BAB 19

Family Completed 16150

‘’Ya Allah, adik Imah oii, hang lari pi mana? Hang tau dak adik Mad dok cari hang merata ceruk? Tapi, tu la orang laki, lama mana sangat depa nak cari.’’

Selepas kami berbalas pelukan kak Fatin terus buat ayat sentap tapi selepas itu nada suaranya berubah sedih.

‘’Awat kak? Takkan laki Imah nikah lain dah? Baru enam bulan kot Imah takdak!’’ aku serkap jarang.

Kak Fatin terus duduk atas sofa sambil tarik tangan aku untuk duduk sebelah dia.

‘’Hang lambat seminggu ja. Adik Mad baru seminggu kawen dengan Chaq,’’ aku terus terkedu. Serkap jarang aku mengena rupanya.

‘’Chaq mana?’’ aku inginkan kepastian. Otak aku tak dapat menangkap lagi maksud kak Fatin.

‘’Chaq kita la, Chaq mana lagi. Adik beradik kita anak mak ngah sorang ja kita pangge Chaq pun!’’ aku terbayang wajah sepupu aku tu.

Dah empat tahun dia jadi ibu tunggal anak empat. Aku tahu, dia memang dah lama dok berkenan kat suami aku tu. Masa kami kahwin, dia selalu puji laki aku tu hensem.

‘’Hang buat lawak dengan aku ka kak?’’ aku tak mahu terima kenyataan ini. Chaq jadi madu aku? Oh! Tidakkk!!

‘’Chaq kata adik Mad dah cerai hang dengan talak tiga, betoi ka? Aku tak pecaya adik Mad sanggup bagi talak tiga kat hang,’’ aku terdiam lagi.

Isi kandungan surat khabar yang aku baca dulu terimbas kembali dalam mindaku. Air mataku bergenang tanpa sedarku. Dadaku jadi sebak tiba-tiba. Aku dah bukan isteri dia lagi? Jatuhkah talak itu? Mudah sangatkah melafazkan talak? Hatiku berteka-teki.

‘’Aku pun tak tau la kak, apa status aku la ni?’’ aku sebak dan air mata meluncur tanpa pintaku. Perlahan kak Fatin mengusap bahuku.

‘’Yang hang gatai lari dari rumah, sapa suruh? Adik Mad tu dah cukup baik sangat dah, hang nak apa lagi?’’ aku menarik nafas dalam.

Kak fatin pun tak faham perasaan aku rupanya. Macam dia tak tau betapa aku tertekan selepas kehilangan empat orang anakku itu.

‘’Hang tak mau pi jumpa depa ka? Tanya status hang. Berdosa besar hang dok buat reja macam ni. Dah jatuh nusyuz dah. Kita jadi bini orang ni, keluar rumah selangkah tanpa izin laki pun dah berdosa sangat dah.’’

Aku mengeluh lagi. Nak menyesal pun dah tak guna. Masa aku ambil keputusan nak lari hari tu, mana aku terfikir akan alami situasi macam ni. Langsung tak fikir! Aku cuma ingat masa tu, aku nak lepas diri dari tekanan saja. Tak tahu pula, lagi berat dugaan yang terpaksa aku hadapi.

‘’Hang rehat dulu, petang ni, aku teman hang pi rumah Chaq. Bukannya jauh mana pun. Adik Mad mai dok sini lepas kawen dengan Chaq. Aina dengan Aierie tak mau ikut. Adik Mad pun la ni dok tolong Chaq jaga kedai dia.’’

Aku pandang kak Fatin dengan perasaan tak percaya.

‘’Habih tu Aina dengan Aerie dok dengan sapa kak?’’ pertanyaanku buat kak Fatin melepaskan nafas yang panjang.

‘’Aina dok dengan mertua hang. Aerie, Kak Wan nak bela.’’

Jawapan kak Fatin buat aku menjatuhkan kepala berkali-kali. Air mata aku gugur lagi. Semuanya salah aku! Kerana aku, keluarga aku berpecah belah. Kami semua terpisah. Ya Allah! Apa yang harus aku buat? Ampunkanlah dosaku Ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience