26

Romance Series 12680

Razlan tiba 15 minit kemudian dan Danial mengajaknya duduk di hujung meja bersamanya. Makanan sampai tepat pada waktunya.

"Saya hendak mengucapkan selamat datang kepada tuan CEO kita Encik Razlan Shaari dan pembantu beliau Encik David." Danial memulakan bicara.

Dilla dan Chen Ming bertukar pandangan melihat kehadiran Razlan.

"Would you like to say anything?"pelawa Danial. Razlan bangun dan tersenyum.

"I would like to say thank you for having me. And lunch is on me. Jabatan Pemasaran adalah jabatan yang sangat penting. I hope you enjoy your lunch,"kata Razlan penuh yakin. Ucapannya menerima tepukan gemuruh. Dia duduk dan semuanya mula menjamah hidangan.

Chen Ming mengambil T-bone steak Dilla dan mengalihkan hidangannya ke tepi.

"You nak buat apa ni?"tanya Dilla kehairanan.

"I nak tolong potongkan untuk you,"jawab Chen Ming pendek.

"Huwaaah, belum pernah nampak Ming caring habis macam ni," usik Lee yang duduk di hadapannya. Muka Dilla mula merah. "Are you guys dating?" Tanya Lee lagi ramah. Chen Ming termalu-malu dan Dilla mula berasa serba-salah.

"Well, she is a pain,"komen Chen Ming sambil memotong daging kecil-kecil. Dilla membulatkan matanya mendengar jawapan Ming. "The hardest girl to get actually," katanya berjenaka. Dia mengenyitkan matanya kepada Dilla. Semua ketawa. Razlan hanya memandang sipi-sipi sahaja. Danial hanya memerhatikan sahaja kelakuan Razlan.

"What is the best quality in Ming?"tanya Lee kepada Dilla. Dia termangu-mangu hendak menjawab.

"I don't have to say anything he knows what's on my mind,"kata Dilla cuba tersenyum. Dia merasa sangat segan.

"Really?"tak habis-habis Lee bertanya. Sudah lama dia hendak tahu apakah sebenarnya hubungan Dilla dan Chen Ming.

Dilla mengangguk. Razlan yang menyuapkan makanan berlakon untuk tidak menghiraukan perbualan itu. Kata-kata Dilla mengingatkan dia di malam itu, sewaktu dia pergi berjumpa Dilla di apartmentnya. Dilla tidak perlu berkata banyak kerana Chen Ming hanya menuruti permintaannya.

"Ok, what's Ming favourite part of the day?" Tanya Lee menguji. Dilla memandang Ming yang tersenyum.

"Probably morning when he goes out for a jog."

"Wah, you are so right!"puji Chen Ming ketawa.

"What's her favourite part of the day?" Tanya Lee kepada Chen Ming. Chen Ming mengambil nafas dan berfikir.

"Her favourite part of the day would be masa balik kerja. Tak kiralah pukul berapa, tugasan yang diberi tidak adil atau munasabah,she will  finish it dan berpuas hati." Dilla tidak berkelip mendengar jawapan Chen Ming.  Mereka berpandangan. Dilla merasa sangat dihargai. Semuanya terdiam seketika. Lee bertepuk tangan.

"Tak perlu tanya betul ke tidak tengok senyum Dilla pun tahu itu betul." Mereka semua ketawa dan terus menjamah makanan.

Razlan memandang Danial. Danial menggelengkan kepalanya sebagai isyarat kepada Razlan untuk jangan berbuat apa-apa. Sesiapa yg mendengar jawapan Chen Ming dapat mengagak yang dia benar-benar memahami Dilla.

Chen Ming meletakkan balik pinggan Dilla di hadapannya. "Nah makan," katanya lagi.  Dilla mengucapkan terima kasih kepada Chen Ming. Baru sahaja Dilla hendak mula menjamah makanannya, mesej Whatsapp masuk.

'Can I call you?'

Mesej daripada Ikmal.

'I really need to talk.'

'Nampak macam penting,' bisik hati Dilla ketika membaca mesej itu. Dia bangun dan meminta diri. Chen Ming hanya bertanya dengan matanya. Dilla memberi jarinya di telinga. Razlan dari ekor matanya nampak Dilla berjalan ke luar. Dilla mengambil tempat di sudut lobi yang menghadap dinding kaca.  Dia mendial nombor Ikmal.

"Hello, assalamualaikum." Dilla memulakan bicara.

"Kau letak. Aku call kau balik," balas Ikmal tenang. Dilla mematikan perbualan dan menanti deringan daripada Ikmal. Dua saat kemudian, deringan yang dinanti muncul.

"Assalamualaikum," Ikmal berkata dengan lembut.

"Waalaikumsalam. Apahal ni? Macam penting je aku baca mesej kau."

"Did you get my package?"

"Yes, I did. Sorry, aku kelam-kabut pagi ni, tak sempat nak bagi mesej."

"Tak apalah. I wish you were here with me." Sedih nada suara Ikmal di hujung talian.

"Kenapa ni?"

"Mak aku warded semalam. Kami satu keluarga ada di hospital ni."

"Astaghfirullahal'azim. Apasal?"

"Dia pengsan masa tengah beri kuliah. Doktor kata tekanan darah rendah."

"How is she doing?"

"She....masih tak sedarkan diri,"jawab Ikmal. Dilla terdiam  dan Ikmal juga begitu. "Look, aku nak dengar suara kau aje. Please don't worry. Bercakap dengan kau menenangkan aku," akui Ikmal setelah terdiam beberapa ketika.

"Mal...aku doakan mak kau selamat."

"Ya, I missed you."

"You know you've got a friend in me," jawab Dilla. 

"Yes, I know."

"Keep me updated, please," ucap Dilla.

"Yeah, aku letak dulu. Doakan mak aku ya?" kata Ikmal cuba untuk berbunyi biasa. Betapa dia mahukan Dilla juga mengatakan yang dia juga merindui seperti dirinya. 

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam wrt," kata akhir dari Ikmal. Klik. Perbualan dihentikan. Dilla menghela nafas panjang dan termenung seketika.  'Ikmal, bertabahlah. Jika aku boleh, sekarang juga aku menemankan aku,'kata hatinya.

"Are you ok?" tegur Danial di belakangnya. 

"Oh, boss," kata Dilla terkejut. Dia berdiri tanda hormat. Danial duduk di hadapannya dan mengisyaratkannya supaya dia duduk. "Thank you."

"Siapa tu?"tanya Danial kepada Dilla. Dilla terpempan dengan pertanyaan itu. "Oh, maafkan saya. Sebab saya tengok muka you sedih," Danial memperbetulkan nadanya.

"Oh," Dilla mengeluarkan ketawa gemuruh. Danial, manis senyumannya, tinggi lampai orangnya, lesung pipit itu menggamit hati Dilla. 'Sayang dia dah berpunya,'desis hatinya. 'Dilla! Kau merapu ke mana ni?' Dia mengherdik dirinya sendiri. "Kawan satu uni, mak dia dimasukkan ke hospital masih tak sedarkan diri," jelas Dilla.

"Hospital mana? You nak pergi ziarah ke?"tanya Danial cemas.

"He is in Kuching. So..." jawab Dilla mengangkat kening.

"I wish I can let you go."

"Oh, takpa boss. I understand."

"Hah, tunang you dah datang tu. Mesti tak senang duduklah tu tengok kita di sini." Dilla baru sahaja hendak berpaling tapi ditegah oleh Danial. Dia menyuruh Dilla merapatkan wajahnya sedikit. "Let's bet. Kalau dia macam meroyan it means he's jealous kalau dia macam cool aje dia memang tak ada perasaan. Amacam?" bisik Danial. Dilla ketawa dan mengangguk.

"Dah kaya ke? Elaun makan sehari RM30, yang company belanja lebih dari RM30 satu hidangan takkan tak reti nak menghargai!" selamba sahaja Razlan berkata-kata. Dilla rasa begitu tertampar dengan kata-kata itu. Dia terus berdiri.

"Boss, saya pergi dulu." Terkocoh-kacah dia bergerak. Buat pertama kalinya Dilla merasa terlalu dimalukan di hadapan seseorang. Terlalu banyak yang Dilla fikirkan hingga dia tertinggal telefon bimbit di atas meja selang beberapa langkah dia baru teringat dan berpatah balik.

"Aku bagi warning kat engkau. Don't mess with my tunang. Sama ada aku kawin atau tidak dengan dia, dia masih tunang aku sekarang. Yang kau minat sangat dengan budak gemuk macam lembu tu kenapa? Tak ada keistimewaan pun," nada suara Razlan agak tinggi dan Dilla yang berada di belakangnya terpaku mendengarkan kata-kata Razlan. Danial tidak perasan akan Dilla di belakang Razlan kerana dia merasa sangat tersentap dengan herdikan itu.

"Jaga sikit kata-kata kau tu boleh? Tak baik kau menggelarkan dia begitu. Dia manusia dan punya hati. She is a talented girl and we are lucky to have her," balas Danial berdiri. Razlan menggenggam penumbuk kerana merasa sangat marah. "If she's not special, yang kau macam orang gila ni kenapa? Ini department lunch. Kau  yang menempel di sini kau faham,"sambung Danial lantang.

"Ini company aku ikut suka hati aku. Kau tu...pantang tengok orang baru mula nak menggatal."

"Razlan! Kalau inilah perkaranya yang kau hendak bincangkan malam nanti, baik tak payah." Razlan baru sahaja hendak meluru kepada Danial, Dilla bersuara.

"Excuse me," tegurnya. Mereka berdua menoleh ke belakang. Wajah Dilla yang merah padam sudah cukup menggambarkan sebanyak mana perbualan itu didengarinya. "I tertinggal telefon, sorry." Dia terus mengambil telefon dan berjalan pantas menuju ke kafe.  Danial mengejarnya dan menghentikan langkahnya. Dilla yang tidak dapat berkata apa-apa hanya merasa sesak nafas. 

"Let's go, kita keluar sekejap," kata Danial menarik lengan Dilla ke taman berhampiran. Sampai di bangku di belakang pokok bambu. Airmata Dilla tidak dapat lagi dibendung. Dia menangis semahu-mahunya. Hari ini adalah hari pertama dia sampai ke kemuncak kesabarannya, hari ini dia dimalukan lagi dan lagi oleh lelaki bernama Razlan. Dan hari ini, dia merasa sangat malu kerana Danial berada di hadapannya. Danial hanya berdiri memerhatikannya bercekak pinggang. 'Razlan, kenapalah kau jadi durjana begini?' bentaknya di dalam hati.

Razlan terkelu di situ kerana Dilla mendengar segalanya. 'Oh, every single time. Kau tak pernah gagal buat aku jadi monster, Dilla!' bentak hatinya.  Dia menarik nafasnya kerana mahu atau tidak dia tahu dia telah melukakan hati Dilla Riana. Dia menelefon David supaya menyelesaikan bil makan tengahari kerana dia hendak terus balik ke pejabat. 

Di dalam fikirannya berulang kali memainkan babak Danial berlari dan menarik Dilla ke tempat lain. Dia tahu Danial mesti mahu memujuk. 'It should have been me!' kata hatinya berulang kali. 'Kau bodoh Razlan! Kemarahan itu!'Di dalam mesyuarat, di pejabat dia hanya memikirkan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience