Series
12680
Jam 8.30 malam semua sudah siap terhidang untuk empat orang. Hati Ara berdebar-debar kerana dia khuatir bagaimana keadaannya kalau Dilla tahu tetamu mereka hari ini ialah Razlan.
"Wah sedapnya makanan,"puji Ara.
"Kau ni apasal?"tanya Dilla lagi sekali.
"Aku lapaq,"jawab Ara ketawa gemuruh. TingTong! Loceng rumah dibunyikan. Dilla pergi membuka pintu.
"Manager-san,"sapa Dilla mesra.
"I am here with your neighbour. Let me introduce you. Razlan-san,"balas Kaneshiro tersenyum. Razlan yang baru mengunci pintu berdiri bersebelahan pengurus itu.
Dilla terpaku di situ. Setelah sebulan tanpa berhubung secara peribadi,dia melihat Razlan di hadapannya.
Razlan juga berdebar takut kalau-kalau Dilla mengamuk di situ. Dilla memandang Razlan dan Kaneshiro bergilir.
"Yosoko, please come in," tenang sahaja suara Dilla menjemput mereka masuk.
"Konichiwa Manager-san,"sapa Ara mesra. Dia memandang Razlan yang juga berperasaan gemuruh sepertinya.
"Ara-san. You look pretty tonight,"tegur Kaneshiro.
"Thank you. Please have a seat," Ara mempelawa mereka berdua.
"Wow, nampak sedap ni,"tegur Razlan berhati-hati sambil cuba membuat Dilla tersenyum. Dilla datang membawa satu jug teh hijau jepun sejuk untuk mereka.
"I hope you like spicy food Kaneshiro-san," kata Dilla mengambil tempat di hadapan Razlan.
"Razlan once brought me to a nasi lemak place in Malaysia."
"I'm glad. Please enjoy your meal Kaneshiro-san and Razlan-san,"jemput Dilla. Dia mengambil seketul ayam goreng berempah dan meletakkannya ke dalam pinggan nasi Razlan. "Awak tak pernah merasa masakan saya kan?"tanya Dilla. Razlan hanya mengangguk. Tak terbayang betapa terharu perasaannya apabila Dilla melayannya begitu.
"Have you guys met before?"tanya Kaneshiro-san kepada Dilla dan Razlan.
"Actually we know each other quite well,"jawab Dilla. Ara terbatuk-batuk tersedak kacang tanah goreng. 'Ya Allah tenangkanlah hati Dilla,'doa Ara di dalam hati.
"This is better than the Nasi Lemak in KL, Razlan," kata Kaneshiro makan dengan penuh selera. Razlan hanya ketawa gemuruh. Dilla memerhatikan yang Razlan bukan seperti yang selalunya.
Ara hanya makan dengan senyap kerana silap bicara takut Dilla meletup seperti mercun di tahun baru.
"Ara kenapa senyap sangat ni?"tanya Razlan mengubah topik.
"Kelaparan. Hari ni sangat meletihkan di tempat kerja," kata Ara tersenyum. "Lagipun sedap sangat ni. Lunch tadi makan roti je."
Sambil makan Kaneshiro yang banyak menghidupkan suasana. Dia begitu terpikat dengan masakan Melayu.
Selesai makan, Dilla menghidangkan puding karamel dan secawan kopi kepada tetamunya sambil menonton rancangan di tv. Dilla mengemas pinggan dan mangkuk dan dibantu oleh Ara.
Razlan mencuri pandang ke arah Dilla sesekali. Dilla nampak lebih kewanitaan kerana pipi paunya sudah seperti pauh dilayang. Sebulan dia memaksa diri tidak menghubungi gadis itu.
Habis mengemas, Ara membawa strawberi dan coklat.
"This is a terrific dinner," puji Kaneshiro-san.
"We have a talented cook,"jawab Ara ketawa.
"Say Dilla-san, do you have a boyfriend?" Pertanyaan Kaneshiro itu tidak semena-mena. Hampir terlepas cawan yang dipegang oleh Razlan. Dilla ketawa.
"Doshite Kaneshiro-san?"tanya Dilla.
"There is a guy downstairs named Ahmed. He is from Turkey and he works as a professor at Tokyo University."
"So?"tanya Ara dan Razlan serentak. Giliran Kaneshiro pula ketawa.
"He asked me about you. He wants to get to know you," lancar sahaja Kaneshiro memberitahu. Wajah Razlan menahan perasaan cemburunya ketika itu.
"Ahmed, the tall and handsome guy 1st floor? We chatted a few weeks ago at the supermarket. Ara, that guy yang muka macam Maher Zain only younger,"balas Dilla.
"Oii Maher Zain tu? Aku dah agak he is interested in you kau je yang tak percaya,"kata Ara spontan. Dia terdiam semula apabila melihat Razlan yang seperti bom yang akan meletup.
"He is asking your phone number,"Kaneshiro masih lagi bercakap tentang profesor muda itu.
"He is just downstairs. Tell him to ask me himself ok?"balas Dilla tersenyum. Dia sebenarnya langsung tak berminat sebenarnya tapi sahaja dia hendak melihat reaksi Razlan.
"Ok, I have to go I have a date!" Kata Kaneshiro meminta diri.
"A date?" tanya Razlan setelah lama tak bersuara.
"A skype date!" Jawab Kaneshiro sambil berdiri. "Dilla san, please invite me again for lunch,dinner or breakfast,"sambung Kaneshiro. Dilla hanya mengangguk. Kaneshiro meminta diri.
"I need to get some fresh air," kata Razlan.
"Eloklah tu, Dilla cakap dia nak keluar beli barang kat freshmart depan tu,"sampuk Ara pantas.
"Ara!"terkejut Dilla bila kawan akrabnya berkata sedemikian.
"Jomlah saya temankan,"pelawa Razlan. "Saya jadi bodyguard awak,"gurau Razlan. Dilla menghela nafas panjang. Dia berkata di dalam hatinya sampai bila dia hendak melarikan dirinya dari lelaki itu.
"Ok, baiklah,"jawab Dilla mengambil kot panjangnya. Ara mengenyitkan matanya kepada Razlan. Razlan menunjukkan isyarat ok kepada Ara. Dia berjalan ke arah Dilla dan membantu Dilla memakai kot panjangnya.
Mereka berjalan beriringan. Razlan tersenyum.
"Yang tersenyum sorang-sorang ni kenapa?" Tanya Dilla di hadapan lif.
"Ini kali pertama saya rasa benar-benar berjalan dengan Dilla,"jawab Razlan menekan butang lif. Lif terbuka dan mereka masuk ke dalam.
"Awak memang merancang semua ini kan?"
"Semua tu apa?"tanya Razlan.
"Apartmen yang saya duduk tu awak punya kan?"tanya Dilla masih tenang. Razlan memegang tengkuknya yang terasa tegang.
"Macamana Dilla tahu?"
"When you appeared in front of the house and duduk di rumah sebelah."
Belum sempat Razlan menjawab pintu lif terbuka di tingkat satu. Prof Ahmed yang diceritakan oleh Kaneshiro segak berdiri di situ.
"Assalamualaikum,"sapa Prof Ahmed tersenyum.
"Waalaikumsalam wrt,"jawab Dilla. Jejaka Turki yang tinggi itu tidak berhenti memberikan senyuman kepada Dilla.
"Dilla-san I forgot to ask for your number. May I?"tanya Ahmed menghulurkan telefonnya. Razlan yang kesabarannya sudah sampai ke kemuncaknya cuba menolak tubuh Ahmed tetapi tangannya disambar oleh Dilla.
Razlan terkejut kerana Dilla menahannya dari membuat sesuatu kepada Ahmed.
"Give me your phone,"sebelah tangan Dilla memegang telefon sebelah lagi menggenggam erat penumbuk Razlan yang hampir melayang. Selesai memasukkan nombornya dia memberikan telefon itu semula.
"Do you know this guy?"tanya Ahmed megesyaki sesuatu.
"This is my next door neighbour. Oh here we are!" Jawab Dilla setelah lif sampai ke tingkat bawah. "See you!" Dia menarik lengan Razlan.
"I'll text you!"jerit Ahmed. Dilla menunduk hormat. Sampai ke satu jarak Razlan menarik lengannya semula.
"Kenapa bagi nombor telefon?"tanya Razlan. Dilla memandang tepat ke matanya.
"Nama pun jiran apa salahnya? Yang awak tu kalau saya tak tahan tangan tu tadi..."
"Awak sukalah ya?"tanya Razlan marah.
Dilla menghela nafas panjang. Dia mengangkat kedua tangannya ke atas tanda mengalah. Baran Razlan lah yang buat dirinya tidak dapat dilupakan. Dia mengatur langkah meninggalkan Razlan.
Razlan mengejar Dilla dan memberhentikannya.
"Ok I am sorry! Saya jealous kot. Dah lah dia tinggal kat tingkat bawah. Saya ada kat sini pun bukan selalu,"Razlan berterus-terang.
"Bukan saya minta awak berhenti mengharap?"
"Itu kata awak. Ini hati saya,perasaan saya. Awak pernah tanya mengapa awak jadi pilihan saya,kan?" Malam ini Razlan akan cuba memenangi hati gadis di hadapannya. "Jawapan saya ialah, kalau bukan dengan awak tiada siapa lagi yang saya inginkan."
Dilla memulakan langkahnya. "Saya dah buat silap saya tahu. Saya manusia biasa saya ingat menyakitkan awak akan membuat saya lebih jauh tetapi yang terjadi sebaliknya,"pujuk Razlan. "You want me to let you go. I am letting you go...go wherever you want kerana itu saya di sini. Setapak awak pergi, dua tiga tapak saya di hadapan. I wanna be there for you and with you."
Dilla hanya merenung lelaki yang paling membencikan ini yang entah kenapa sukar untuk dia lupakan.
"Nanti saya jadi gemuk balik awak ok ke?"tanya Dilla. Razlan tersenyum.
"Gemuk sekarang jugak boleh tak? Saya lemaslah ramai sangat yang minat."
"Kita bertaruh nak?"
"Bertaruh apa?"
"Saya jadi gemuk balik dan tengok si Ahmed tu berminat lagi tak nak berdating dengan saya."
"Bergurau ya?"tanya Razlan ketawa.
"Or Ikmal...saya first crush dia masa saya xxxl,"jawab Dilla. Teringat Razlan bagaimana baiknya layanan Ikmal terhadap Dilla. Dia terdiam. "Or Ming. He said he would wait for me."
"Dilla!"jerit Razlan. "Mulai hari ini nama dua orang mamat tu tidak dibenarkan disebut. If you are fat I'd get you a dietition,a personal chef and a personal trainer not because being thin is sexy tapi saya nak awak sihat sepanjang hayat,"tegas Razlan memegang bahu Dilla.
"Saya cantik tak?"tanya Dilla. Soalan itu mengejutkan Razlan. Dia melepaskan pegangannya.
"Cantiklah...kenapa tanya?"
"Betul ke ni?"usik Dilla.
"Saya suka awak bila awak marah bila awak senyum bila awak menangis tapi saya pantang awak baik sangat dengan lelaki lain."
"I can't do this without trust," kata Dilla memeluk tubuhnya.
"Adakah ini bermakna yang Dilla dah terima abang sebagai teman istimewa?"tanya Razlan serius.
"I will never call you abang."
"Then call me sayang!" Balas Razlan.
"How about pakcik?"usik Dilla.
"Hei umur kita tak banyak beza,"bantah Razlan.
"Saya 24 dan awak 34 tahun. Tak banyak beza kata awak?"tanya Dilla.
"Hah!Tau pun. Dah mesti panggil abang!"
"Encik Razlan kedai nanti tutup. Saya pergi dulu ya,"kata Dilla berjalan pantas. Razlan mengejarnya untuk berjalan bersama. Dia memberhentikan Dilla sekali lagi.
"Saya tak kisah awak nak panggil saya apa. Saya cuma mahu suatu hari nanti awak menjadi isteri saya,"kata Razlan. Dilla terpaku dengan kata-kata itu.
"Takkan awak nak tunggu saya lama-lama?"
"I have waited a lifetime for you. Beberapa tahun lagi tak jadi masalah,"kata Razlan lagi. "Dilla Riana, lelaki ini, Razlan Shaari sangat sayangkan awak, saya akan korbankan nyawa untuk awak."
"You almost did,"kata Dilla perlahan. Kecederaan Razlan menyelamatkannya tempoh hari meyakinkan hatinya yang Razlan benar-benar menyayanginya.
"Saya tahu awak mintak masa untuk kerjaya. But will you marry me?" Razlan mengeluarkan cincin yang dipulangkan dahulu. Mata Dilla sudah bergenang tapi ditahannya. Dilla mengangguk tanda dia bersetuju. Razlan menyarungkan cincin berlian itu ke jari manisnya.
Dilla ketawa.
"Kenapa?"tanya Razlan hairan.
"Cincin ni longgar!"jawab Dilla ketawa sambil mengesat matanya.
"Nanti saya beli yang lain.ok?"pujuk Razlan lagi.
"Esok?"tanya Dilla masih lagi menatap cincin itu.
"Ok esok kita cari cincin baru. Yang tu Dilla simpan. Mana tahu kan kot membesar sebagai johan karate lagi sekali,"usik Razlan. Wajah Dilla terus mencuka. "Abang gurau je!Esok kita beli baru ya?"
********The End*******
Writer's note:
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca novel yang saya jarang proofread sebab kekangan masa. ????????????????????????.
Thank you for your support!!!!!!!!!!!!!!
#mata ai masho....(jumpa lagi)
Sincerely,
Linda
Share this novel