14

Romance Series 12680

Dilla mencari belukar  yang boleh dia menyorok sebelum menaiki bas kerana matanya tidak mahu berhenti menangis.  Semua perasaan geram, marah dan sakit hati tidak pergi dengan senang. Dia akhirnya berjumpa sepohon rendang di tempat yang sunyi ke dalam sedikit dari hentian bas.  Dia duduk dan berehat di situ. 

Razlan masuk ke pejabat dengan perasaan marah. Dia tidak percaya dia ditinggalkan oleh Dilla sekali lagi. 

"Bos, ada meeting dengan First Data jam 3.00," beritahu Asiah berhati-hati. Melihatkan mood bosnya hari itu, kecut perutnya. Silap-silap boleh mati terkejut.

"Ok, ask the cafe to bring me coffee and Nasi Lemak now," arah Razlan. Dia mengusap wajahnya. "Haish!" dia meluahkan geramnya. Dia menggelengkan kepalanya.  

Ara menelefon Dilla buat sekian kalinya dan kali ini berjaya.

"Dilla!" jeritnya. "Kau pergi mana? Puas aku cari!"

"Ara?"

"Yalah, aku ni. Takkan tak cam suara. Kau ni kenapa? Kau sakit ke? Macam selsema je?"

"Terbersin sikit tadi," jawab Dilla berbohong.

"Kau baca tak mesej Ikmal?"

"Tak. Kenapa?"

"Dia terpaksa membuat praktikal di Kuching. Permintaan keluarga,"beritahu Ara.

"What? Habis tu tinggal aku sorang?'

"Yang kau tak cek mesej tu kenapa?"

"Banyak sangat masalahlah. Oklah tu, good for him," kata Dilla bersahaja.

"Sapa nak tengokkan kau kat sana? Aku tak ada."

"Kau tu duduk di Afrika ke?" tanya Dilla. Ara terketawa.

"Yelah, yelah. Tapi tak syoklah tak dapat jumpa hari-hari."

"Hujung minggu kita jumpa. Kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?"

"Tak, siapa?"

"Chen Ming," kata Dilla lagi. Airmatanya kering kini semua kerana mendengar suara Ara.

"Hah, crush kau first year?"

"Betul.....!" jawab Dilla. "Dia bekerja di Cybernetics rupanya. Tadi terserempak."

"Kau bila nak balik KL?"

"Company aku report duty minggu depan hari Rabu."

"Oklah, bila kau dah ada kat sini, mesej ya!" balas Dilla ceria. Ya, tidak perlu berlama-lamaan bersedih. Tidak ada faedah bersedih kerana lelaki itu. "Ok, bye!" Dilla mengakhiri perbualan. Dia mengesat matanya dan memeriksanya di cermin bedak kompak.  Mesej Farah masuk. 

'Kak! Do you need a place to stay?'

'Why? Ada kenal sesiapa yang duduk di Cyberjaya?' Dilla membalas.

'Ada! Nah ini nombornya. Ni sepupu Farah. Bekerja di MMU. Call lah. Boleh terus tengok rumah.' Mesej terbaik hari ini.

'Thank you Farah! Akak call sekarang!' Dilla merasa kesedihannya diganti dengan kegembiraan perlahan-lahan. Alhamdulillah. Tanpa berlengah, dia menguruskan tempat tinggalnya untuk 3 bulan. Semuanya berjalan lancar dan Dilla terus membayar deposit bilik sewa. Dia terus menulis mesej kepada ibunya dan abang-abangnya siap dengan alamat dan selfie dengan sepupu Farah. Dia boleh pindah masuk esok. Alangkah lega rasa hati Dilla.

Razlan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada mesyuarat kerana rasa tidak puas hatinya terhadap Dilla masih di hati. 

"Great! Could we meet again next week?" selepas wakil First Data selesai memberi taklimat. Dia tidak mahu duduk di dalam mesyuarat terlalu lama hari itu. Dia banyak termenung selepas itu. 

"Kenapa dengan bos kita tu?" tanya Mary setiausaha Danial.

"Entah, angin dia tak elok tu," jawab Asiah. 

"Hi...menakutkan," kata Mary.

"You bertuah sebab Encik Danial tak garang. I ni, telinga dah jadi telinga kuali tau!" Asiah komplen.

Lamunan Razlan terganggu melihat ada panggilan masuk daripada ibunya.

"Assalamualaikum," sapa Puan Jamilah.

"Waalaikumsalam mama. Kenapa call?"

"Sibuk ke?'

"Sibuklah jugak," jawabnya berbohong.

"Dilla balik yesterday ke Sungai Petani. Alhamdulillah dia tak apa-apa. Makcik Ida dan Pakcik Said tak jadi datang sebab mereka terus terbang dari Penang ke KLIA dan terus ke London. Dilla tidak jadi duduk dengan kita."

"Oh, kenapa dia ada tempat tinggal lain?"tanya Razlan.

"Katanya, hendak mencari tempat tinggal yang dekat dengan pejabat. Jadi mama dan ayah terima ajelah."

"Mama dan ayah biarkan ajelah dia nak buat apa pun," kata Razlan.

"Kau memang nak macam tu  kan?" tuduh Puan Jamilah. Razlan hanya mendiamkan diri.

"Mama dan ayah rasa macam nak ikut Makcik Ida dan Pakcik Said ke London. Dah dekat dua tahun mama tak pergi ke sana."

"Itu cadangan yang baik. Mama dan ayah patut berehat," balas Razlan. Dia mengakhiri perbualan. Dia terus tersenyum. Tiada penyelamat kau lagi budak montel. Hahahahaha. Dia ketawa besar.

Malam terakhir Dilla berada di kamsis. Dia dan Farah menjamu selera di kafe kamsis. 

"Akak akan rindukan tempat ni," ucap Dilla selepas selesai makan malam.

"Akak akan mulakan hidup baru. Menuju kedewasaan bak kata orang sastera," usik Farah. 

"Terima kasih, Farah kerana menolong akak di saat akak susah," katanya menghargai. Farah tersenyum. 

"Ala akak ni, Farah tumpangkan bilik aje. Lagipun duduk sorang-sorang kadang-kala sunyi."

"Akak terhutang budi dengan Farah. Jika Farah nakkan pertolongan akak, Farah cakaplah ya? Bila dan di mana sahaja," kata Dilla memegang tangan Dilla. "Nah, ini dari mak akak. Dia cakap terima kasih sebab tumpangkan," dia berkata dan menghulurkan sampul surat.

"Apa ni kak? Akak dengar Farah tengah prepare presentation, tentu banyak belanja. Ambillah, ikhlas ni," kata Dilla.  Farah sungguh gembira kerana memang dia kesempitan wang sekarang.

"Sepatutnya Farah tak boleh terima ni," balas Farah.

"Salah tu, ini bukan upah. Ini ikhlas dari akak dan mak akak. Tolonglah terima. Kalau tidak akak mesti rasa bersalah. Terima ya?" pujuk Dilla. Farah tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dia memeluk Dilla seketika. 

"Terima kasih, kak!" 

"Sama-sama. Jom akak nak ke Cyberjaya tu pagi-pagi esok."

"Akak pergi dengan apa kak?"

"Dengan tulang empat kerat nilah. Tak ada jejaka yang sudi mengangkat beg perempuan yang tak cantik macam akak ni!"

"Ada-ada jelah akak ni. Tak ada ke , akak yang tak sudi kot?" usik Farah. "Jomlah, dah pukul 10 dah ni," ajaknya sambil berdiri.  Mereka berbual lebih panjang malam itu kerana Dilla akan pindah ke Cyberjaya.

Subuh-subuh lagi , telefon berdering. Dari nada telefon Dilla sudah mengagak yang itu adalah dari ibunya.

"Assalam mak," ucapnya lebih dulu.

"Wah, dah bangun?"

"Dah, nak masuk rumah sewa kan," kata Dilla menguap. Dia berbual hingga larut malam dengan Farah jadi baru sahaja beberapa jam melelapkan mata.

"Mak, ayah, auntie Jamilah dan uncle Adham nak bertolak ke London dah Dilla," Puan Wahida memberitahunya. 

"Oh, pergi berempat ya?"

"Ya, Dilla. Mak harap Dilla jaga diri Dilla tau!"

"Mak baru je sampai KLIA tengah tunggu auntie. Flight pukul 9. Nak masuk boarding sat lagi," terang ibunya.

"Ok mak, semoga perjalanan mak dan ayah selamat," jawab Dilla. Maknya terdiam seketika. "Kenapa mak?"

"Dilla masih marahkan ayah?" tanya maknya. Giliran Dilla pula berdiam. 

"Mak, Dilla nak solat subuh ni, mak nanti dah sampai mesej Dilla ya?" pesan Dilla. Tiada jawapan untuk pertanyaan ibunya kerana hatinya masih terasa, jiwanya masih sayu kerana ayah menamparnya tanpa belas kasihan. "Assalamualaikum." Telefon diletakkan. 

Encik Said yang sibuk mengaturkan perjalanan mereka duduk bersebelahan Puan Wahida.

"Awak telefon Dilla?" Encik Said bertanya. Puan Wahida hanya mengangguk. "Awak masih marahkan saya kan?" Puan Wahida hanya mendiamkan diri. "Abang harap, awak taklah tunjuk sangat di depan Ham dan Milah. Takut mereka rasa serba-salah." kata-kata Encik Said disambut dengan keheningan lapangan terbang ketika itu. "Awak marah dengan saya, bukan dengan Adham atau Jamilah. Kalau awak masih begini di depan saya, saya terima tapi tolonglah, di depan mereka berdua kita berlagak sahaja seperti biasa," kata Encik Said lagi sambil memandang wanita separuh abad di sebelahnya. 

Perbualan mereka terhenti apabila melihat Encik Adham dan Puan Jamilah yang dihantar oleh Razlan. Razlan bersalaman dengan mereka berdua. Puan Wahida hanya memberikan senyuman tawar kepada Razlan. 

"Dilla telah pun melaporkan diri ke syarikat saya. Hari Isnin ini, dia sudah mula bekerja. Saya akan pastikan dia selamat di situ," janji Razlan. 

"Ya, Razlan tolong tengok-tengokkan Dilla," tambah Encik Said. 

"Tak menjadi masalah. Enjoy cuti ni ya?" ucap Razlan lagi.  Razlan dapat merasakan yang Puan Wahida tidak semesra dulu dari pandangan matanya.

"Ada apa-apa, Razlan telefon kami ok?" pesan Encik Adham. Pengumuman kedengaran dan mereka berempat bergerak ke pintu masuk. Razlan melambai sehingga mereka hilang dari pandangan. 

Dia melompat kegembiraan. "Merdeka! Kau nanti Dilla Riana. Diri engkau aku yang punya. Nantikan hari-hari pembalasan!" Dia ketawa seperti seorang maharaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience