38

Romance Series 12680

Tepat jam sepuluh pagi, Danial mengadakan perjumpaan tergempar. Semua tertanya-tanya apakah yg sedang berlaku.

"Di sini saya ingin memberitahu Annual Dinner akan berlangsung dalam masa seminggu lagi. Tempat dan waktu sila cek emel  masing-masing."

Tepukan gemuruh kedengaran dalam bilik mesyuarat itu.

"Boss apa tema tahun ni"tanya salah seorang pegawai di situ.

"Soalan yg bagus!"sambut Danial.

"Tema bollywood dan jabatan kita mesti membuat persembahan." Semua bertepuk teruja kerana memang acara itu yang ditunggu-tunggu saban tahun.

"Latihan bermula malam ini di studio Zen 8.30. Semua wajib hadir,"terang Danial lagi. Suasana agak bising dengan pengumuman itu. "Sesiapa yang tiada transport tolong bagi nama kita akan hantar van syarikat untuk ambil dan hantar,"sambung Pengurus Jabatan yang bergaya itu."Oh ya, intern Dilla dan Prema will be the lead dancer ok?"

Prema bangun dan bertepuk gembira. Dilla pula ternganga kerana terkejut. Ming menyiku Dilla mengejutkan dia dari lamunannya.

"Kau kenapa?"Ming bertanya dengan nada perlahan.

"Diaorang saja nak mengena aku ke?"tanya Dilla seakan berbisik.

"Dilla, Prema. Ini adalah tradisi. Semua intern mesti membuat persembahan sebelum berhenti,"tegur Danial mengenyitkan  mata kirinya kepada Dilla. "Ok semua boleh balik ke tempat masing-masing,"arahan terakhir pagi itu. Semua keluar dari bilik mesyuarat itu melainkan Dilla dan Ming.

"What's wrong with you?"tanya Ming.

"Everything. I have no confidence at all,"jawab Dilla menutup mukanya.  dengan kedua tangannya.

Razlan yang mempunyai temujanji di bilik itu terkejut kerana Dilla dan Chen Ming di situ. Dia merasa darahnya mendidih melihat mereka berduaan.

Ingin dia menyergah tetapi dia ingin mendengar perbualan mereka kerana  pintu sedikit terbuka.

"What confidence?"tanya Ming.

"My body image you idiot!"jawab Dilla sekarang memegang kepalanya.

Ming berdiri dan memerhatikan Dilla.

"What are you talking about? You look fine to me," pujuk Ming.

"You are just being nice," sampuk Dilla ketawa.

"Being nice? I am nice! Look,the first day you were here I think you were adorable. And now, you are the prettiest around."

Dilla hanya merenung Chen Ming dan masih mencari kebenaran kata-kata itu. Razlan terus membisu di pintu. Fikirannya melayang ketika dia mula-mula bertemu dengan Dilla dan segala yang diperkatakan kepada wanita muda itu. David datang dan itu mengejutkan Razlan.

Dia menguak pintu dan masuk ke bilik mesyuarat itu. Ming dan Dilla terkejut dengan kehadiran Razlan.

"Selalunya meeting ada ramai orang kalau dua orang itu orang panggil dating," kata Razlan seakan memerli. Dilla menahan kemahuannya untuk menjawab.

"We are sorry. Kami minta diri dulu tuan," kata Ming dan mengajak Dilla untuk keluar dari situ.

"Cik Dilla tunggu sebentar,"arah Razlan. Dilla  dan Chen Ming berpandangan.

"Baik tuan," kata Ming sambil berlalu. Razlan berjalan menuju ke arah Dilla setelah Chen Ming keluar dari bilik itu.

"He's right. You were adorable when the first time I saw you and now you are the prettiest around."

"You were listening."

"I didn't mean too. Abang minta maaf. I hurt you with my words."

"Excuse me?"

"Masa first time kita jumpa di rumah. You were my tunang remember."

"Of course. Sampai sekarang it is still fresh in my mind,"tegas Dilla.

"I am sorry. Very sorry. Please give me a chance. The idea of arranged marriage scared the hell out of me."

"Saya pergi dulu tuan. Dah lambat ni,"Dilla meminta diri.Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi.

"Good luck for the performance. Danial told me via whatsapp just now."

Dilla tidak memberikan apa-apa reaksi dan terus berlalu. Dia berjalan laju terus ke kubikelnya. Kata-kata Razlan membuatnya tidak senang duduk. 'Focus,Dilla focus,'memujuk hatinya sendiri.

Datin Jamilah termenung keseorangan di laman. Bunga-bunga kertas merimbun dengan bunga-pelbagai warna. Hatinya terusik mengenangkan hajat untuk bermenantukan Dilla.
'She's the best for Razlan,'katanya dia dalam hati. Dia mengeluh panjang.

Lamunannya dikejutkan oleh panggilan telefon anak perempuan sulungnya.

"Assalamualaikum, mama." Tenang sapaan Rahimah atau Ema panggilan pendeknya.

"Waalaikumsalam wrt Ema. Ema sihat?"

"Ok je ma. Along whatsapp kata dah putus tunang betul ke ma?"Rahimah berterus-terang sahaja. Lama Hajjah atau Datin Jamilah berdiam. "Ma...ma ok tak ni? Ema tanya ni sebab Ema kan yang buat persiapan kawin tu," sambungnya lebih tenang.

"Betul. Maafkan mama tak beritahu secepat mungkin."

"It's okay ma. Dah tidak berjodoh nak cakap apa lagi. Siapa yang putuskan?"

"Pakcik Said," jawab Jamilah pendek. Sebak di dada masih terasa.

"Wow, mesti along dah buat salah ni," teka Rahimah. Jamilah hanya mengangguk tanpa berkata.

"Nasi dah menjadi bubur, Ema. Mama tak salahkan pihak belah sana pun. Cuma mama terkilan macamana Razlan boleh bertindak begitu," jawab Jamilah kurang bermaya.

"Mama jangan sedih tau. Malam ni Ema balik dengan cucu mama. Mama masak sedap-sedap ya." Rahimah cuba menghiburkan hati ibunya yang sedang bersedih.

Datin Jamilah meletakkan telefon dengan sedih yang sedikit berkurangan.

Dilla tidak berselera untuk makan tengahari pada hari itu. Chen Ming datang ke kubikelnya dan cuba berbual.

"I think you have lost a couple of kilos sejak pagi tadi. Muka you panjang sampai lantai je,"tegur Ming sambil menarik kerusi duduk di sebelahnya.

"Just go without me. Aku tak ada selera langsung ni."

"I love you," selamba sahaja Chen Ming berkata.

"Ming.."

"I love you. You are special to me,"kata Ming lagi.

"Ming!Are you crazy? Nanti orang dengar macamana?" Dilla merasa resah.

"I don't care!"

"But I care," jawab Dilla.

"Why?"

"Because I don't have any feelings for you except that I love you as a friend," jawab Dilla sambil memerhatikan sekeliling pejabat yang kosong.

"Be my girl," pujuk Ming.

"I will always be here for you."

"I want you to be more than a friend," kata Chen Ming seakan merayu. Dilla terpempan dengan kata-kata itu.

"Why now?"tanya Dilla lagi.

"Why not?"

"I  am not ready to be in any relationships."

"You like him that much," Chen Ming meneka.

"Who?"

"You know who."

Dilla terus membisu dan hanya merenung wajah segak Chen Ming

"I do not want to lose you. Please stay as my friend,"pujuk Dilla.  Chen Ming dan mendekati Dilla.

Razlan yang sengaja datang ke Jabatan Pemasaran kerana mahu melihat kelibat Dilla terkejut melihat betapa rapat Chen Ming berdiri di hadapan Dilla.

"Please think about it. I will not tie you down. You can go wherever but all I want you to do is in the end come back to me,"pujuk Ming. Tanpa sedar dia memegang kedua lengan Dilla.

Belum sempat Dilla berjata-kata, Razlan merentap tangan Chen Ming.

"You're fired!" Kata Razlan mencekak  kolar Ming.

"I quit!" Ming memegang pergelangan Razlan dengan kuat. Dia sudah hilang sabar dengan perangai Razlan yang langsung tidak menjaga adab di hadapan Dilla.

"Ming, tuan!" Dilla cuba menenangkan. Genggaman Ming makin rapat. Razlan kini merasa cabarannya diterima. "Stop it!" Dilla menjerit. Mereka berdua terkejut. "Let go! Both of you!"

"Pilih! Abang atau dia? I will give him his job back."

"I m not that pathetic!" Kesabaran Ming menipis kini.

"Fine. I will not choose you or you! Ingat ni tadika? I m out of here," Dilla mengambil tas tangan dan meninggalkan mereka berdua yang masih bertaut.

Chen Ming melepaskan Razlan dan mengejar Dilla dari belakang. Razlan seperti terkejut dari mimpi.

"Apa yang aku dah buat ni? Belum pernah bergaduh pasal perempuan," dia juga terus naik ke pejabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience