Series
12680
Hari itu ialah hari Sabtu hari terakhir dia di kampus. Bermula esok, dia akan menempuh semester yang paling mencabar iaitu, semester praktikal. Â Tesis sudah berada di peringkat penyuntingan jadi Dilla tidaklah begitu risau. Ara sudah pun pulang ke Sungai Petani malam semalam dan pagi ini, dia sedang menunggu ibubapanya. Â Ayahnya memberitahu mereka bermalam di rumah saudaranya di Kelana Jaya supaya dapat mengambil Dilla di kolej siswa awal pagi.
Dilla mengutip satu persatu bagasi yang telah siap ke tempat letak kereta. Â Pagi itu ceria dan cerah. Dia melihat barang-barangnya tidak ubah seperti berpindah rumah. Â Mesti ayahnya akan berleter kerana dia mempunyai terlalu banyak barang. Jam menunjukkan 9.30 pagi. Dia mengesat peluhnya yang menitik kerana penat berulang-alik dari bilik mengangkat barang-barang.
"Ayah ni pergi mana? Orang lapar ni, tak breakfast lagi," dia bertanya diri sendiri. Â Dia mengeluarkan telefon bimbit dan terus mendail nombor ayahnya. "Hello, assalamualaikum. Ayah! Ayah kat mana ni? Puas tau Dilla tunggu. Sorang-sorang pulak tu," Dilla berkata. Bukanlah seorang sangat sebenarnya padang tempat kereta itu penuh dengan ibu bapa mengambil anak-anak mereka. Cuma Dilla merasa sunyi sebab ketiadaan Ara. Ikmal menghantar mesej pagi tadi yang dia terpaksa pulang ke Johor secepat mungkin kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan.
"Ayah dah ada kat pintu utama ni, tunggulah lagi sepuluh minit," jawab ayahnya meletakkan telefon.Â
"Hish, orang tak sempat nak cakap apa dah letak telefon," bebel Dilla. Ada whatsapp masuk. Dari Ikmal.
'Assalamualaikum, Dilla. Pakcik dah sampai ke?'
'Belum, kenapa?' Dilla membalas mesej.
'Ai, tanya pun tak boleh?'
'Sapa suruh tanya?'
'Pagi-pagi dah angin, tak makan lagilah tu,' Ikmal menserkap jarang. Dilla menjeling membaca mesej Ikmal. Dia berhenti membalas kerana sakit hati.Â
"Kau yang mesej, kau nak salahkan aku?' dia membebel lagi sambil melihat telefon. Whatsapp masuk lagi.
'Kenapa tak balas? Kau marah ya?' tanya Ikmal. Dilla membaca dan terus membuat tidak tahu. Mesej masuk lagi. 'Oklah, janganlah marah. Aku concerned aje. Aku risau aku tak ada kat situ,' pujuk Ikmal.
'Aku tak minta kau ada kat sini. Tak perlu risau kau tu bukan suami aku, boyfriend pun bukan, FAHAM?' balas Dilla.
'Belum pernah aku jumpa perempuan garang macam kau. Eh, kau garang dengan semua orang ya?'
'Taklah dengan orang yang aku menyampah je. Macam kau,' selamba sahaja Dilla menjawab.
'Yalah, aku sedar siapa diri aku. Aku nak beritahu aku rindu kat kau,' mesej Ikmal seperti orang jauh hati.
'Aku tahulah aku ni pencuri hatikau tapi tolonglah do me a favor. Stop missing me and stop acting like we have something going on,ok? Kau takkan jadi lebih dari kenalan biasa,' balas Dilla panjang lebar. Dia melihat Hilux ayahnya masuk ke perkarangan letak kereta. Dan terus mengambil beg sandangnya.
Dilla membantu ayahnya mengangkat kesemua barangan ke belakang trak.
"Mak mana?"
"Mak dengan Auntie Jamilah," jawab ayahnya pendek.
"Auntie Jamilah?" tanya Dilla balik.
"Ha ah, auntie Jamilah bakal ibu mertua Dilla."
"Ayah dan mak bermalam di rumah dia semalam?!" terkejut Dilla mendengar penjelasan itu,
"Hah, kenapa? Terkejut?"
"Macamlah tak ada tempat lain yang ayah dan mak boleh lepak semalam. Hotel pun banyak," bebel Dilla sambil mengangkat rak buku ke dalam trak.
"Rumah dia tu besar Dilla. Rumah pekerja semua berada di dalam satu kawasan."
"Jadi?"Dilla bertanya. Mood dia ke laut pagi ini mendengarkan apa yang diakui oleh bapanya.
"Jadi auntie Jamilah ajaklah mak dan ayah bermalam supaya pagi ini, tat sat nanti dia boleh bertemu dengan Dilla, faham?" balas ayahnya mengunci belakang trak tanda kesemua barang telah pun dimasukkan.
"Haah...Dilla tak mau ikut pergi ke rumah auntie Jamilah tu ok? Seganlah!" kata Dilla muncungnya sedepa duduk di sebelah Encik Said.
"Suka ke tak suka ke sampai bila nak melarikan diri? Dilla tu dah kira menantu dia, faham?"
"Ayah yang tak faham. Dilla jadi bakal menantu dia sebab ayah dan mak yang terima pinangannya. Jadi kalau Dilla ada sedikit rasa tidak senang itu normal kan?" kata Dilla yang masih tidak tersenyum.
"Nanti sampai di rumah auntie Jamilah, tolong senyum sikit ya. Muka tu bulat macam pau, kalau tak senyum macam pau basi, faham?" usik Encik Said.Â
"Ayah!!" jerit Dilla merajuk lagi. Encik Said ketawa besar melihat reaksi Dilla. Dia mencubit pipi anaknya.
"Senyumlah sikit!" pujuknya.
"Dah, Dilla tak mahu bercakap dengan ayah!" kata Dilla mengalihkan wajahnya. Bapanya menggelengkan kepalanya. 'Macam budak-budak,' Â fikir ayahnya. 'Bagaimana untuk menjadi menantu orang tak tahulah.' Mereka sampai ke rumah agam Puan Jamilah dan Encik Adham. Mereka sudah pun menanti kehadiran Dilla sebagai bakal menantu bersama Puan Wahida. Â
'Besar sungguh rumah ni, macam White House pun ada,' bisik hati Dilla sambil menggelengkan kepalanya tidak percaya. Â Tempat letak kereta pun banyak macam tempat letak kereta muzium pun ada. "Eih, tak takut ke duduk rumah besar-besar macam ni?" tanya Dilla spontan. Â
"Kenapa Dilla tanya macam tu?" tanya Encik Said kehairanan.
"Tak takut hantu ke? Besar sangat ni. Tak pun perompak. Perompak suka masuk rumah macam ni, ayah," kata Dilla bersungguh-sungguh. Â Kini giliran ayahnya pula menggelengkan kepala.Â
"Dilla ni macam-macamlah. Dah jom, lama dah mak dan auntie kau menunggu tu," ajak Encik Said menarik tangan Dilla yang masih ternganga mengagumi keindahan rumah tersebut. Mereka masuk ke ruang tamu setelah meletakkan kasut di tempatnya.
"Assalamualaikum," ucap bapanya.Â
"Waalaikumsalam w.r.t.," kedengaran salam bersahut beramai-ramai.Â
"Sampai pun bakal menantu auntie," kata Puan Wahida pergi mendapatkannya dan menghulurkan salaman. Dilla menyambut dan mencium tangan Puan Jamilah sebagai tanda hormat.
"Siapa yang bertunang?" tanya Dilla buat-buat tak tahu.
"Eh, ayah dan mak tak bagitahu ke Dilla dah bertunang dengan anak auntie?" terkejut Puan Jamilah mendengarkan pertanyaan itu.Â
"Mak kan dah beritahu Dilla minggu lepas," kata Puan Wahida kehairanan.
"Oh, ingatkan mak dan ayah bergurau. Yalah, orang lain selalunya ada dalam majlis tapi saya tak ada," balas Dilla ketawa dibuat-buat.
"Haish! Pandai sungguh bergurau. Â Dah mari masuk. Dilla mesti lapar kan?" tanya Puan Jamilah. Â Dilla hanya mengangguk teragak-agak. Â
"Baguslah begitu, kita makan sama-sama," sampuk Encik Adham. "Dilla tak ingat uncle? Uncle suka dukung Dilla masa Dilla kecil hari tu?" Dia ketawa.
"Ya ke, uncle? Larat uncle dukung saya masa kecil? Tengok gambar pun boleh tahan berat saya ni?" balas Dilla dengan nada bergurau. Mereka semua ketawa. Mereka bergerak ke meja makan. Puan Jamilah mengisyaratkan sesuatu kepada Encik Adham. Encik Adham mengeluarkan telefon dan menulis mesej.Â
"Dilla duduk di sini ya," kata Puan Jamilah memegang bahunya dan membantunya duduk di kerusi.
"Eh, auntie tak payahlah macam ni, segan saya," kata Dilla lagi.Â
"Tak apa, kita kan akan menjadi satu keluarga tak lama lagi. Duduk  ya," balas Puan Jamilah.
"Assalamualaikum," kedengaran suara lelaki memberi salam. Â Dilla menoleh ke belakang. 'Wah, boleh tahan segak lelaki ni. Tinggi, berkulit cerah berperawakan menarik. Tapi mukanya saling tak tumpah muka Uncle Adham sekilas pandangan.
"Waalaikumsalam wrt. Hah, Razlan dah balik?" tanya ayah Dilla sambil bersalaman.
"Terpaksa balik, pakcik," jawab Razlan menjeling ibunya. Ibunya menjegilkan matanya. "Err..Ada barang tertinggal dah tu, terus balik makanlah," katanya lagi. Dia melihat kedua ibubapanya menarik nafas lega. Dia mungkin prejudis dengan pertunangan ini, tapi dia masih mempunyai adab sopan di hadapan tetamu.
"Oh, macam tu, mari makan bersama," pelawa Encik Said.Â
"Razlan duduk sebelah Dilla tu. Dilla kenalkan inilah Razlan," kata Puan Jamilah tersenyum. Dilla tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Dia merasanya sesak dada dalam situasi ini.
"Hello," kata Dilla pendek terus memandang ke arah ibunya.
"Lan inilah dia tunang Lan," Puan Jamilah berkata sambil cuba untuk membuat Razlan berbual dengan Dilla.
"Oh, ini ke orangnya?" tanya Razlan berpura-pura. "Terlebih makan ke kurang exercise ni?" kata Razlan lagi dalam ketawa. Hendak pitam Puan Jamilah mendengarkan kata-kata Razlan. Menyirap darah ke muka Dilla. Merah padam mukanya. Puan Wahida mengetap bibir dan berdoa di dalam hati supaya Dilla tidak mengamuk. "Eh, abang bergurau aje," kata Razlan ketawa. "Jangan ambil hati tau," katanya lagi.
"Tak terasa pun," jawab Dilla. "Biasalah orang tua memang bergurau entah ke apa-apa," kata Dilla lagi tersenyum. Semua terdiam. Lega hati Puan Jamilah kerana dia takut bakal menantunya lemah dengan ketajaman bahasa Razlan. Dia memandang kepada suaminya dan mereka bertukar senyuman. "Berapa umur abang? 34 kan? Nak 40 dah kan? Dilla pasti rambut abang setahun lepas lagi lebat dari hari ni kan?" tanya Dilla masih lagi tersenyum. Giliran Razlan pula terdiam dan muka merah padam. "Eh! Dilla bergurau aje, jangan ambil hati ya?" Dia tertawa kecil. Â Muka ibubapa Dilla seperti mahu menerkam Dilla di situ kerana mereka tidak mahu Dilla memalukan mereka.Â
Mahupun Razlan atau Dilla merasa sangat tertekan di meja makan itu. Tapi masing-masing pandai berlagak seperti biasa di hadapan orang tua mereka. Dilla merasa ada makanan yang terlekat di kerongkongnya. Walaupun nasi lemak itu sangat lazat, keadaan ini membuatnya putus selera. Razlan yang makan tanpa perasaan sekali sekala menyampuk perbualan Encik Said dan Encik Adham.Â
Habis sahaja makan tengahari, Razlan meminta diri untuk balik ke pejabat.
"Walaupun masa kecil Dilla, abang selalu mengasuh abang nak ucapkan selamat berkenalan, ya?" kata Razlan. Kedengarannya manis tapi Dilla tahu dari lirik mata Razlan, dia juga tidak senang dengan pertunangan ini.Â
"Dilla, tak mahu cakap apa-apa ke? Kita kan nak balik ke kampung dah sat lagi," tanya Puan Wahida.
"Selamat bekerja," kata Dilla melambaikan tangannya. Encik Said seperti mahu menampar dahinya kerana Dilla menjawab acuh tak acuh.
"Saya pergi dulu, pakcik, makcik," kata Razlan meminta diri. Dia bersalaman dengan Encik Adham, Puan Jamilah dan Encik Said.
"Dilla jaga body..er diri," sempat si Razlan mengeji tunangannya.
"Baik, abang pun sama, jangan kerja teruk-teruk sangat nanti muka cepat berkedut. Tengok tu, kat tepi mata tu dah ada kedut," kata Dilla menunjuk ke wajah Razlan.
"Hah, betul ke?' kata Razlan terkejut. Dia memegang tepi matanya.Â
"Nanti pergilah beli krim ya biasalah, bila dah berumur ni memang senang nampak kedut," kata Dilla tersenyum. Hati Puan Wahida seperti dijerut-jerut. Dilla memang susah hendak mengawal emosinya. Razlan mengangguk dan terus berlalu dari situ. Â Hilang sahaja Razlan dari pandangan mereka, Puan Jamilah dan Encik Adham ketawa besar.Â
"Kenapa Ham ketawa?" tanya Encik Said.
"Tak ada apalah bang, biasalah kami memang suka ketawa kan cik Milah?" balas Encik Adham sambil memandang Puan Jamilah. Puan Jamilah yang masih ketawa hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.
'Hish, memang aku tak faham perangai orang tua tua,'bisik hati Dilla.
Share this novel