BAB 21

Family Completed 16150

Encik Danial telefon aku hari kami mengambil keputusan untuk ke pejabat agama. Kami terpaksa balik ke Kuala Lumpur kerana mereka mendapat tahu Datin Robiah akan pulang keesokan harinya. Aku minta cuti aku ditambah tapi dia tak mengizinkannya takut rahsia mereka bakal terbongkar sebelum waktunya.

Dia datang untuk berjumpa aku di rumah kak Fatin. Aku tiada pilihan melainkan menceritakan masalah aku kepadanya. Akhirnya encik Danial beralah dan mengizinkan aku menambah cuti dengan syarat dia turut serta. Aku pula yang ditimpa perasaan serba salah. Aku takut sangat kalau orang salah faham dengan kami.

‘’Mak cik jangan cuba nak halau aku balik! Aku rasa lagi selamat aku ikut mak cik daripada aku balik ke Kuala Lumpur tanpa mak cik. Nanti mama tu akan syak yang bukan-bukan pula.’’

Macam tahu-tahu saja suara hati aku yang tak senang dengan kehadirannya.

‘’Encik Danial ni sesekali pentingkan diri juga naa? Encik ada terfikir tak apa keluarga mak cik akan fikir kalau encik Danial ikut saja ke mana mak cik pergi?’’

Aku tuduh dia dan soal dia sekaligus. Wajah encik Danial berubah riak.

‘’Biarlah! Apa aku peduli, apa yang orang lain fikir!’’ mudahnya dia berkata-kata.

‘’Encik Danial baliklah dulu. Cakap ja kat Datin, mak cik ambik cuti.’’ Aku cuba memujuk. Encik Danial menggeleng pantas.

‘’Mak cik tu barang eksperimen kami tau! Ni, aku tak ada ni, mak cik makan sebarangan tak?’’

Aku menggelabah mendengar soalannya. Jujurnya aku melantak semacam saja di rumah kak Fatin. Lepas gian kata orang. Aku makan laksa, nasi berlaukkan rendang ayam, ulam dan sambal belacan, semuanya aku bedal.

‘’Errr..’’’ aku tersengeh. Dia membeliakkan matanya padaku.

‘’Makan apa??’’ encik Danial kuatkan suara.

‘’Alahh..makan sikit ja.’’ Aku cuba mencari helah.

‘’Senaraikan!!’’ Dia mengarah kasar.

‘’Err..nasi, laksa, rendang ayam, ulam, kuih-muih…’’

‘’Banyakkk tuuu, gaji bulan depan potong 100%!’’

Aku belum habis senaraikan makanan yang aku makan, encik Danial sudah mencelah. Terkelu lidahku seketika. Baru bercadang nak pinjam duit dari dia, gaji dah kena potong. Huhuhu.

‘’Encikkk, kalau mak cik kena bayar kat suami mak cik nanti boleh pinjam duit sikit tak? Contohnya kalau kena bayar RM10,000 mak cik nak pinjam RM5,000 lepas tu lima bulan tak bayar gaji pun tak apa. Encik kira potong gaji la. Boleh?’’

Aku soal dia dalam rasa gementar. Maunya dia melenting nanti.

‘’Kenapa pulak kena bayar? Nak cerai, cerai ajalah!’’

Dia pandang aku tak berkedip. Aku pun serba salah sebab keputusannya belum lagi kami dapat.

‘’Mak cik cakap kalau, sebab belum pasti lagi macam mana.’’

‘’Mak cik ingat lima ribu tu macam lima ringgit?’’ Aku geleng kepala.

Memanglahkan, siapa yang nak percaya dengan perempuan tua yang hodoh lagi miskin macam aku ni? Lima ribu tu bukannya sikit.

‘’Macam ni la mak cik. Aku boleh tolong mak cik dengan syarat balik KL nanti mak cik pulak tolong aku!’’

Dia buat tawaran itu padaku. Agaknya apa pertolongan yang perlu aku beri lagi? Sebelum ni pun mereka main paksa ja aku makan produk kesihatan dan kecantikan mereka tu.

‘’Tolong apa?’’ Aku soalnya penuh kesangsian.

‘’Belum tau lagi. Tunggulah sampai masanya nanti aku bagitau.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience