BAB 16

Family Completed 16150

Seminggu berlalu dengan begitu lambat sekali ku rasakan. Ini semua gara-gara encik Danial dan kawannya itu. Nama kawan dia tu Sandy, Aku pun pelik bin ajaib. Tengok muka memang melayu tulin tapi nama entah apa-apa. Dia panggil encik Danial dengan nama Danny, dia pulak encik Danial panggil Sandy. Macam ni dah kot perangai orang bandar, suka guna nama glamour? Err, glamour ke nama tu?

Selepas aku kenakan mereka dengan roti sandwich bertelur tu, mereka pulak buat keputusan untuk kenakan aku. Agaknyalah sebab selepas kejadian tu mereka dera aku cukup-cukup. Bukan dera fizikal pun, tapi mereka dera batin aku ni. Ada ke patut mereka suruh aku ikut arahan mereka makan produk yang baru mereka hasilkan.

Alkisahnya aku ni macam barang eksprimen mereka la, untuk produk kecantikan mereka yang terbaru. Encik Danial dan kawan-kawan dia membuka sebuah syarikat kosmestik dan sekarang mereka sedang berusaha mengeluarkan produk baru yang mampu mengubah wajah seseorang muda sepuluh tahun dari usia sebenar. Aku yang dah masuk ke usia 40-an ni mereka nak ubah hingga wajah aku nampak baru berusia 30-an. Huh! Agak-agaklah!!

Yang paling tak menahan tu mereka berdua paksa aku berdiet. Aku cuma dibenarkan makan tiga kali sehari ja. Itu pun makan buah-buahan dan sayur yang direbus. Waktu pagi pula sarapan aku hanya oat campur susu rendah lemak.

Mereka dah bawa aku untuk test darah. Doktor cakap darah aku banyak kolestrol dan toksin sebab tu aku nampak lebih tua dari usia sebenar. Mereka kata wajah aku macam wanita berumur 60 tahun. Huhuhu, kejam!

‘’Mak cik tahu tak kenapa aku tak membantah bila mama nak ambil mak cik sebagai pembantu aku?’’

Soalan encik Danial kepadaku selepas dia meminta aku menjadi ‘barang eksperimen’ mereka. Aku hanya menggeleng saja sebab aku tak boleh baca pun apa yang dia fikir. Aku bukan ada kuasa psikik pun. Huh!

‘’Sebab, antara ramai-ramai pembantu yang mama cari mak cik sorang ja paling hodoh dan paling tua.’’

Aku nyaris mengalirkan air mata bila dia cakap macam tu. Kalau nak direct pun agak-agaklah. Orang gaji pun ada hati dan perasaan jugak!

‘’Alhamdullilah! Mak cik bersyukur dengan apa yang mak cik punya. Biarlah hodoh rupa. Kalau cantik rupa, akhlak hodoh tak guna jugak.’’

Tetiba ja aku buat ayat sentap tu. Encik Danial sudah merenung tajam ke arahku. Sebaliknya kawan encik Danial, dia mengangkat ibu jarinya padaku.

‘’Dengar saja, kalau tak jawab tak boleh ke?’’ encik Danial marah aku.

Aku buat aksi zip mulut dan terus diam. Encik Sandy gelak berlambak. Suka la tu aku kena marah?

‘’Pergi masak!! Nasi goreng kampung dua, mak cik jangan nak cuba curi-curi makan. Aku dah pasang CCTV di dapur tu. Curi makan nanti aku pasang CCTV sampai ke bilik air.’’

Aku terus kaku mendengar ugutan encik Danial. Betul ke ada CCTV di dapur atau dia sekadar gertak aku ja?

Aku angguk dan terus berlalu. Senang hati aku sebab mulut dah kena zip jadi aku tak payah buat dialog lagi. Tapikan, hati aku belum kena zipkan? Yeahoo, aku boleh membebel dalam hati! Entah apa hati aku dok melalut. Ini semua encik Danial dan kawannya yang punya pasal! Semuanya tak boleh. Nasib baik mereka tak dengar suara hati aku ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience