8

Romance Series 12680

Razlan sampai ke pejabat dalam kejutan. 'Did she really diss me back?' soalnya di dalam hati. 'Oh berani sungguh!' Dia menghempas fail di hadapannya 'We will see who breaks whom. Kau tunggu,'tegasnya lagi. Rasa terbuku di hatinya kerana belum ada mana-mana perempuan yang berani bertindak begitu dengannya. Teman-teman wanitanya terdahulu semuanya feminin, cakap pun perlahan dan manis sahaja. Tapi sayang, dia tidak tahu kenapa ibunya menolak bulat-bulat semua pilihan hatinya. Model, artis, anak raja, anak mat saleh semua ditolak mentah-mentah. Ibunya pernah cuba menjodohkan dengan Ain Maisarah tapi tidak kesampaian kerana di pertemuan pertama macam-macam syarat yang dikenakan. Syarat-syarat yang tidak munasabah pun ada seperti, Ain Maisarah mestilah tinggal dengan keluarga mertua dan menandatangani kontrak pra perkahwinan yang menyatakan jika Ain Maisarah adalah sebab perceraian, dia akan keluar dari rumah itu sehelai sepinggang. Temujanji yang paling memuaskan hatinya kerana berjaya menakutkan pilihan ibunya.

"Ham, aku minta maaf untuk pihak anak aku,"ucap Encik Said ketika mereka beriringan masuk ke rumah. "Dilla ni memang macam ni cepat sangat nak menjawab." Dilla hanya mendengar kata-kata ayahnya.

"Maafkan Dilla, auntie uncle,"sampuk Dilla. Dia merasa bersalah kerana tidak berjaya mengawal emosinya. "Dilla nak pinjam toilet boleh?"Dia perlu bersendirian ketika itu untuk  menenangkan emosinya.

"Dilla jalan terus sampai dekat cermin besar tu belok kanan," balas Puan Jamilah. Tanpa berlengah dia jalan dengan cepat. Dari dimarah oleh ayahnya terang-terangan baik dia menyorok di mana-mana.

Mereka duduk di ruang tamu bersama.

"Patutpun Razlan kena macam tu," komen Puan Jamilah. "Abang Said dan Kak Ida jangan risau," kata Puan Jamilah menenangkan.

"Betul tu. Nampaknya kami tak salah pilih,"kata Encik Adham ketawa.

"Betul ni Milah? Tak kisah dengan...."kata Puan wahida terhenti kerana dipotong oleh Puan Jamilah.

"Sikit pun tak. Razlan tu kalau pilihan saya memang melampau,"kata Puan Jamilah. "Dah jangan risau ya. Nanti  Kak Ida balik berbincang dengan Dilla pasal arrangements nak praktikal nanti ya?" Puan Jamilah mengingatkan.

Di dalam bilik air dia menampar kepalanya kerana terlalu cepat beremosi. Argh...sori ayah,mak...Dilla tak berniat hendak memalukan mak dan ayah. Dia mengherdik dirinya sendiri.

Bagaimana dia mahu berhadapan dengan ibubapa Razlan setelah perang mulut di antara Razlan dan dirinya. Bukan dia mahu berbuat demikian tetapi mulutnya ini seperti ada suis apabila dia hendak berkata-kata, semua kata-kata keluar seperti bertih jagung. Dilla merenung wajahnya di cermin bilik air yang serba mewah itu. Dia mengeluarkan keluhan panjang. Nak tak nak, dia mesti menerima habuannya.  'Kenapalah hidup aku ni rumit sangat?' dia bertanya kepada dirinya sendiri.

Tepat jam 3 petang mereka berangkat pulang ke Sungai Petani. Perjalanan mereka ternyata ternyata tiada halangan. Trafik sangat bagus hari itu. Senyap sahaja En Adham sepanjang perjalanan. Dilla tahu bapanya sedang marah dengannya.

"Ayah, ayah masih marahkan Dilla ke?" tanya Dilla apabila kereta membelok ke rumah mereka.

"Ayah tak marah. Ayah malu. Ayah macam tak reti mengajar anak tentang budi bahasa," kata ayahnya perlahan. 'Marahlah Dilla ayah, jangan cakap macam ni,' kata hati Dilla sesal dengan perbuatannya yang mengguris hati ayahnya.  Dia lebih suka ayahnya memekik memarahinya kerana dia boleh berhadapan dengan kemarahan tetapi dengan perasaan bersalah dia kalah.

"Milah pun cakap Razlan melampaui batas tadi tak boleh nak salahkan Dilla sahaja," kata Puan Wahida yang tidak tahan melihat wajah satu-satunya puteri begitu sedih.

"Ayah tahu, memang Razlan tajam kata-katanya. Cik Ida, bukan siapa yang memulakan tapi siapa yang mengakhirkan. Dilla menang tadi, Dilla dapat apa?" tambah Encik Said. 

"Dilla tahu Dilla tak sepatutnya tapi Dilla memang tak boleh tak membalas. Ayah ingat Dilla rancang ke apa yang Dilla nak cakap tadi?" jawab Dilla perlahan.

"Dahlah, kita dah selamat sampai ke rumah ni, cepat bawa turun barang Dilla.  Sempat lagi ni nak masak makan malam. Dilla tolong mak ya?" tegur Puan Wahida. Dilla hanya mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak habis-habis meminta maaf dari kedua ibubapanya.

"Eh, itu abang!" jerit Dilla menunjuk ke arah seorang lelaki yang keluar dari rumah itu.

"Lah, kereta abang long mana?" tegur bapanya. Dilla cepat-cepat turun dan mendapatkan abangnya. Dia memeluk Dr Helmi sekuatnya. Rindu kepada abang sulungnya kerana lama tidak berjumpa.

"Abang, Dilla rindu kat abang!"ucapnya. Dr Helmi hanya tertawa melihat kelakuan adik bongsunya. Dilla paling rapat dengan abang sulungnya sedari kecil.

"Makin sihat abang tengok Dilla," kata Dr Helmi tersenyum. Dia melepaskan pelukan Dilla dan bersalaman dengan ibu dan ayahnya.  "Mak, ayah! Lega nampak mak dan ayah dah sampai," katanya lagi.  

"Kau tu, bekerja teruk sangat. Sampai tunang kau tu naik merajuk," tegur Encik Said sambil mengeluarkan barang-barang Dilla.

"Ya Allah, banyaknya barang," balas Dr Helmi cuba mengalih topik.

"Kak Marlia mesti tengah merajuk dengan abang kan" teka Dilla. "Apalah abang ni, kesian kak Marlia tu," tegur Dilla.  Dr Helmi hanya tersenyum. Dia sedar dia begitu kuat bekerja. Selesai semua mereka makan malam bersama. Puan Wahida membawa kain jemuran untuk dilipat di ruang tamu.

Dilla berada di biliknya tetapi dipanggil oleh ibunya ke depan.

"Kenapa mak?"

"Dilla buat apa tu?"

"Buat apa lagi mak, keluarkan baju dari beglah," jawabnya sambil duduk di sisi ibunya.

"Ayah ada benda nak cakap," beritahu ibunya. Terkejut Encik Said. Dia menarik nafas panjang. Pandai isterinya hendak mengelakkan dari memberitahu Dilla rancangan mereka.

Dr Helmi hanya memerhatikan sahaja.

"Apa dia ayah?" tanya Dilla.

"Errr...abang Ngah ajak mak dan ayak ke UK,"

"Wah, syoknya. Dilla ikut tak?"

"TAk!" kedua Puan Wahida dan Encik Said serentak berkata.

"Lah, kenapa pulak?" tanya Dilla ingin tahu.

"Masa tu Dilla dah start practical," jawab Puan Wahida.

"Lah minggu depan ke ayah dan mak nak pergi?" tanya Dilla lagi.  Kedua ibubapanya bertukar pandangan. "Abang long tahu ke pasal ni?" Dr Helmi mengangguk. "Tak adil tau!"

"Mak dan ayah dah buat keputusan yang Dilla akan duduk di rumah Auntie Jamilah dan Encik Adham masa praktikal nanti," kata ibunya.

"Apa? Mak jangan bergurau!" balas Dilla terkejut.

"Auntie Jamilah dah sediakan rumah tetamu untuk kegunaan Dilla. Lagipun Dilla akan bekerja di Cybernetics Global kan?" terang ayahnya pula.  Dilla menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rambut separas bahu terasa seperti ada kutu di kepala.

"Mana ayah tahu? Dilla baru nak bagitahu."

"Cybernetics Global tu Uncle Adham lah yang punya," jawab ayahnya. Dilla ternganga mendengarkan jawapan bapanya.

"Mereka yang pilih Dilla," celah ibunya apabila melihat muka Dilla sudah menjadi merah.

"Jangan risau, rumah tamu tu belakang rumah tepi kolam mandi.  Dilla hanya duduk di kawasan rumah mereka. Bersama-sama pekerja," terang bapanya lagi. 

"Jadi, kita akan ke rumah  Auntie Jamilah sebelum mak dan ayah berlepas ke UK," kata Puan Wahida. Dilla masih lagi tidak dapat berkata apa-apa kerana masih lagi terkejut.

"Dilla, Dilla ok tak ni?" tegur Dr Helmi yang dari tadi memerhati.

"Berapa lama Dilla mesti berada di situ?"

"3 bulan...sepanjang masa praktikal," jawab ayahnya.

"Mak dan ayah pergi ke UK berapa lama?" tanya Dilla lagi. Emosinya asyik diuji kebelakangan ini.

"3 bulan," jawab ibunya.

"3 bulan! 3 bulan?! Sepanjang praktikal Dilla mak dan ayah tidak berada di Malaysia?" Ayahnya mengangguk.

"Daebak! Ini bermakna Dilla mesti jumpa Razlan hari-hari?" tanya Dilla lagi.  Nada Dilla sudah meninggi.

"Dilla," Dr Helmi cuba menenangkan.

"Dilla ni anak angkat ke ayah, mak? Kenapa sampai macam ni mak dan ayah buat Dilla? Nak bertunang dengan siapa, di mana, bila pun tak cakap dengan Dilla sekarang tempat Dilla praktikal pun mak dan ayah uruskan?"

"Dilla, dengarlah dulu," pujuk Dr Helmi.

"Tempat duduk Dilla pun mak dan ayah uruskan?!" Dilla mengurut belakang lehernya. 

"Dilla, mak dan ayah fikirkan yang terbaik untuk Dilla," pujuk ayahnya.

"Razlan memang terbaik untuk Dilla kan mak? Ayah? Baru jumpa pun dah kata macam-macam, mak dan ayah nak Dilla dengar lagi kata-kata hinaan dari Razlan? Diejek gemuk, terlebih makan, kurang exercise tak ada apa kot. Orang lain Dilla boleh tahan telinga tapi pilihan mak dan ayah iaitu bakal suami Dilla mengingatkan Dilla betapa hodohnya, tak sepadannya Dilla dengan dia hari-hari Dilla akan mendengarnya, tak apa bagi mak dan ayah?" katanya penuh dengan nada sesalan. Dr Helmi mula merasakan darahnya mendidih mendengarkan apa yang diperkatakan oleh Dilla.

"Betul apa yang Dilla katakan ni mak, ayah?" tanya Dr Helmi. Sebelum ini dia hanya bertemu dengan ibubapa Razlan. Mereka sangat baik orangnya. Kerana terlalu marah, airmata Dilla mengalir deras. Dia sungguh tidak menyangka mak dan ayahnya sanggup menghantarnya ke istana Razlan walaupun diperlakukan begitu.

"Ayah.." Encik Said cuba untuk memberikan sebabnya kepada Dilla.

"Buatlah apa yang ayah dan mak nak buat. Dilla ni kan anak sahaja. Tak ada perasaan. Orang lain bila anak dihina dipertahankan tapi mak dan ayah, mencatat sejarah dalam hidup Dilla," kata Dilla dalam tangisnya bangun dan berlari ke bilik. Dia menghentam pintu bilik sekuat hatinya. Itu pun dia rasa tidak memadai. Dia menangis sepuasnya.  Dia terlekat seperti paku yang diketuk ke dinding. Tidak dapat untuk membuat apa-apa. Nak lari dari rumah? Hendak ke mana? Satu semester saja lagi. Hatinya sungguh sayu. Dia benar-benar terasa dengan orangtuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience