Series
12680
Razlan sudah terlepas dari tahap kritikal dan kini hanya melakukan rawatan susulan. Menurut Doktor Helmi mungkin dalam masa seminggu dia boleh dibawa pulang.
Dilla masuk ke bilik diiringi oleh Chen Ming. Dia yang baru sahaja tiba malam sebelumnya segak berkemeja putih dan berseluar jeans.
"Pakcik..maaf saya baru tiba semalam. Pakcik apa khabar?"tegurnya mesra.
"Sudah beransur baik tapi taklah segagah dulu,"jawab Encik Said tersenyum.
"Tuan Razlan,"tegur Chen Ming melihat Razlan baru sahaja masuk berkerusi roda. Dia membantu Razlan naik ke katil. Dilla hanya tidak mengendahkan Razlan atas sebab dia tidak mengenali dirinya siapa. Hanya tahu nama tapi bukan orangnya. "Tuan,terima kasih kerana selamatkan Dilla," kata Chen Ming sambil tunduk hormat.
Razlan hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak membalas kata-kata itu kerana kehadiran Chen Ming kurang disenanginya.
"Ming, he doesn't remember me," kata Dilla dengan suara yang sedikit kuat.
"What do you mean?"tanya Ming kehairanan.
"Selective amnesia,"jawab Dilla sambil menjeling ke arah Razlan. "He can remember everyone but me. It is good though. Taklah aku rasa bersalah sangat."
Chen Ming menoleh ke arah Razlan dan Razlan pura-pura tidur.
"Unbelievable,"kata Ming berbisik.
"Chen Ming, dah terlanjur datang pakcik nak tanya satu perkara."
"Apa dia pakcik?"
"Betul ke Chen Ming ada melamar Dilla?" Encik Said berterus-terang.
"Ayah!"terkejut Dilla mendengarkan pertanyaan itu. Chen Ming ketawa gemuruh.
"Betul pakcik."
"Tak menyesal ke? Dilla ni tomboy sikit."
"Dia sempurna di mata saya," kedengaran ikhlas Chen Ming menjawab Encik Said. Razlan yang pura-pura tidur dalam diam hatinya menggelegak. Biarpun begitu, dia masih mengharapkan Dilla memaafkan dan menerima dirinya.
"Kalau macam tu, pakcik izinkan jika Dilla menerima lamaran Chen Ming tu."
"Aduh...!sakit,"jerit Razlan. Chen Ming berlari ke katil sebelah.
"Tuan, tuan," sapanya cemas.
"Encik Razlan,"kata Dilla. "Kenapa ni?"
"Dada saya...." Jawab Razlan kesakitan.
"Aku pergi panggil doktor!" Kata Chen Ming berlari keluar. Selang beberapa saat, dua jururawat dan seorang doktor bergegas masuk.
Mereka meminta Chen Ming dan Dilla keluar apabila langsir kubikel ditarik.
"I hope nothing serious," bisik Chen Ming kepada Dilla. Dilla tidak dapat berkata apa-apa kerana semua detik Razlan ditikam di matanya.
Airmatanya turun bak mutiara.
"Kau ni kenapa?"tanya Chen Ming. Encik Said hanya memerhatikan sahaja keadaan itu.
"Aku yang bersalah. Aku yang buat dia jadi macam tu," jawab Dilla seperti berbisik. Chen Ming mengeluarkan saputangan dan memberikannya kepada Dilla.
Dilla banyak menangis ketika bermula di cybernetics semua kerana CEO Razlan Shaari.
"Don't worry. He is in good hands.,"pujuk Chen Ming memandang Dilla dengan simpati. Tirai dibuka semula dan Razlan nampak lebih tenang.
"Err doktor," tegur Chen Ming. "Tuan Razlan macamana?"
"Kami beri dia dos yang lebih sikit. Kalau boleh biarkan dia berehat tanpa gangguan,ya?"jawab doktor muda itu. Dilla menarik nafas lega.
Datuk Adham dan Datin Jamilah datang tengahari itu kerana Encik Said sudah dapat dibawa pulang. Mereka datang dengan Puan Wahida.
"Tadi Razlan mengadu sakit doktor beri ubat penahan sakit itu yang tidur tu,"jelas Encik Said.
"Abang dah boleh baik, alhamdulillah,"kata Datuk Adham.
"Alhamdulillah. Terima kasihlah sebab banyak membantu,"kata Encik Said perlahan. Dia tidak mahu mengganggu ketenangan Razlan.
"Pakcik, saya minta maaf saya mesti balik ke KL semula pukul 5 nanti."
"Awalnya,"tegur Puan Wahida.
"Saya tak boleh ambil cuti panjang,"terang Ming sopan.
"Balik dengan apa?"tanya Datin Jamilah.
"Dengan flight Datin."
"Ok hati-hati terima kasih kerana sudi datang menziarah,"balas Datin Jamilah. Chen Ming membalasnya dengan senyuman.
"Jom, ayah pun nak turun kita turun sekali,"ajak Dilla. "Auntie uncle Dilla minta diri sebentar ya." Tinggallah keluarga Razlan sahaja di situ.
"Lan..adik2 Lan akan sampai sekejap lagi," kata Puan Jamilah. Sebak di dadanya Allah sahaja yang tahu. Datuk Adham memegang bahunya cuba menenangkan.
Datuk Adham mendapat panggilan telefon dari Ema anak keduanya.
"Mama, saya nak pergi ambil anak-anak kita di Pulau Pinang.
"Auntie pergilah. Biarlah Dilla yang jaga," sampuk Dilla ketika melangkah masuk.
"Dilla tak balik?"
"Tak, biar Dilla je yang jaga. Auntie dan uncle jangan risau. Mak pesan nanti bermalam rumah mak."
"Ramai tu..."jawab Datin Jamilah. Dilla ketawa.
"Mak kata dia akan sediakan semuanya."
"Kalau macam tu, kami pergi dulu."
"Ok! Hati-hati ya,"balas Dilla. Selepas ibubapa Razlan pergi dia duduk di tepi katil dan memerhatikan Razlan yang sedang tidur.
"Kenapa awak kat sini?" Razlan bertanya membuka matanya perlahan-lahan.
"Saya temankan Encik Razlan."
"Saya tak perlukan simpati awak."
"Bukan Encik Razlan tengah tidur ke?"
"Suara awak tu macam loudspeaker. Sakit telinga saya." Dilla mengetap bibirnya dan bangun dari tempat duduknya. Jika lelaki perasan sempurna ini tidak mahu dia menemani baik dia pergi sahaja. Razlan pantas memegang tangannya. "Stay...I am sorry,"kata Razlan perlahan.
Dilla duduk kembali. Razlan melepaskan pautannya.
"Betul awak nak ke Jepun?"tanya Razlan.
"Ya."
"Berapa lama?"
"Entah mungkin lama mungkin sekejap."
"Awak terima lamaran Ming?"
"Yang Encik Razlan nak tahu kenapa?"
"You know why."
"I don't think we will work out. Jurang kita terlalu besar and you are too annoying."
"I have never begged anyone in my life but I am begging you to give me a second chance."
"Untuk apa?"
"I can't imagine my life without you."
"Well, you had your chance."
"Saya tahu semua salah saya."
"Do you really want to be with me because you really love me or because this is the first time you've been rejected. So, ini hanya untuk menaikkan ego Encik Razlan?"
"Ini mungkin kedengaran tak logik tapi saya jatuh cinta dengan awak pertama kali awak bergaduh dengan saya."
"Dan lepas tu awak seksa saya macam-macam?"
"Itu semua untuk menguji kesabaran dan keikhlasan awak."
"Anggap sahaja itu pengalaman. Cinta yang bersyarat ini tidak akan kekal."
Dilla memandang lelaki yang telah menggadai nyawa untuknya.
"If you really love me,let me go," kata Dilla perlahan. Razlan mengalihkan pandangannya dari Dilla. "Dilla minta maaf ya tuan"
Razlan memandangnya kembali.
"Tuan?" Perkataan yang tidak diduga keluar dari mulut Dilla Riana.
"Tuan dah selamatkan saya dan saya terhutang nyawa. Tapi hingga sekarang saya masih tak punya jawapan mengapa saya yang tuan pilih sedangkan ramai lagi yang setaraf dengan tuan."
"Dilla..."
"Saya akan bekerja di Jepun untuk satu tempoh yang tidak dijangka. Saya harap tuan akan bertemu jodoh yang ternyata lebih baik."
Tiada perkataan yang dapat meyakinkan Dilla untuk menerima perasaannya.
"Saya akan tunggu hati awak terbuka untuk saya."
"Don't waste your time."
"Awak bertanya mengapa awak yang saya suka? Awak ingat saya suka awak by choice? Saya tak mintak teringatkan awak. Saya tak mintak nak terima tikaman ini. Saya lakukan semua ini kerana saya sayangkan awak."
"Saya harap tuan berikan sedikit masa untuk diri tuan sedar yang semua ini sementara. Saya doakan yang terbaik untuk tuan."
"Dilla..."
"Saya rimas dengan percaturan jodoh kita hari tu. Dan saya tak dapat lupakan caci maki tuan terhadap diri saya. Saya tidak mahu apa-apa ikatan dengan sesiapa pun."
"Oh dengan Ikmal tak apa? Bukan diapun suka buli awak?"
"He turned out to be sweet and sincere and he proves that cares for me."
"In what way? Awak biar serius !"
"By letting me go and letting me decide where the relationship would go."
Razlan terdiam. Sekarang dia lebih mengerti, pendirian Dilla. Dilla hanya akan menerima cinta sesiapapun jika itu adalah kemahuannya. Bukan atas dorongan sesiapa.
"Awak tidak berhutang dengan saya."
"Tuan?"
"Awak kata tadi awak terhutang nyawa dengan saya. Sekarang saya beritahu. Awak tak terhutang apapun. Anggap sahaja semua seksaan dan kata-kata kesat yang awak tak dapat lupakan itu adalah ini bayarannya."
Dilla terdiam. Nampaknya Razlan yang egois dan merasa sempurna kembali di hadapannya. Dilla tersenyum. Senyuman yang paling manis.
"Saya ucapkan terima kasih,"kata Dilla. "Saya harap tiada lagi soal begini diungkit lagi,ya? Terima kasih kerana semua pengalaman yang saya dapat di cybernetics. Saya benar-benar mengharapkan yang tuan akan lebih berjaya."
Dilla bangun dan meninggalkan bilik itu tanpa menoleh. Walaupun itu yang dia harapkan namun dia akui wujudnya ruang kosong di hatinya.
Share this novel