BAB 2

Family Completed 16150

Kami tinggal di rumah ini selepas Aina dilahirkan. Sudah tujuh belas tahun kami tinggal di rumah pemberian bos suamiku ini.

Ketika kami masuk dulu, kami hanya cuci kaki ja. Semua perabot hingga peralatan memasak sudah lengkap di rumah ini.

Ada dua buah katil dengan tilam tebal. Peti ais yang masih baru. Perabot serba lengkap.

Dapur, periuk, belanga, pinggan-mangkuk semuanya lengkap. Malahan ada peti tv juga. Ya Allah! Besarnya rahmat yang Engkau anugerahkan untuk kemudahan kami di dunia ini. Dua tahun lepas encik Azman memberi pula sebuah motor untuk suamiku, dan Aina mengunakannya untuk berulang alik ke sekolah.

Nikmat ini semua pemberian Allah untuk kami sekeluarga, namun segalanya itu takkan kekal lama. Yang baru akan tetap kusam dan tak diperlukan lagi. Semua peralatan yang diberi semakin lama semakin buruk dan rosak, lebih-lebih lagi rumah kami sering ditengelami air laut setiap kali air pasang besar.

Kami terpaksa membeli perabot baru yang lebih murah, setakat yang kami mampu. Beberapa tahun di rumah ini kami hidup dengan selesa hinggalah selepas tsunami tahun 2004 rumah kami terkena ribut. Tsunami tak mematahkan semangat kami walau ada rasa trauma di dalam hati. Kami masih menetap di rumah ini dalam keadaan yang banyak kekurangan berbanding sebelum ini.

Pertama kali bumbung rumah kami diterbangkan ribut seminggu selepas dilanda tsunami, encik Azman yang membantu kami mengupah tukang rumah membaikinya.

Walau pun begitu bumbung rumah yang telah dibaiki semakin teruk selepas itu. Rumah kami mulai bocor. Entah di mana silapnya? Aku tak mahu berfikiran negatif. Aku anggap saja semua ini dugaan dari Allah untuk kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience