30

Romance Series 12680

"You look so happy tonight,"tegur Danial melihat senyuman tidak lekang dari bibir Dilla.

"Kenapa tak boleh?" Dilla bergurau.

"You look even more attractive senyum macam tu." Dilla tersenyum lebar menerima pujian Danial.

"Me? Attractive? Tidaklah kot," balas Dilla.

"Not attractive? Kalau tak, ingat Razlan boleh jadi macam tu?"

"Jadi macam apa cik Danial ni? Razlan jadi monster ke?" Tanya Dilla balik. "Saya ni bukan model,artis ke."

Danial menggelengkan kepalanya. "If you are like this because of body size then I suggest you change your opinion of yourself."

"What do you mean?"

"Perempuan ingat badan kena seksi, kurus cantik macam model dalam majalah tetapi lelaki sejati memandang rupa nombor 2. How a woman carries herself is much more important. At least sebagai lelaki itu yang I cari,"jelas Danial sekilas memandangnya.

"Razlan likes perfection. Masa mula jumpa dia itu yang I dapat rasakan. Sebab tu dia sangat biadap cakap lepas when he saw me. I am imperfect di matanya."

"Wow, dalam bercukau your judgement is correct," puji Danial lagi. "Tapikan, we men kalau tak suka nak tengok muka pun tak mahu."

"Then, kalau bergaduh tu sebab tak puas hatilah ya?"

"In your case, Razlan jumpa buku dengan ruas. You challenged him. Tak ramai perempuan macam tu sekarang."

"Too bad. Dia sekarang bekas tunang I," kata Dilla selamba. Itu mengejutkan Danial. 'Wow, double blow.  What have you done Razlan?' desis hati Danial.

"Then I wish you happiness," kata Danial tersenyum.

"Yes, happy. Dah sampai pun. Terima kasih ya boss."

"Chen Ming tu," tegur Danial melambai kepada lelaki bertopi duduk di lobi seperti menanti seseorang.

"He must have been waiting for me. Ok boss! Thank you again and drive safe!" Ucap Dilla seraya keluar dari kereta.

"Ok, assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam!" Dilla menutup pintu kereta. Danial berlalu Chen Ming berlari ke arahnya.

"Wah, satu hari tak jumpa you hari ni."

"Mana ada?! Ni jumpa. Belum pukul 12," gurau Dilla. "Wait let's take a selfie." Selepas mengambil selfie dia menghantar mesej kepada Razlan.

Saya dah sampai....meraikan kebebasan saya bersama lelaki ini Jangan sedih2 tau. Tak ada maknanya. ??

'Padan muka kau. Hahahahahahah!' bisik hatinya. 'kau ingat aku kebulur sangat pangkat harta kau? Ini Dilla Riana ok...setakat kaya dunia tu aku tak heran. Boleh blah.'

"Ming. Ara and I are going to Kuching. Visiting Ikmal."

"Berapa hari?"

"2 hari."

"Tak boleh. I cemburu."

"Tak ada maknanya. Nak cemburu mestilah kepada yang berhak."

"You are rejecting me?"

"What to reject I never accept anything but our friendship."

"I thought you liked me."

"Oh my God you don't know how much I like you,adore you, respect and you care for you!"

"As a friend je kan?" Tanya Danial perlahan.

"Frankly I would rather lose a boyfriend rather than someone like you. I sayangkan friendship ni lebih dari yang lain. I want you to be my friend forever. Can't do that if I change our status."

"Why? Takut kita tak kekal?"

"No. Takut I yang tak kekal. I am still finding what I want my soulmate to be."

"You don't have faith in yourself?"

"When it comes to men...just plain No," akui Dilla. "Ok dah lewat!" 

"Oklah kawan jom aku hantar kau ke pintu."

"Aku?"

"I addressed women who are my friends aku kau. Faham?"

"Woah....macho tu. Jomlah aku berbesar hati dapat ditemani." Dilla ketawa. Mereka beriringan ke apartment Dilla.

Chen Ming berjalan berseorangan ke apartmentnya. Sebahagian besar hatinya sedih kerana ternyata dia hanyalah seorang sahabat kepada Dilla tidak lebih dari itu.

"Yang pasti I do not want to lose her. She never gives me any hope any way. But I care for her a hell lot." Chen Ming berkata sendiri.

Razlan yang baru sahaja bersolat dan bersiap untuk tidur melihat mesej whatsapp di telefon bimbit. Dia membaca mesej Dilla.

"Sabar jelah. Baik jika itu yang kau mahu aku akan anggap aku tidak pernah mengenali diri kau." Dia menghempaskan dirinya di atas katil besar. Walaupun hatinya masih terkejut dengan keupayaan Dilla dalam hal pertunangan mereka, jauh di sudut hati ada perasaan terkilan dan kesal di situ.

Ara sudah lama menanti di terminal pelepasan di KLIA 2 pada pagi itu. Tengah malam semalam mesej daripada Dilla sungguh mengujakan. Dengan pantas dia memberitahu ketuanya yang dia bercuti selama dua hari. Dia tidak berapa risau kerana ketuanya adalah kakaknya sendiri. Dia meninjau-ninjau ke segenap balai berlepas mencari Dilla.

"Ara!" jerit Dilla melambai dari jauh. Dia hanya berpakaian seringkas mungkin dan bersama dengan sebuah beg sandang.

"Woah, sempoi nampak. Beg kau mana?"

"Ni! Satu cukuplah nak pi dua hari je pun," balas Dilla ceria.

"Yang kau ni ceria semacam awat? Kita nak pi melawat orang sakit."

"Aku dah bukan tunang si Razlan."

"Betoi?!!" tanya Ara terkejut. Dilla menganggukkan kepalanya banyak kali.

"Bangun pagi tadi rasa macam burung.....bebas terbang ke mana sahaja," kata Dilla sambil mendepangkan tangannya seperti burung.

"Jomlah, dah boarding tu," ajak Ara.

"Kau...jangan sesekali beritahu Ikmal aku dah putus tunang, faham?"

"Awat?"

"Aku tak mahu dia pasang angan-angan mat jenin dia tu. Aku dengan dia kawan sahaja tak lebih dari itu."

"Habis tu yang kita nak pi melawat mak dia ni?"

"He is a good friend. Dia cuba tolong aku hari tu so tak salah kita pergi bagi sokongan moral kan?"

"Oklah aku faham. Jomlah. Nanti kena berebut pulak," ajak Ara bergandingan dengan Dilla masuk ke ruang boarding.

Setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, mereka terus ke KPJ Specialist Hospital menaiki teksi. Ikmal tidak diberitahu pun mengenai kunjungan ini kerana Dilla tidak mahu menyusahkan. 

"Kau ni, kotnya mak dia dah keluar hospital macamana?"tanya Ara dalam teksi.

"Aku dah call dia beberapa hari lepas dia kata mak dia masih koma," jawab Dilla yang juga keresahan. Tidak sabar rasanya hendak bertemu dengan Ikmal dan ibunya itu. 'Makcik, semoga makcik cepat sembuh,' doanya tulus. Mereka tiba di hospital itu dan mereka bergegas ke meja reception. Setelah mendapat maklumat mereka terus ke wad ibu Ikmal.

Semasa mereka menghampiri wad itu, mereka nampak Ikmal termenung di atas bangku di hadapan wad. Ara dan Dilla berjalan dengan tenang dan duduk bersebelahan. Ara di sebelah kanan, Dilla di sebelah kiri.

"Assalamualaikum," tegur Ara dan Dilla. Ikmal yang terkejut dari lamunan berdiri kerana tidak percaya mereka berdua di situ. Terutamanya Dilla.

"Er... Dilla, Ara. Macamana korang boleh ada kat sini?" tegur Ikmal terkejut.

"Naik belon baru je sampai," jawab Ara. 

"Kenapa tak bagitau aku boleh ambik kat airport," kata Ikmal tersenyum. Hilang sedikit kekusutan melihat Dilla di situ. "Kau kurus sikit ni, rindu kat aku ke?" tanya Ikmal bergurau.

"Otak hang!" jawab Dilla pantas. Pintu terbuka dan keluarlah bapa Ikmal. Ara dan Dilla berdiri dan memberi salam dengan pantas.

"Ini Dilla dan Ara, coursemate Mal ni abah," Ikmal memperkenalkan mereka kepada bapanya.

"Duduk di sini?" tanya Datuk Ismail.

"Dari KL pakcik," jawab Dilla hormat.

"Lah jauhnya. Tidur di mana?"

"Tak tahu lagi. Dari airport terus ke sini," kata Dilla lagi. 

"Kalau macam tu, tidur di rumah kami sajalah kalau tak keberatan."

"Tak apa, kami boleh check in mana-mana. Jangan risau,"sampuk Ara pulak. 

"Eh, janganlah macam tu. Rumah pakcik ada rumah tamu. Rasanya sejak pindah ke sini, Ikmal tak ada kawan."

"Abah..." tegur Ikmal rasa tidak selesa. Datuk Ismail ketawa kecil. 

"Pakcik kami nak melawat makcik boleh?" tanya Dilla.

"Boleh silakan, doktor kata keadaan dia sekarang lebih baik dari semalam. Tapi biasalah selagi dia tidak membuka mata, kami masih risaukan dia."

"Kami faham pakcik," jawab Ara. 

"Ikmal, temankan kawan kamu ni. Lepas tu pergi makan dan bawa Ara dan Dilla balik. Nanti inform Pak Sukarno dan Bik Cha yang kita ada tamu," arah Datuk Ismail. "Pakcik terpaksa  balik ke pejabat. Kita jumpa lagi insyaAllah ya?" Orang tua separuh abad yang tegap dan mukanya jernih itu meninggalkan mereka bertiga di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience