tu ya," ucap Dilla mahu melangkah pergi tetapi ditarik kembali oleh Razlan. Wajah Razlan hanya beberapa inci dari wajah Dilla tetapi itu sikitpun tidak menggentarkannya.

"Don't flatter yourself. Standard kau dan aku jauh berbeza. Aku di sini bukan kerana aku suka, tetapi aku hendak tengok dengan mata aku sendiri betapa murahnya perempuan yang disanjung oleh mama. Faham?" Razlan menolaknya ke tepi dan terus pergi ke keretanya meninggalkan Dilla dengan perasaan marah yang membuak-buak.

"Murah? You asked for it. Kau tunggu sahaja ya!"desis Dilla dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience