BAB 15

Family Completed 16150

Aku mulakan kerjaku menyiapkan sarapan untuk encik Danial dan kawannya itu. Aku keluarkan roti sandwich. Empat biji telur, setin kecil sardin, segengam cabai kering, lima biji cili padi, dua ulas bawang merah.

Aku kisar dulu cabai kering kemudian aku tumis bawang dan masukkan sardin dan sedikit jus asam jawa. Sesuaikan rasanya dan biarkan cabai masak. Selepas sardin siap aku lenyekkan dan sapukan di atas roti sandwich. Cili padi aku cincang kecil dan tabur di atas roti yang telah disapu sardin tadi.

Aku pukul empat biji telur di dalam bekas. Selepas roti ditangkupkan aku rejam ke dalam telur yang telah dipukul dan sebatikan di kedua-dua bahagian. Panaskan kuali dan masukkan sesudu minyak zaitun. Goreng roti telur tadi dan masak hingga garing. Bila masak ke semuanya aku potong menjadi enam bahagian. Taraaaa…siap, sandwich sardin ‘bertelur’ aku!

Aku hidangkan sarapan tadi dan siapkan pula dua gelas jus fresh oren. Ehemm, air segera yang aku keluarkan dalam peti ais. Sesuailah kalau dimakan dengan sandwich sardin ‘bertelur’ plus berapi aku kikihh.

Aku tinggalkan makanan yang aku hidang di atas meja makan di dapur dan aku bergegas ke bilik encik Danial untuk memanggilnya makan. Sebaik aku menapak beberapa langkah, dia sudah munculkan diri. Macam tau-tau saja aku nak pergi cari dia.

‘’Dah siap?’’ aku angguk laju mendengar soalannya.

Encik Danial melangkah ke meja makan dan aku mengikutnya perlahan. Dalam hati berdebar sangat kerana ini kali pertama aku memasak di rumah ini. Itu pun dengan resepi hentam kromo aku. Pssttt..aku sengaja masukkan cili padi tu sebab dia tengking aku tadi. Padam muka dia! Dan padan muka aku kalau dia reject sandwich tu dan suruh aku masak lain. Huhuhu.

‘’Mak cik masak apa ni?’’ encik Danial soal aku sambil belek sandwich sardin ciptaan aku tu.

‘’Ini resepi terbaru saya encik Danial. Namanya sandwich sardin ‘bertelur’’’

Aku menjawab sambil tundukkan wajah. Sabar menunggu respon encik Danial seterusnya. Bila suasana terus sepi, aku panggungkan kepala dan melihat tindakan encik Danial seterusnya. Dia ambil sepotong dan masukkan semuanya ke dalam mulut. Dia terus diam sambil mengunyah.

‘’Hmm, nama ja sandwich bertelur tapi saya ni dah nak berasap kepala.’’

Ayat yang keluar setelah selesai dia menelan. Aku menundukkan wajah kembali. Tubuh dah mengigil takut kena marah.

‘’But, i like it!’’ aku tercengang sebentar.

Dia cakap apa? Bahasa apa dia guna tu? Nak kata loghat Kedah, rasanya bukan. Loghat Kelantan lagilah bukan.

‘’Apa encik?’’

Aku soal dia balik. Kononnya aku tak dengar, padahal tak faham.

‘’Mak cik ni pekak badak ke?’’ encik Danial soal aku kembali.

‘’Laa, apa kena mengena dengan badak pulak? Kesian kat badak tu encik, dia tak ada kena mengena pun dalam ini cerita, kenapa dia pulak yang pekak?’’

Lurus bendul pulak aku ni. Aku tengok wajah encik Danial dah bertukar merah.

‘’Bodoh macam keldai!!’’ dia tengking aku.

‘’Keldai pulak yang kena? Mak cik tau mak cik ni bodoh, tapi jangan salahkan keldai pulak! Kesian dia,’’ tenang aku menjawab.

‘’Arghhhhh!’’

Encik Danial terpekik sambil membuntangkan matanya kepadaku. Seluruh wajahnya sudah bertukar menjadi merah. Nasib baik tak bertukar jadi hijau, kalau bertukar jadi hijau, dah sah keturunan hulk.

‘’Awat encik Danial? Pedas sangat ke sandwich mak cik ni?’’

Aku menjadi kalut tiba-tiba. Tak pasal-pasal terpekik macam orang sasau. Macam orang tension ja!

‘’Pergi buat kerja awaklah! Orang nak makan pun tak senang!’’

Akhirnya dia halau aku dan menarik kerusi lantas terus makan tanpa pandang aku lagi.

Bila dah kena halau, aku pun tak tunggu lagi. Aku berlalu pergi dari ruang dapur dan menuju ke ruang tamu, menyambung kerja aku yang belum bermula pun tadi. Sebentar kemudian tetamu yang ditunggu encik Danial pun tiba. Aku menyuruhnya ke ruangan dapur.

Bila aku selesai mengemas aku menuju ke bilik air pula. Aku dengar suara kawan encik Danial gelak terbahak-bahak ketika aku melewati ruang dapur. Entah apa yang seronok sangat tu? Aku cuba memasang telinga di sebalik dinding.

‘’Hahaha, kelakar giler orang gaji kau.’’

Habis gelak, ayat itu yang diungkapkannya.

‘’Banyak kau punya kelakar! Sakit jiwa aku layan dia. Ayat dia macam bodoh-bodoh alang tapi macam nak kenakan aku pun ada jugak. Ni sandwich ni, nama pun dah tak menahan. Kau tau apa dia bagi nama resepi dia ni?’’

Aku intai mereka berdua. Aku nampak kawan encik Danial mengangguk laju sambil mengunyah sandwich.

‘’Sandwich sardin bertelur,..’’ encik Danial bersuara.

Tersembur air yang baru diteguk oleh kawannya, dan kawan encik Danial sambung gelak. Ishhh, lawak sangat ka nama resepi baru aku tu? Aku malas nak sekodeng lagi. Kena tangkap dengan encik Danial karang, naya ja. Aku meneruskan niatku dan berlalu ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience