BAB 30

Family Completed 16150

SETAHUN KEMUDIAN,

BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Al-Ikhlas

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4] “Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya”.

Aku baca terjemahan surah Al-Ikhlas berkali-kali. Bersyukur sangat sebab aku dilahirkan dalam Agama Islam. Satu-satunya agama yang mengajak kita ke arah kebenaran. Allah itu SATU! Tiada dua atau pun tiga! “Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya”. Kenapa ada banyak agama di dunia ini?? Semuanya ini bermula sejak zaman Nabi Adam lagi.

Asalnya kejadian Nabi Adam adalah di dalam Syurga, kemudian dijadikan Hawa sebagai peneman tapi bila Allah menyuruh Semua kehidupan sujud kepada Nabi Adam, Iblis engkar kerana sifat sombongnya. Kata iblis, aku dijadikan dari api sedangkan Nabi Adam dijadikan dari tanah. Selepas itu iblis terus berusaha untuk menyesatkan Nabi Adam dan Hawa agar mereka akan dihalau dari Syurga.

Iblis akhirnya berjaya membuatkan Nabi Adam dan Hawa dihalau dari Syurga dengan tipu dayanya. Dan iblis juga turut dikeluarkan dari Syurga. Sejak itu iblis terus bernekad untuk mengoda anak-anak Nabi Adam dan Hawa. Hingga ke hari ini iblis masih menjalankan misinya.

Aku mengeluh perlahan. Dulu, di kampung sesekali aku akan layan filem bukan melayu. Aku sekadar mencari jawapan dari terjemahan Al-Quran yang aku baca. Orang-orang kafir di Akhirat nanti akan menjadi bahan bakar api neraka. Masya- Allah! Mereka yang Allah jadikan dengan rupa yang cantik dan menawan hanya akan menjadi bahan bakar api neraka? Aku mendapat jawapannya bila menonton filem-filem mereka yang sangat bercanggah dengan kejadian Allah.

‘’Mak cik!’’

Aku yang masih bertelekung menoleh pantas ke arah pintu bilik. Sejak akhir-akhir ini encik Danial semakin bebas masuk keluar bilik aku. Rimas aku dengan kerenahnya. Aku tahu, aku sudah menjadi ibu tunggal sekarang ni tapi janganlah buat aku macamlah aku ni tak punya harga diri! Nak marah, ini rumah dia, tapi kalau dibiarkan, nanti dia ingat aku suka pulak dengan perangai dia yang tak semenggah ni. Aku tutup aurat tak apalah, kena masa dia masuk tu aku tak pakai tudung macam mana? Mungkin salah aku, sebab kadang-kadang aku lupa nak kunci pintu, tapi takkan aku nak kunci pintu setiap kali aku masuk ke bilik kot?

‘’Nak apa, encik Danial?’’

Aku menyoalnya yang nampak pelik malam ni. Aku terus bangun berdiri bila dia semakin menghampiri. Menggigil aku dengan senyumannya yang nampak pelik dari biasa.

‘’Kenapa ni encik Danial? Dah buang tebiat ka apa?’’

Aku macam nak mengamuk saja. Hati ni dah dupdap, dupdap ketakutan. Eh! Datin keluar ka hingga encik Danial berani masuk ke bilik aku ni? Maghrib tadi ada ja Datin di rumah! Aku menyoal diri sendiri di dalam hati.

‘’Saya nak awak Imah! Saya dah lama sukakan awak!’’

Aku mati akal dengan gurauan encik Danial kali ini. Minda aku tiba-tiba blur tapi sebentar kemudian aku perhatikan setiap sudut bilik. Mana tahu kalau bilik aku sudah dipasang kamera tersembunyi tanpa pengetahuan aku dan encik Danial hanya nak menguji aku?

‘’Encik Danial dok mengarut apa ni?’’

Aku sudah mula berang. Suara aku dikuatkan sikit tapi tetap ada getar yang tak mampu aku sembunyikan.

‘’Saya serius Imah! Saya nak awak!’’

Air mataku hampir mengalir bila encik Danial menutup pintu dan menguncinya. Aku istighfar perlahan. Aku sangkakan encik Danial sudah bertaubat dengan sifat berfoya-foyanya sebelum ini. Tapi, takkan aku pula bakal dijadikan mangsa. Aku tahu wajah dan tubuh aku sudah berubah akibat mengamalkan diet dan mengambil produk kecantikan mereka. Ini tak bermakna tubuh aku boleh digunakan sesuka hati? Ishh, apa yang aku fikir ni?

‘’Mengucap encik Danial! Istighfar banyak-banyak! Ingat Allah encik Danial. Kita ni bukan mahram!! Jangan dok pikiaq nak buat benda tak elok. Kita dok dalam satu bilik ni pun dah kira berdosa sangat dah! Mak cik tak mahu tanggung dosa. Dosa mak cik yang lepas pun belum tentu Allah ampunkan lagi. Inikan pula nak tambah dosa baru.’’

Aku sudah membebel kepada encik Danial. Tubuh aku gementar.

Pintu bilik diketuk bertalu-talu dari luar diikuti suara Datin yang melaung namaku. Aku panik! Tentu Datin akan salah faham dengan kami. Ya Allah! Jangan KAU aibkan aku! Aku tak bersalahQ

Dalam hati sedang berdoa tapi kakiku terus melangkah laju untuk memulas tombol pintu. Encik Danial cuba menghalang. Aku terus tudingkan jari telunjuk agar dia jangan menghampiri aku.

‘’Datin...’’

Sebaik pintu bilik terkuak, aku seru nama Datin disusuli dengan linangan air mata di pipiku. Tubuhku gementar. Jantungku masih berlari dengan laju. Tiba-tiba suasana gelap gelita. Ada tangan yang memegang tubuhku dan membawa aku entah ke mana. Dari jauh, aku nampak api lilin.

‘’Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan mak cik Rohimah! Allah selamatkan kamu!! Susprise!!’’

Suara orang ramai menyanyikan lagu membuatkan kakiku terus kaku. Mindaku bergerak pantas untuk mencari tarikh hari ini. Ya Allah! Hari lahir aku rupanya!

‘’Selamat hari jadi mak cik!’’

Lampu dinyalakan semula. Kek hari jadi yang telah dinyalakan lilin di atasnya disuakan kepadaku. Aku meniup api lilin dengan linangan air mata. Terharu sangat kerana sepanjang 41 tahun aku hidup, belum pernah sekali pun hari lahir aku diraikan.

‘’Happy Birthday Imah! Ini hadiah hari jadi dari saya dan Danial...’’

Datin yang berada di sebelahku sudah memeluk dan menggeselkan pipinya di pipiku, kiri dan kanan sambil menghulurkan sesuatu kepadaku.

‘’Apa ni Datin?’’

Aku bertanya resah. Macam buku kecil tapi aku pasti ini bukan buku sebab bila aku buka, ada nama dan gambarku di dalamnya. Kemudian ada sesuatu pula terselit di dalamnya. Aku keliru!

‘’Pasport awak! Kita bertiga pergi buat umrah bulan Ramadhan nanti. Boleh? Kalau tak boleh pun kena boleh jugak sebab saya dah daftar nama awak sekali!’’

Air mataku terus berlinangan. Ya Allah! Apakah ini? Kenapa majikanku terlalu baik denganku? Kebaikan apakah yang telah aku lakukan?

‘’Ya Allah, apa semua ni Datin?’’

Aku menyoal sambil mengesat perlahan air mata yang tidak mahu berhenti dari mengalir. Aku tak percaya dengan apa yang aku terima sekarang. Aku bersyukur bila Datin dan encik Danial tak marah-marah aku lagi tapi bila mereka mengajak aku melakukan umrah, aku rasa ini sudah diluar jangkaanku. Payah nak jumpa majikan yang bersifat mulia seperti ini, walau mungkin ada ramai diluar sana.

‘’Ini sekadar ucapan terima kasih kami untuk awak Imah! Kita sama-samalah mencari Redha Allah dan membersihkan hati kita dari segala dosa. Tanpa awak, mungkin kami masih bergelumang dosa Imah.’’

Kata-kata Datin buat aku malu sendiri. Siapalah aku ini, hanya insan biasa saja. Aku tak layak pun nak terima penghargaan sebegini.

‘’Salah tu Datin! Hidayah itu MILIK ALLAH! Saya ni hanya perantara yang dihantar Allah saja!’’

Aku perbetulakan ayat-ayat Datin. Sesungguhnya semua yang terjadi dengan izin Allah!

‘’Harap mak cik dah tak gayat lagi?’’

Suara encik Danial buat aku senyap seketika, namun kemudian, mindaku terus berkerja.

‘’Dengan izin Allah segalanya mungkin! Tak mustahil terjadi!’’

Yakin aku berkata. Semangat berkobar-kobar nak tengok Tanah Suci Mekah sudah membara dalam jiwa.

‘’Dengan nama Allah. Sudikah kau jadi isteriku?’’

Tak semena-mena encik Danial mengungkapkan ayat itu. Aku diam. Adakah ini ayat untuk menguji hatiku?

‘’Izinkan aku menjadi mahrammu di Tanah Suci nanti?’’

Aku terkesima lagi. Aku pandang wajah Datin. Dia menganggukkan kepala berkali-kali. Aku hitung umur aku dengan umur encik Danial. Aku tua lima tahun darinya dan aku ni ibu tunggal yang pernah melahirkan enam orang anak. Oh! Takkan mungkin!

‘’Aih! Jangan nak megarut sangat! Benda ni bukan boleh nak buat main!!’’

Aku malu dengan kenyataan ini. Aku anggap saja encik Danial sedang bergurau. Siapalah aku ini!

‘’Demi Allah! Saya dah mula sukakan awak! Saya bukan main-main Imah.’’

Encik Danial berwajah serius. Arghhh! Bila cerita ni nak habis ni?? Aku sudah mula bengang!

‘’Kalau awak risau tentang umur kita, awak mungkin sudah sedia maklum Rasullullah pun berkahwin dengan Saidatina Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Saidatina Siti Khadijah sudah berusia 45 tahun. Aku dah 36 tahun dan awak baru 41, tak jauh bezanya, bahkan awak baru tua lima tahun ja dan aku yakin awak masih mampu beri aku zuriat.’’

Wajah aku sudah berbahang mendengar ungkapan encik Danial yang ini. Aku cuba menghitung lagi usia Rasullullah dengan usia Saidatina Siti Khadijah di dalam hati. Dua puluh tahun? Tapi mereka tetap bahagia dengan izin Allah!

‘’Itu Kekasih Allah! Mana boleh dibandingkan dengan encik Danial. Saidatina Khadijah pula satu-satunya isteri yang tak pernah dimadukan Rasullullah. Kalau encik Danial berani berjanji, saya takkan dimadukan sampai mati, saya sudi pertimbangkan.’’

Ceh! Tetiba aku nak jadi samseng yang berlagak jaguh, sedangkan aku sedar, aku ni hanya orang kampung yang tak layak untuk beri syarat pun.

‘’Alaa, saya baru bercadang untuk madukan awak dengan klon Dato Siti!’’

Aku ternganga. Ada ka klon Dato Siti?

‘’Siapa?’’

Soalan aku buat Datin, encik Danial dan empat orang kawannya yang turut ada bersama kami ketika ini ketawa. Aku yang terpinga-pinga.

‘’Tawaran saya ni, kira awak terima la ni? Tak apa minggu depan kita mula buat persiapan. Kita akad nikah dulu. Lepas balik umrah baru kita bersanding. Okey tak?’’ keputusan encik Danial buat Datin menjatuhkan kepalanya.

‘’Hah??’’ ini respon aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience