Series
12680
Selepas 20 minit, Dilla membuka matanya. Dia menghela nafas panjang. Setiap kali selepas pengsan kepalanya akan merasa sedikit pening. Dia cuba bangun dari katil.
Jehan yang menemani Razlan di pintu bilik berlari ke katil pesakit.
"Cik,cik?"panggil Jehan. Razlan tidak berani untuk menghampiri hanya berdiri dengan perasaan berbaur.
"Kepala saya!"kata Dilla memegang kepalanya.
"Doktor suruh cik berehat," suara Jehan menenangkan perasaan Dilla. "Saya hantarkan cik balik?" Dilla menggelengkan kepalanya. Dia terkejut melihat Razlan masih ada di situ. Jehan hanya memerhatikan mereka berdua. "Boleh tak tinggalkan kami sebentar?"pinta Dilla perlahan. Jehan akur dengan permintaan itu.
Razlan menghampiri Dilla perlahan-lahan. Jarang dia mengalami perasaan yang sebegini. Tidak tahu apa yang boleh dikatakan. Tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi.
Nak pulak dengan Dilla memandang seperti mahu menelannya.
"Dilla...abang minta maaf,"kata Razlan tersekat-sekat.
"Puas hati?!" Tengking Dilla merenjat jantung
Razlan. Untuk seseorang yang baru sahaja pengsan seumpama petir suara itu.
"I acted stupidly. Perkataan maaf tidak cukup bagi abang," balas Razlan perlahan. Dilla menjeling seperti mahu menerkam.
"Dekat sikit," arah Dilla menggamit kepada Razlan.
"Ha?" Balas Razlan seraya melangkah lebih dekat.
"Sikit lagi..."kata Dilla seumpama berbisik. Razlan melangkah setengah tapak lagi. Razlan yang kehairanan memandang Dilla yang duduk di birai katil.
"Kenapa? Dilla nak jatuh ke?"tanya Razlan kerisauan. Terus waktu itu juga Dilla menendang kaki kiri Razlan sekuatnya.
Razlan mengaduh dan memegang betisnya.
"Padan muka. Dah! Hantar Dilla balik ke hotel. Dilla rasa tak sihat."
"Sakit tau tak"balas Razlan terhencot-hencot
Jehan masuk ke bilik itu. "Mari saya hantarkan cik balik,"ajak Jehan terdengar keikhlasannya.
"Saya akan hantar dia,"cepat sahaja Razlan berkata masih lagi mengaduh kesakitan.
"Cik is that true?"tanya Jehan kepada Dilla. Dilla mengangguk. "Kalau macam tu takpe lah. Telefon," Jehan meminta telefon Dilla. Razlan mengetap bibirnya. 'Sempat lagi,'bisik hatinya. Rasa cemburunya berbicara.
Dilla memberikan telefonnya kepada Jehan. Jehan menyimpan nombor itu di dalam telefon itu.
"Nama saya Jehan."
"Dilla," balas Dilla tersenyum. "Saya balik dulu." Razlan cuba membantunya untuk turun dari katil. "Awak ni buat apa?"
"Bukan nak balik?"tanya Razlan.
"Saya tak larat nak jalan."
"Habis tu?"
"Gendong belakang."
"Apa?" Balas Razlan terkejut.
"Piggy back."
"Biar benar."
"Ok. Jehan-"Dilla memanggil.
"Let's go," sampuk Jehan yang sudah pun bersedia.
"Berat awak berapa?"tanya Razlan.
"Sekarang dah banyak kurang. Thanks to you. 70kg dari 90kg."
"70kg?!"Razlan terjerit. "Awak expect saya gendong awak dari sini ke hotel?"
Dilla mengangguk. Dia hanya memerhatikan sahaja reaksi Razlan.
Razlan ketawa tidak percaya.
"Awak ingat awak tu siapa?" tanya Razlan jengkel.
"Awak ingat?"tanya Dilla mencabar. Razlan memandang Dilla seketika. Jehan menyimpan senyum.
"Ini Razlan Shaari. CEO Cybernetics Sdn Bhd. Gaji aku sebulan boleh cover kau punya gaji lima tahun faham?"
"So?"
"Berharga sangat ke kau tu yang aku kena gendong macam aku ni kuli kau?"nada Razlan meninggi.
Dilla mendiamkan diri. Dia memandang Jehan yang seperti tidak berpuashati dengan kata-kata Razlan.
"Hah! Kalau ya pun tak perlu menghina kalau tak nak. Faham?" Balas Jehan.
"It's okay Jehan," Dilla memujuk.
"Kau tu orang luar jangan masuk campur,"herdik Razlan.
"Nak buat ke tak?"tanya Dilla mahukan kepastian.
"Aku tak serendah itu. Taraf aku lebih tinggi dari kau faham? Kalau muka macam Miss Universe tu lainlah. Ni rupa tak seberapa berangan diva. Kalau muka artis oklah jugak. Ni penoreh getah pun lagi lawa!" Lancar sahaja balasan kata-kata Razlan. Dilla menarik nafasnya.
"Get lost. I don't want to see you ever again. Kalau kita berselisih tolong buat tak kenal. Awak sendiri yang akui saya tak berharga jadi sila meninggal!" Serius nada Dilla berbicara.
"Sila meninggal?"
"Kalau bahasa orang tua macam awak lebih kurang macam-pergi mampus."
Razlan terpukul dengan kata-kata Dilla. Egonya terguris dalam. Dia merenung Dilla sedalam -dalamnya. Dilla menunjukkan isyarat ke pintu dengan tangannya.
Jehan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Razlan sudah gagal ujian gadis berpersonaliti menarik di dalam bilik itu.
Razlan keluar dengan menendang pintu bilik. Tercabut skru daun pintu itu mengejutkan Dilla dan Jehan. Setelah beberapa minit berlalu Jehan memecah sunyi.
"Betul cakap dia, you make him lose his mind quite easily."
Dilla mengangkat bahu dan tergelak. Jehan sungguh tidak mempercayai yang dia telah bertemu dengan gadis yang paling unik.
"I hantarkan you balik?"tanya Jehan masih lagi menggelengkan kepalanya kerana baru melihat sebuah drama. Dilla terus ketawa kecil. Dia mengangguk.
"Telefonlah isteri you ke girlfriend you ke. Nanti salah faham pulak tengok you beria-ia menolong I,"kata Dilla.
Jehan ketawa. "Tak perlu dia yang menyuruh I hantarkan you balik."
"Dia juga bekerja di sini?"
"Ya nanti I tunjuk dia ada kat depan tu. Err..you pening lagi ke?"tanya Jehan lembut.
"Adalah sikit-sikit cuma lutut I ni terasa macam jelly," terang Dilla ikhlas. Jehan mengangguk faham.
"Kalau macam tu I papah you takpe tak?"
"I really need your help," jawab Dilla perlahan.
"Kalau macam tu, jomlah. Kita keluar pelan-pelan dari level ni. Lepas tu you tunggu dekat girlfriend I sekejap I lari ambil wheelchair dekat info desk. Ok?"
Dilla bersetuju sahaja. Kepalanya masih sakit hatinya lagi sakit dan yang pasti dia telah memberikan balasan setimpal kepada Razlan.
Razlan yang darahnya masih mendidih berjalan laju keluar dari kompleks beli belah itu. Fikirannya berkecamuk,nafasnya turun naik kerana terlalu mengikutkan rasa marahnya. Di dalam fikirannya hanya dia. Langkahnya terhenti. Tidak sanggup hatinya meninggalkan tempat itu tanpa dia. "Razlan. Ini semua salah kau!" Perasaannya berbicara.
Dia meraup wajahnya dan menarik nafas panjang. "I can't do this to her," bisik hatinya. Dia berpatah balik.
Dilla yang bersebelahan Jun, teman wanita Jehan hanya tersenyum.
"Betul ke you ok, Jehan hantar I balik ni?" tanya Dilla perlahan. Â Jun masih tersenyum.
"Saya jatuh cinta dengan dia sebab sikap dia yang suka membantu. Kami sudah kenal lama sejak di bangku sekolah. Selepas universiti, saya berjumpa kembali dengan dia dan saya benar-benar merasa dialah jodoh saya." Dilla merenung gadis tinggi lampai berambut pendek yang bermata bundar itu. Cantik orangnya dari cara percakapan memang memikat hati. Dilla mengangguk.
"Jun!" Jehan datang dengan kerusi roda milik kompleks beli-belah itu. "Sayang nak ikut tak?"tanya Jehan kepada Jun mesra. Jun menggelengkan kepalanya.
"Jun ada meeting sekejap lagi dengan tuan presiden. Kita jumpa malam nanti?" Jehan tersenyum.
"Mari Cik Dilla, duduk di sini. Kita naik ke atas dengan lif," arah Jehan sambil membantu Dilla duduk ke atas kerusi itu. Jehan dapat merasa yang Dilla masih lemah kerana badannya sedikit menggigil.
"Jun, jumpa lagi InsyaAllah," kata Dilla melambaikan tangannya. Jun membalas lambaian itu. Jehan menolak kerusi roda itu ke dalam lif. Oleh kerana hari itu adalah hari bekerja, tidak terlalu ramai pengunjung di situ.
"She is really pretty and nice," Dilla berkata ketika masuk ke lif. Jehan terketawa kecil.
"She is. Dialah yang paling cantik dan yang paling baik. Cuma...dia dari keluarga yang sangat kaya."
"Kalau dah jodoh tak ke mana. Awak baik orangnya. InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar," kata Dilla ceria. Jehan ketawa.
"Lelaki tu masa awak pengsan, saya rasa kalau toreh darah di mukanya, tak keluar apa-apa."
"Lelaki tua tu?"tanya Dilla ketawa. "Dia lelaki egois teragung abad ini," tambah Dilla.
"I think he likes you a lot," kata Jehan.Â
"I think he likes himself a lot!" balas Dilla.
"Awak boleh buat dia marah tanpa perlu banyak usaha, kan?" tanya Jehan lagi.
"Well, it seems that saya tak berusaha pun dia memang boleh marahkan saya ikut suka hati dia," jawab Dilla ketawa. Loceng lif berbunyi, dan pintu terbuka. Dilla dan Jehan terpempan kerana melihat Razlan berdiri di luar pintu lif. Mereka berpandangan. Jehan menolak kerusi roda itu melepasi pintu lif. Razlan menunggu di luar dan sehingga hanya mereka di situ.
"Awak suruh saya gendong? Kenapa tak suruh dia je yang gendong?" sindir Razlan. Dilla hanya melihat saja muka Razlan yang merah padam. Di dalam hati Jehan meneka yang mood marah Razlan masih berada dalam dirinya.
"Let's go Jehan," ajak Dilla menoleh ke tempat lain. Wajah Razlan yang seperti hendak makan orang itu tidak diendahkan oleh Dilla. Jehan menolak kerusi roda itu tetapi lengannya dipegang oleh Razlan.Â
"Biar aku sahaja yang buat!"tegas Razlan. Jehan merenung wajah lelaki  yang serba sempurna di hadapannya.
"Tak apa, saya boleh lakukannya. Ini janji saya kepada Cik Dilla," jawab Jehan tidak mengalah.
"Aku tunang dia!"
"No, bekas tunang," jawab Dilla. "Saya tak mahu tengok muka awak lagi apatah lagi nak buat drama di sini. Jom Jehan," ajak Dilla keras. Jehan sedikit terkejut dengan kata-kata Dilla. Rupanya Razlan sedang menagih perhatian daripada Dilla. Sekarang dia lebih memahami situasi di hadapannya. Jehan mahu meneruskan langkahnya tapi masih ditahan oleh Razlan.
"Jehan-" kata Razlan dengan nada yang lebih lembut. Dia seperti merayu kepada Jehan untuk membenarkannya membantu Dilla. Jehan menarik nafas. Dia seperti terperangkap dalam drama sebabak dua insan ini. Jehan berdehem.
"Cik Dilla, apa kata you guys duduk depan sana sikit. Saya baru teringat Jun pesan coklat tadi. Watson kat depan tu, so saya pergi beli sekejap. Boleh Cik Dilla?" bohong Jehan. Dilla terdiam.Â
"Then, you should go. Nanti terlupa pula nak beli," jawab Dilla. Jehan mendorong kerusi itu ke bangku yang berdekatan. Razlan masih berada di situ. Setelah Jehan pergi, Razlan duduk di bangku dan mengalih kerusi roda itu menghadapinya.
Dia mengeluarkan sesuatu dari beg yang dipegangnya.
"Nah, minum ni. You need the energy," bicaranya lembut menghulurkan botol minuman tersebut. Dilla mengambil dan membuka botol itu. Dia meneguk sehingga habis.
"Happy?" tanya Dilla sinis.
"No, not happy. Abang tahu abang ada isu bila abang marah dengan Dilla abang akan ucapkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Itu kelemahan abang. Abang minta maaf."
"Ok maaf diterima. But, tidak dapat dilupakan. Lupakan semuanya yang telah terjadi dalam masa dua bulan ini. Leave me alone, please." kata Dilla merenungnya tajam. Razlan terpempan dengan ucapan itu. Â Dia tidak tahu hendak membalas kata-kata itu.
"Beri abang peluang," pinta Razlan seperti merayu.
"Kita tak pernah berkawan. Kita jarang berjumpa sebelum ini. Let's stay that way," jawab Dilla ringkas. Dia mengurut kepalanya yang berdenyut.
"Mari abang hantarkan Dilla ke hotel, kita-"
"Ok! Dah dapat coklat," kata Jehan sambil berlari. Â Razlan tidak dapat meneruskan kata-katanya. "Jom! ada buggy menunggu. Tadi I minta tolong hotel service ambik you di sini," tambah Jehan. Â Tanpa berlengah, dia terus menarik kerusi roda itu dan meninggalkan Razlan keseorangannya.Â
Sebenarnya dari kejauhan Jehan melihat sahaja reaksi Dilla dan Razlan. Dan dia membuat keputusan untuk membawa Dilla pergi kerana merasakan kesihatan Dilla tidak mengizinkan dia berhadapan dengan situasi yang memeningkan seperti itu. Sebab itu dia sengaja bergegas dan membawa Dilla pergi tanpa membenarkan Razlan untuk berbuat apa-apa.
Share this novel