BAB 26

Family Completed 16150

Usai solat subuh, aku menuju ke ruang tamu. Dah berbulan aku tak melepak depan tv diawal pagi macam ni. Di rumahku, selepas subuh aku akan buka tv. Layan rancangan Bismillah di tv3, lepas tu aku tukar ke siaran tv9, layan pula rancangan Mukadimah hingga pukul 7.00 pagi. Kemudian diikuti dengan rancangan Tanyalah Ustaz. Selalunya kalau di rumah, sarapan pagi bukan aku yang sediakan. Bertuahnya aku mempunyai seorang suami yang bertimbang rasa.

Sarapan pagi kami jarang dimasak, malahan suamiku akan beli dari kedai berdekatan. Selalunya kuih muih, bihun atau mee goreng, nasi lemak dan sebagainya. Setiap pagi aku hanya mengadap tv dan makan bersama suami di depan tv sambil menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Bila ingat balik gelagat bekas suamiku yang tak banyak kerenah, hatiku menjadi sayu. Manusia seperti aku selalu tak reti nak menghargai. Dah kehilangan baru nak menyesal. Apakan daya, masa takkan dapat diundur kembali.

Bila ingat bekas suami pasti wajah anak-anak turut bertandang dalam ingatan. Ya Allah! Hanya engkau yang tahu betapa aku merindui mereka semua. Moga mereka bahagia!

‘’Assalamualaikum!’’

Aku baru duduk atas sofa selepas menghidupkan tv, sudah kedengaran suara lelaki memberi salam diikuti pintu yang terbuka luas. Aku mengurut dada kerana terkejut.

‘’Waalaikumusalam!’’

Aku menjawab salam dengan suara yang perlahan sambil mataku memandang hairan encik Danial yang sedang menutup pintu dan melangkah ke arahku. Dia duduk di sofa bertentangan denganku. Aku masih ralit memandangnya tak berkelip. Handsome betul encik Danial berbaju melayu dan bersongkok. Dia dari mana agaknya? Selalunya, selagi matahari belum meninggi jangan harap dia nak bangun.

‘’Kenapa mak cik pandang aku macam tu? Takkan dah fall in love kat aku kot?’’

Aku terkebil-kebil mendengar soalannya yang antara dengar dan tidak itu. Tak faham pun ya jugak.

‘’Awal encik hari ni? Mai dari mana?’’ tetiba ja keluar loghat Kedah aku.

‘’Ingat mak cik sorang ja nak masuk SYURGA? Aku pun nak masuk syurga jugak!’’ dia kata sambil tersenyum.

Manis saja senyuman dia pagi ni. Tenang ja jiwa aku ni melihatnya.

‘’Alhamdullilah! Syukur kepada Allah yang Maha Mengetahui segalanya!’’ aku raupkan kedua tapak tangan ke muka.

‘’Mak cik, terima kasih!’’ Aku blur, tetiba ja dia ucap terima kasih.

‘’Untuk?’’ Aku soal laju.

‘’Kutuk aku semalam.’’ Aku tercengang. Ini kali pertama ada orang ucap terima kasih sebab aku kutuk dia.

‘’Tak munasabah!’’ aku suarakan keraguanku. Encik Danial tergelak.

‘’Aku cari apa yang mak cik suruh cari dalam internet semalam. Memang banyak pengajaran yang aku dapat. Selama ni aku jahil dalam agama. Aku menipu mama kerana tak mahu dikongkong mama. Aku kedekut dan berkira soal wang. Aku hina orang, tengking orang sesuka hati. Dan paling perit setiap kali aku hina dan herdik orang aku rasa seronok. Bila mak cik kutuk aku semalam, baru aku tahu perasaan orang yang aku selalu hina. Dulu, aku tak pernah jumpa orang yang direct macam mak cik. Kawan-kawan aku pun tak pernah kutuk aku macam mak cik kutuk aku. Selalunya orang yang aku jumpa hanya memuji aku. Mereka cakap aku baik dan sebagainya. Mereka...’’

‘’Sat, sat, sapa kata depa selalu puji. Masa mak cik jumpa pekerja-pekerja Datin di gerai makan hari tu, depa kutuk encik Danial kaw-kaw punya.’’

Tengah rancak encik Danial bercerita, aku mencelah. Berubah riak wajah dia tiba-tiba, tapi sekejap saja dia tersenyum kembali.

‘’Tulah maksud aku, mereka memuji di depan tapi mengutuk di belakang. Mak cik pulak tak makan saman. Kutuk aku depan-depan walau aku ugut nak potong gaji. Itu bezanya mak cik dengan mereka.’’

Kembang hati aku mendengar kata-katanya. Suara ustazah yang sedang bercakap di tv dalam rancangan Mukadimah tengelam terus.

‘’Encik nak minum? Mak cik buatkan, tapi sarapan mak cik belum siapkan lagi. Ingat encik Danial tak bangun lagi. Mak cik nak tengok Tanyalah Ustaz!’’

Aku bertanya sekadar nak mengelak dari terus berbahas isu kutuk mengutuk tu. Aku tahu, aku keterlaluan dalam berkata-kata semalam, namun bila penerimaannya adalah positif, itu sudah lebih memadai.

Tak sangka betulkan, ada orang kena direct macam tu baru nak berubah? Ada juga orang kena pujuk dan kena bercakap penuh hemah. Ada juga manusia yang langsung tak reti nak berubah, walau berbagai cara kita lakukan. Semuanya terpulang kepada Allah kerana Hidayah itu milik Allah!

‘’Boleh jugak! Milo panas ya mak cik,..’’ dia meminta sambil bibirnya melebarkan senyuman.

Hiesy, macam tak percaya ja melihat encik Danial asyik tersenyum ja pagi ni.

‘’Tak payah tambah gula la naa? Tengok senyuman encik pagi ni, dah manis sangat dah.’’

Aku sekadar berseloroh dan disambut oleh encik Danial dengan gelak tawanya. Alhamdulillah!

‘’Amboi! Sempat lagi mak cik nak sindir aku?!’’

Dalam ketawanya encik Danial, keluar juga ayat prasangka tu huhu.

‘’Alaa, melawak ja pun, bukannya niat nak sindir.’’

Aku menjawab balas sambil menuju ke ruang dapur. Dalam perjalanan ke dapur, aku intai juga pintu bilik Datin. Agaknya Datin dah bangun ke belum? Hurmm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience