40

Romance Series 12680

Seminggu berlalu dan semua warga kerja Cybernetics ternanti-nanti Majlis Makan Malam Tahunan.

Dilla dan seluruh jabatannya bersungguh-sungguh berlatih untuk persembahan. Kelibat Razlan tidak kelihatan selama seminggu itu.

Walaupun Dilla merasa hidupnya aman seminggu itu tapi dia masih merasa ada memerhatikannya dari jauh.

Hari itu waktu bekerja dipendekkan untuk memberi ruang kepada 550 warga kerja pelbagai lapisan untuk bersiap-sedia.

"Dilla kau pergi dengan aku tau!" Ming mengingatkan Dilla.

"Aku demam malam ni tak boleh pergi,"kata Dilla bergurau.

"Kau star malam ni ya dengan Prema. You are not allowed to be absent!"

"You are the main dancer jugak,ok?" Dilla mengingatkan. Mereka ketawa. Mereka pun pulang bersama.

David menunggu Razlan di lapangan terbang. Kapal terbang tiba seperti dijadualkan. Razlan keluar dengan hanya satu beg dan berkacamata hitam.

"Tuan! Long time no see," gurau David.

"Apa khabar?"tanya Razlan.

"Semua ok,tuan. Your attire for tonight sudahpun berada di hotel."

"My date?"

"She will see you at the hotel."

"Great," kata Razlan terus masuk ke keretanya. David menunggu bilakah Razlan akan bertanyakan tentang Dilla tetapi Razlan hanya mendiamkan dirinya. Telefon bimbit Razlan berbunyi.

"Waalaikumsalam mama-
Ya baru je touched down-
David dah prepare semua-
My date? She will meet me there-
Ok ma, kita jumpa di sana."

Razlan meletakkan telefonnya.

"Tuan. PA Cik Neelofa beritahu dia akan lewat sedikit sebab ada press conference,"beritahu David.

"Ok," jawab Razlan acuh tak acuh. Kalau bukan kerana mahu Dilla melihat yang Razlan Shaari masih terhangat di pasaran mungkin dia akan hadir hanya dengan ibubapanya.

Dilla sudah menjadi sangat jelita selepas disolek oleh jurusolek profesional yang juga jirannya.

"Wow,ambik ang sekali bersiap kalah selebriti!"puji   Kak Love celebrity makeup artist.

Yuni masuk ke bilik dan bertempik.

"Ya Allah segaknya dia!"

"Ada-adalah akak-akak ni!"balas Dilla. Dia yang cantik bersalwar kameez hijau kilauan emas dan selendang panjang yang tepat bersesuaian memukau sesiapa memandang.

Jam menunjukkan tepat 8 malam dan Ming sudahpun menantinya di bawah.

"Terima kasih ya kak Love kak Yuni. Dilla mesti bertolak sekarang. Takut lambat,"kata Dilla.

"Balik tepat 12 malam tau takut bertukar lak baju tu jadi baju tidur,"balas Kak Love melawak. Mereka semua ketawa.

Dilla turun dan bertemu dengan Ming di lobi. Ming terpegun dengan Dilla yang sangat cantik di matanya.

"Wow you look like Katrina Kaif."

"Banyaklah Katrina Kaif, kau!" balas Dilla menjeling.

"You are and look pretty tonight," puji Ming sekali lagi.

"You look dashing yourself, Mr Chen Ming," kata Dilla tersenyum.

"Dah makan?" tanya Ming seraya berjalan ke keretanya.

"Tak lalu nak makan. Aku nervous macam nak pengsan ni!" akui Dilla.

"Well, kalau kau pengsan, aku akan cepat menadah kau jatuh, percayalah," balas Ming tersenyum kacak. "Macamana kau tau aku nak pakai hijau jugak?"

"I didn't. Sebenarnya aku nak sewa baju lain tapi telah disewa oleh PREMA! Geram tau. She took my favourite colour," ucap Dilla memegang kepalanya kegeraman.

"Pink?"

"Fushcia!" 

"Still pink to me," jawab Ming mendatar. "Hijau really good on you! Trust me,"pujuk Ming.

"Yelah, cepatlah malam ni habis. Tak kuasa tau,"bebel Dilla lagi. Ming ketawa sambil memandu keretanya.

Sesampai di hotel, Razlan terus ke biliknya yang sudahpun ditempah oleh pihak syarikat. Ibunya telah menyediakan Kurta mewah berbatu berlian berwarna hitam.  Dia bersiap dan David yang lengkap berkurta kelabu sedang menantinya di ruang tamu.

"Sir, you look different," puji David.

"You too, Dave," balas Razlan sambil membuat persiapan akhir di depan cermin. 

"Your parents dah pun sampai di bilik vip dan Cik Neelofa bersama entourage nya pun sampai awal. Mereka sedang menunggu tuan."

"Great. Let's go David. Is your wife here?"

"No, sir. Dia balik ke Sabah kerana ada urusan keluarga. She sends her regards," jawab David berjalan beriringan. Mereka segera ke bilik vip dan bertemu dengan semua yang berada di situ.

Sampai di hotel, perkara pertama yang dibuat Dilla ialah melaporkan diri ke Pengurus Persembahan untuk mengetahui giliran mereka membuat persembahan. Chen Ming sibuk menguruskan beberapa perkara dan Dilla mengambil tempat di meja yang disediakan.

"Dilla you look beautiful," tegur Prema yang sudah pun berada di meja. Dilla tersenyum kambing melihat baju berwarna merah jambu ungu yang tersangat cantik di matanya.

"You look gorgeous as always," puji Dilla. 'Baju tu patut jadi milik aku,'bisik hatinya.

"Oh, this?" Prema memegang bajunya. "Emerald green looks nice on you. You look like a bollywood star," puji Prema lagi.

"Thanks tapi you 50 juta kali lebih cantik kot," jawab Dilla ketawa. Semua yang ada di meja turut ketawa. Tiba-tiba telefon Dilla berbunyi. Nama Ikmal tertera di situ. Dia cepat-cepat mengambil panggilan itu kerana sudah beberapa lama tidak mendengar khabar Ikmal.

"Assalamualaikum, Dilla. Ikmal here."

"I know!" jawab Dilla. Ikmal ketawa.

"Boleh tak kita jumpa sekejap pun jadilah."

"Eh, kau kat mana ni?"tanya Dilla pelik.

"Di lobi. Aku duduk sini malam ni, Royale Hotel," jawab Ikmal pantas.

"Macamana kau tahu aku kat sini?"

"Aku tengok Event Notifications tu nampak Cybernetics, so I am gambling my luck," kata Ikmal ketawa.

"Ok. Tapi tak boleh lama tau. Aku terlibat dengan persembahan."

"Janji tak lama."

"Ok aku datang sekarang." Dilla terus berdiri dan bergerak pantas ke pintu utama. Baru sahaja dia hendak melangkah ke lobi ada suara memanggilnya. Chen Ming memberi isyarat hendak ke mana. Dilla menunjuk ke luar sekejap. Chen Ming memberi isyarat Ok. Dilla pusing sahaja dia melanggar seorang wanita.

"Ouch!" jeritnya. Wanita itu jatuh ke lantai. 

"Maafkan saya!"jerit Dilla membantu wanita itu berdiri.

"Cik Neelofa!" Razlan datang berlari bersama David. 

"Cik Dilla," tegur David. Razlan hanya membisu terpegun dengan Dilla di hadapannya. 

"Dill?"

"Kak Lofa?"

"You look thin. A lot!" tegur Neelofa memeluk Dilla berkali-kali. "she's my junior dekat mrsm,"katanya lagi kepada Razlan. Razlan tersenyum memandang David.

"Thank you. Lama tak jumpa!"jawab Dilla.

"You kerja kat sini?"

"Intern," jawab Dilla pendek. "And you are our vip tonight," tambah Dilla lagi.

"Sort of, I am Razlan's date tonight," terang Neelofa ceria. Dilla termangu beberapa saat.

"That 's great! I'll be performing tapi kalau cacat sana sini maafkanlah ya," gurau Dilla.

"You nak pergi mana?"tanya Neelofa lagi.

"Dilla!" panggil Ikmal di sebelah David.

"Who's this?" tanya Neelofa memberi senyuman bermakna.

"Kawan."

"Kawan oo kawan."

"You jangan nak macam-macam ya!" jawab Dilla ketawa. "Kenalkan Ikmal. Ikmal ini-"

"Neelofa! Siapa yang tak kenal," potong Ikmal ketawa. "Err, boleh tak saya pinjam Dilla sekejap. Saya rindu," tambah Ikmal. Dilla menjegilkan matanya kepada Ikmal. Muka Razlan merah padam tetapi tidak ketawa di bawah lampu kuning.

"Oh boleh ok je! Nanti kita sembang lagi ok?"kata Neelofa mengatur langkah pergi sambil diikuti oleh Razlan. Ikmal segera berjalan beriringan dengan Dilla. Razlan sempat berhenti dan memerhatikan mereka berjalan bersama. Lain rancangan Razlan lain jadinya. 

Razlan menghentikan niatnya untuk David mengintip Ikmal dan Dilla kerana dia mahu benar-benar melupakan gadis itu.

Dilla dan Ikmal duduk di satu sudut di ruang lobi. 

"Bila kau sampai ni?"tanya Dilla memulakan perbualan.

"Baru sampai. Dari bertolak tadi aku berniat nak jumpa kau," jawab Ikmal. "Kopi?"

"Sure," jawab Dilla. Ikmal mengisyaratkan kepada pelayan untuk datang mengambil pesanan.

"Aku betul-betul rindu. Lepas kau balik hari dari Kuching hari tu, aku asyik teringatkan kau."

"Ikmal kau kan tahu kita takkan bersama. Hati aku..."

"Aku tahu! Tapi ini ada perasaan aku. Dan aku tahu bukan aku di hati kau,"jawab Ikmal perlahan. "Aku nak ucapkan terima kasih sebab mama sedang menjalani rawatan. Dari hari ke hari dia semakin sihat. Thank you for what you have said to mama. Aku benar-benar menghargainya." Kata-kata Ikmal membuat Dilla terpaku. Itu kata-kata yang paling indah didengarinya sepanjang minggu itu.

"You made me really happy. I'm glad we meet tonight," balas Dilla tersenyum. Ikmal hanya membalas senyuman Dilla itu. Kopi mereka sampat tepat pada masanya.

Razlan mengambil tempat di meja vip bersama temujanjinya, gadis muda pujaan ramai. Di dalam fikirannya hanya bayangan Dilla sedang tersenyum dan ketawa tadi. Dan dia sangat cantik malam itu. Hatinya cemburu dengan Ikmal yang membawa Dilla pergi sebentar tadi.

"Kenapa you senyap je ni?" tanya Neelofa.

"Eh tak ada apa-apa. Kenapa you tanya?" balas Razlan. Neelofa mengangkat bahunya. Datuk Adham dan Datin Jamilah sudah pun berada di meja itu. 

"Dah sampai, Lofa. Your parents sihat?"tanya Datin Jamilah.

"Alhamdulillah auntie. Auntie tau tak, Lofa jumpa junior Lofa tadi. Dia intern di sini," cepat sahaja Neelofa bercerita.

"Intern?" tanya Datuk Adham. "Siapa?"

"Dilla Riana. Dia junior Lofa di MRSM hari tu. Ya Allah cantiknya dia sekarang. Dia kurus banyak rupanya. But she was cute masa dekat MRSM hari tu. Ramailah abang-abang senior nak buat adik angkat tapi tak berani sebab dia garang," terang Lofa tergelak.

"Garang?" Datin Jamilah ketawa. "Sampai dah kerja pun garang kot," Datuk Adham dan Datin Jamilah menyambung ketawa mereka. 

"Er..Razlan keluar sekejap, ada call penting," pinta Razlan memandang ibunya. Datin Jamilah mengangguk dan dia terus bergerak pantas ke pintu. 'Ke mana budak ni pergi?' tanya hatinya. Dia mengatur langkah ke lobi dan dia mencari Ikmal dan Dilla. Mereka sedang duduk bersebelahan dan mengambil swafoto bersama. Pernafasannya terasa tersekat-sekat melihat Dilla begitu dilayan mesra oleh Ikmal. 

"Bahagia nampak?" tegur Razlan keras. Ikmal dan Dilla agak terkejut dengan sergahan Razlan berpandangan sesama sendiri. 

"Tuan, " tegur Dilla sambil berdiri. "Ada apa-apa yang saya boleh  bantu?" Dia menjeling kepada Ikmal.

"Saya Ikmal. Ini CEO Cybernetics bukan?"

"Saya bekas tunang Dilla Riana," jawab Razlan tegas. Ikmal mengangguk-angguk.

"I have feelings for her too," balas Ikmal. Dilla terus menyinggung siku Ikmal. Chen Ming yang mencari Dilla melihat adegan di lobi hotel itu dan terus berlari kepada mereka. Darah Razlan yang sudah mula mendidih membuatkan suasana di situ tegang.

"Dilla!" panggil Chen Ming. 

"Yes, Ming,"cepat Dilla menjawab.

"We have to go. We will be performing in 10 minutes," ucap Ming. "Saya ambil Dilla ya," katanya kepada mereka. Dia menarik tangan Dilla dan meninggalkan Ikmal dan Razlan. 

"Dilla!" panggil Ikmal pula. Dilla memberi isyarat yang dia akan menelefon Ikmal semula. Ikmal mengangguk tanda faham.

"She 's mine!" kata Razlan.

"No, she's not anybody's property," balas Ikmal. "Excuse me," tambah Ikmal sambil berlalu. Razlan keras menggenggam tangannya kerana Chen Ming dan Ikmal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience