BAB 27

Family Completed 16150

Pagi ni mod encik Danial berubah 100%. Aku tak sangka encik Danial yang garang tu pun boleh berubah. Kalau aku tahu, aku boleh jinakkan dia dengan ayat sentap, sejak mula lagi aku dah buat. Hihihi.

‘’Petang ni mak cik teman aku pergi shoping. Aku nak beli hadiah untuk mama, nanti mak cik tolong pilihkan!’’

Aku yang sedang menyiram bunga di halaman menoleh pantas demi mendengar suara encik Danial. Sejak pagi tadi encik Danial tak gunakan kerusi rodanya, walau ada Datin di dalam rumah. Cuma, Datin ja yang belum bangun dan belum melihat perubahan encik Danial pagi ni.

‘’Kerusi roda encik mana?’’ sengaja aku bertanya untuk melihat reaksinya.

‘’Aku dah buang dalam Sungai Klang pagi tadi.’’

Encik Danial menuturkan ayatnya dengan selamba. Aku merenung matanya, untuk mencari kesahihannya.

‘’Kenapa? Tak percaya?’’

Dia tiru dialog iklan yang dah lama aku tak dengar di tv.

‘’Tak takut pecah rahsia ke atau encik Danial lupa Datin ada di rumah pagi ni?’’ Aku tanya musykil.

‘’Aku tak mahu tipu mama lagi! Aku nak ajak mama berhijrah. Hati kami dah terlalu kelam dengan dosa. Mungkin Allah hantar mak cik untuk sedarkan kami. Mungkin ini hikmahnya kenapa Allah izinkan mak cik lari dari rumah. Untuk hantar mak cik kepada kami…’’ dia mengungkapkannya dengan tenang.

Aku terkelu seketika. Aku tahu setiap kejadian tu ada hikmahnya, namun aku masih berharap, kalau masa dapat diputar kembali, aku nak kembali kepada bekas suami dan anak-anakku.

‘’Kenapa mak cik diam? Semalam bukan main lagi mak cik ajak aku berbahas?’’ dia ketawa diakhir hayatnya.

Aku tersenyum hambar. Tubuh aku ja ada di depan dia tapi hati aku dah sampai di kampung halaman, macam mana aku nak berbahas dengan dia. Otak jem tetiba ja.

‘’Datin dah bangun ka belum? Encik tak takut Datin terkejut ka? Mendadak sangat ni, semalam masih berkerusi roda, macam ajaib sangat,.tup-tup pagi ni, dah boleh jalan?’’ aku bertanya encik Danial sambil tersenyum.

Encik Danial tergelak sambil memandang ke atas balkoni banglo mewah ini. Ketawanya mati dan wajahnya berubah. Aku turut memandang ke arah yang sama.

‘’Assalamualaikum Mama! Good Morning, how are you today?’’

Encik Danial menyapa Datin yang sedang memerhatikan kami dari atas balkoni. Aku kecut perut tak semena-mena. Encik Danial buat-buat ceria, sebab ada getar dalam suaranya. Dia pun takut Datin mengamuk agaknya?

Wajah Datin Robiah nampak tenang. Aku tak pasti apa yang difikirkannya. Kalau aku di tempat Datin, tentu aku akan gembira melihat encik Danial boleh berjalan. Tapi…

‘’Agaknya mama marah tak, kalau dia tahu aku tipu dia selama ni?’’

Encik Danial menyoal aku perlahan. Aku angkat bahu, tanda aku tak tahu. Memang tak dapat membaca riak wajah Datin.

‘’Kalau mama marah, mak cik tolong back up aku!’’

Encik Danial bersuara lagi. Aku geleng kepala.

‘’Please!!’’

Dia seakan merayuku. Masalahnya aku tak faham apa yang dia kata dan aku geleng lagi. Berkali-kali.

‘’Tolonglah mak cik, kali ni ja, nanti aku bagi pinjam duit yang mak cik nak tu. Kalau tak, aku cancel kang!’’ dia ugut aku pulak dah.

‘’Tolong cakap melayu boleh dak? Mak cik ni bahasa omputih ni, sepatah haram pun mak cik tak paham!’’

Aku luahkan jugak kebenaran tu. Encik Danial tersengeh.

‘’Mana ada aku speaking pun! Takkan dua tiga patah perkataan pun mak cik tak faham?’’

Aku geleng laju. Yes, no, alright tu aku tahulah! Aku berbisik di dalam hati.

‘’Bahagian mana yang mak cik tak paham?’’ aku berfikir seketika sebelum menjawab.

‘’Bekap tu apa dia?’’ lurus aku menjawab.

‘’Oh! Maksudnya, mak cik kena jadi peguam bela aku!’’

Aku pandang wajah encik Danial. Pening aku, sampai nak jadi peguam bela dia pulak dah?

‘’Laa, mak cik mana penah ambik kursus undang-undang ni. Macam mana nak jadi peguam bela pulak?’’

Aku menjawab dengan suara yang mengelabah. Tak lojik betullah permintaan encik Danial ni!

‘’Susah betullah nak cakap dengan mak cik ni!’’

Encik Danial meramas rambutnya sendiri. Mati akal agaknya nak berdepan dengan pembantu rumah yang tak berpelajaran macam aku ni?

‘’Danial!’’ kami menoleh serentak bila mendengar suara Datin yang melaung encik Danial di muka pintu.

Aku mengelabah lagi. Encik Danial pandang aku dengan wajah meraih simpati. Layu saja wajahnya. Aku angkat bahu. Tujuanku untuk memberitahu encik Danial, sendiri buat! Sendiri tanggung!

‘’Mama,’’ perlahan suara encik Danial sambil terus berdiri kaku. Aku sudah bersedia untuk melarikan diri.

‘’Alhamdulillah! Akhirnya Danial nak jadi diri Danial yang sebenar!’’

Datin menghampiri encik Danial sambil tersenyum. Diraihnya tubuh encik Danial dalam pelukannya. Aku bergegas untuk menutup paip air dan ingin meninggalkan mereka berdua.

‘’Imah! Hari ini tak payah masak ya! Nanti saya belanja, kita makan di luar.’’

Langkahku terhenti, seketika cuma aku mengangguk laju. Aku teruskan niatku dan pergi menutup paip air dan masuk ke dalam rumah. Aku biarkan Datin Robiah dan Encik Danial menyelesaikan masalah mereka berdua. Akukan orang luar, mana boleh masuk campur urusan majikanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience