24

Romance Series 12680

Razlan berjalan ke keretanya masih dengan kemarahan. Sebelum dia menekan remote unlock dia terhenti mengambil nafas yang panjang. Dia melihat jam tangannya menunjuk jam 12.05.

Dilla yang berlalu masih menunggu di depan pintu lif. Razlan berlari masuk dan menemui Dilla yang sedang menanti lif ke atas hanya memandangnya. Tiada kata-kata yang teringin dia sampaikan.

Lif terbuka dan Dilla tidak mempedulikan Razlan di sebelahnya. Dia melangkah masuk dan diikuti oleh Razlan.

"Tingkat berapa?"

"Kenapa?"tanya Dilla menjeling.

"Awak masih tunang saya. Tingkat berapa?!"tengking Razlan. Terlompat Dilla terkejut.

"Tingkat 10," jawab Dilla. Razlan menekan nombor 10. Sampai di situ, lif terbuka. Razlan melangkah keluar dengan egonya. Dilla dengan pantas menekan butang 2 dan tutup.

Razlan tidak sempat berbuat apa-apa kerana ego dia hanya memandang ke depan. Niatnya hanya ingin tahu di manakah apartment Dilla.

Bila dia sedar lif sudah berbunyi dan pintu lif telah tertutup.

"Hei!Dilla!" Jerit Razlan sambil menekan butang lif. Dilla hanya ketawa terbahak-bahak di dalam lif.

"Padan dengan muka kau tu. Ego sangat. Boleh blah!"kata Dilla sendirian. Dilla sampai ke tingkat 2 dan dengan pantas dia berlari ke pintu rumahnya,membuka pintu dengan cepat dan berdiam diri.

Razlan mengambil lif yang bersebelahan dan menekan nombor 2 kerana dia cuba mengesan ke tingkat berapa Dilla turun. Apabila dia keluar ke tingkat 2, senyap sunyi.

"Ya Allah perempuan jenis apa yang mak aku suka sangat ni?!" Katanya serabut. Dia mengambil lif untuk turun ke lobi. "Taulah hari Isnin nanti budak montel,"herdiknya.

Selepas berjogging bersama Chen Ming pagi itu, mereka berehat di bawah pokok berhadapan tasik.

"You tak call I pun semalam?" Chen Ming seakan bertanya.

"I was so tired balik salin baju mandi solat dan tidur. Tak larat nak buat apa dah."

"Did he stay long?"tanya Chen Ming sambil meneguk air yang dibawanya.

"Entah. Lepas you balik I pun balik. Dia berleter sorang-sorang kat situ."

"Kenapa I terasa you dengan dia macam ada apa-apa je?"tanya Chen Ming memandang tepat kepada Dilla. Dilla ketawa. 'Kalau ya pun ada hubungan bukan hubungan yang baik,'katanya dalam hati.

"He is a bully lah,"komen Dilla selesai ketawanya. "Temankan I shopping? My mom bagi duit but I tak sempat nak keluar shopping."

"Sure!Tapi I need to go somewhere first. You ikut I boleh?"

"You tak kisah ke?"

"Kenapa I nak kisah?"

"Entah. Nanti orang ejek you keluar dengan orang gemuk macam I?" Kata Dilla mengangkat bahunya.

"I tak kisah yang you pulak lebih-lebih kenapa?"kata Chen Ming tersenyum.

"Oh you pun kata I gemuk ya?"usik Dilla. Chen Ming ketawa.

"Cinta itu buta!"ucap Chen Ming seraya membangunkan dirinya. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu Dilla berdiri. Dilla hanya memandangnya kosong. "If there is any consolation, someone is beautiful regardless their size ok?" Dilla sudah tersenyum. "What's beauty without brains?" Dilla mengangguk dan menyambut tangannya.

"Chen Ming yang pandai berbahasa." Mereka berdua ketawa.

"Dilla Riana yang suka merajuk,"usiknya lagi. Mereka menghabiskan beberapa pusingan dan pulang ke kondo.

Yuni bersantai di hadapan tv senja itu apabila Dilla pulang dari membeli-belah.

"Assalamualaikum kak Yuni," tegurnya selepas menutup pintu.

"Waalaikumusalam wrt. Dah balik?"

"Dah.Akak pun baru balik?" Tanya Dilla meletakkan beg-beg kertas di sebelahnya.

"Banyak shopping?"

"Ya kak.Bosan tengok baju kerja. Ada sale lagipun. Dilla masak hari ni ya?"beritahu Dilla tersenyum.

"Alhamdulillah eloklah tu. Ada bungkusan poslaju tadi akak ambil dah letak dalam bilik," ucap Yuni. Dilla cepat-cepat masuk ke bilik.

Bungkusan daripada Ikmal. Sepasang kebaya merah jambu berbunga merah. Whatsapp masuk.

'Dilla aku kirimkan kebaya. Mak aku buka butik di sini so saja nak belikan kau satu. Nanti kirim gambar tau.'

Pendek sahaja mesej itu. Dilla mengacu pakaian tersebut.

"Ah Ikmal. Kau tahu saja apa di dalam fikiranku. Dia termenung seketika mengenangkan Ikmal. Berkali dia bertanya kepada hatinya sama ada Ikmal boleh menjadi lebih dari seorang sahabat. Jawapannya tetap sama. Ikmal tidak lebih dari itu. Dilla menghabiskan sisa hari Sabtu itu dengan memasak untuk Yuni dan dirinya. Esok akan bermula fasa baru di dalam perancangannya.

Pagi lagi Dilla telah bersiap. Kalau selalunya secalit lipgloss sahaja menjadi hiasan wajah, hari ini dia bersolek lebih dari biasa dan pakaiannya juga lebih kedewasaan. Baju kurung cotton yang selalu dipakainya akan tersimpan di dalam almari buat sementara waktu kerana Razlan seperti mencabarnya dua malam lepas. "Murah? Walaupun aku bukan Erra Fazira atau Rozita Che Wan atau Neelofa, aku masih berharga, ok? Encik Razlan. Murah konon. Kau tu bujang terlajak, tak reti nak hormat orang muka je lawa, perangai macam badut sarkas!" Dia berleter di hadapan cermin mengambil mood untuk berpura-pura mempunyai tahap keyakinan tinggi melangit.

Dia turun ke lobi dan Chen Ming telah menantinya di situ. Dilla yang jarang memandang kiri dan kanan meneruskan langkahnya. Chen Ming bersiul. Dilla menoleh ke arah siulan itu.

"Aduh, aduh. Cik Riana, kalau berjalan tu tengoklah alam sekitar. Bahaya tau!" usik Chen Ming tersenyum.

"I tak expect you kat sini. Kenapa? Awal pagi lagi dah berkawal," Dilla membalas usikan Chen Ming.

"I nak jumpa you, I rindu, I nak hantar you pergi kerja," kata Chen Ming berterus-terang. Dilla hanya memberikan senyuman manis. 'Chen Ming, kau sememangnya sweet sekali!' pujinya dalam diam.

"Tak payah, I boleh jalan kaki, bukannya jauh, Encik Chen Ming," kata Dilla lagi. Chen Ming berjalan kepadanya. Tubuh Chen Ming yang tinggi, perawakan yang menarik, dengan rupa itu, dia boleh mendapat mana-mana perempuan cantik. 'Baik sungguh hati kau Ming, sudi berkawan dengan aku,'bicaranya dalam hati.

"You nak jalan kaki ke?"

"You dah ada kat sini, I tumpang you jelah. Boleh?"balas Dilla.

"Jawapan yang tepat sekali. Jom. Kita breakfast dulu. I nak bawa you jumpa Pengurus Pemasaran Cybernetics hari ini," terang Chen Ming.

"Dah lambatlah. Nanti itu singa upstairs mengamuk dengan semua orang kalau I tak buat kerja-kerja bodoh dia tu," ucap Dilla memandang Chen Ming sayu.

"You cantik hari ni. Takkan nak jadi cleaner kot?"tanya Chen Ming melihat Dilla yang cantik bergaya hari ini. Hijabnya cantik, pakaian pejabat yang dipilih bersama semalam pun menyerlahkan lagi keayuan Dilla Riana. Dilla hanya mengangkat bahunya tanda dia tidak mahu memikirkannya sangat.

Mereka tiba di bangunan Cybernetics beberapa minit kemudian. Dilla dengan pantas ke bilik CEO untuk mengemas bilik itu dan membuat teh para ketua unit. Selepas itu, dia ke kafe untuk mengesat meja.

"Adik!" jerit kakak kafe itu apabila melihat dia mengambil kain untuk mengesat meja. Terkejut Dilla mendengarkan suara kakak itu. Semua yang bekerja terhenti dengan suara kakak kafe.

"Kenapa kak?" tanya Dilla kehairanan. Kakak itu menarik tangan Dilla dan mengajaknya duduk di salah sebuah meja.

"Dik, mulai hari ini adik tak payah lagi kesat meja di sini."

"Kenapa kak?"

"Biarlah, kakak kan ramai pekerja di sini. Cukup dah tenaga pekerja di sini," jelas kakak kafe itu,

"Tapi kak-"

"Pasal Encik Razlan tu adik jangan risaulah. Pertama tak pernah dia ke sini pun. Kedua,  ini bukan kerja adik. Akak ada dengar dari gosip pekerja di sini yang Encik Razlan sedang membuli adik."

"Kak..."tak terkeluar kata-kata daripada Dilla.

"Adik hari ni lawa akak tengok. Takkan dah lawa macam ni nak mencuci. Adik jangan risau. Kalau adik ke sini, adalah kerana adik nak makan bukan nak kesat meja, faham?" pujuk kakak kafe itu tersenyum sambil mengurut lembut lengan Dilla.

"Betul ni kak?"

"Betul, akak bos kat kafe ni. Bukan Encik Razlan. Adik pergilah ikut Chen Ming ke pejabat. Kerja adik di situ." Dilla terdiam. Besar sungguh budi kakak kafe ini, fikirnya. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Dia ke pejabat kerana banyak kerja memfotostat setiap hari Isnin. Tepat jam 9 pagi, Encik Danial Hakim melangkah masuk ke Jabatan Pemasaran. Semua pekerja menyambut gembira kepulangannya. 

"Boss," panggil Chen Ming.  Dia bersalaman dengan Danial Hakim. "Selamat pulang boss! Bagaimana Bali?" Danial pergi ke Bali kerana seminar perniagaan di situ selama seminggu.

"Sangat indah!" jawabnya ketawa. "Oh ya, Ming. Kita ada interns kan?"

"Ada, boss. Dua orang. Dilla Riana dan juga Prema. Boss masuk dulu nanti saya bawa ke pejabat bos," kata Chen MIng. Danial tanpa berlengah terus ke pejabatnya. Chen Ming membawa Dilla dan Prema berjumpa dengan Encik Danial. Danial Hakim 360 darjah sangat berlainan daripada Encik Razlan. Sangat cekap, tetapi tidak sombong, sangat peramah dan disenangi oleh semua di jabatannya. Chen Ming mengetuk pejabat Danial. "Boss, boleh kami masuk?"

"Masuk MIng," kata Danial sambil berdiri membetulkan suit kelabunya. "Selamat datang! Saya Danial Hakim Pengurus Pemasaran Cybernetics.  Silakan duduk," jemput Danial kepada Dilla dan Prema. Chen Ming juga duduk di sisi Dilla.

"How do you find the work here?"tanya Danial kepada Prema.

"I am doing pretty ok sir. Everyone's here very supportive." Danial tersenyum. Dia memandang gadis berhijab di hadapannya. Dia seperti pernah melihat wajah itu. 

"Dilla pula bagaimana?"tanya Danial.

"She does cleaning, tidying up the CEO room, mopping level 1 to level 15 stairs, watering the plants."  Pantas Chen Ming menerangkan sebelum Dilla membuka mulut. Dilla memberikan isyarat jangan kepada Chen Ming tetapi tidak dihiraukan olehnya.

"What?" terkejut Danial mendengarkan kata-kata Chen Ming. Chen Ming mengangkat bahunya. "Ok, MIng and Prema you can continue your work. Dilla Riana tunggu ya?" pinta Danial. Chen Ming dan Prema beriringan pergi dari situ. Setelah pintu ditutup Danial mengamati wajah Dilla Riana.

"Kenapa tuan?" tanya Dilla yang merasa curiga.

"You ni tunang Razlan kan?" ringkas sahaja pertanyaan itu. Dilla terkelu seribu bahasa. "Pekerja di sini tahu tak tentang perkara ini?" tanya Danial lagi. Dilla menggelengkan kepalanya. "Ming?" Dilla menggelengkan kepalanya sekali lagi. "David?" tanya Danial seumpama seorang pegawai polis sudah lagaknya. 

"Entah, macam tahu tapi macam tak tahu. Saya tak sure sangat,"kata Dilla. 'Suara pun lunak,'kata hati Danial. 'Sampai hati Razlan bertindak sebegini.' Danial mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Razlan.

"Kau dah ada di sini ke?"tanya Danial serius. 

"Baru sampai. Kau pun baru balik kan?"

"Ya, boleh aku jumpa kau sekejap?"

"Boleh! Tapi dalam 15 minit aku ada meeting dengan Mr Ho dari Shipping Alliance," jawab Razlan masih lagi tidak mempunyai idea yang Dilla berada di hadapan Danial sekarang. 

"Aku datang sekarang," katanya pantas menghentikan perbualan. "Dilla please ikut saya."

"Tapi Encik Danial-"

"This is an order." Danial keluar dari pejabatnya bersama Dilla biarpun Dilla merasa sangat tidak sedap hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience