Series
12680
   Habis seminggu Razlan menghabiskan cuti tapi bekerja di Tokyo bersama Dilla. Hari terakhir di situ, Razlan membawa Dilla dan Ara menikmati kecantikan musim sakura di sekitar bandaraya itu.
   "Dilla nak buat video call kat mak nak bagitahu pasal ini,"kata Dilla sambil menunjukkan cincinnya kepada Razlan. "Bukan apa kot ada yang datang meminang kan?"
   Berkerut dahi Razlan mendengar kata-kata Dilla. "Kenapa? Teringin nak dapat pinangan lagi ke?"
  "Marah?"usik Dilla keningnya sebelah terangkat.
   "Tak sayang abang la tu," kata Razlan merajuk.
   "Eee...tak kuasa orang tua merajuk," balas Dilla. Ara yang sibuk mengambil selfie tidak jauh dari mereka kini sibuk berbual dengan seorang pemuda Jepun. Dilla mengeluarkan telefon dan membuat video call.
  "Assalamualaikum mak ayah!"ucap Dilla ceria nampak cantik berlatarbelakangkan pohon-pohon sakura.
   "Waalaikumsalam wrt,"jawab mak dan ayahnya. "Dilla sihat?"tanya ibunya.
   "Sihatlah mak alhamdulillah. Ayah ok tak?"
   "Ayah ok! Dilla sorang ja ka?"jawab Encik Said tersenyum.
   "Tak, dengan orang tua ni," tiba-tiba Razlan berada di tepi Dilla. Dilla ketawa. "Mak,Dilla nak tunjuk ni!" Dia menunjukkan cincin di jarinya.
   "Alhamdulillah, berjaya jugak Razlan memujuk ya?"kata ibunya dan ayahnya juga tertawa. Razlan membuatkan Encik Said gembira. Razlan benar-benar mahu memperisterikan anak bongsunya.
   "Hah,macamana ayah dan mak tahu?"tanya Dilla hairan dia memandang Razlan di sebelahnya.
   "Hai! Nakkan anaknya kena minta kebenaran ibubapanya,"jawab Razlan seperti mengusik.
   "Razlan bila nak balik ke KL?"tanya Puan Wahida.
  "Esok, mak,"jawab Razlan. Dilla merasa terpening sekejap mendengar Razlan memanggil ibunya mak.
  "Mak?!"jeling Dilla tidak percaya.
   "Yalah. Mak mertua saya tu."
  "Bakal ya bakal!"Dilla membetulkan.
  "Dilla, ayah mak nak ingatkan ni,"tegur ayahnya.
  "Apa dia ayah?"balas Dilla. Razlan masih berdiri di sisi memerhatikan sahaja wanita muda yang mencuri hatinya.
  "Mulai sekarang Dilla tunangan Razlan. Jaga pergaulan dengan orang lain,"pesan Encik Said
   "Dengar tu, jangan nak melayan sangat peminat-peminat awak tu,"tambah Razlan mengusik.
   "Hi, suka menambah!" Komen Dilla. Razlan ketawa. Puas hati mengusik cinta hatinya. "Ok mak ayah jaga diri ya."
   "Dilla tu jauh sangat,"balas Puan Wahida.
   "Takpa mak nanti ayah sihat, saya bawa mak dan ayah ke sini,"kata Razlan. Dilla memandang Razlan di sisinya dan tersenyum. "Kenapa?"tanya Razlan melihat Dilla memandangnya.
  "Tengok tunang sendiri pun tak boleh?"jawab Dilla spontan. Razlan tersenyum tersipu-sipu. "Ok mak ayah. Dilla sayang semua! Bye...Assalamualaikum!"ucap Dilla sambil melambai. Panggilan video ditamatkan.
   "Macamana saya nak balik esok ni?"tanya Razlan lembut.
  "Kenapa pulak?"tanya Dilla.
   "I m not that same person sebelum saya datang ke Tokyo,"jawab Razlan masih merenung Dilla.
   "What do you mean?"
  "I have you now. Saya sentiasa rindukan awak sebelum ni tapi sekarang..."kata-kata Razlan terhenti di situ.
  "Sekarang ni?"
  "Sekarang saya takut kehilangan awak sekali lagi," tambah Razlan lagi.
  "Kita percaya pada jodoh dan ketentuanNya," balas Dilla memujuk. Razlan tersenyum.
  Ara datang berlari bersama pemuda Jepun tadi. "Razlan, Dilla kenalkan Hiroshi. My new friend. Dia ajak pergi ke sakura festival kat bangunan sana,"kata Ara menunjuk ke arah bangunan tersebut.
  "Hiroshi-san. Watashiwa Dilla-desu, konohito wa watashi no fiance desu. Razlan-san. Dozo yoroshiku," tegur Dilla mesra. Razlan merasa seperti di awang-awangan diperkenalkan begitu. Razlan berjabat tangan dengan pemuda Jepun itu.
"Hai, dozo yoroshiku." Pemuda itu menerima salam perkenalan mereka. "Please follow me," pemuda itu mengajak mereka mengikutinya ke festival itu.
Enam bulan Dilla dan Ara di Tokyo semuanya sudah menjadi rutin dan kebiasaan. Sudah ramai kenalan dan sudah boleh merasa seperti di Malaysia.
Dilla duduk di kerusi taman sendirian. Enam bulan terasa kesunyian setelah menerima Razlan dalam hidupnya. Razlan dan dirinya hanya berhubung melalui skype tak lebih dari 5 minit setiap kali dan dalam 6 bulan ini hanya 3 kali. Cuma whatsapp penghubung kasih antara mereka.
"Dilla,"kedengaran satu suara memanggilnya. Ahmed membawa dua cawan kopi panas.
"Ahmed! I thought you have a lecture."
"I did. I saw you here. I bought you this," Ahmed menghulurkan kopi itu kepada Dilla.
"So nice of you. Thank you," kata Dilla. Ahmed duduk di sebelahnya.
"What are you thinking?"tanya Ahmed. Dilla ketawa mendengar soalan itu.
"I am missing my fiance,"akui Dilla sambil menghirup kopi panas itu.
"That guy in the lift?"tanya Ahmed meneka. Dilla mengangguk masih lagi tersenyum. "When was the last time you guys saw each other?"
"Six months ago,"jawab Dilla. Dia merindui Razlan lebih lagi bila berbicara begini.
"Are you sure he's the one?"tanya Ahmed serius. Ada seseorang sedang memerhatikan mereka berdua berbual. Di mana insan itu berdiri dia dapat mendengar perbualan itu.
"What kind of question is that?"tanya Dilla ketawa kecil.
"I never believe in long distance relationship. Too risky," Ahmed memberikan pendapatnya.
"But you don't know my fiance. I hated him at first but now...I really think I want a life with him,"jawab Dilla. Insan yang berada di belakang mereka tersenyum.
"How can you accept someone you hated?"
"He almost lost his life because of me. And any man who's willing to give up his life for me...now I can't let him go can I?"balas Dilla masih meneguk kopi panas itu sedikit demi sedikit.
"Have dinner with me tonight?"tanya Ahmed. Dilla hanya memandang Ahmed. Baru sahaja Dilla mahu menjawab. Insan di belakang bersuara.
"She can't! she is having dinner,breakfast and lunch with me."
"Hei...!"Dilla terkejut. "Lama dah berdiri kat situ?"
"Lamalah jugak dengar mamat ni mengurat awak,"jawab Razlan. Masih segak dan bergaya bersandar di pokok.
"Ahmed this is my fiance,Razlan. Abang ini Ahmed,"Dilla memperkenalkan dua lelaki itu Ahmed berdiri dan berjabat tangan dengan Razlan.
"Assalamualaikum,"ucap Ahmed.
"Waalaikumsalam wrt," balas Razlan sambil bersalaman. "She's mine. Just to inform you,"katanya lagi.
"Abang!"tegur Dilla. Ahmed tersenyum.
"For now,"sambut Ahmed. Razlan tidak dapat menerima kata-kata itu.
"Ahmed, thank you for the coffee,"kata Dilla pantas. Ahmed meminta diri dan meninggalkan mereka di situ.
"Kenapa tak bagitahu nak datang? Sibuk sangat nak video call pun jarang,"komen Dilla memeluk tubuh.
"Kan saya kata jangan layan peminat-peminat awak tu."
"Orang cakap lain dia cakap lain,"marah Dilla.
"Saya yang patut marah tau. Saya rindu separuh mati kat awak, awak siap berbual mesra dengan peminat awak tu."
Dilla mendiamkan dirinya.
"Nak marahlah tu. Abang sibuk sayang. Abang banyak kena outstation ke US dan Kanada. Abang minta maaf sebab tak dapat buat video call selalu,"pujuk Razlan. "Sayang jugak cakap sayang nak bina kerjaya di sini,kan?" Dilla masih membatukan dirinya. "Yang,kenapa ni? Tak suka tengok abang ya? Abang balik ke KL la," kata Razlan cuba untuk berlalu tapi di tahan oleh Dilla.
"I missed you,"kata Dilla. "Ada ketikanya Dilla terasa macam hendak balik. Dilla betul-betul sayangkan abang."
Razlan sangat terharu mendengar kata-kata Dilla. Akhirnya perkataan sayang itu dilontarkan kepadanya.
"I love you too. Sebenarnya abang tak cuti ni. My next flight is tomorrow night. Abang sahaja transit di sini nak jumpa sayang."
"Abang dah makan? Dilla ada masak sikit tadi tapi tak makan lagi. Tak ada selera itu yang duduk di taman ni."
"Bagus juga tu." Mereka beriringan masuk ke bangunan pangsapuri. "Abang mandi dulu solat sekejap ya?" Dilla memberikan kunci rumah Razlan kepadanya.
Dilla menyiapkan hidangan di meja dan menunggu Razlan untuk makan.
"Ara mana?"tanya Razlan
"Jabatan dia kena pergi ke Osaka ada retreat."
"Berapa hari?"
"Dari semalam sampai petang esok katanya. Jemput makan nanti sejuk pulak,"pelawa Dilla. Dia melayan Razlan makan sebaik mungkin.
"Kita dua orang kat sini tak takut kena tangkap ke?usik Razlan.
"Ingat sini Malaysia?" Balas Dilla ketawa.
"Dilla cuti krismas berapa hari?"
"5 hari kenapa?"
"Kalau abang cakap ni jangan marah tau?"kata Razlan. Dilla memandangnya cuba meneka. "6 bulan ni abang dah cuba tapi rasanya macam tak berjaya. Abang...selagi kita tak nikah abang susah hati."
"Awak dah nikah lain ke?"Dilla menjerit. Razlan ketawa.
"Hi...bab cepat naik marah tu bagi kat dia,"usik Razlan. "Bukan itu cinta hati abang,"pujuk Razlan.
"Habis tu?!"
"Kita nikah nak," ajak Razlan. Dilla yang mula nak marah tadi tersenyum. "Senyum kan cantik."Hari yang Dilla cuti tu."
"Dilla tak mau berhenti kerja."
"Abang tak suruh berhenti pun."
"Habis tu?"
"Dilla boleh terus bekerja tapi jadi isteri abang,ok?"
"Abang izinkan Dilla bekerja di sini?"
"Kalau itu yang Dilla nak. Abang takkan menghalang."
"Singkatnya masa nak prepare for the wedding,"kata Dilla.
"Abang dah uruskan semua di pihak abang. Ayah dan mak dah siapkan bagi pihak Dilla. Tunggu Dilla balik je!"
"Oh, semua ni dah plan ya..."kata Dilla mencubit lengan Razlan.
"Hei,abang tengah makan ni. Mana boleh cubit-cubit ya. Nanti abang cari tok kadi sekarang jugak baru tau!"usik Razlan. Dilla ketawa. "Setujulah ni ya. 2 minggu lagi kita nikah."
Hari yang ditunggu sudah tiba iaitu hari pernikahan Razlan dan Dilla. Kemeriahan di rumah Encik Said dan Puan Wahida terasa segenap kampung kerana Dilla satu-satunya anak perempuan mereka.
Majlis perkahwinan itu berjalan dengan lancar. Semua tetamu telah balik namun di rumah Encik Said dan Puan Wahida masih penuh dengan saudara mara.
Jam menunjukkan pukul 10Â Razlan masuk ke bilik pengantin yang serba indah.
"Assalamualaikum, Mrs Razlan Shaari,"tegur Razlan kepada Dilla. Dilla yang sedang menanggalkan hijabnya menjawab salam itu . Razlan duduk di katil dan melihat sahaja perbuatan isterinya. Rambut Dilla yang panjang lurus terurai.
"Abang tengok apa?"tanya Dilla sambil menyikat rambut panjang separas dadanya.
"Nasib baik pakai tudung kalau tak bertudung jenuh abang nak menepis peminat isteri abang ni,"kata Razlan tidak berkelip melihat Dilla. Setiap kali dia melihatnya semakin cantik wanita itu di matanya.
Dengan rambut yang disuak sebelah Dilla duduk di hadapan suaminya. Razlan mengelus rambut yang panjang mengurai.
"Terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang,"kata Razlan. Dilla menyentuh tangan suaminya.
"Terima kasih kerana menerima Dilla seadanya."
"Sayang sangat cantik hari ni. No makeup pun sama cantik,"puji Razlan. Dilla tersenyum. "I will protect you with my life,"janji Razlan.
"I will protect you with mine,"janji Dilla pula. "I have news for you," beritahu Dilla.
"Apa dia?"
"Dilla bendera merah hari ini!"kata Dilla ketawa. Razlan menampar dahinya.
"Tak apa, you are mine now!" Kata Razlan ceria memeluk isterinya yang sah. "You are my happy ending. You know that?"bisik Razlan di telinga Dilla sambil memeluknya erat.
"Dilla minta maaf atas semua perbuatan Dilla yang menyakiti hati abang."
"Abang pun nak minta maaf atas segala yang abang buat yang menyakiti hati sayang," lembut suara Razlan berbicara. "Kita mulakan hidup baru ya?"
"Esok dah ke KL untuk bertandang."
"Kita naik flight nak mengeluh kenapa? Did you forget your husband is a millionaire?"usik Razlan. "Kan abang kata abang uruskan semuanya." Dilla ketawa.
"Dilla tak pernah tengok abang sebagai jutawan," akui Dilla.
"I know! Sebab tu garang sangat menjawab pulak tu,"usik Razlan lagi. Dilla menampar lengan yang merangkul bahunya.
"Is that why you like me?"
"That and that pipi pau and mata bulat and cute and that bollywood night. Abang paling kacau malam tu. Dengan your crushnya,dengan your being so sexy with that costume and those dance move. I went crazy and I still am!"kata Razlan berterus-terang. "When did you open your heart to me?"tanya Razlan pula.
"Bila Dilla tahu abang jadi tunang Dilla,"jawab Dilla. Kenyataan itu mengejutkan Razlan. Dia memusingkan tubuh Dilla menghadapinya.
"Betul ke apa Dilla cakap ni?"
Dilla mengangguk. "You were my first crush. Abang tak ingat setiap kali keluarga kita berjumpa biarpun jarang sekali masa Dilla kecil, Dilla suka tengok abang."
"Oh, patutlah marah sangat dengan abang! I hurt you with my words and my actions. Abang minta maaf sayang. Abang tahu hakikatnya abang memang dah menyakiti sayang tapi malam ni-"kata-kata Razlan terputus di situ. Dia memandang tepat kepada Dilla Riana Said. "I cut you deep isn't it?"mata Razlan berkaca. Perasaan bersalah itu menghantui segenap jiwanya.
Dilla memegang wajah Razlan dengan kedua tangannya.
"Was...Dilla dah terlupa kesakitan itu. Kita bersama sekarang bukan?" Kata Dilla lembut. Razlan memeluknya erat.
"Abang akan jaga dilla sebaik mampu,abang janji."
"You'd better be. Separuh harta abang milik sayang,"usik Dilla yang masih di dalam pelukan suami tercinta. Mereka berdua ketawa walaupun ada airmata bahagia yang menitis.
"Selamat pengantin baru Razlan Shaari dan Dilla Riana...Semoga berbahagia hingga ke Jannah..."
~~~~~~Happy Ending~~~~~
Share this novel