BAB 12

Family Completed 16150

Sekali lagi aku berkelana di jalanan. Semua kedai di kaki lima aku masuki untuk memohon pekerjaan. Bila tiada kerja kosong, aku memasuki pula butik-butik besar. Mana tahu kalau rezeki memihak padaku namun pencarianku hampa.

Bila kaki sudah letih melangkah aku singgah untuk makan di sebuah gerai makan. Baki wang yang ada dalam beg tanganku cuma rm50 saja. Aku gelisah, kalau hari ini aku tak dapat kerja, nak balik Kedah pun aku tak mampu. Wang sekarang nilainya rendah tapi harga barang semakin tinggi. RM50 hanya boleh makan tiga kali saja di bandar besar seperti ini. Itu pun terpaksa makan ala kadar.

‘’Aku dengar kata Datin Robiah sedang cari pembantu untuk jaga anak dia. Dah dapat ke?’’

Suara seseorang di belakangku menarik minatku.

‘’Huh! Anak dia tu panas baran! Berapa orang dah pembantu rumah mereka lari. Tak sanggup nak uruskan dia. Lumpuh dengan sihat sama ja. Harapkan muka ja kacak tapi perangai,.hurmm, hampeh!!’’

Aku memasang telinga mendengar perbualan mereka. Macam ada peluang ja aku nak mencelah.

‘’Tapi anak dia tu cutekan? Geram aku tengok, tapi tu la..’’

Aku menoleh ke belakang melihat tiga orang wanita anggun yang sedang makan di meja belakangku. Siapa mereka ini dan kenapa mereka singgah makan di gerai seperti ini?

Aku cepat-cepat habiskan makananku. Aku perlu rebut peluang ini. Kalau hari ini aku tak dapat kerja, esok aku pasti akan jadi rakyat yang kebuluran di negara sendiri. Ahh...mudahan rezeki masih memihak kepadaku.

‘’Assalamualaikum! Tumpang tanya boleh?’’

Sebagai orang Islam salam mesti didahulukan. Aku cuba menjadi seramah mungkin. Tiga wanita anggun di depanku memandang aku atas dan bawah silih berganti.

‘’Hmm, nak tanya apa?’’

Bila aku cuba menjadi ramah, wanita di depanku ini pula berwajah cemberut bila menyoalku kembali. Lantak koranglah!

‘’Tadi saya dengar, ada orang nak cari pembantu rumah, boleh saya mohon bekerja?’’

Aku mengubah nada suaraku. Tidak mahu diketawakan bila bercakap dalam loghat Kedah aku yang pekat di tengah bandar besar ini.

‘’Kerja? Pembantu rumah? Siapa yang cakap?’’

Aku terkesima dengan soalan salah seorang dari mereka. Dia tersenyum sinis kepadaku. Hampeh betul! Mereka ni sengaja nak mainkan aku ke?

‘’Laa, tadi rumah Datin Robiah?’’ soalanku ajukan lagi.

‘’Kau? Nak jaga anak Datin Robiah tu?’’ Wanita itu mencebik.

‘’Kenapa? Anak dia tu raksaksa ka?’’

Aku cuba berseloroh. Membuntang mata mereka bertiga.

‘’Kau call jer la Datin bagitau kau dah dapat orang yang dia nak tu. Aku gerenti mesti tak sampai sejam mak cik ni give-up…’’

Dengan yakinnya wanita berblaus merah jambu dan seluar slack hitam di tepiku bersuara.

‘’Aku takut bukan mak cik ni yang give-up tapi anak Datin tu yang reject dia karang. Kau bukan tak tahu taste encik Danial tu?’’

Mereka terus berbual sesama mereka seolah aku ni halimunan. Aku tak kisah apa pun mereka nak kutuk aku, tapi aku harap aku akan dapat kerja ni.

‘’Call aje la, kerja kau pun selesai. Bukan senang nak handle peel Datin tu. Aku pun kadang-kadang macam nak berhenti kerja ja. Tak tahan dengan mulut Datin yang macam laser tu. Patutlah anak dia tu perangai macam tu. Like mother like son!’’

Mereka ketawa ceria. Amboih! Kalau bab mengutuk orang, sukanya mereka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience