BAB 18

Family Completed 16150

Kali pertama aku naik kapal terbang rasa macam perut aku melambung-lambung. Jantung aku bagai nak terkeluar. Hati aku asyik dupdap, dupdap ketakutan. Encik Danial pula pergi bersama empat kawan orangnya. Sheril mengayakan pakaian wanita pulak kali ni. Encik Danial pula siap bertopi dan memakai misai dan jambang palsu. Rambutnya pun diwarnakan menjadi perang.

Sandy pula seolah mak nyah. Sebelum ni aku tengok elok ja dia bercakap tapi sekarang dah jadi lembik macam sotong. Sandy asyik berkepit dengan Alvin, macam couple pulak dan Sheril berkepit dengan encik Danial. Aku tak faham betul dengan perangai mereka berlima ni. Adakah mereka sedang menyamar dari dikenali oleh orang-orang Datin Robiah?

Seorang lagi kawan encik Danial bernama Mirza tapi aku dengar encik Danial panggil dia Mir dan Sandy panggil Za. Aku pernah tersasul dengan memanggil namanya encik Zaza hihi.

‘’Kenapa ni mak cik? Muka dah macam mayat hidup.’’

Encik Danial menyoal aku. Kebetulan aku duduk di sebelahnya. Sheril di sebelah kirinya.

Aku geleng kepala perlahan. Bila kapal terbang mula meluncur naik tadi perut aku mual. Rasa macam nak muntah. Kepala aku macam kembang semacam ja. Akukan gayat, jadi ini merupakan pengalaman paling ngeri dalam hidup aku.

‘’Mak cik! Aku tanya ni, kenapa diam? Mak cik dah jadi bisu ke?’’

Encik Danial menyoal lagi. Aku malas betul nak bersuara jadi aku buat aksi zip mulut. Lepas tu aku sandarkan badan dan pejamkan mata. Pura-pura tidur agar encik Danial takkan paksa aku bercakap.

‘’Kata nak pergi Mekah, KLIA dengan Alor Setar tu sekejap ja sampai. Takkan takut sampai pucat muka?’’ dia bersuara lagi.

Aku pura-pura mengeluarkan suara dengkuran. Ah! Lantak kau la nak fikir apa pun, yang penting kau tak kacau aku!

Aku dengar suara dia ketawa disusuli suara Sheril. Mereka berbual rancak selepas itu. Aku cuba memasang telinga walau kepalaku masih pening. Aku teringin sangat nak tahu rahsia mereka.

‘’Sampai bila kau nak berlakon macam ni? Aku pun nak kahwin. Kalau kau tak mau kahwin itu HAK kau.’’

Itu suara Sheril. Aku kenal walau dia bersuara kasar macam lelaki. Sheril boleh meniru suara orang. Aku pernah dengar dia meniru suara seorang pelakon dan Sheril juga boleh menyanyi dengan baik walau lagu itu lagu artis perempuan.

‘’Alah, selesai projek kita ni, kita stoplah.’’ Suara encik Danial.

‘’Mak aku dah bising tau! Kalau tunang aku tau aku pakai macam ni, maunya dia putuskan pertunangan kami.’’ Aku dengar encik Danial ketawa.

‘’Susah apa, mak cik sebelah kita ni kan ada. Tunang kau lari, kau ajaklah mak cik ni kahwin!’’

Sekali lagi aku dengar encik Danial ketawa. Aku rasa kerusi sebelah aku ni dah bergegar.

‘’Kau ajalah yang ambil mak cik tu. Memang sesuailah dengan kau!’’

Aku buka sikit mata untuk melihat reaksi encik Danial.

‘’Oii mak cik, pura-pura tidur ke?’’

Terkejut aku bila encik Danial terlihat gelagat aku. Aku mengalihkan wajahku pantas ke arah lain dan pura-pura berdengkur kembali. Aku terasa bahu aku dicuit kasar. Jangan layan! Jangan layan! Aku berbisik dalam hati.

‘’Tak baik tau mak cik jadi kura-kura dalam perahu!’’ suara encik Danial berbisik perlahan.

Aku membuka mata dan berganjak sedikit. Minda sudah mula mencerna ayat-ayatnya tadi dan bibirku sudah tidak sabar untuk berkata-kata.

‘’Awat encik Danial suka sangat salahkan haiwan yang tak berdosa? Nak cakap mak cik pekak, badak yang kena. Nak kata mak cik bodoh, keldai yang dapat nama. Ni nak tuduh mak cik berpura-pura, kura-kura pulak yang kena?’’

Selamba ja aku bersuara. Terbeliak mata encik Danial.

‘’Diam!’’

Sepatah katanya terus membuatkan aku tersandar kembali dan beralih ke arah lain, tapi telingaku masih dapat mendengar Sheril yang sedang mengekek ketawa.

‘’Suka?!’’ Sheril pun kena marah.

Aku dah malas nak pasang telinga lagi. Aku terus pejam mata dan terlelap. Bila aku sedar, kami dah sampai Alor Setar. Hati aku berlagu sedih lagi. Takut, semuanya ada. Plan aku sekarang nak tuju ke rumah kak Fatin di Batu Enam, Simpang Empat, Alor Setar. Mana tahu aku boleh dapat maklumat dari kak Fatin. Lantaklah kalau dia bakal smash aku dengan ayat-ayat power lagi pedih pun. Dah memang salah aku! Terima sajalah kenyataan!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience