BAB 22

Family Completed 16150

Hari pertama kami pergi pejabat agama proses perceraian kami masih belum selesai sebab terjadi kes yang tak diduga. Encik Danial berkeras nak ikut sekali dan Chaq juga tak mahu berenggang dengan abang Mad dia tu. Menyampah aku tengok! Masalahnya bermula bila aku merayu denda yang terpaksa aku bayar dikurangkan. Aku terpaksa membayar denda kerana aku yang bersalah meninggalkan suami manakala menurut ustaz yang mengendalikan kes kami, bekas suamiku tak bersalah kerana dia memang tak berniat untuk melepaskan talak, sementelah lagi semua itu bukan kerja dia. Adik beradik dia yang menyiarkan berita itu.

Bila rayuanku diterima Chaq pula campur tangan, katanya kalau abang Mad dia tu berlembut dengan aku, dia akan minta cerai. Bila bekas suami aku tu cuba berbincang tiba-tiba dia jadi histeria dan mengamuk.

‘’Ceraikan Chaq! Ceraikan Chaq! Ceraikan Chaq!’’

Chaq menjerit-jerit agar dirinya diceraikan. Kesian aku tengok bekas suami aku yang terpinga-pinga bila isteri barunya meroyan dalam pejabat agama. Kes kami pun baru nak bermula, dia gatai nak buat pasal pulak.

Akhirnya kes kami ditangguhkan dan kami dinasihatkan agar balik berbincang terlebih dahulu. Kami diminta untuk tampil semula minggu depan.

Encik Danial mengajak aku balik ke Kuala Lumpur dan berjanji akan menemani aku datang semula ke Kedah untuk menyelesaikan kes kami. Aku musykil dengan kebaikan encik Danial ni, namun aku tiada pilihan. Kami pulang menaiki kapal terbang dan bergegas ke salon untuk mengubah imej encik Danial semula sebaik kami mendarat di KLIA.

Bila malam menjelang baru Datin Robiah sampai di rumah. Aku yang terlalu penat berlari ke sana sini memohon bantuan encik Sandy agar membungkuskan makanan untuk makan malam Datin dan encik Danial. Nasib baiklah encik Sandy ni memahami keadaan aku dan membantu aku membeli makanan. Namun begitu, aku melopong bila bekas makanan di buka.

‘’Apa ni?’’ Aku menyoal resah.

‘’Sushi!’’ Dia jawab selamba.

‘’Hah??’’ Aku macam nak meraung ja.

‘’Kenapa?’’ Dia tanya sambil buat muka pelik.

‘’Mak cik nak demam!’’

Aku bawa makanan masuk dan mula menyelongkar peti ais. Hampeh! Yang tinggal cuma makanan ringan dalam peti ais.

‘’Awak masak apa malam ni Imah?’’

Aku mula mengelabah mendengar suara Datin.

‘’Belum masak Datin! Barang dapur dah habis.’’ Aku berterus terang.

‘’Kenapa tak pergi beli?’’ Soalan terus diajukan.

‘’Errr, tadi encik Danial ajak keluar ambil angin. Dia cakap dia boring duduk di rumah ja, sebab tu saya pergi temankan dia. Lupa pulak barang dapur dah habis.’’

Aku tayang gigi sehabis berkata-kata. Sengaja aku kaitkan nama encik Danial. Baru padan muka dia!

‘’Betul ni? Alhamdullillah! Macam mana awak buat sampai Danial dah nak keluar rumah ni? Sebelum ni dia malu nak keluar dari rumah ni dalam keadaan dia macam tu.’’ Datin Robiah nampak teruja dengan kenyataan aku.

‘’Ooo,.saya berleter dekat dia hari-hari, saya cakap kat encik Danial, dunia ni luas, rugi kalau asyik memerap dalam rumah ja.’’ Aku main auta ja.

‘’Datin lapar ka? Ni ada sushi, tadi encik Sandy bawa,’’ aku tunjukkan sushi yang masih dalam bekas kepada Datin. Mungkin dia betul-betul lapar. Mana tahukan?

‘’Sandy mana?’’ Datin menyoal. Dahinya berkerut sikit, mungkin sedang mengimbas wajah encik Sandy.

‘’Kawan encik Danial la, yang hitam-hitam manis tu.’’ Datin terdiam. Wajahnya nampak pelik.

‘’Mak cik! Tadi ada tak kawan Sheril datang bawa sushi yang aku pesan tu?’’

Encik Danial datang ke dapur sambil memusing sendiri tayar kerusi rodanya.

‘’Siapa Sandy tu Danial? Mama kenal ke?’’ soalan diajukan pula pada encik Danial. Aku sudah mula mengelabah.

‘’Eh, mama tak kenal rasanya. Tu kawan Sheril. Haa, kawan Sheril!’’

Suara encik Danial menjadi kalut. Aku lagilah kalut. Mana aku tahu Datin tak kenal Sandy sebab Sandy tu kawan encik Danial, aku fikir tentu Datin kenal dengan dia.

‘’Ni kenapa order sushi. Danial masih suka makan pedas lagi ke?’’

Aku perhatikan wajah encik Danial. Ingin mendengar apa jawapannya sebab sepanjang aku masak di rumah ini, aku selalu gunakan cili padi. Masakan aku semuanya yang pedas. Datin Robiah pula jarang makan di rumah. Kalau dia tak keluar negara, dia asyik sibuk ja. Kalau balik rumah pun untuk berehat. Makan selalu di luar.

‘’Sushi mana pedas mama! Biasa ajakan?’’

Dia jawab soalan Datin dengan wajah tenang. Aku tak pernah makan sushi. Mana aku tahu bagaimana rasanya.

‘’Ni banyak wasabi?’’

Datin menyoal lagi. Aku menjenguk ke dalam bungkusan sushi. Wasabi tu pedas ka? Aku tertanya-tanya di dalam hati.

‘’Boleh buangkan? Atau suruh mak cik ja yang makan! Mak cikkan suka makan pedas.’’

Dia jawab sambil pandang aku. Aku kerut dahi. Wasabi pun aku tak pernah rasa. Aku ni anak Malaysia, bukan anak Jepun! Aku membentak di dalam hati.

‘’Imah pernah makan sushi?’’ Datin buat muka pelik sambil merenung aku. Aku geleng pantas.

‘’Habis tu pernah makan wasabi?’’ Aku geleng lagi.

‘’Tak pernah makan? Habis tu ni boleh makan ke tidak?’’

Soalan Datin yang ini, aku tiada jawapan. Tak tahu sama ada nak angguk atau geleng.

‘’Boleh ke tak, wasabi tu mak cik kena habiskan!’’

Suara tegas encik Danial berbunyi lagi. Aku memang tak puas hati dengan perangai dia yang ini. Nak makan pun kena paksa ka? Jangan-jangan dia sengaja nak kenakan aku dan suruh encik Sandy belikan sushi ni? Aku mula meneka dalam hati.

‘’Baguslah awak kerja di sini Imah. Nampaknya Danial sudah banyak berubah sejak awak bekerja di sini. Dulu Danial tak suka cakap banyak. Sepatah ja, itu pun puas saya nak ajak berbual.’’

Ayat-ayat Datin Robiah buat aku tersenyum sumbing. Tak cakap banyak? Sekali dia melenting boleh terbang semangat aku ni!

‘’Kalau macam tu encik Danial la yang kena habiskan wasabi ni sebab saya tak suka makan makanan Jepun. Selera saya makanan ori Malaysia ja. Lagi pun…’’

Aku tak habiskan ayat aku. Saja buat ayat tergantung. Kedua beranak yang berada di hadapanku seolah sedang menanti ayat seterusnya.

‘’Lagi pun apa?’’ encik Danial melenting lagi bila aku terus diam.

‘’Saya tak lalu nak makan benda pelik-pelik ni.’’ Aku jawab dengan tenang.

Err, tenang di luar ja, dalam hati macam nak cili ja mulut encik Danial ni. Sikit-sikit nak kuatkan suara dia. Terbang semangat aku tau!

‘’Apa yang peliknya?’’ dia soal aku lagi.

Memang payah bercakap dengan orang bandar yang suka makan makanan antarabangsa ni. Aku ni perut orang kampung, bukan perut orang bandar. Orang bandar semua mereka nak cuba. Tengoklah rancangan makan-makan di tv yang banyak tu. Semua makanan, hos rancangan tu bedal semacam ja.

‘’Jom! Temankan aku makan. Sementara aku tengah baik ni...’’

Dia senyum penuh bermakna. Datin sudah pandang kami berdua silih berganti.

‘’Encik Danial makanlah dengan Datin. Mak cik nak solat Isyak, lepas tu nak tidur. Encik Danial tak apalah, tak perlu solat. Encik Danial boleh tongkat langit.’’

Aku menuturkan ayat terakhir dengan suara perlahan sambil berlalu pergi. Aku tak berani nak menoleh langsung. Mesti wajah Datin dengan wajah encik Danial berubah dengan kata-kata akhirku andai mereka mendengar.

‘’Mak cik ingat, mak cik solat, dah boleh masuk SYURGA la??’’ Lantang suara encik Danial.

Aku melangkah semakin laju. Nahaslah aku lepas ni. Kalau encik Danial dengar tentu Datin pun dengar apa yang aku kata. Pepatah dah tulis, lidah itu lebih tajam dari pedang tapi sebagai manusia kita selalu tak pandai nak menjaga lidahkan? Hurmmm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience