Series
12680
Razlan duduk di meja study di bilik pejabat di rumah besar keluarga itu. Â Tanpa dia rela, dia tidak dapat melupakan apa yang berlaku tengahari tadi. Â Dia bermenung di situ. Mesej masuk.
"Tuan, Cik Dilla pulang ke Sungai Petani dan sudah pun dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur."
David Cheng selaku ketua sekuriti di Cybernetics memberi laporan.Â
"Thank you David. Keep me informed."
Dia menutup mesej dan menghela nafas lega. Dilla Riana. Kau memang menyusahkan orang kan? Fikirnya lagi. Dia melampaui jangkaan. Pergi balik Kuala Lumpur Sungai Petani macamlah jarak itu dekat. Kau tunggu sahaja habuan kau budak montel. Dia memberi senyuman bermakna.
Dilla sampai tepat pada masanya iaitu jam 5 pagi di Terminal Bersepadu Selatan. Badannya sakit-sakit kerana dia telah membuat sesuatu yang luar biasa semalam. Dia menapak ke komuter yang terdekat supaya dapat pulang Bangi dan mengatur langkah seterusnya. Kedengaran azan subuh dan dia pergi ke masjid yang terdekat untuk bersolat di situ. Sedang menunggu imam, dia sempat menukarkan kad sim telefon kepada yang lama.
Bertalu-talu mesej masuk. Tiga hari hilang dari radar keluarga dan kawan-kawan, whatsapp mesej berjumlah 2000. Dilla merasa tertekan melihat jumlah mesej itu. Dia menunaikan solat subuh dan bersiap untuk balik ke Bangi. Jam 7.30 pagi, Dilla sampai ke kamsis dan terus ke bilik Farah.Â
"Assalamualaikum," sapanya. Senyap. Dia pasti Farah sedang tidur lagi. Â Dia membuka pintu dengan kunci spare yang Farah beri. Ya dia betul. Farah sedang nyenyak tidur. Dia menyalin pakaian dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Melihat Farah tidur membuatnya merasa sangat letih. Â Dia mengambil keputusan untuk mendapatkan tidur tanpa gangguan.Â
Sebelum tidur, dia mengubah status di whatsapp. Dia malas hendak membaca satu persatu jadi dia memadam kesemuanya.Â
'Messages gone, phone maintenance. Sorry!!'
Dan dia tidur dengan nyenyak tanpa mimpi. Dia dikejutkan dengan deringan telefon dari ibunya. Dalam keadaan mamai dia menjawab panggilan telefon itu.
"Assalamualaikum, Dilla mak ni," kedengaran suara Puan Wahida.
"Ehmm, waalaikumsalam mak," jawabnya dengan mata yang masih lagi tertutup.
"Dilla sampai tadi pukul berapa?" tanya Puan Wahida. Dalam tidur Dilla tersenyum suara ibunya lebih ceria dari semalam. "5 pagi."
"Dilla di mana?"
"Di hostel," jawapannya pendek-pendek kerana masih melayan perasaan mengantuk.
"Di UKM?"
"Menumpang bilik junior."
"Abang Hafiz kata hari ni Dilla nak pergi cari rumah sewa."
"Ya," jawab Dilla kemengantukan.Â
"Mak takkan paksa Dilla duduk di rumah Auntie Jamilah," akui ibunya. Dilla tersenyum.
"Thank you, mak."
"Mak dah masukkan duit. Abang Hafiz tolong masukkan. Dilla tolong mak boleh?"
Dilla membuka matanya dalam terpaksa dan terus duduk. Serius kedengaran suara maknya.
"Apa mak?" tanya Dilla lagi. Dalam hatinya berdoa tolonglah jangan suruh pergi ke rumah lelaki perasan sempurna itu.
"Mak masukkan lebih, Dilla beli baju ya? Mak...memang ada niat nak pergi shopping barang Dilla. Tapi-" Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya mengenangkan stress yang Dilla hadapi.
"Wow, mak. Daebak! Betul ni?" jawabnya dengan nada lebih ceria. Puan Wahida ketawa kecil.
"Ya! Beli yang boleh mix and match. Beli basic colours tau. Hitam, putih, biru gelap."
"Ok, mak." Giliran Dilla pula ketawa.Â
"Dilla buat apa tadi?"
"Dilla tidur. Terasa mengantuk tadi," akui Dilla menggeliat. Dia merasakan yang telah hilang sepuluh kilo dalam masa tiga hari ini.
"Jangan lupa solat, makan. Ya? Cari kawasan rumah sewa tu cari yang tempatnya selamat," nasihat ibunya. Â Dilla tersenyum sendiri. Terasa kesal kerana membuatkan hati ibunya susah hati dengan perbuatannya.
"Ayah marahkan Dilla, lagi ke mak?"
"Tak perlu risaulah Dilla. Dilla fokus nak praktikal ni dulu ya. Dilla mesti kena lulus," nasihat ibunya lagi.
"Mak jadi ke pergi ke London jumpa Abang ngah?"
"Kalau ikutkan hati mak, tak mahu pergi. Tapi abang ngah dah rancang benda ni tahun lepas."
"Mak pergilah, mak pergi berehat ya? Nanti kalau jumpa barang yang sesuai untuk Dilla mak jangan lupa belikan tau!" kata Dilla seakan memujuk emaknya. "Abang Hafiz, Abang Long kan ada mak jangan risau. 3 bulan tu tak lama pun."
"Oklah kalau Dilla cakap macam tu. Nanti dah jumpa rumah inform mak dan abang-abang tau?"Â
"Dilla janji!" balas Dilla bersemangat.Â
"Mak letak dulu ya?"
"Baik mak. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam w.r.t." Klik telefon dimatikan. Â Dilla memeriksa jam. Nampaknya jam sudah pun menunjukkan waktu zohor. Farah memberi mesej yang dia ke Kajang kerana ada urusan.
Razlan sudah pun berada di pejabatnya di Cyberjaya. Selepas mesyuarat demi mesyuarat dia berehat di biliknya. Dia menekan interkom setiausahanya Asiah.
"Yes, boss."
"Ask David to see me now," senang sahaja arahannya. Lima minit kemudian David muncul di pejabatnya.
"Please sit down," minta Razlan. "Any progress?"
"She is out from the hostel. My resource informed that she took a bus here."
"What right now?"
"Yes, she will be here in approximately now!" kata David. Razlan bingkas bangun dan terus ke pintu dengan diikuti oleh David. Razlan masuk ke lif dan terus turun ke lobi. Dilla yang berpakaian semi-formal sedang bercakap di meja penyambut tetamu. David memberi arahan melalui pegawainya supaya penyambut-penyambut tetamu itu meninggalkan kaunter pada masa itu juga. Razlan tersenyum sinis. Ke sini juga kau dalam bersusah-payah meminta pertukaran. Dilla terpinga-pinga kenapa penyambut-penyambut tetamu itu berlalu tanpa dia habis berkata-kata.
"Selamat Datang," tegur Razlan. Dilla menoleh ke belakang. Â Dia mengeluh dengan senyap. "Seorang sahaja?"Â
"Assalamualaikum," tegur Dilla menunduk sedikit. Razlan menyembunyi rasa terperanjat disapa begitu.
"Waalaikumsalam w.r.t. Saya tak makan tengahari lagi. Ikut saya," katanya dalam acuh tak acuh. Baru dia hendak mengatur langkah Dilla bersuara.
"Err...Tuan Razlan."Â
"Tuan Razlan. I like it. Call me that!" kata Razlan. "Nak tunggu karpet merah ke?"tambahnya lagi melihat Dilla masih berdiri di situ. David hanya memerhatikan sahaja mereka berdua.Â
"Tuan Razlan, saya Dilla Riana Said dari Jabatan Pemasaran Antarabangsa, Fakulti Pengurusan Perniagaan UKM datang melaporkan diri." Razlan terpempan dengan nada formal Dilla Riana.Â
"Ehem," Razlan membetulkan suara. "Oh, David please process the letter from Cik Dilla Riana," arahnya. Â David pergi mendapatkan dokumen dari tangan Dilla. "Happy?"
"Yes, thank you , sir. What time do I come to work this Monday?"
"8 sharp. End work time 5pm. The HR will brief you on Monday," tegas Razlan. Dari atas ke bawah Razlan memerhatikan Dilla tetapi dia terus tenang berdiri di hadapannya.
"May I go now?" pinta Dilla. David menarik nafas kerana Dilla baru sahaja menolak jemputan bos paling besar di syarikat itu. Razlan terdiam.
"No, ikut saya sekarang. Ini bukan permintaan. Awak tak ikut, consider yourself rejected from this company,"senang sahaja dia berkata. Dilla menenangkan hati dan perasaannya. Dia sedar wajahnya sudah merah-padam menahan marah. Razlan berpaling dan mengatur tapak. Dilla menghela nafas panjang.Â
"Aku dah agak, lelaki yang tak cukup kasih sayang ini akan menyusahkan aku," katanya perlahan kepada dirinya sendiri.
"Cepatlah!" jerit Razlan sambil berjalan laju. Itu mengejutkan lamunan Dilla. Teringin sahaja Dilla menendang belakang Razlan yang sombong itu. David masih berdiri di situ di sisi Dilla. Lelaki sebaya Razlan itu hanya memberikan senyuman kepada Dilla. Dengan langkah terpaksa dia mengatur tapak. Setiap langkah tidak putus-putus Dilla menyumpah Razlan di dalam hatinya.
"Saya minta diri dulu," kata Dilla meminta diri kepada David. David mengangguk sambil mendepakan tangan kanan sedikit tanda menjemput Dilla mengikuti Razlan. Dilla memberi senyuman mendatar.Â
Sudah ada kereta yang menunggu di pintu masuk. Razlan berdiri sambil menunggu ketibaan Dilla di sisinya.
"Kenapa jalan lambat sangat? Berat sangat ke badan tu?"sinis soalan Razlan itu. Dilla hanya menelan semua itu kerana dia sudah berjanji untuk menjadi lebih bersabar. Dilla terus membisu. Ya, dia akan membiarkan Razlan menjadi Razlan yang egoistik kerana Razlan tiada makna bagi dirinya. Tetapi wajah Dilla tidak dapat menyembunyikan perasaannya. "Masuk," arah Razlan berjalan ke sisi pemandu. "Tak boleh buka pintu kereta tu sendiri? Kau ingat kau siapa?"
'Kau ingat kau tu siapa?!' jerit hatinya.Â
"Riana?" Dilla terdengar ada seseorang memanggilnya, dia menoleh ke arah suara itu.Â
"Ming?"kata Dilla tidak percaya. Crush Dilla di tahun satu, Chen Ming anak peranakan baba dan nyonya ketua kem Karate-Do Maksum beberapa tahun yang lepas. Hanya Chen Ming yang memanggil namanya Riana. Dia hanya merenung Chen Ming tidak berkelip. Tinggi, tegap, segak dan sangat gentleman. Dialah lelaki paling sempurna bagi Dilla.
"Riana? Where have you been? I cari you sejak kita di kem hari tu. You tukar nombor telefon?" tanya Chen Ming gembira. Dia memegang lengan kanan Dilla. Razlan hanya memerhatikan sahaja drama Korea di hadapannya. Dia menggoncang lengan Dilla perlahan dan itu membawa Dilla kembali kepada realiti.
"How are you?"tegur Dilla tersenyum. Dia asyik memandang lelaki itu tanpa mempedulikan Razlan yang sedang menunggunya.
"I'm happy now," jawabnya.Â
"Ehem," Razlan berdehem kuat.Â
"Oh, Encik Razlan! Apa khabar? Saya Chen Ming Penolong Pengurus Pemasaran Antarabangsa  di tingkat 7."
"I am actually in a hurry," kata Razlan sinis.Â
"Oh, sorry! Lama saya mencari Dilla Riana ni. Baru sekarang berjumpa. Telefon," pinta Chen Ming. Dilla memberikan telefon bimbitnya. Dia deras menekan nombor telefonnya dan membuat missed call ke telefonnya. "We'll talk later?"
Dilla mengangguk.Â
"I pergi dulu ya?" katanya kepada Dilla . "Sir," katanya hormat kepada Dilla dan Razlan. Dilla melambai Chen Ming.Â
'Allah is fair. Undeniably,' katanya gembira di dalam hati.
"Masuk sekarang. Tersengih-sengih macam perempuan gila dah saya tengok," keras kata-kata itu. Â Dilla menghela nafas yang sangat panjang untuk memadamkan api kemarahan yang makin membara itu. Dia masuk ke dalam kereta dan menghempas pintu kereta mewah Razlan.
"Awak ni tak pernah naik kereta mewah ya? Tutup pintu macam pintu lori," bebel Razlan lagi. Nak pecah rasa kepala Dilla dengan hanya beberapa minit bersama Razlan. "Awak suka dia ya? Saya nampak macam jatuh cinta kali pertama je?" kata Razlan lagi.
"Jatuh cinta kali pertama? Setiap kali dia sebut nama saya, saya jatuh cinta berkali-kali," kata Dilla puitis. Â Razlan tersenyum sinis.
"Sedarlah diri tu sikit. Dia tu kira popular di syarikat ini. Ramai peminat. Girlfriend pun ramai. Semua cantik-cantik. Awak tu? Lapar pun nampak kenyang. Malu tau orang nampak berdiri sebelah awak." Macam bertih jagung penerangan Razlan padahal, dia tidak mengenali sangat pekerja-pekerjanya secara dekat.
"Anjing!" jerit Dilla sekuat hati. Razlan membrek mengejut.
"Mana?!!" kata Razlan terkejut. Dilla menanggalkan tali pinggang keledar dan keluar dari kereta itu. Dia tidak lupa untuk menghempas pintu itu lagi kuat dari tadi. Razlan berlari keluar dan mendapatkan Dilla Riana. "Susah sangat ke nak ikut arahan?"Â
"Saya mula bertugas pada hari Isnin 12 Ogos, 2016."
"Jadi?"
"Sebelum itu, saya bukanlah intern di syarikat tuan. Saya balik dulu," kata Dilla terus melangkah pergi.Â
"Dilla!" Razlan memanggil. Dilla terus berjalan meninggalkan Razlan di situ. Â Dilla baru perasan yang mereka masih di hadapan kawasan Cybernetics. Airmatanya gugur tanpa dia mahu. 'Kau mesti kuat, kau mesti kuat,' pujuk hatinya.
Razlan menjadi sangat stress kerana belum pernah dia berjumpa mana-mana perempuan sedegil Dilla Riana.
Share this novel