Series
12680
Dilla tiba di Kuala Lumpur tepat 10 pagi. Dia terus mengheret beg menaiki bas menuju ke universitinya. Dia akan cuba merayu untuk pertukaran tempat praktikal. Walaupun terasa dia di dalam kesusahan dia tetap bertekad untuk mengubah perancangan ibubapanya.
Dia tiba di fakulti dan terus ke pejabat dekan. 10 minit kemudian dia keluar dengan muka yang panjang. Rayuannya ditolak. Dia melepaskan lelah di bangku luar pejabat.
'Padan muka aku. Naik bas jauh-jauh,rayuan ditolak!'dia mengherdik dirinya sendiri. "Apa aku nak buat sekarang?"Dilla bertanya di angin lalu. Dia mengeluh dan mengurut dahinya perlahan.
'I need some sleep,'kata hatinya ketika dia menguap besar. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Aman telefonnya hari ini kerana baru ditukarkan kad sim.
Dia menulis mesej kepada junior yang duduk bersebelahan biliknya dahulu. Dia meminta bantuan untuk diberikan peluang menumpang atau dari bahasa universitinya 'setinggan'.
Dia bernasib baik kerana junior itu memberinya kebenaran untuk menjadi setinggan di biliknya.
"Farah, thank you ya sebab tumpangkan akak," ucapnya seraya meletakkan begnya ke dinding.
"Akak datang ada urusan apa? Bukan dah buat clearance?"
"Akak datang buat rayuan pertempatan praktikal."
"Dapat tak?"tanya Farah mengemas katil kosong bersebelahan.
"Dapat. Dapat penat. Dekan menolak rayuan kerana semua telah ditetapkan lagipun tiada permintaan suka sama suka. Nasiblah," Dilla mengeluh. Dillla menggeliat kepenatan.
"Akak nak duduk berapa hari?"
"Tiga hari? Akak nak pergi jumpa dekan tu tiga hari berturut. Mana tau dia stress dia luluskan pertukaran akak,"terangnya.
"Prof Dr Abdul Samad ke?"
"Ha ah. Farah pun kenal?"
"Mana tak kenal kak. Khabarnya dia baru bercerai. Ramai yang fail projek paper baru-baru ni."
"Betul ni?!" Jerit Dilla tidak percaya. Farah mengangguk. "Oh...parah macam ni. Tipislah peluang," sambungnya mengurut dahinya yang berdenyut.
"Jom farah. Akak mandi sat. Lepas ni kita pergi lunch. Akak belanja.ok?" Matanya seperti ada gam. Dia mesti mandi, makan dan tidur dengan jayanya.
Keadaan di rumah Encik Said dan Puan Wahida jadi huru-hara kerana kehilangan Dilla masih tiada penyelesaian. Dr Helmi mengambil cuti hari itu. Tunangnya Marlia juga berada di rumah itu. Hafiz baru sahaja sampai dari Sabah.
Semuanya bercelaru. Puan Wahida banyak mendiamkan diri. Paling kurang melayan Encik Said bercakap.
"Keluarga auntie Jamilah kita mesti beritahu ke mak?" Tanya Dr Helmi.
"Tanya ayah kau. Dia kan mastermind dalam rumah ini," kata Puan Jamilah perlahan masih lagi bermenung.
"Mak janganlah macam ni. Nanti mak jatuh sakit,"pujuk Dr Helmi. Dia duduk rapat dgn ibunya. "Selagi Dilla tak dijumpai selagi itu mak letak kesalahan di atas bahu ayah kamu. Selagi Dilla tidak balik selagi itu mak tak mahu masuk campur urusan ayah kamu,"sambungnya sambil menyapu airmata yang gugur.
"Dilla mesti balik kita akan jumpa Dilla mak. mak jangan risau,"pujuk Dr. Helmi.
"Terlalu ramai orang jahat sekarang ni along. Mak takut mak tak dapat nak jumpa Dilla dah."
"Dilla merajuk je tu. Dah habis rajuknya pulanglah nanti," pujuk Marlia pula. "Lia percaya Dilla tak apa-apa. Dilla tu bijak,mak janganlah macam ni,ya."kata Marlia.
Encik Said yang berada di anjung rumah mendengar semua perbualan itu. Dia menghela nafasnya. 'Jika Dilla tidak dijumpai keluarga ini akan menjadi pecah-belah,' fikirnya. Penyesalan menerjah perasaan. 'Ya Allah, biar di mana pun Dilla, lindungilah dia,' doanya berkali.
Dr. Helmi memaklumkan kehilangan Dilla kepada keluarga Razlan. Mereka bergegas mengambil flight ke Pulau Pinang dan dijemput oleh wakil cawangan syarikat mereka di lapangan terbang.
"Macamana boleh jadi macam ni?" Kata Puan Jamilah di dalam kereta.
"Pilihan mak juga tu," balas Razlan spontan. 'She got guts,'bisik hatinya.
"Diam," kata ibunya jengkel.
"Harap Dilla tak apa-apa," kata ayahnya pula. Razlan tergelak.
"Mama dan ayah ni dramatik sangat ni kenapa? Dia bukan 16 tahun. Dah 23 tahun. Orang lain anak dua tiga dah."
"Razlan!!" Tengking ibunya dan menampar belakang kepalanya.
"Mama! Sakitlah."
"Hati mama ni dah risau, tambah dengan Razlan macam ni menyakitkan hati," bentak Puan Jamilah.
"Cik Milah sudahlah tu. Saya tahu awak risau janganlah marah-marah," pujuk Encik Adham. "Kau pun satu Razlan," marah Encik Adham.
Ego Razlan sedikit terguris kerana diperlakukan begitu. Dia mengambil jalan mendiamkan diri sepanjang perjalanan.
Mereka tiba di perkarangan rumah Encik Said setengah jam kemudian. 'Boleh tahan rumah ni. Padi menguning sekeliling,'desis hati Razlan. Dia belum pernah menjejakkan kakinya di situ.
"Assalamualaikum," Encik Adham memberi salam. Encik Said menjemput mereka masuk ke rumah.
"Susah-susah saja Ham datang dengan Milah," ucap Encik Said sambil menjemput mereka duduk.
"Dilla tu bakal menantu kami, memang wajib kami risau,"kata Puan Jamilah. "Kak Ida mana?"tambahnya lagi sambil tercari-cari.
"Assalamualaikum," tegur Dr Helmi. Baguslah Razlan ada di situ kerana dia ingin juga mengenali lelaki yang menyakiti hati adik bongsu.
"Waalaikumsalam. Yang ini..." tegur Puan Jamilah.
"Ni Helmi, abang sulung Dilla. Dr. Daus Helmi. Yang sebelah tu Daus Hafiz abang ketiga Dilla. Baru sampai dari Sabah tat sat tadi,"kata Encik Said memperkenalkan anak-anaknya.
"Kenapa masa majlis tu tak ada?" Tanya Encik Adham.
"Saya on call hari tu pakcik. Terkilan juga tak dapat hadir,"jawab Dr Helmi. Dia mengalih pandangan kepada Razlan. Jejaka tinggi lampai berkulit putih dan berperawakan menarik. 'Patutlah mengeji Dilla sebegitu rupa.
"Inilah tunang Dilla. Razlan Shaari," Puan Jamilah memperkenalkan anaknya kepada Helmi. Helmi bertukar pandangan dengan Hafiz. Razlan,walau terasa berat bersalaman dengan mereka.
"Memang tidak sepadan dengan Dilla," balas Hafiz spontan mengejutkan semua yang ada di situ. Berbunyi agak keras.
"Hafiz!" Ayahnya menegur. Air muka Puan Jamilah bertukar.
"Apa yang tak padan?"tanya Puan Jamilah cuba berbahasa.
"Segak sangat orangnya, tak macam adik kami," Hafiz melembutkan nadanya walaupun terasa hendak menumbuk muka bakal adik iparnya.
Hafiz dan Dr Helmi mengambil tempat betul-betul di hadapan Razlan memandangnya tajam.
Puan Jamilah dan Encik Adham memberi senyuman dibuat-buat kepada mereka.
"Tapi kita ni kalau segak macamana pun tak ada budi bahasa tak boleh jugak,kan? Tambah Dr Helmi memandang Hafiz. Hafiz mengangguk.
"Betul tu. Razlan dan jumpa Dilla?"selamba sahaja pertanyaan itu. Telinga Razlan terasa merah hangat.
"Baru jumpa beberapa hari yang lepas," jawab Razlan. Melihatkan reaksi kedua abang Dilla di hadapannya, dia rasa macam mereka menunggu untuk memukulnya.
"Abang Said mana Kak Ida. Saya nak jumpa dia boleh?"tanya Puan Jamilah. Walaupun hati Encik Said merasakan tidak sesuai pada masa itu,namun jauh mereka datang.
Puan Wahida bertelekung dan duduk di sejadah. Membuka helaian quran satu persatu. Dia cuba menenangkan jiwa dengan bersolat dan mengaji. Tak putus-putus berdoakan keselamatan Dilla.
"Assalamualaikum, kak Ida," sapa Puan Jamilah di pintu. Puan Wahida mengenali suara itu, dia berpaling. Airmatanya menitis.
"Dilla..." dia cuba berbicara. Puan Jamilah pergi mendapatkan Puan Wahida dan memeluknya.
"Maafkan saya kak. Maafkan saya,"katanya berulang kali. Mereka berdua menangis di situ.
"Kita cari Dilla sama-sama ya,"pujuk Puan Jamilah. Mengesat airmata.
"Kita putuskan sahaja pertunangan ini,"pinta Puan Wahida perlahan. "Razlan tak sukakan Dilla. Akak takut hidup Dilla terseksa,"tambahnya lagi. Puan Wahida tertunduk malu. Razlan benar-benar sudah memalukan dirinya sekarang.
"Kak jangan buat keputusan terburu-buru. Kita cari Dilla dulu ya?"pujuk Puan Jamilah.
Share this novel