25

Romance Series 12680

Dilla dan Danial berjalan beriringan ke pejabat CEO. Asiah yang sedang berada di meja juga terkejut dengan kunjungan Danial. 

"Assalamualaikum tuan?" tegur Asiah hormat.

"Waalaikumsalam Asiah. How are you?"

"Saya baik sahaja. Encik Danial baru balik ya?"

"Ya, boleh saya masuk?' tanya Danial tenang. 

"He's waiting for you er tapi Dilla..."

"Dia bersama saya. Don't worry," balas Danial penuh yakin. "Asiah, this is a private talk. Give us dalam sepuluh minit ya?" ucap Danial lagi. Asiah mengangguk dan terus ke tempatnya. Dia masuk bersama Dilla memastikan pintu terkatup elok.

"Danial!" tegur Razlan ceria. Tetapi apabila melihat Dilla di situ mukanya kembali serius. "Kenapa kau di sini dengan dia ni?"

"Tepat soalan kau tu. Aku  nak bagi kau warning. Jangan usik anak buah aku."

"Bila masa aku usik anak buah kau?"tanya Razlan berdalih.

"Dilla Riana Said ini adalah intern jabatan aku."

"I am your boss, you are her boss that makes me her boss as well."

"Aku warning kau lagi sekali, she will not be your gardener, cleaner whatsoever. Aku nak kau ingat tu!" tegas Danial.

"Ada apa kau dengan budak ni? Kau pun dah sama terpikat dengan budak montel ni?" selamba sahaja kata-kata Razlan. Merah padam muka Dilla menahan marah.  

"She's cute, I won't lie. But this has got to stop. Dia mungkin intern tapi bukan tiket untuk kau buat macam hamba." Razlan hilang kata-kata untuk membalas. "Dilla, you keluar sekejap," pinta Danial. Setelah Dilla keluar Danial menyambung kata-katanya. "Lelaki jenis apa kau ni? Dia tu tunang kau. Suka atau tidak, it is so ungentlemanly kau buat macam ni. Kau sedar tak?"

"Yang kau marah sangat ni kenapa?"

"Selama ini aku hormat kau sebab kau memang ketua yang sangat bagus. Tapi hari ni, you have lowered your own standard,"tegas Danial.

"Hmm, kalau aku teruskan jugak kau nak buat apa?"

"Biarpun jawatan aku di bawah engkau, saham keluarga aku ada 30% di sini." 

"Pasal perempuan gemuk tu kau bergaduh dengan aku macam ni?"

"I mean it. Dia di sini untuk praktikal tentang pemasaran bukannya pembantu rumah."

"Do you like that  girl?"

"Kau ni yang jealous tak tentu pasal kenapa?"

"Jealous? Razlan Shaari jealous? Bro orang jealous tengok aku bukan aku jealous tengok orang."

"Fine then. Aku serius. Kau jangan sentuh my interns," serius nada Danial. Dia keluar dari bilik Razlan puas hati kerana telah pun mencurahkan perasaannya. Dilla berdiri di hadapan pintu CEO itu tidak bergerak. Razlan sangat bengang pada ketika ini, Pagi-pagi lagi dia sudah dicabar bukan oleh orang lain tapi kawan baiknya sendiri.

"I'm sorry, bagi pihak dia I am so sorry!" kata Danial lembut.  "Mulai hari ini, you work in the department ok? Especially membantu Chen Ming," terang Danial. Dilla sangat tidak percaya yang ketuanya  sangat berwibawa. 

"Bos, saya-"

"Dilla, kerja dengan baik ya. Nak tanya apa-apa boleh datang kepada saya. Razlan takkan dapat mengganggu you lagi." Dilla tergamam. Neraka yang dirasakan sebelum ini hilang sedikit demi sedikit. Danial berbisik ke telinga Dilla kebetulan Razlan keluar dari pejabatnya. Biarpun Razlan terkejut namun dia hanya memerhatikan sahaja tanpa banyak reaksi. "Your secret is safe with me," bisik Danial. Dilla tersenyum.

"Thank you," kata Dilla perlahan. 

"Ehem..."Razlan berdehem. "Danial, hak orang jangan diacah-acah. Takut mendapat sakit," sindir Razlan lagi. Danial memandang tepat kepada Razlan dan ketawa yang tidak kelakar.

"Kalau tak cukup ilmu di dada, jangan laut hendak diukur, gunung hendak didaki," kata Danial tersenyum mengenyitkan sebelah matanya kepada Razlan. Dia mengajak Dilla mengikutnya keluar dari pejabat itu. 'Razlan, kau ni tak habis-habis egonya, mengaku sajalah kau suka budak ni,'desis hati Danial.

Asiah hanya memerhatikan situasi seperti menonton pertandingan tenis. Dia tidak memahami apa-apa.

Buat pertama kalinya, Chen Ming menjalankan tugas sebagai mentor kepada seorang pelatih. Dilla masih di awang-awangan  kerana dia berada di tempat yang sepatutnya.

"Riana, you ok ke? Kalau banyak sangat info you tell me ok? I will slow down a bit."

"Tolonglah jangan. I sedang menyesuaikan diri," jawab Dilla serius.

"Betul ni?"

"Betul. Fail ini nak disiapkan hari ini?"tanya Dilla.

"Ya, susunkan yang latest paling atas ok. Lepas tu susun cantik-cantik fail mengikut nombor rujukan. So your tugas untuk minggu ini hanya mengemas bilik fail."

"Ok. I understand,"kata Dilla. "Kalau ada apa-apa yang I tak faham I cari you."

"I am glad you're here. Nanti kita lunch di kafe untuk first time,"kata Chen Ming ceria. Dilla mengangguk. Chen Ming berjalan keluar sampai di pintu dia berpaling. "Riana,"dia memanggil.
Riana memandang Chen Ming.

"Welcome to the Marketing Department. You look really nice today."

"Ming...thanks,"balas Dilla melambai. Chen Ming meninggalkan Dilla keseorangan. Bilik fail itu penuh dengan fail-fail. Ada yang tersusun ada terkeluar ada yang bersepah-sepah.

Fikirannya melayang kepada Encik Danial yang menyelamatkannya dari membuat kerja-kerja Razlan.

"Wow! Very K-drama hihihi," dia berkata sendiri. "Dahlah handsome,berkarisma pula. Ah..totally my type. But seperti biasa orang yang macam tu sama ada sudah ada yang punya atau gay,"Dilla menceceh seorang diri dan ketawa sendiri.

'Padan muka kau Razlan!'bentak hatinya. Berjam dia dia dalam bilik itu tanpa rehat. Jam sudah menunjukkan 10.15 pagi. Chen Ming mengetuk pintu yang terbuka.

"Riana, jom boss ada announcement," beritahu Chen Ming. Dilla berhenti dari menyusun semula fail-fail dan menuruti sahaja Chen ke tengah ruang pejabat.

"Sebelum pergi minum pagi saya ada satu pengumuman. Tengahari ini kita semua makan di hotel sebelah. Saya belanja!" Ucap Danial. Gemuruh tepukan dari staf-staf di situ. "Ini adalah welcoming gathering untuk Prema dan Dilla,"dia menyambung lagi. Tepukan bergema sekali lagi. "Itu sahaja pengumuman saya. Boleh bersurai!"

Ceria kedengaran semua pegawai di jabatan itu.

"Wah!He amazed me twice today,"spontan komen Dilla. Chen Ming berpaling kepada Dilla dan melihat wajah yang seakan terpesona denagan Danial.

"Ehem,"tegur Chen Ming menyiku lengan Dilla. Itu mengejutkan Dilla dari lamunan. "He has a girlfriend,"beritahu Chen Ming.

"Good for him! If he is available, I will be the one chasing him,"kata Dilla mengusik.

"Hei,I macamana?"

"Tengok tu Adeline kan? She was staring at you the whole time. You tak perasan?" Kata Dilla menunjuk dengan mulutnya kepada wanita Cina yang tinggi lampai bersanggul.

"Pergi siapkan kerja you," arah Chen Ming berlalu dari situ.

"Apa punya lelaki perempuan seksi macam tu merenung pun tak perasan,"komen Dilla ketawa. Danial meneliti dari jauh dan dia dapat merasakan yang Chen Ming dan Dilla sangat rapat.

Mesej whatsapp masuk.

Kau lunch di mana?

Mesej Razlan.

Department lunch. Malam boleh?

Mesej Danial.

Ok! We must talk.

Mesej Razlan lagi.

Danial menggelengkan kepalanya. Dua minggu dia tiada di pejabat dah tunggang-terbalik. Waktu makan tengahari seramai 20 orang staf berkumpul di Grand Resort and Spa. Mereka makan di Pool Terrace. 

Razlan yang termenung sejak pagi tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja.

"Tuan, masa untuk makan tengahari," David mengingatkan.

"Dilla Riana?"

"Bersama Tuan Danial dan jabatan di Grand Hotel for department lunch,"

"Great, kita ke sana sekarang," kata Razlan memakai kot dan memulakan langkah.

"Tuan, maafkan saya. Err.."

"Yes, we are crashing the party. Tindakan Danial pagi tadi mengujakan aku hendak memerhati lebih dekat," akui Razlan memberi senyuman bermakna. David mengangguk dan mengikuti sahaja Razlan di belakang.

Semuanya ceria berbual di meja makan. Danial mendapat kiriman teks daripada David. Dia menghela nafasnya. 'Nampaknya tiada yang mudah hari ini,'bicaranya dalam hati. Dia menggamit pelayan di situ meminta 2 buah kerusi tambahan yang diletakkan di sisinya. Mereka terpaksa menyambung satu meja lagi.

"Bos, siapa nak datang lagi ni?" tanya Chen Ming yang duduk bersebelahan dengan Dilla di hujung sebelah sana.

"It is a surprise!" jawab Danial tersenyum. "Okay nak order macamana? Nak makan lain-lain atau kita hendak makan benda  yang sama?" tanya Danial mengubah topik. "Dilla, Prema?"

"I ikut majoriti," jawab Prema.

"I follow aje," balas Dilla pula tersenyum.

"Ok, siapa nak makan ikut pilihan sendiri?"tanya Danial. Semua mengangkat tangan kecuali Prema dan Dilla.

"Ok! Look at the menu and order away," pelawa Danial.  Mereka sibuklah meneliti menu dan memesan makanan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience