Series
12680
Laju pecutan Razlan membelah lebuhraya. Fikirannya berserabut. Soalan demi soalan bermain di fikirannya.
Usai majlis makan malam yang gilang gemilang itu. Semua bergerak pulang.
"Dilla, diaorang nak pergi supper di Bangsar. Jomlah,"ajak Ming.
"Oh, my king, this queen is so tired that she barely can open her eyes," jawab Dilla ketawa.
"C'mon I will take you home."
"I dah call uber. Ada kat depan. I will see you tomorrow. Enjoy your supper!"kata Dilla sambil melambai. Penuh hadiah di tangannya. Malam yang memdebarkan, mengecutkan perut,menyeronokkan dan penuh dengan kejutan. 'Even an evil man can look so handsome tonight,'desis hatinya dan dia tertawa. Teringatnya kepada Razlan.
Dilla sempat sampai di apartmennya dengan selamat. Dia keluar dari kereta keletihan.
"Sorang je?"tegur satu suara yang sangat biasa di telinganya.
"Tiga."
"Tiga? Mana lagi dua?"tanya Razlan. Entah kenapa dia berpatah balik ke situ. Dia merindui gadis itu walaupun dia tahu Dilla membencinya.
"Driver, saya dan tuan. Tiga," kata Dilla sambil menutup pintu kereta. "Terima kasih ya,"katanya kepada pemandu uber itu.
"You got good voice."
"Thank you. Good night!" Kata Dilla melangkah melepasi Razlan.
"You look beautiful tonight," tegur Razlan lagi. Dilla menoleh dan melangkah kepada Razlan.
"What do you want?"tanya Dilla yang mula merasa rimas.
"Dilla. Abang nak Dilla. Abang minta maaf atas segalanya."
"Abang? Makan banyak tadi rasa nak muntah pulak. Okey let's settle this. Jumpa saya balik di sini in 15 minutes. Saya nak salin baju, mandi,cuci mekap,solat. We need to talk,"kata Dilla dan dia melangkah pergi. Tergamam Razlan sebentar.
Dia pun mengambil keputusan untuk balik ke penthousenya dan menyalin pakaian.
"Assalamualaikum," Dilla mengucapkan kepada kak Yuni yang sedang membuat tugasannya di meja.
"Waalaikumsalam warahmatullah. Aik baru jam 10."
"Ya kak. Dilla nak keluar pulak sebentar nanti." Dilla terus ke bilik dan bersiap. Wajahnya yang polos tanpa mekap dan sudah segar selesai bersolat. Dia menyarungkan sweat pants dan sweat shirt berhoodie. Nampak sangat ringkas tapi masih menarik.
Dia turun ke lobi dan Razlan sudahpun menunggunya.
"Wow berbezanya dari tadi,"tegur Razlan tersenyum. Dilla hanya memandangnya kosong.
"Dilla lapar. Tadi tak makan sangat. Belanja Dilla makan."
"Of course. Dilla nak makan apa? Abang belanja."
"Dilla nak makan makan nasi lemak yang sedap."
"Ok,jom." Razlan kelihatan lebih tenang dari tadi. "Abang nak minta maaf."
"Untuk apa?" Tanya Dilla. Ramai di bistro ketika itu.
"Abang..."
"Encik Razlan. Boleh tak kita makan dulu sebab saya tak nak semua ni spoilkan saya punya selera." Razlan mengangguk setuju. Dilla hanya membisu sementara makanan sampai.
Dilla makan dengan tenang kerana Razlan menghormati permintaannya. Selesai mereka makan Dilla mengucapkan terima kasih.
"What do you want from me?"tanya Dilla spontan.
"I want us to get married." Jawab Razlan tepat.
"Why?"tanya Dilla lagi. Razlan tidak terkejut dengan perlakuan Dilla kerana dia tahu itu caranya.
"Because I am in love with you."
Dilla ketawa mendengarkan kata-kata itu.
"Kenapa Dilla ketawa? Murah sangat perasaan abang ni?"tanya Razlan ada nada marah di situ. Sesungguhnya Dillalah satu-satunya perempuan yang selalu mengujinya.
"Pelik. Sebab masa kita bertunang tak ada pulak rasa in love with me. Menghina menyeksa saya ada. And when you said that I felt it's kinda funny."
Razlan menarik nafas panjang. Gadis ini berdendam dengannya rupanya.
"I was stupid."
"Well, you were mean. Not stupid. Saya tak dapat nak bayangkan suami saya orang yang berupaya membuli orang seperti itu."
"Abang minta maaf. Dilla tak perlu maafkan abang sekarang. I will make it up to you my whole life."
"Oh...so you nak cakap apa ni?"
"Beri peluang kepada abang."
Dilla memandang wajah segak di hadapannya. 'You would have been such a wonderful husband but hati aku benar-benar terluka dengan kata-kata kau dulu,'bisik hatinya.
"Lupakan Dilla. Kita tak ditakdirkan bersama. Nothing feels right when we are together. Saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi mengambil Dilla sebagai intern biarpun terpaksa. Sudi menerima cadangan bertunang dengan saya biarpun tak suka. Dan sudi melihat saya sebagai calon isteri Encik Razlan. If you really love me,please let me go."
"Dilla! Dilla cakap apa ni? Keras sangat hati Dilla buat abang macam ni,"balas Razlan keras.
"Let me go. Let it go. You missed your window. You have lost your chance. And me, I failed to see anything good in you."
Razlan terdiam. Belum pernah mana-mana wanita yang menolaknya begitu. Selalunya dia yang meninggalkan mereka memutuskan hubungan.
"I am sorry. I have said what I must say. Dilla nak balik. Dilla penat. Esok Dilla nak balik kampung. Nak pindahkan barang-barang sekali."
"Abang hantarkan?"kata Razlan. Dilla menggelengkan kepalanya.
"It wouldn't be right."
"Dilla nak balik sorang-sorang?"
"Tak. Ara will come home with me. Ambil dia dulu esok. Minggu depan Ming akan kemaskan barang-barang Dilla dan hantar ke kampung."
"Chen Ming?"tanya Razlan mukanya sudah merah padam.
"You have an anger management issue,"tegur Dilla.
Giliran Razlan pula ketawa.
"Excuse me! Mengata orang dia yang lebih."
"Ok. I need to go," Dilla berdiri dan terus ke kaunter. Razlan menarik tangannya ke belakang supaya Razlan yang berada di depan untuk membayar.
Setelah itu mereka pulang ke apartmen. Pantas Dilla melangkah sebaik sahaja keluar dari kereta Razlan.
Dia terus menekan butang lif. Razlan berlari untuk bersama-sama menaiki lif.
Dilla mendiamkan dirinya.
"Baiklah. Jika itu yang awak mahukan saya menurut sahaja,"Razlan memecah kesunyian dia dalam lif itu Dilla masih membisu. Sampai di tingkat Dilla dia keluar dari situ. Sebelum lif tertutup, Dilla berpaling.
"Terima kasih. Saya harap Encik Razlan menemui kebahagiaan,"katanya sambil mengangkat sebelah tangan. Razlan tidak sempat berkata apa-apa. Dilla menarik nafas lega.
Ya berakhir episod intern yang panjang.
Dilla duduk di katil memegang tabletnya.
"Internship ?
Breaking off engagement?
Freedom????????"
"Aku bebas!!" Katanya berulang kali dan menari di atas katil. Tiba-tiba telefon berbunyi. Tertera i.d caller ibunya. Dilla memeriksa jam dinding. 'Eh,pukul 1 mak tak tidur lagi,'katanya perlahan.
"Assalamualaikum Mak!" Dilla menjawab dengan ceria. "Dah lewat tak tidur lagi?"
"Tak lagi. Dilla mak nak habaq ni yang mak kat emergency room."
"Biar real mak. Kenapa ni?"tanya Dilla kerisauan.
"Mak teman ayah ni. Ayah kena heart attack."
"Apa?!!!!" jerit Dilla. "Dilla balik sekarang."Â
"Eh, takpelah. Ayah ok. Ikut plan yang sedia ada. Dilla balik esok ok?" pujuk Puan Wahida.Â
"Tapi mak..."
"Tak ada tapi-tapi. mak dah sibuk di sini, mak mesti risau pasal Dilla pulak."
"Tapi mak...!" bantah Dilla. Tiba-tiba perut Dilla terasa memulas.
"No, mak kata tak boleh!"
"Maaak!"
"Abang long kat sini kan? Dah jangan overeacting!"
"Maak!" Dilla sudah teresak-esak di hujung talian.
"Kalau ada orang yang nak tolong drivekan Dilla mak bagi."
"A..apa mak?"
"Boleh balik malam ni dengan syarat ada orang yang hantar Dilla."
"No problem nanti Dilla telefon Uber ke Grab driver."
"Balik dengan Razlan. Itu je syarat mak."
"Mak!!!"
"Stop fussing. Ok mak kena pergi sekarang ayah Dilla nak apa entah. ingat syarat mak,"tegas ibunya sekali lagi. Â Dilla menghela nafas panjang. 'So much of a freedom I get. arghhhhhh!' Dilla bungkam sendiri. 'Apa aku nak buat ni?' Dia memandang telefon bimbitnya sedalam-dalamnya. 'Aku memang gila. Selepas apa yang aku cakap dengan dia tadi. Mak, mak memang nak Dilla pijak maruah Dilla kan?' Dia menekan nombor Razlan.
"Assalamualaikum, sorry ganggu," meleret suara Dilla memberi salam. 'Aku memang nak naik gila ni.'
"Waalaikumsalam. Cepat siap saya tunggu awak kat parking."
"Errrr.....awak tahu ke saya nak cakap apa?"
"Mak awak telefon tadi, dah cerita semua. Your mom is really concerned about you. So...tak payah nak cakap banyak. Siap cepat."
"Tapi Encik Razlan."
"Siapa Encik Razlan tu?" sempat Razlan mengusik Dilla mengeluarkan keluhan berat.Â
"Takpelah saya balik esok saja." Dia terus mengakhiri panggilan. Dilla terduduk sambil termenung. Telefon berdering sekali lagi. Dilla tidak mengendahkan panggilan itu. Razlan menelefonnya semula.Dia menarik nafas panjang. "Baik! Ya Allah kau lindungilah perjalananku malam ini." Doanya bersungguh-sungguh. Dilla menyiapkan beg pakaian untuk seminggu kalau-kalau dia mesti berada di sana lebih lama.Â
Dilla memberi mesej whatsapp kepada Chen MIng. Ming membalasnya segera. Chen Ming bersetuju menghantar Dilla ke Sungai Petani.
"Kak Yuni, Dilla terpaksa balik malam ni. Ayah masuk wad," terang Dilla sambil membetulkan tudungnya. Dia masih memakai sweat shirt and sweat pants tadi.Â
"Kau biar real. Jom kak Yuni teman."
"Kak, esok ada viva ok. Jangan risau. I am the strong woman Dilla Riana Said. Lagipun Chen Ming akan hantar Dilla," balas Dilla bergurau. Â
"Betul ni?"
"Yes, kakak. If it consoled you, I will call you when I get there,ok?" pujuk Dilla. Yuni memeluknya.
"Jangan bawak laju sangat. Cakap dengan Chen Ming macam tu. Your mom ada kat sana. He is in good hands."
"Baik kak." Dilla membalas pelukan itu dengan memeluk Yuni dengan lebih erat. Dia keluar dan mengunci pintu rumah. Ming sudah pun siap menunggunya di luar rumah.
"I'm sorry Ming."
"Apa kau ni?!" balas Chen Ming. "I will do anything for you."
Dilla mengeluh. "Aku rasa macam mengambil kesempatan pulak."
"No way. Jomlah. Nasib baik esok cuti, kan?" Ming mengambil beg pakaian daripada tangan Dilla. Dilla hanya menganggukkan kepalanya. Setiba mereka di lobi. Razlan sedang menunggunya di situ di tepi keretanya.
"Tuan," tegur Chen Ming. Razlan terdiam dan bercekak pinggang. Gadis ini benar-benar membuat dia naik angin.
"Where do you think you're going?" tanya Razlan marah. Dilla dan Chen Ming berpandangan. Chen Ming dapat merasakan yang pertelingkahannya dengan Razlan masih belum berakhir.
Share this novel