BAB 29

Family Completed 16150

Selepas insiden tadi, pekerja-pekerja Datin tak layan aku lagi. Mereka buat hal mereka dan berbual sesama mereka saja. Aku ni macam makhluk asing ja. Tersingkir dan disingkirkan terus. Bila makanan dihidangkan pula, aku macam nak menangis pulak namun aku berpura-pura selamba.

Aku memandang saja pekerja-pekerja Datin makan dengan berselera. Mereka langsung tak pelawa aku, kalau pelawa pun memang aku tak boleh makan makanan tu. Aku ni alah dengan makanan laut. Kalau makan ikan pun, aku cuma makan ikan kembung dan ikan bilis saja. Ikan-ikan yang kecil saja jadi pilihan aku.

Empat puluh tahun aku membesar di perkampungan nelayan, aku dah mangli dengan makanan laut. Lebih-lebih lagi sekarang. Makanan yang boleh mengakibatkan gatal seperti udang, sotong dan ketam tu tak bagi pun tak apa, memang aku tak boleh nak makan!

‘’Kenapa tengok saja? Tak makan ke?’’

Encik Danial datang ke meja kami dan menegurku. Aku menggeleng pantas sambil memerhatikan lauk pauk di meja kami. Ikan bawal hitam masak stim, stimbot dan tom yam makanan laut serta nasi putih. Bukan selera aku pun.

‘’Mak cik dah empat puluh tahun tinggal di kampung nelayan encik, dah cemuih makan semua ni. Lagi pun, takkan encik Danial lupa kot, dah hampir tujuh bulan mak cik kena dera dengan encik Danial, makan sayur dengan buah ja?’’

Aku menjawab pertanyaan encik Danial sambil memandang wajahnya. Bibir aku ukirkan dengan senyuman.

‘’Mengada-ngada!!’’

Aku dengar pekerja Datin bersuara sambil menjeling tajam ke arahku. Ah! Jelinglah sampai juling pun. Ada aku kesah?!

‘’Jom! Kita dating kat sana!’’

Encik Danial mencuit lenganku perlahan. Aku jungkitkan kening kepadanya. Keliru sangat dengan tindakan encik Danial terhadapku. Aku memang tak faham bahasa omputih tapi ayat dating tu, aku selalu sangat dengar.

‘’Bangun!’’

Dia mula bertegas bila aku tidak berganjak dari tempat duduk.

‘’Nak pi mana?’’ ragu-ragu aku menyoal.

Pekerja Datin sudah mula berbisik sesama sendiri. Aku macam nak menangis dengan perlakuan encik Danial ni. Tak suka bila dia buat perangai prihatin macam ni. Tentu bakal kena kutuk nanti?!

‘’Ikut sajalah!’’

Dia berkata lagi sambil terus melangkah. Aku bangun dan mengikut encik Danial dari belakang. Dia mengajak aku duduk di meja yang jauh dari meja orang lain.

Datin yang memerhatikan gelagat kami, buat tak kisah saja. Kawan-kawan encik Danial pula macam ramah sangat melayan Datin berbual. Sebenarnya, semua kawan-kawan encik Danial adalah lelaki. Hari ini baru aku tahu, nama sebenar Sheril ialah Shahril Afandi, Sandy pula berketurunan India Muslim. Namanya dalam kad pengenalan Shahrin Shah, Alvin pun baru masuk Islam beberapa minggu yang lalu. Namanya Alvin Tan Abdullah. Encik Mirza tetap encik Mirza, tak ada perubahan dalam dirinya yang aku lihat hari ini. Dia masih macam hari pertama aku kenal dia.

‘’Nak makan apa? Order ja,..’’

Aku tersenyum simpul mendengar pelawaan encik Danial. Yess! Akhirnya, aku boleh makan apa yang aku nak!

‘’Boleh ka?’’ Saja nak test encik Danial aku menyoal dengan soalan cepumas tu.

‘’Order la dulu, tengok apa yang mak cik nak order!’’

Aku kerut kening mendengar jawapannya. Macam ada yang tak kena ja, ni boleh ka tak? Riak wajahku yang ceria tadi bertukar serta merta namun aku tak mahu mengalah.

‘’Mak cik nak, chiken chop, lepas tu nak makan spagetti sup pedas, ermm.’’

Aku hilang idea, sebenarnya makanan yang aku sebut tu seumur hidup ni aku tak pernah makan pun lagi. Aku tengok dalam rancangan makan-makan tu, macam sedap saja, jadi aku cuba nasib la. Mana tau kot-kot boleh rasa.

‘’Ambil kesempatan nampak? Tak payah nak mengada! Sia-sia saja aku suruh mak cik berdiet enam bulan setengah ni. Bagi kami satu salad buah-buahan. Dua dada ayam grill, yang satu tu tanpa perisa, satu lagi super spicy, roti and sup cendawan pedas. Minum, fresh orange dua!’’

Encik Danial membuat order kepada pelayan yang sedang berdiri di tepi meja kami. Encik Danial ni memanglahkan? Tadi, dia suruh aku order, alih-alih dia yang buat keputusan. Nasib baik aku ni pembantu rumah ja, tak boleh nak membantah. Kalau tak, maunya aku merajuk! Hahaha.

‘’Awat yang encik Danial baik sangat hari ni? Ada apa-apa yang tak kena ka?’’

Aku menyoal encik Danial selepas pelayan yang mengambil order kami berlalu pergi. Encik Danial jungkitkan kening sambil menyandar di kerusi dan berpeluk tubuh. Matanya meratah wajahku. Haih! Aku sekeh jugak dia ni, gelagat macam nak goda aku ja tapi, ni kes tak masuk di akal, okey!

‘’Sebelum ni aku jahat sangat ke?’’ dia tanya aku kembali.

‘’Bukannya jahat! Cenge ja mengalahkan singa lepas beranak!’’ mulut takdak insuran aku pun terus bertindak.

‘’Amboi! Tak reti nak berlapik cakap dengan bos pun? Aku cancel makanan tadi baru tau! Macam mana hujung minggu ni, jadi balik kampung? Aku nak ajak mama sekali, pergi cari sea food fresh!’’

Aku angguk kepala dan tersenyum bila encik Danial mengubah topik perbualan kami. Aku tak tahu, apa yang encik Danial dah cerita kat Datin. Nampak macam ada perubahan dengan layanan Datin kepada aku sejak pagi tadi.

‘’Nak tanya sikit boleh tak?’’

Aku ajukan soalan. Tak berani nak terus tanya takut kena ambush dengan renungan tajam orang depan aku ni.

’’Nak tanya apa?’’

Encik Danial soal aku kembali sambil melatakkan tangan di atas meja. Aku mula menyandarkan badan di kerusi dan meletakkan tangan di bawah meja.

‘’Mod Datin tu macam okey saja. Dia tak marah langsung ka?’’

Encik Danial tersenyum dan meraup mukanya tiba-tiba, seolah mengaminkan sesuatu.

‘’Tak! Helah aku tak menjadi pun. Mama dah tahu aku tipu dia dari mula lagi. Doktor yang aku upah tu kawan mama sejak universiti. Mama sengaja pura-pura tak tahu. Kalau mak cik nak tahu semua rancangan aku dia tahu. Apa yang berlaku dalam rumah tu semua dalam tangan mama. Mana aku pergi mama upah spy untuk ikut aku. Kadang-kadang mama sendiri yang ikut aku termasuk kita balik Kedah baru-baru ni.

Mama dah selamatkan aku dari melakukan maksiat. Tak payahlah aku cerita lebih-lebih, nanti teruk mak cik kutuk aku.’’

Dia mengakhirinya ceritanya sambil menyandar kembali di kerusi. Wajahnya nampak mendung, seolah sedang memikirkan sesuatu.

‘’Tak payah nak cerita aib sendiri kat orang! Lagi pun Allah dah tutup aib kita rapat-rapat buat apa nak hebohkan? Yang penting, kalau dah tau benda tu berdosa, segeralah bertaubat dan jangan buat lagi!’’

Aku cuba menenangkan hatinya. Dalam hati, aku berkata sendiri, ’aku pun banyak jugak aib!’

‘’Kau tolong aku ya mak cik? Aku pun nak masuk Syurga jugak’’

Encik Danial berkata lagi sambil tersenyum. Matanya dikenyitkan. Tergaman aku. Sejak bila boss aku ni jadi nakal sangat ni?

‘’Mak cik pun kureng Ilmu, nak belajar ilmu agama ni, encik Danial kena cari orang yang lebih arif, lagi pun mak cik ni bukan mahram encik Danial pun. Bukannya boleh ajar direct macam tu! Err, tadi encik cakap nak bawa Datin pergi Yan sama ya? Nak cari siput apa?’’ aku pulak mencuba mengubah topik kami.

‘’Sea food la, udang, ketam, sotong,’’ Encik Danial menjawab tenang. Minda aku jadi keliru.

‘’Tadi kata nak cari siput? Apa kena mengena dengan udang, sotong dan ketam pulak? Siput, siput la, macam lala, siput retak seribu, mentarang, siput biji nangka atau pun siput yang orang dah bela la ni, siput kemudi atau siput sudu. Kalau di pulau siput dia lagi besar, siput mata lembu dengan siput susu dara.’’

Aku sebut beberapa jenis siput yang aku tahu. Encik Danial tercengang pada mulanya, kemudian dia tergelak galak. Aku yang penasaran.

‘’Bukan S.I.P.U.T la mak cik tapi S.E.A .F.O.O.D, yang bermaksud makanan laut!’’ encik Danial terus ketawa.

Dia siap mengeja lagi. Wajah aku berbahang sebab dah salah faham. Tu la, aku dah bagi amaran, jangan cakap omputih dengan aku! Ketegaq! (degil) Aku membebel dalam hati. Malu tak terkata!

‘’Ceh! Sapa suruh cakap omputih! Mak cik dah habaq dah jangan cakap bahasa orang asing tu. Belajarlah cintai bahasa sendiri! Sekarang ni, orang melayu ramai yang dah lupa diri! Mentang-mentanglah dah boleh kuasai bahasa asing sampai lupa bahasa sendiri?! Tengok gambar hindustan, gambar cina tu, kadang-kadang mak cik macam nak tabik kat depa. Walau depa ambik pelakon asing tapi dialog tetap guna bahasa depa. Pemimpin Cina dan Indonesia contohnya, kalau buat sidang akhbar, walau ada ramai wartawan asing mereka tetap guna bahasa depa. Bukan macam pemimpin kita, guna BI, sampaikan mak cik dan pak cik, tok dan tok wan yang dok di kampung, ternganga depan tv, tak paham sepatah haram pun!’’

Aku cuba kawal keadaan dengan menyalahkan orang-orang yang berlagak pandai ni. Yea! Mereka memang sebenar-benarnya sudah pandai, tapi itulah hakikatnya zaman moden di Malaysia hari ini!

‘’Yalah mak cik! Tak menjawab, tak boleh ke? Kadang-kadang mak cik ni, macam tak berapa cerdik pun ya jugak, tapi, bila mak cik tunjuk terror, kalah profesor!’’

Encik Danial mengangkat kedua belah tangan sebagai tanda menyerah kalah dan pamerkan senyuman. Aku pula sudah telan air liur bila makanan yang kami order sudah diletakkan di atas meja. Nyum, nyummm.

‘’Cakaplah apa pun encik! Yang penting kita makan dulu,’’ aku terus terkam air jus oren dan menyedutnya perlahan.

Ah! Segar rasa tekak! Tak tunggu lama garfu dan pisau terus dicapai tapi…

‘’Mak cik guna tanganlah! Leceh betoi makan macam orang putih ni, nak bergarfu dan berpisau bagai...’’

Lepas habis berkata-kata, aku terus menyiat isi dada ayam grill milik aku dengan jari jemariku. Siat dan masukkan ke mulut. Hmmm, sedapnya!

‘’Ya Allah mak cik!...’’

Encik Danial sudah tergelak melihat gelagatku sambil kepalanya digelengkan berkali-kali. Lantaklah! Ada aku kesah!? Kihkih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience