BAB 23

Family Completed 16150

Aku lakukan apa yang aku kata. Solat maghrib tadi, aku solat diakhir waktu, tu pun laju macam apa lagi, sebab asyik fikir Datin nak balik dan rumah belum dikemas. Almaklumlah, kami baru balik bercuti. Tergopoh-gapah pula balik. Letih badan pun masih bersisa lagi.

Selesai solat aku luangkan masa membaca Al-Quran. Sejak balik dari kampung, hati aku nekad untuk betul-betul bertaubat dan memohon keampunan dari Allah atas segala dosaku. Semuanya kerana aku! Keluarga aku menderita kerana aku! Anak-anakku hidup terpisah kerana salahku.

Balik kampung baru ni, aku belum berkesempatan untuk berjumpa dengan anak-anak. Aku ajak jugak encik Danial balik Yan tapi aku tak berani nak bersemuka dengan orang-orang kampung. Kami tak berhenti singgah pun.

Mulai hari ni aku berjanji untuk lakukan amal ibadah dengan sebaiknya. Aku nak bangun buat Tahajjud, aku nak lakukan solat sunat Dhuha. Aku nak luangkan masa lebih lama di atas sejadah dengan solat-solat sunat dan Zikrullah. Aku tahu berkemungkinan semua itu takkan dapat mensucikan dosaku tapi aku akan berusaha melakukan segalanya dengan sebaik-baiknya, selebihnya aku hanya perlu bertawakal.

Aku mula membuka Al-Quran dan membaca surah Al-Waqi’ah dan membaca juga terjemahannya. Hati menjadi sebak tiba-tiba.

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

56. Al-Waqi’ah (Hari Kiamat)
[1]Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4](Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5]Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15](Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16]Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
[18]Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21]Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24](Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
[26]Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
[27]Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]Serta buah-buahan yang banyak,
[33]Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38](Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41]Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]Serta naungan dari asap hitam,
[44]Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46]Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? “
[49]Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
[50]“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.
[51]“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52]Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
[56]Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58](Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61](Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
[62]Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[63]Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66](Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) “
[68]Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75]Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran,-
[76]Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
[77]Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81]Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
[82]Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83]Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
[84]Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
[85]Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
[87]Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?
[88]Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang” Muqarrabiin “,
[89]Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
[90]Dan jika ia dari puak kanan,
[91]Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.
[92]Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93]Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94]Serta bakaran api neraka.
[95]Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96]Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Ya Allah! Betapa azabnya menjadi puak dipihak kiri itu dan betapa beruntungnya orang-orang yang menjadi puak dipihak kanan itu. Di manakah tempatku? Di puak pihak kanan atau puak pihak kiri? Bantulah aku Ya Allah kerana Engkau yang lebih tahu setiap kelemahan yang ada dalam diriku ini. Bimbinglah aku Ya Allah, dalam mencari RedhaMU.

Aku berdoa di dalam hati. Insaf dengan setiap kesalahan yang telah aku lakukan. Aku tahu, hari-hari aku melakukan dosa dalam sedar dan tanpa sedarku. Dalam solat pun aku sering melakukan dosa. Entah betul atau tidak bacaan dalam solatku. Kadang-kadang hati aku merusuh juga kerana tidak pasti dengan setiap amal ibadatku.Ya Allah! Bantulah hambaMU ini!

‘’Mak cik!! Buat apa tu?’’

Pintu bilikku terbuka luas. Aku yang masih bertelekung hanya memandang encik Danial di depan pintu tanpa kata. Air mata yang masih bersisa aku lap perlahan dengan telapak tangan.

‘’Kau menangis ke mak cik? Baca Quran pun menangis? Tentu kau banyak dosakan?’’

Soalan encik Danial buat aku terasa tapi aku tak mahu dia terus-terusan mengutuk aku. Aku mesti membalas setiap percakapannya.

‘’Hari-hari mak cik buat dosa encik Danial! Setiap kali solat mak cik buat dosa. Setiap patah kata mak cik pun mungkin ada dosa di dalamnya. Encik Danial beruntunglah! Tak pernah buat dosa. Tak solat pun encik Danial boleh hidup dengan tenang. Setiap kali puasa encik Danial dengan Datin akan bercuti ke luar negara kerana tak mahu berpuasa. Untunglah encik Danial kerana langsung tak ada dosa!’’

Aku buat ayat-ayat sindiran yang maha pedas lagi berapi tu. Wajah encik Danial bertukar merah.

‘’Orang yang paling kaya dalam dunia adalah orang yang langsung tak punya hutang walau dalam dompet duit dia hanya ada duit syiling seposen tapi manusia yang paling kaya di Akhirat adalah hamba Allah yang paling banyak amalannya di atas dunia.’’

Aku sambung berkata-kata tanpa memberi peluang encik Danial menengkingku seperti selalu.

‘’Di atas dunia ni, orang-orang kaya boleh mendabik dada dengan harta yang mereka ada. Boleh buli orang miskin sesuka hati. Mak cik tak kesah kalau dibuli dan terus dibuli kerana mak cik tahu semua ini adalah KIFARAH dari Allah untuk mak cik, untuk menyucikan dosa-dosa mak cik. Biarlah Allah bayar cash di dunia asalkan mak cik bersabar setiap kali dibuli, In sha Allah! Mak cik akan bahagia di Akhirat sana!’’

Aku lihat bibir encik Danial terkumat-kamit. Aku terus sambung hujahku.

‘’Harta kita di dunia ini sebenarnya hanyalah pinjaman semata-mata. Bukan harta saja, tapi nyawa kita, keluarga kita, sahabat, rakan taulan kita semua itu hanyalah pinjaman. Tiada yang kita punya melainkan semuanya Allah yang punya!’’

Aku terus-terusan bersuara tanpa menghiraukan reaksi yang encik Danial tunjukkan.

‘’Duit yang ada dalam bank atau dompet encik Danial, yang ada nama encik Danial pun bukan encik Danial yang punya, tapi sebaliknya duit yang encik Danial sedekahkan itulah baru milik encik Danial.’’

Kali ini encik Danial mengerutkan dahinya. Mungkin tak faham dengan ayat aku tu agaknya?

‘’Duit sedekah itulah yang bakal menolong encik Danial di Akhirat nanti, sedangkan duit dalam bank tu mungkin bakal lupus, bakal dicuri, mungkin juga akan habis kerana sikap berfoya-foya encik Danial.’’

Aku teruskan lagi berkata-kata bila melihat encik Danial langsung tak berani bersuara. Bila ‘kucing’diam, ‘tikus’ pun jadi semakin berani.

‘’Dah habis dah? Kalau dah habis keluar sekarang! Aku ada kerja untuk mak cik. Jangan gatai nak membantah!’’

Cehh! Ingatkan dah insaf dah. Ada hati lagi nak buli aku?! Aku bangun dan tanggalkan telekung bila encik Danial sudah memusingkan kerusi rodanya untuk berlalu. Hmm, aku lupa nak cakap tadi, menipu ibu sendiri tu pun ‘bukan dosa’, almaklumlah, encik Danialkan tak pernah rasa dia berbuat dosa. Huhuhu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience