29

Romance Series 12680

Razlan tidak begitu berselera menjamah makan malam begitu juga Puan Jamilah dan Puan Wahida.

Encik Said dan Encik Adham berbual seperti biasa. Hanya Dilla seorang yang nampak bahagia. Razlan hanya memerhatikan sahaja kelakuan Dilla.

"Pakcik, Razlan merayu agar pertunangan ini tidak diputuskan,"kata Razlan lembut. Puan Jamilah yang hatinya agak terkilan terharu dengan permintaan Razlan.

Encik Adham agak terkejut kerana bukan perangai Razlan meminta-minta. Mesti ada sesuatu tentang Dilla yang membuatnya berkata begitu.

Encik Said terdiam dan memandang isterinya. Dia memandang Dilla pula dan dia menggelengkan kepalanya.

"Masa saya memberikan Dilla tugasan-tugasan itu bukanlah hendak mendera. Saya akui kadang-kadang saya cepat marah. Tapi Dilla melebihi jangkaan saya. Dia tidak mudah mengalah dan itu ciri seseorang yang saya sangat suka."

"Sukalah sangat habis semua kawan lelaki Dilla semua dia ingat nak kat Dilla,"celah Dilla tiba-tiba.

"Abang lelaki, abang tahulah perangai seorang lelaki. Ikmal tu. Bukan suka separuh mati ke kat Dilla?" Balas Razlan memandang tepat ke wajahnya.

"Ikmal?"tanya Puan Wahida kepada Dilla. Dilla mengangguk.

"Ikmal tu baik budaknya. Kami pun kenal. Razlan tak salah tentang dia sukakan Dilla. Semasa Dilla tahu tentang pertunangan ini,Ikmal pulang bersama Dilla dan Ara menemui kami,"terang Encik Said.

"Kenapa dia jumpa Abang Said dan Kak Ida?"tanya Puan Jamilah berminat.

"Dia adalah teman istimewa Dilla,"jawab Encik Said. Dilla yang sedang menelan makanan tersedak.

Kemarahan Razlan nampak di wajahnya. Dia teringatkan gambar Dilla dan Ikmal yang memakaikannya jam pada malam itu.

Terbatuk-batuk Dilla. Puan Wahida menepuk-nepuk belakangnya.

"Kat tempat kerja dia rapat dengan penolong pengurus pemasaran. Ke mana saja berdua," panjang pula laporan Razlan.

"Bukan awak ke yang cakap jangan benarkan sesiapa tahu kita ni bertunang? Kalau orang nak berkawan saya dan orang itu ternyata baik dan ikhlas perlu ke saya tolak sedangkan awak sendiri malu hendak mengaku saya tunang awak?" Dilla sudah mula naik angin. Razlan berdehem.

"Betul tu Razlan?"tanya Encik Adham. Razlan mahu tidak mahu terpaksa mengaku.

"Tapi itu dulu ayah,"balas Razlan

Encik Said dan Puan Wahida berpandangan sesama sendiri.

"Kalau begitu keputusan pakcik dan makcik masih tak berubah. Kita batalkan sahaja pertunangan ini. Tetapi jika jodoh kamu berdua ada..pakcik dan makcik takkan menolak," terang Encik Said dengan berhemah.

"Betul apa yang abang  Said cakap kan  ni?"tanya Puan Jamilah. Encik Said mengangguk.

"Tapi kalau ada orang yang masuk meminang selepas ini? Bagaimana?" Tanya Puan Jamilah lagi.

"Milah soal jodoh ni di tangan Allah. Jadi tak jadi itu sudah tertulis,"kata Encik Said membasuh tangannya. Razlan hanya mendengar dan terpaksa akur dengan keputusan itu. Dia sudah kalah dengan Dilla Riana Said.

"Dilla minta maaf auntie,uncle,"pinta Dilla. Selain Razlan dia tiada masalah dengan keluarga itu.

"Bukan salah Dilla. Salah bujang terlajak ni,"jawab Puan Jamilah menjeling kepada Razlan.

"Auntie pun lepas ni bagilah peluang kepada Encik Razlan memilih jodohnya."

"Baiklah Dilla. Kalau sekiranya abang Razlan kau ni bawa seorang calon menantu yang menghormati orang tua, bijak dan yang paling penting ikhlas, auntie dengan uncle akan pertimbangkan,"balas Puan Jamilah.

"Betul tu Milah. Kalau Razlan dah ada calon dan sama padan Milah dan Ham pun berkenan teruskan aje." Giliran Puan Wahida pula menyambung kata.

"Ayah mak tidur sini ke? Dilla kerja esok. Dilla nak balik dulu," manis kedengaran suara Dilla.

"Oh,ya...tadi Danial telefon katanya cakap dengan Dilla jabatan Dilla bercuti dua hari sebab ada laporan juruaudit. Kalau Dilla nak ke Sarawak menziarah mak kawan Dilla dia kata dia bagi cuti."

"Betul ni?!" Jerit Dilla keriangan. "Mak ayah, mak Ikmal warded dia masih tak sedarkan diri. Dilla dan Ara nak pergi ke Kuching boleh?"

Razlan mengetap bibirnya. 'Perempuan ni gediklah tu. So low class!'bentak hatinya.

"Baru putus tunang dah nak bersuka ria. Orang dulu-dulu putus tunang rasa macam langit nak runtuh,"sindir Razlan.

"You're right. Tu dulu," balas Dilla dengan kening sebelah terangkat. Ibubapa mereka berpandangan sesama sendiri. Ya pertunangan ini memang patut putus kerana Dilla dan Razlan seperti anjing dengan kucing.

"Ok!Mak ayah,auntie and uncle oh ya bekas tunang Encik Razlan, Dilla balik dulu,ya?" Kata Dilla terus bersalaman dengan semua.

"Saya hantar awak balik,"tegas Razlan berdiri dan mahu melangkah.

"Apa dia?"kata Dilla.

"Saya hantar awak balik," cakap Razlan sekali lagi.

"Hah,cakap lagi sekali?"Dilla sengaja menyakitkan hati Razlan.

"Awak ni ada masalah pendengaran ke? OKU?"

"Awak pun OKU juga. Kalau saya ni pekak. Awak ada masalah pemahaman yang juga masalah pembelajaran. Saya tak perlukan pertolongan awak, f.a.h.a.m?"

Razlan menahan emosinya kerana mereka berdua diperhatikan.

"Assalamualaikum," kedengaran orang memberi salam.

"Waalaikumsalam wrt," sahut mereka. Danial membuka pintu dan tersenyum.

"Dilla!"

"Boss!" Dilla berkata ceria.

"Ini mesti ibubapa Dilla," kata Danial sambil terus berjalan bersalaman.

"Anak ni boss Dilla?"tanya Encik Said.

"Ya, alhamdulillah dapat juga jumpa keluarga Dilla."

"Kau ke mari apa hal?"tanya Razlan.

"Aku? Aku nak jumpa Dilla nak beritahu yang dia boleh cuti dua hari."

"Uncle dah habaq! Thank you,boss!" Kata Dilla tersenyum.

"Saya nak balik dah. Esok nak pergi ke Kuching,"beritahu Dilla.

"Saya hantarlah. Saya kebetulan hendak balik ke pejabat ni."

"Danial nak tidur sana?" Tanya Puan Jamilah.

"Tak. Nak ambil dokumen penting untuk audit esok."

"Kalau begitu Dilla boleh tumpang Danial," balas Puan Jamilah. "Malam-malam ni bahaya."

"Bahaya ke? Orang tak kacau kot," kata Razlan ketawa mengejek. Dilla tersenyum dan memeluk ibu dan Puan Jamilah. Dilla tidak mengendahkannya. Dengan kebebasan yang dia impikan sudah menjadi realiti,tiada apa yang Razlan katakan dapat menyakitkan hatinya.

"Dilla balik dulu. Jom boss, sebelum singa terlepas kandang mengaum," kata Dilla ketawa. Danial meminta diri bersama Dilla. Razlan yang sudah memegang kunci keretanya merasa terpukul kerana Dilla benar-benar suka bertekak dengannya.

Hari sudah jauh malam. Razlan duduk keseorangan di tepi kolam renang termenung. Ramai jelitawan yang menawan hatinya tetapi Dilla Riana yang kurang serba-serbi membingungkannya.

Encik Said memberi salam dan duduk bersebelahan.

"Pakcik tak tidur lagi?"tegurnya hormat.

"Maafkan pakcik kerana terpaksa membatalkan pertunangan kamu berdua."

"Saya tahu salah saya."

"Dilla ni manja anak bongsu. Dia cuma ada abang-abang. Adakala kasar tapi selalunya manja keterlaluan. Antara sebab pakcik memutuskan pertunangan ini supaya Dilla tidak terus-menerus tidak senang dengan Razlan begitu juga sebaliknya," tenang sahaja suara Encik Said.

"Razlan nampak sesuatu pada Dilla. Dilla ni bukan macam perempuan biasa. Dia cakap apa yang ada dalam hatinya. Tidak pandai berpura-pura. Untung kalau dapat mengambil hatinya, dia seorang yang setia. Pakcik tahu Razlan buntu nak berbaik dengan Dilla, betul tak?" Tanya Encik Said. Razlan mengangguk dan mengeluarkan ketawa gemuruh.

Encik Said menepuk-nepuk bahu Razlan. "Pakcik sikitpun tak membenci tapi Razlan, kalau Razlan masih mahu memperisterikan seorang yang serba kekurangan, berusahalah. Jadilah diri Razlan sendiri,ok?"

Razlan hanya memandang lelaki separuh abad yang tersenyum di sebelahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience