BAB 24

Family Completed 16150

‘’Habiskan sushi tu! Membazir saja kalau tak habis. Aku dan mama dah makan. Masih berbaki lagi tu,’’ sebaik aku mengadap encik Danial, dialog ini yang keluar dari bibirnya.

‘’Kalau encik Danial nak larang mak cik dari makan, makcik mungkin akan buat tapi kalau encik Danial nak paksa mak cik makan benda yang mak cik tak boleh makan dan tak selera nak makan, maaflah! Mak cik tetap takkan makan. Encik Danial nak cincang lumat pun cincanglah!’’

Tiba-tiba aku jadi berani bersuara, semata-mata kerana encik Danial suruh aku makan sushi. Wajah dan telinga encik Danial dah merah macam udang kena bakar.

‘’Mak cik dah berani melawan sekarangkan?’’ dia tengking aku.

‘’Mana berani!’’ aku berkata sambil tersenyum hambar.

‘’Melawan! Aku potong gaji!’’ aku tersedar satu perkara bila encik Danial berkata begitu

‘’Encik! pinjaman yang encik janji tu macam mana? Mak cik tak kesah kalau encik tak bayar gaji terus pun, yang penting mak cik tak mau terus tanggung dosa, selagi kes kami tak selesai, mak cik rasa macam sedang duduk atas bara api..’’

Entah kenapa aku buat ayat macam tu. Aku pun tak pasti apa status aku sekarang ni. Aku keliru!

‘’Hmm,.ingatkan mak cik ni baik sangat! Kalau buat ayat tu macam mak cik ni la paling warak dalam dunia. Rupanya mak cik ni isteri nusyuz yang lari dari rumah, ishh..ishhh...’’

Encik Danial bersuara sinis. Aku sudah tertunduk menahan sebak.

‘’Encik tak tau apa yang mak cik tanggung!’’

Aku bersuara dalam sedu. Kaki sudah bersedia untuk melangkah masuk ke bilik. Takkan aku nak tunjuk, aku ni terlalu lemah di depan encik Danial? Tak! Aku harus kuat!!

‘’Nak ke mana tu? Ingatkan kebal sangat. Tadi sedap ja kutuk orang. Baru kena sikit dah nak cabut lari?’’

Encik Danial ketawa kuat. Huh! Aku yang memendam rasa sakit hati.

‘’Sekurang-kurangnya mak cik ni sedar, mak cik banyak dosa! Encik Danial tu bila nak sedar dari mimpi yang panjang? Mungkin encik Danial ingat, hidup ini hanya sekali, jadi boleh enjoy puas-puas. Padahal, yang sekali tu mati, hidup ni dua kali, sekali di dunia dan dimatikan, kemudian dihidupkan kembali di Akhirat yang kekal abadi!’’

Aku pulang paku buah keras. Air mata, aku kesat hingga kering. Aku cuba menjadi wanita yang ego.

‘’Tak habis-habis lagi nak kutuk aku?’’ suaranya dikuatkan kembali.

Aku pun malas nak bertekak soal hukum ni. Aku bukannya terror sangat, cuma masa di kampung setiap pagi aku melangut tengok Tanyalah Ustaz di TV9, jadi aku belajar sikit-sikit dari apa yang aku dengar.

‘’Bukan nak kutuk, sekadar nak mengingatkan sesama Islam. Kitakan saudara sesama Islam. Mak cik takut kalau mak cik tak tegur, nanti di akhirat encik Danial dengan Datin akan sekat mak cik dan salahkan mak cik pulak. Sekurang-kurangnya kalau mak cik tegur, kemudian encik dan Datin tak buat mak cik dah ada jawapan untuk lepaskan diri.’’

Aku berkata selamba. Merah sekali lagi wajah encik Danial.

‘’Mak cik ingat, mak cik dah baik sangat sebab mak cik solat?’’

Encik Danial menyoal lagi. Aku menarik nafas sambil duduk di atas sofa. Lenguh, sebab lama berdiri mengadap encik Boss ni.

’’Tak! Mak cik pun banyak dosa! Mak cik tahu dan sedar mak cik pun tak baik. Encik Danial macam mana pulak? Encik Danial rasa encik Danial dah baik?’’

Soalan aku membuatkan encik Danial membeliakkan matanya. Macam nak terkam aku dan bagi penumbuk sulung kat aku ja. Aku menanti respon encik Danial. Sesekali bertelagah pendapat dengan majikan sendiri ni, macam best pulak!

‘’Kau rasa?’’ dua patah perkataan yang dikeluarkan dari bibirnya seakan menanti jawapan maut dari aku.

‘’Mak cik tak rasa apa-apa pun! Mak cik bukannya akan rugi apa-apa pun kalau encik Danial ni baik ka jahat. Allah bukan nak menilai manusia dengan darjat kita atas dunia ni. Mak cik pernah dengar seorang ustaz ni cakap, manusia akan masuk Syurga dengan Rahmat Allah, bukan dengan amalannya. Manusia ni ramai yang riak. Hanya Allah saja yang tahu isi hatinya! Maksudnya, orang yang solat dan melakukan banyak amalan pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi yang langsung tak ada amalan. Encik Danial fikirlah sendiri!’’

Aku sudahkan ayatku dan bangun dari sofa. Lagi banyak aku bercakap, lagi benci encik Danial kepada aku nanti. Terpulanglah, sama ada dia boleh terima atau tidak cakapku ini.

‘’Mak cik! Aku nak pinjam Quran yang mak cik baca tadi!’’ aku tergaman dan berhenti melangkah.

Aku menoleh ke arah encik Danial. Dia pandang sekilas kepada aku dan menoleh pantas ke arah lain. Aku tersenyum tanpa sedar. Dalam hati mengucap syukur kepada Allah.

‘’Daripada pinjam Al-Quran mak cik, lebih baik encik manfaatkan apa yang encik ada. Buat apa ada komputer besar gedabak. Ada line internet laju berdezup kalau encik Danial hanya gunakan untuk kerja-kerja dunia ja. Cuba encik masuk youtube dan buka bab-bab agama. Semua surah ada dalam you tube kalau encik nak baca atau belajar membaca. Terjemahannya pun ada dalam internet.’’

Aku berkata yakin sebab bekas suami aku dan anak-anak aku pun selalu rujuk dalam internet.

‘’Macam mana tu?’’

Aku menggeleng dengan soalannya ini. Menggeleng bukan sebab tak tahu, tapi hairan mendengar soalannya.

‘’Jangan malukan diri sendiri di depan mak cik encik Danial!’’ kata-kataku buat wajah encik Danial berubah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience