BAB 20

Family Completed 16150

“Imah nak tebus talak bang! Abang pun dah nikah dengan Chaq. Abang cakap ja berapa Imah kena bayar?’’

Seolah aku ni berduit sangat mendengar ayat yang telah aku tuturkan. Sejak aku datang tadi bekas suamiku ini berwajah muram. Chaq pula dah macam cacing kepanasan. Asyik menjeling kami berdua silih berganti. Kak Fatin pula cakap tak nak masuk campur.

‘’Alang-alang nak bayar rm10,000 la. Baru berbaloi, lagi pun bukan salah abang Mad, hang yang gatai lari dari rumah. Tak reti nak hargai langsung pemberian Allah!’’

Chaq bersuara kasar. Saja nak menempah nahas Chaq ni. Aku cabai mulut dia tu, baru dia tau. Aku membebel dalam hati.

‘’Habih! Yang dia dah bagi talak tiga kat aku teruih tu apa?’’ aku membela diri.

‘’Abang tak ada niat pun. Depa suruh, depa kata untuk gertak Imah ja, suruh Imah balik. Abang ikut ja cakap depa!’’ aku mendengus kasar mendengar jawapan bekas suamiku ini.

‘’Huh! Dengar sangat cakap orang! Macam tu la perangai abangkan? Dengan Imah ni semua tak boleh. Tak boleh ka bersabar sikit? Kot ya pun nak bagi talak, tunggulah cukup setahun ka, ni bukan setakat bagi talak tiga, baru enam bulan dah nikah lain,’’ aku bersuara sinis.

Hati aku usah cakaplah. Berapi-api di dalam, lebih-lebih lagi bila tengok Chaq asyik menghimpit bekas suamiku ini. Macam nak menunjuk ja, dia dah berjaya ambil bekas suami aku tu. Huh! Perangai macam budak-budak tak cukup sedet!

‘’Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan tanggunglah sendiri!’’ Chaq mencelah lagi.

‘’Tak boleh kurang sikit ka? Seribu sudahlah, lagi pun aku bukannya ada duit sebanyak tu. Aku baru reja enam bulan ja pun. Aku pun nak guna duit jugak!’’ aku cuba meminta mereka bertolak ansur.

Ingat lagi aku ketika ayah aku bercerai dengan mak tiri aku dulu. Mak tiri aku cuma perlu bayar RM1,000 ja kat ayah aku.

‘’Takdak sepuluh ribu, aku nak suruh abang Mad gantung hang tak bertali!’’ kepala aku sudah berasap mendengar ayat Chaq.

‘’Tengkorok hang! Sejak bila hang belajar jadi batu api ni? Takpa! Takpa! Hang ingat aku ni lekeh sangat?’’ keegoanku mula terusik.

Chaq seolah nak menghina aku. Itu yang aku rasa saat ni. Tak apa, aku ada encik Danial! Setakat bekas suami aku ni, apalah sangat! Hatiku berkata bongkak. Sakit hati punya pasal.

‘’Tak payah bayarlah! Abang halalkan, nanti kita pi pejabat agama selesaikan hal ni. Semakin lama tertangguh, semakin banyak dosa yang kita kena tanggung!’’

Bekas suamiku menjawab tenang. Chaq dah mencebik tak puas hati. Aku urut dada kerana tak perlu bayar.

‘’Mana boleh! Wajib bayar!! Kecualilah kalau dia minta cerai taklik. Tapi cerai taklik, kalau abang yang bersalah. Ni salah dia! Dia yang nak bercerai!’’

Lantang suara Chaq. Aku mengetap bibir. Geram!

‘’Kalau ikut hukum, sepatutnya aku dah kena cerai taklik sebab abang Mad dah tulih dalam surat habaq hari tu, kalau aku tak balik seminggu dari berita itu disiarkan akan jatuh talak tiga, jadi…’’

Aku tak meneruskan percakapanku sebab aku pun sedang keliru. Aku pun bukan pandai sangat bab hukum ni.

‘’Tapi abang tak ada niat pun nak jatuhkan talak!’’ suamiku mencelah.

Aku pandang kak Fatin. Dia angkat bahu. Aku pandang Chaq. Dia menjeling tajam. Hiesyyy!!

‘’Hampa pi pejabat agamalah! Tanya orang yang lebih arif. Kalau dok bertengkaq di sini sampai bila pun tak selesai!’’ kak Fatin bersuara akhirnya.

Aku pula sudah nekad, kalau perlu aku bayar, aku akan pinjam duit dari encik Danial. Aku sanggup jadi hamba abdi encik Danial dan kawan-kawannya selepas ini dari aku digantung tak bertali.

‘’Aku harap hang kena tebus talak. Jangan lupa haaa, sedia sepuluh ribu!’’

Chaq sengaja mencari pasal dengan aku. Dia berkata sambil melebarkan senyuman. Ek eleh, nak istihar dia dah menang letew? Macam aku tak tahu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience