33

Romance Series 12680

Dilla menarik nafas lega kerana hilang dari pandangannya lelaki itu. Dia terus berjalan ke Sunway Pyramid yang tidak jauh dari hotel itu. Ara dan Razlan duduk di satu meja berhampiran dengan tangga. Pengunjungnya ramai tapi tidak sampai tidak selesa. Razlan duduk dan melihat jam tangannya. Sudah 10 minit tapi bayang Dilla tidak kelihatan.

"Abang jom ambil makanan," Ara berbicara nadanya manis sekali.

"Tak payah tunggu Dilla?" tanya Razlan ringkas.

"Sat, Ara call ya?" kata Ara, Dia berpura-pura bercakap dengan Dilla di telefon. "Dilla kau kat mana? Oh... ok-ok nanti aku beritahu. Bye!"

"Apa katanya?" Razlan seperti sudah boleh meneka yang Dilla telah mempersendakannya malam ini.

"Dia kata dia kena pergi beli barang, jadi dia kata dia suruh kita makan dulu. Ehmm...dia tak jadi nak join kita," terang Ara cuba membina ayat yang nampak benar. Razlan terdiam.

"Ara, tell me the truth," tegas Razlan. Ara hanya terdiam seketika. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sebenarnya ni semua salah Ara."

"Salah Ara?" tanya Razlan cuba memahami.

"Masa abang ajak dinner tu, Ara yang setuju bukan Dilla. Jadi Dilla sebenarnya memang tak mau join kita dinner." Razlan menahan kemarahannya. 'Benci sangat kau pada aku?'desis hatinya.

"Semalam Dilla kata nak ke Kuching. Tak pergi ke?"

"Kami pergi pagi, tengahari sudah balik ke sini," terang Ara.

"Kenapa?"

"Dilla tak mahu menyusahkan keluarga Ikmal. Mak dia kan sakit," jawab Ara.

"Dilla ke sana semata-mata hendak meneman Ikmal di hospital?" tanya Razlan lagi ingin tahu. Ara menggelengkan kepalanya.

"Dilla ke Kuching sebab mak Ikmal pernah beri ceramah di sekolahnya dan Dilla terhutang budi dengan mak Ikmal."

"Bukan kerana Ikmal?"

"Bukan kerana Ikmal. Memang dia pergi kerana hendak menziarah mak Ikmal,"jawab Ara. Ara merasa pelik kerana Razlan bertanyakan soalan-soalan sebegini. "Abang, kita tak mahu makan ke?"tanya Ara. Jawapan Ara sedikit sebanyak menyejukkan hatinya.

"Saya pun lapar, jom kita ambil makanan," pelawa Razlan tersenyum. Di dalam fikirannya hanya soalan demi soalan mengenai Dilla Riana.

Dilla menikmati masanya bersendiri di pusat beli-belah itu. Dia membeli makanan dan duduk keseorangan. Telefonnya berbunyi. Tertera Ming Dynasty. Dia tersenyum.

"Hello from the other side." Dilla bergurau. Chen Ming ketawa.

"I missed you."

"That's sweet."

"Where are you? Masih di Kuching?"

"Somewhere but not Kuching," jawab Dilla ketawa.

"BIla balik? Aku risau."

"Kau nak risau buat apa. Aku selamat, jangan risau lah!" kata Dilla ceria.

"Ok, jaga diri. Esok kita dinner sama-sama ya? I missed spending time with you," ajak Chen Ming. Hati Dilla berdegup kuat. 'Ah, Ming why are you so sweet?'bicara hatinya.

"Ok, I will see you soon. Bye!"

"Bye, come back safe and sound!" pesan Chen Ming lagi. Dilla hanya merenung telefon dan wajah Chen Ming di situ. "You just know how to make me think of you," bicaranya sendiri.

Sudah hampir sejam Ara dan Razlan makan bersama. Razlan hanya mendengar cerita-cerita Ara tentang Dilla. Bagus juga makan bersama kawan baik Dilla. Sekurang-kurangnya dia boleh memahami siapa itu Dilla Riana.

"Ara, Dilla ada beritahu dia ke mana malam ni?"

"Ada, dia nak shopping di Sunway Pyramid. Kenapa Abang Razlan?"

"Tak ada apa-apa. Abang ada kerja ni sebenarnya. Abang terpaksa pergi dulu. Ara nak duduk sini enjoy the food?"

"Ara nak stay kat sini dululah banyak lagi Ara tak rasa," jawab Ara cuba menyembunyikan rasa kecewa.

"Baiklah, abang pergi dulu. Let me settle the bill," kata Razlan berdiri.

"Jumpa lagi ya!" ucap Ara ceria. Razlan mengangguk dan berlalu. Ara termenung mula-mula dia merasa kecewa tapi dia tersenyum. "Dilla lelaki legend ni rasanya sudah terpaut hati pada kau. Buta sungguh kawan aku ni!" Ara bercakap dengan dirinya sendiri.

Razlan berlari ke Sunway Pyramid untuk mencari Dilla. Dia tidak mahu ada yang berkenan melihat gadis comel yang berpakaian besbol malam itu. Dia mendail nombor Dilla tapi Dilla tidak mengangkatnya. Dia terus-menerus mendail nombor Dilla. Kali yang ketiga barulah Dilla menjawabnya.

"Awak ni dah kenapa?" Dilla menyambut panggilan Razlan acuh tak acuh.

"Awak kat mana?"

"Kenapa?"

"Awak kat mana?" keras nada Razlan. Dilla menarik nafasnya.

"Awak kat mana awak awak kat mana, awak kat mana awak awak kat mana,"Dilla menyanyikan lagu Taufik Batisah. Razlan menampar dahinya mendengarkan respon Dilla.

"Awak ni tak reti bahasa ke? It is just a simple question," sindir Razlan lagi. Dilla menahan kesabarannya. 'Kau yang telefon aku ke aku yang telefon kau bangang?'bentaknya di dalam hati. Dilla terus mematikan perbualan itu. Bagi dirinya tak kuasa dia hendak melayan dan tak waras kalau melayan panas baran Razlan itu. "Dia letak telefon? Berani dia?!" jerit Razlan. Dia mendail nombor Dilla sekali lagi. Tidak berjawab. Untuk kali yang ketiga barulah Dilla menjawabnya.

"Hei, Dilla kau ingat kau siapa?" jerit Razlan. Dilla mematikan perbualan sekali lagi. Selepas itu dia mem'block' nombor itu. "Selagi kau tak reti nak bercakap baik-baik dengan aku, tak payah buang masa nak telefon-telefon paham,"kata Dilla sendiri menggaru kepalanya. 'Apalagilah yang dia hendak. Tunang dah putus kira settle lah.'fikir Dilla. Dia bangun dan terus ke skating rink. Sudah lama dia mengidam untuk ber-ice skating di sini. Razlan mendial sekali lagi nombor itu tiada deringan yang didengarinya.

Razlan berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Masih tidak ketemu dengan Dilla. Dia berehat di tepi handrail dan memerhatikan mereka yang bermain ice-skating. Tiba-tiba dia terlihat kelibat Dilla dipimpin oleh seorang lelaki. Darahnya mendidih dan terus berlari ke tingkat bawah.

"Wah, you cepat dapat balancekan badan. That's good." ucap instruktor sebaya Dilla.

"Terima kasih, dah lama nak try tapi takut," jawab Dilla tersenyum.

"Ok, jom I bawa you keliling rink. I will hold your hand tapi bila rasa dah ok, you cakap I lepaskan tangan you ok?" Dilla mengangguk. Razlan menyewa peralatan dan masuk ke rink. Dilla yang berpimpin oleh jurulatih terkejut kerana Razlan memberhentikan mereka.

"I will take it from here," kata Razlan kepada jurulatih itu.

"No!"jawab Dilla. Jurulatih itu tidak melepaskan tangan Dilla kerana Dilla tidak mahu.

"She's my wife," tegas Razlan dan jurulatih itu memahami dan melepaskan tangan Dilla. Dilla agak kebengangan dan berpusing untuk kembali ke pintu keluar. "Hey, darling you nak pergi mana?" Razlan mencapai tangan Dilla.

"Let my hand go,"kata Dilla.

"Kenapa, tangan lelaki tadi lebih lembut ke? Dia lebih gagah ke?" Razlan tidak dapat menahan kemarahannya lagi. Tadi Dilla meninggalkannya dengan Ara sekarang berpimpin tangan dengan entah siapa.

"No, he is just more polite than you." Dilla menyentap tangannya daripada Razlan. "Why are you here?"

"Why are YOU here?" tanya Razlan balik.

"Oh, that's easy to answer. Because I do not wanna see your face. Happy?" jawab Dilla. Hiruk-pikuk manusia menenggelamkan suara mereka. Razlan terdiam. "And why do you sound like a jealous boyfriend when we are not attached to each other?" tanya Dilla geram.

"Bukan aku yang putuskan!"

"Betul, bukan saya tapi bapak saya. Hah!" Dilla terus berjalan berdikit-dikit mengimbangkan diri. Razlan dengan geram merangkul pinggangnya dan membawa Dilla mengelilingi rink itu dengan laju. Dilla menjerit semahunya. Kelajuan membuatkan kepalanya pusing dan matanya berpinar. Dia melepaskan diri dari Razlan apabila Razlan habis mengelilingi rink itu. Dilla terhuyung-hayang cuba berjalan. Instruktor tadi yang memerhatikan mereka berdua pantas mendapatkan Dilla. Dilla pengsan di pangkuannya. Razlan meluncur lagi ke arahnya.

"Dilla!Dilla," panggil Razlan menyesali perbuatannya. Dia cuba mengambil Dilla dari pangkuan instruktor tadi.

"You almost killed her just now. Tak cukup lagi. Tolong clearkan jalan. Dia perlu berada di bilik sakit menunggu doktor." Instruktor muda tadi, menepis tangan Razlan dan mengendong Dilla keluar rink. Razlan termangu di situ. Kata-kata instruktor tadi menusuk ke jantung kerana kata-kata itu ada kebenarannya. Tubuhnya terasa longlai. Apakah yang telah dia lakukan? Kenapa dengan Dilla ini, senang sungguh dia hilang pertimbangan? Dia menghantar kasutnya dan berjalan perlahan ke bilik sakit.

Dia melihat instruktor muda tadi meletakkan Dilla berhati-hati di atas katil pesakit. Dia cuba menanggalkan kasut tetapi dihalang oleh Razlan.

"Let me do it," kata Razlan. Instruktor itu menahan tangannya dari meleraikan tali ikatan kasut.

"I don't think she likes you, tolong tinggalkan tempat ini. Kami tak buat laporan polis dah kira bagus. What you did just now is dangerous!" jerit instruktor itu. "Not just to her, but everyone in the rink. Are you stupid?" marah instruktor itu. Razlan tahu dia bersalah.

"I was...maafkan saya. Saya tak berniat hendak mencederakan sesiapa."

"Cemburu itu bahaya," kata instruktor itu lagi.

"Cemburu?"

"Semua orang boleh tengok yang awak sangat cemburu tadi. Betul dia ni isteri kau?" Razlan mengambil selangkah ke belakang. Adakah itu yang dirasakan selama ini? Cemburu? Tapi kenapa kau mesti cemburu? 'Just look at her. Not even my type'. Soalan-soalan itu menghantuinya. Dia terduduk di sudut. Seorang doktor masuk dan memeriksa keadaan Dilla.

"She's ok. Sekejap lagi jagalah tu. Cuma berhati-hati takut dia mendapat trauma," kata doktor itu dan instruktor itu memberi Razlan yang sugul sekilas pandangan. Setelah doktor itu meninggalkan mereka, instruktor itu menghampiri Razlan di sudut bilik.

"Jehan," dia menghulurkan tangannya kepada Razlan.

"Razlan," dia terasa sangat malu kepada lelaki muda itu.

"Dia mesti begitu bermakna kerana boleh buat abang marah hilang pertimbangan seperti itu," kata Jehan yang kini bersimpati dengan Razlan. Razlan seperti baru sedar dari sesuatu dan masih dalam keadaan terkejut. "Saya hanya mengajarnya tak lebih dari itu," jelas Jehan.

"Dia selalu buat aku rasa marah sangat-sangat. Kadang-kadang benda-benda kecil pun aku boleh naik marah dengan dia. Belum pernah aku rasakan seperti ini. Rupanya marah itu adalah cemburu. That explains a lot of things." Razlan masih memandang kakinya. Kenapa Razlan Shaari the most eligible bachelor menjadi seperti kebudak-budakan apabila bersemuka dengan gadis ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience