 
                 Romance
Romance
                         Series
Series
                         12680
12680
                    Seperti yang dijanjikan mereka bertiga bersama-sama pulang ke kampung halaman Dilla di Sungai Petani. Bapa Dilla , Said bin Zain, seorang pesara polis berasal dari Melaka tetapi mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi Kedah ini. Ibu Dilla, Puan Wahida seorang pesara cikgu kemas berasal dari Taiping, Perak.
Dilla adalah anak bongsu dari empat beradik. Tiga abang-abangnya, semua bekerja. Abang sulung Daus Helmi, 28, seorang doktor di Hospital Besar Sg Petani, abang kedua Daus Haziq,26,seorang pegawai pentadbir diplomatik yang bertugas di United Kingdom dan abang ketiga  Daus Hafiz, 25 sekarang berada di Sabah bertugas sebagai jurutera di sana.Â
Ibu dan ayah Dilla sudah menjangkakan yang anak bongsu mereka ini akan balik dan berdepan dengan mereka mengenai pertunangan yang sudah terjalin. Dilla biarpun satu-satunya anak perempuan bongsu, kedegilannya mengatasi abang-abangnya. Setelah lima jam menempuh perjalanan, mereka sampai di kampung. Â Rumah besar di tengah sawah tersergam menyambut kehadiran mereka.
"Wah, cantiknya rumah kau, Dilla," puji Ikmal membelok masuk ke halaman rumah.
"Biasa je," jawab Dilla yang duduk di belakang. Ara yang teruja kerana rumahnya hanya di belakang rumah Dilla.
"Itu rumah aku!" jerit Ara.Â
"Rumah kau tu, Ara? Besar-besar rumah kat sini,ya," kata Ikmal.
"Sat, kau balik ikut aku ni, bukan nak teman aku kan? Kau nak tumpang balik tengok mak kau?" tegur Dilla. Â Ara berpaling ke belakang dan tersenyum.
"Sambil menyelam minum ayaq! Paham," balas Ara sambil tersenyum manis membuat jari peace di pipinya.
Ibu dan ayah Dilla keluar ke serambi melihat kereta Preve Putih di halaman. Â "Ara pun balik," kata Puan Wahida kepada suaminya. Encik Said berjalan ke kereta putih itu. Â Ara keluar dengan gembira dan bersalaman dengan ibu dan ayah Dilla. Dilla dan Ikmal juga berbuat begitu.
"Anak ni siapa?"
"Inilah teman istimewa Dilla," selamba sahaja Ara memperkenalkan Ikmal.Â
"Assalamualaikum pakcik. Saya Ikmal Hisham Ismail. Saya satu course dengan Dilla," katanya tersenyum. Encik Said hanya menjeling kepada anaknya. Â Minggu ini akan timbul perang kalau tak kena gaya.
"Waalaikumsalam," jawab Puan Wahida. "Makcik mak Dilla."
"Apa khabar makcik? Saya Ikmal Hisham Ismail."
"Boyfriend Dilla," kata Dilla tersenyum manis.Â
"Jemputlah masuk, Ikmal. Kita makan tengahari sekali," kata Encik Said.
"Ara....Ara balik dulu ya, makcik, rindulah kat mak,"balas Ara atau nama sebenarnya Zaharah.
"Betul ke ni, Ara?" tanya Dilla dengan pandangan yang penuh bermakna. Â Dia perlu kumpulkan semua sokongan yang ada untuk drama menjadi lebih menarik.
"Awat tak betoinya? Betoi, ah..." jawab Ara ketawa. Dia membuka kereta dan mengambil beg pakaiannya. Â Dia berlalu pergi dengan gembiranya.
"Jom masuklah, panas ni," tegur Encik Said. Mereka masuk ke rumah sebuah yang cantik berhias ala Inggeris.
"Wah, cantiknya dalam rumah ni," puji Ikmal.
"Kau jangan puji lebih-lebih boleh?" bisiknya sambil mencubit lengan Ikmal. Ikmal mengaduh kesakitan.
"Sakit tau tak?" kata Ikmal berbisik, bersinar-sinar matanya menahan marah.
"Kau tu!!" balas Dilla kebengangan.
"Dilla! Pi letak beg ceq kat bilik!"tegur bapanya. "Ikmal, ok?" tanyanya lagi. Ikmal mengangguk-angguk. Dilla menjeling kepada Ikmal dan terus ke biliknya.
"Eh, saya ok je pakcik," jawab Ikmal tersenyum. Â Tangannya mengurut-urut tempat cubitan maut Dilla tadi.Â
"Jom kita terus ke meja makan," ajak Encik Said. Dia duduk di hujung meja dan Ikmal duduk di sebelah kanannya. "Lipat lengan baju tu, sat," pintanya. Ikmal hanya menurut sahaja.
"Kenapa pakcik?" tanya Ikmal kehairanan. Encik Said  memeriksa lengan Ikmal yang dicubit oleh Dilla tadi. Dia menggelengkan kepalanya.  Biru di tempat cubitan itu.
"Maafkan pakcik, sakit ya? Nanti kita letak ubat ya?" kata Encik Said.
"Eh, taklah pakcik," kata Ikmal berdalih. Dia pun melihat tempat cubitan itu. Patutlah sakit dan macam kena gigit hantu birunya. "Sikit je ni," kata Ikmal masih menyentuh tempat cubitan itu.
"Anak ni  betul ka kawan Dilla?" tanya Encik Said. Ikmal mengangguk tanpa berkata apa-apa.  Puan Wahida keluar dari dapur dengan mangkuk nasi. Lauk terhidang di meja semua menyelerakan.
"Kenapa bang?"tanya Puan Wahida.
"Anak kita tu anak perempuan ke anak beruang?" tanya Encik Said. Ikmal terketawa mendengar ucapan itu. "Lebam lengan si Ikmal ni, ni bukan cubit-cubit sayang, ni cubit nak membunuh. Nah awak cuba tengok," kata Encik Said memegang lengan Ikmal.
"Alah itu pun mengadu," kata Dilla seraya duduk di meja.
"Kalau ya pun, melampau buat orang macam tu,"ibunya pula berkata.
"Eh, takpe makcik, saya ok je. Dilla bukan sengaja," balas Ikmal cuba berlagak ceria. "Sayang tak sengaja kan?"
"Sayang?!" Puan Wahida, Encik Said dan Dilla berkata serentak. Ikmal terkejut dengan reaksi mereka.
"Tak boleh panggil sayang ke makcik? Saya betul-betul sayangkan anak makcik ni, biarpun dia ni angin tak bertempat," kata Ikmal tersengih-sengih. Encik Said ketawa.
"Dah, mari kita makan dulu," ajak Encik Said. Dari kilas pandangan Ikmal, mata Dilla seperti meratah dirinya hidup-hidup. Selesai makan TEncik Said dan Ikmal duduk di serambi mengambil angin sepoi-sepoi bahasa.
"Aman tempat ni kan pakcik?" tanya Ikmal kepada Encik Said yang masih nampak sihat dan segak.
"Sebab tu pakcik ambil keputusan untuk terus tinggal di sini.  Damai, tenang aje," jawab Encik Said. "Ikmal, maafkan pakcik, tentu pertunangan Dilla dengan sedara makcik kau tu, mengejutkan semua orang terutama Dilla dan Ikmal," Encik Said  memulakan bicara. "Pakcik tengok Ikmal ni baik orangnya. Bukan senang nak deal dengan Dilla. Dia tu nampak je garang, tangan kaki ringan je senang naik, tapi hati dia tu lembut sebenarnya."
"Saya tahu pakcik. Tak ada jalan lain ke pakcik. Sekiranya pertunangan ini diteruskan peluang saya untuk memperisterikan Dilla tak kesampaian,"kata Ikmal walaupun semua ini adalah lakonan bagi Dilla, niat di hati Ikmal adalah ikhlas. Secara jujurnya dia memang mahukan Dilla menjadi isterinya satu hari nanti.
"Sebelum ini, Dilla tak pernah cerita pun pasal Ikmal. Itu yang kami sangka, Dilla  belum lagi mempunyai pilihannya sendiri."
"Sebelum ini, Dilla tidak pernah mahu mengakui kewujudan saya pun pakcik," katanya perlahan.
"Dan, kamu masih bertahan?"
"Ya," kata Ikmal mengangguk.
"Yang datang ke sini, nak beritahu pakcik yang Ikmal ialah pilihan Dilla?"
"Ya," kata Ikmal. "Saya merayu batalkan pertunangan itu pakcik. Kalau pakcik nak, saya akan hantar rombongan peminangan segera," dia berkata lagi. Encik Said memandang Ikmal. Dia dapat merasakan keikhlasan anak muda ini di hadapannya.
"Mari minum kopi dulu, bang, Ikmal," Puan Wahida mencelah. Dia mendengar semuanya di pintu tadi. Hatinya merasa sedikit bersalah kerana tidak bertanyakan Dilla tentang penerimaan pertunangan ini.
"Ikmal ni orang mana?"tanya Puan Wahida sambil duduk bersebelahan suaminya.
"Orang Johor, makcik. Â Ayah saya masih bekerja di Kuching sebagai Ketua Jurutera dan ibu masih lagi seorang cikgu di sana. Â Saya anak tunggal," terangnya tanpa disuruh.
"Ikmal tidur di sini ka malam ni?" tanya Encik Said.
"Tak, saya dah booking hotel Swiss Inn untuk malam ini dan malam esok."
"Oh, macam tu. Takpa, Ikmal makan sahaja di sini ok?" pelawa Encik Said. Ikmal mengangguk.
"Dilla mana makcik?" tanya Ikmal.
"Kat sini, sayang nak balik dah ke?"tanya Dilla kepada Ikmal. Perkataan sayang itu mengejutkan Ikmal. Dia yang tersipu-sipu. "Yang blushing muka ni kenapa?" usik Dilla.
"Mana ada," Ikmal cuba cover line dan terus meneguk kopi di hadapannya. Sebaik sahaja kopi masuk, dia memuntahkan balik. "Panas, panas, panas!" katanya meletakkan balik kopi itu. Dilla ketawa, dalam hatinya berkata baru padan dengan muka Ikmal. Nak berlagak sayang-menyayang konon.
"Dilla, ayah tak pernah ajar ketawa kerana tengok kesusahan orang lain," tegur Encik Said.
"Ehemm, sorry ayah," balas Dilla. "Err awak nak air sejuk ke?"
"Tak apa tak apa," cepat Ikmal menjawabnya. "Saya pergi dulu ya pakcik. Nanti hotel release pulak booking saya. Saya mintak diri dulu ya makcik?" Dia berdiri dan bersalaman. "Dilla saya pergi dulu." Dilla tidak berkata apa dan hanya tersenyum.
"Malam ni makan di sini tau Ikmal," pelawa Encik Said.
"InsyaAllah, pakcik. Saya pergi dulu," kata Ikmal tersenyum. Ibubapa Dilla sangat baik. Patutlah ramai yang hendak berbesan. Cuma dia tidak faham bagaimana Dilla boleh menjadi garang sebegitu. Mereka melihat sahaja kereta Ikmal hilang dari pandangan.
"Tahu ke Ikmal jalan di Sungai Petani ni?"tanya Puan Wahida.
"Dia pernah buat diploma di UITM Merbok mak. Tiga tahun dia di sini. Mak ayah jangan risau ya?" balas Dilla mengangkat cawan Ikmal ke dapur.
"Kita dah buat silap ke bang?" tanya Puan Wahida apabila tinggal mereka berdua.
"Baik budak Ikmal tu, Dilla tu macam budak-budak lagi. Tenang sungguh cara dia bercakap dengan Dilla tu."
"Saya serba-salah ni bang. Kesian pun ya."
"Abang pun kesian tapi nak buat macamana? Majlis selesai dua tiga hari dulu takkan kita nak putuskan. Ni bukan orang lain yang kita tak kenal."
"Saya..." Puan Wahida putus kata-kata. Dia berdoa semoga dipermudahkan urusan Dilla dan Ikmal ini.
Share this novel
