44

Romance Series 12680

Dilla, Chen Ming dan Razlan berada di lobi itu pada jam 1 pagi. 'Nak balik dengan aman pun tak boleh,'desis hati Dilla. 

"Dilla kalau tak buat benda-benda yang menyakitkan hati memang bukan Dilla kan?"berdengung kata-kata itu di lobi. Chen Ming memandang Dilla.

"What is he talking about?" kata Ming lembut. 

"My mom wants me to go back with him tonight or drive sendiri esok. I can't stay here tonight. Dilla takkan dapat tidur." Ming memandang Dilla lembut. Dia meletakkan beg Dilla ke bawah dan merapatinya.

"You're not ok with this arrangement?"tanya Ming perlahan. Dilla memandangnya tidak berkelip. Dilla tertunduk dia kehilangan kata-kata. Malam ini bukanlah malamnya. "You are uncomfortable with him?" bisiknya lagi. Dilla mengangguk perlahan dan Ming merasa sangat kasihan kepada Dilla. Dia dihentak dari pelbagai arah hanya mahu disatukan dengan Razlan.

"Eh, hello!" Razlan sangat kurang senang melihat bagaimana Chen Ming berbicara dengan Dilla.

"Ok, let's go. Aku ikut," kata Chen Ming. Dilla memandangnya tidak percaya.

"Betul ke ni?" tanya Dilla. 

"I am your friend right?"tanya Chen Ming. Dilla begitu terharu melihat Chen Ming tidak membuat apa-apa yang memburukkan keadaan.

Razlan menghela nafas panjang. Dia tidak senang dengan Chen Ming tetapi melihat wajah Dilla, orang bodoh pun tahu yang Dilla tidak mahu dia menghantarnya. "Let's go," ucap Razlan. Dilla merasa sangat terkejut melihat betapa Razlan menahan perasaan marahnya.

Chen Ming duduk di hadapan dan Dilla di belakang. "We can switch drivers nanti." kata Chen Ming seraya memasang tali pinggang keledar. Razlan tidak membalas apa-apa pun. Dari cermin belakang dia melihat Dilla lebih tenang. Dia memulakan perjalanan malam itu.

Dilla tertidur sepanjang perjalanan. Chen Ming pun begitu. Kerana keletihan Razlan berhenti di R&R. Dia ingin membeli kopi. Chen Ming masih lagi terlelap. Razlan memandang ke belakang melihat Dilla tidur dengan nyenyak.

Razlan memberhentikan keretanya di parking dan membuka boot kereta mengambil sehelai selimut.

Chen Ming tersedar namun dia masih bersandar. Dari cermin sisi dia melihat Razlan menyelimuti Dilla berhati-hati. Dia pura-pura tertidur lagi. Selang 10 minit, Razlan memulakan perjalanan itu kembali.

'He really cares for her,'fikir Chen Ming. 'Only that both are egoistic humans.' Chen cuba menyimpan senyumnya.

Sampai di hospital, jam menunjukkan 5 pagi. Abang sulung Dilla menyambut mereka.

"Assalamualaikum, long. Ayah macamana?"tanya Dilla pantas.

"He is stable. Masa kena tu along kat rumah."

"Alhamdulillah,"balas Dilla mengurut dadanya.

"Encik Razlan pun ada?"tegur Dr Daus Helmi. "Yang ini-"

"Yang itu Ming. Senior Dilla di uni dan penyelia Dilla di ofis. Kenalkan. Chen Ming. Ming this is my brother, Dr Daus Helmi.

Mereka bersalaman.

"Dilla nak jumpa ayah boleh?"

"He is resting. Balik dulu."

"Tak mau selagi Dilla tak jumpa ayah."

"Ok tengok kat luar je."

Mereka menuruti sahaja langkah Dr Helmi ke i.c.u.

"Kalau esok selepas saringan semuanya ok along akan pindahkan ayah ke wad biasa,"kata abang Dilla perlahan. Dilla merasa sangat sedih melihat wayar berselirat di tubuh ayahnya.

"Ayah sedar tak?"

"Sedar. Ayah kita kan kuat. Tu dia tengah lena. Banyak sangat test tadi buat dia stress. Sebab tu along cakap balik rumah dulu."

Dilla mengesat titisan airmatanya.

"Tapi Dilla nak tunggu ayah."

"Ololo manjalah konon. Bab degil x dengaq cakap ayah ceq la expertnya."

"Along!" Jerit Dilla.

Dr Daus Helmi meletakkan jari di bibirnya supaya jangan bising.

"Orang habaq jangan bising!" Tegur Dr Helmi. "Encik Razlan, Encik Ming bolehlah rehat di rumah. Abang Dilla nombor 3 ada di sana."

"Takpa, kami check in hotel saja. Kami hantar Dilla balik," balas Razlan. Dr Helmi hanya memerhatikan Razlan. Sudah banyak berubah lelaki sempurna di hadapannya.

"Ok. Kita jumpa esok. Waktu melawat 12.30 tengahari."

"Lambatnya," komplen Dilla.

"Datanglah pagi tukar shift dengan mak."

"Ok pukul 10 ya,"Dilla berjanji. "Jom hantar Dilla balik,"kata Dilla kepada Razlan. Chen Ming mengikut sahaja arahan itu. Dr Helmi hanya menggelengkan kepalanya. Nampak sangat dua lelaki itu hanya menurut kemahuan adik perempuan tunggalnya. 'Nasib koranglah,'bisik hatinya lalu dia mengeluarkan ketawa kecil.

Mereka mendaftar masuk ke hotel besar yang berdekatan setelah menghantar Dilla ke rumahnya.  Razlan hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan yang singkat itu. Mereka mengambil bilik bersebelahan.

Sebelum masuk ke bilik Chen Ming menegur Razlan.

"Tuan,"nadanya mendatar. Razlan yang baru sahaja hendak masuk ke bilik menoleh kepada Chen Ming. Chen Ming melangkah merapatinya.

"Yes."

"Terima kasih," Chen Ming memulakan perbualan.

"What for?"tanya Razlan masih kedengaran autoritatif.

"For allowing me to accompany Dilla and you."

"It's late,"jawab Razlan acuh tak acuh.

"I am in love with Dilla." Kata-kata Ming langsung tidak menyenangkan hatinya

"So?"

"If you really like her, let her go,"balas Ming. Razlan dengan tiba mencekak leher Ming dan menolaknya ke dinding. Ming biarkan sahaja kerana dia langsung tidak merasa terancam.

"Stay away from my personal life. I m still your boss!" Kata Razlan seakan mengancam.

"I know her well. Dilla bukan jenis yang suka dipilih sebab for her, she doesn't like anyone deciding anything for her."

Razlan melepaskan leher Ming. "Why are you telling me this?"

"You like her too."

"I m tired! Move," arah Razlan terus masuk ke biliknya. Chen Ming masih lagi berdiri di situ.

'Why are you sending her to him?' Desis hati Ming menyikat rambut dengan jarinya dan mengurut tenggoroknya. Dia melepaskan ketawa gemuruh.

Razlan menyalin pakaiannya dan duduk di katil. 'Rupanya aku salah langkah sejak mula,'kata hatinya. Dia menghela nafas dngan panjang. Dia mengambil telefon dan menulis mesej kepada Dilla.

"Rehatlah. You're gonna need it."

Tiada respon hanyalah bluetick. Razlan mengangkat bahu. 'She hates me that much!' Dalam  fikirannya.

Pagi itu selepas memasak untuk abangnya Hafiz, Dilla bersiap untuk ke hospital. Dia mengambil kunci kereta Hafiz dan memandu ke hospital. Razlan dan Chen Ming sudahpun berada di wad pagi itu.

"Aik,kata waktu melawat pukul 12.30. Ni baru 10 pagi."

"Aku nak balik dah ni. I m taking a flight to KL."

"Aku hantar pi airport?"tanya Dilla. Kelihatan Encik Said yang sarat dengan wayar.

"Nope. I will go by cab. No worries. Aku datang nak ziarah ayah kau,"kata Chen Ming tersenyum.

"Ayah! Ayah ni buat Dilla risau tau!" Jerit Dilla tanpa bersuara. Hanya nampak mulut berkumat-kamit.

Ayahnya ketawa.

"Mak!" Dilla memeluk maknya ketika ibunya masuk ke wad.

"Mak suruh balik pagi ni  dah menyusahkan Razlan pulak."

"Eh takde lah makcik," balas Razlan.

"Encik Razlan dah boleh baliklah ya. Terima kasih banyak-banyak menghantar saya."

"Dilla!"tegur ibunya.

"Kalau tak keberatan saya duduk di sini lagi dua tiga hari,"kata Razlan. Dilla menepuk dahinya.

"Bagus jugak tu. Ibubapa Razlan dalam perjalanan tu."

'Here we go again,'komen Dilla dalam hatinya.

"Ok giliran Dilla jaga ayah. Mak and Encik Razlan boleh balik."

"Mari makcik saya hantarkan,"jemput Razlan sopan.

"Chen Ming. Nanti datang sini duduklah lama sikit ya,"kata Puan Wahida.

"Baik makcik,"balas Chen Ming. "Ok Dilla, aku balik dulu driver dah mesej dia dah sampai."

"Ok Ming have a safe trip! Meh aku hantar ke bawah."

"Ei takpe takpe. You stay here. I will call you once i touch down. Saya balik dulu pakcik," kata Chen Ming bersalaman dengan ayah dan abang Dilla. Dilla hanya melambaikan tangannya.

Dilla benar-benar menjaga ayahnya di wad sampai jururawat-jururawat di situ memujinya. Sampai maghrib dia di situ. Mak Dilla kembali untuk memgambil shift menjaga bapa Dilla. Razlan menawarkan diri untuk menghantarnya balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience