BAB 31

Family Completed 16150

14 Syaaban 1436 bersamaan 1 Jun 2015

Aku selamat diijabkabulkan dengan majikanku encik Danial. Kita hanya merancang namun Allah jua penentu segalanya. Kita pernah kehilangan dan Allah pasti bayar kembali apa yang telah hilang itu. Mungkin, adakalanya kita tak dapat di dunia, tapi di Akhirat pasti ada ganjarannya kalau kita bersabar.

Sekarang, hati aku sudah tidak sabar untuk berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah. Datin Robiah bukan saja bagi aku hadiah untuk pergi Umrah malahan Datin beri aku anaknya kepadaku. Hai! Senangnya dalam hati! Kalau semua majikan, berhati murah macam ni, kan best! Hihihi, amacam majikan di luar saja. Apakah hadiah anda yang terindah untuk pekerja-pekerja anda yang sudah banyak berbakti untuk syarikat anda selama ini? Rasanya sanggupkah berkorban macam Datin Robiah ni? Peace!!

‘’Dah kemas ke pakaian yang nak bawa nanti? Pasport jangan tertinggal pulak!’’

Encik Boss aku datang menyapa, mengingatkan aku tentang persiapan kami untuk ke Tanah Suci nanti. Aku ni kalau sudah teruja memang mudah lupa.

‘’Okey boss! Rasanya semuanya ada!’’

Aku berkata yakin. Wajah encik boss yang semakin berseri aku perhatikan. Kembang hati aku bila dapat bersuamikan majikan aku yang hensem ni. Tentu Chaq lagi jeles dengan aku! Bekas suami aku tak payah tanyalah. Kalau dia cemburu pun, masa bukan boleh diundur semula! Anak-anak aku? Hmm, duit denda RM10,000 yang aku bayar tu dengar kata bekas suamiku masukkan dalam akaun bank anak-anakku seorang separuh. Mengamuk sakan Chaq sampai nak mohon cerai. Teruk betul perangai Chaq tu! Kononnya, sebab masa mereka nikah dulu, suami dia a.k.a bekas suami aku tu tak bayar duit hantaran, hanya beri duit mas kahwin saja.

Semua cerita ini aku dengar dari kak Fatin. Aku ingat bila hari kami bersanding nanti, aku nak minta izin dari encik boss nak jemput semua saudara mara aku dan semua saudara mara bekas suami aku. Agaknya mereka nak datang tak? Huhuhu, tetiba hati aku berdebar-debar bila memikirkan semua itu. Tanah Suci pun belum sampai lagi, aku sudah mula berangan atas pelamin. Haih! Hampeh betul!

‘’Oii mak cik! Berangan ke? Abang panggil pun tak dengar!’’

Aku tersenyum dengan pertanyaan encik boss. Walau pun, dia sudah tak ber’aku’ dan ber’kau’ dengan aku tapi, adakalanya dia masih memanggil mak cik kepadaku. Aku pula, memang tak la, kalau nak suruh aku panggil abang kat dia.

‘’Encik boss! Bukan berangan la! Teruja ja, badan ja kat sini tapi hati dah nampak Mekah dah ni,’’ aku menjawab sambil mengulum senyum.

Ala, kelentong sikit ja, tapi betul! Aku memang dah tak sabar nak pergi SANA!

‘’Hurmm, menjawab saja!!’’ Dia sudah menjeling geram.

‘’Haruslah! Gila tak! Aku teringin nak cakap mat salleh. Betul atau tak belakang kira yang penting aku mencuba! Jangan jadi orang yang apapun tak boleh buat hanya sebab kau takut kan? Kali ni aku dah malas layan benda remeh dan menyakitkan, yang penting apa? Yang penting aku happy!’’

Share this novel

norsila
2021-10-30 08:55:36 

lamo naaa tggu..bilo nk abis..kot2 dah tamat ko?

norsila
2021-10-22 10:54:59 

dah tamat ke?


NovelPlus Premium

The best ads free experience