Bab 9

Romance Series 7965

"Ha? Cucu?" Terjerit kecil Puan Rafidah dibuatnya. Tangannya yang sedang mengacau air kopi terhenti. Dia berjalan dan berdiri ditepi meja. Matanya memandang pelik kearah Farah.

"Iye mak. Ayah nak cucu." ulang Farah sekali lagi.

"Ayah kau cakap macam tu? Eh, tak pernah pernah dia cakap dekat mak pasal cucu. Pasal menantu lagilah. Langsung tak pernah. Demam ke ayah kau tu?" Farah ketawa kecil.

"Ayah sihat jelah. Tak demam pun. Tadi dia baru je lepas bercakap dengan pakcik Osman. Menantu Pak cik Osman tu baru je lepas melahirkan anak. Tu yang ayah pun tetiba teringin nak cucu." Terang Farah. Farah mengerling kearah Syaza yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Along dah ada calon ke belum?" soal Farah. Syaza memandang kearah Farah dan Puan Rafidah silih berganti. Tidak lama kemudian, kepalanya digeleng.

"Along takde calon lagi." Sayu nada suara Syaza. Farah mengeluh perlahan.

"Tak pelah, along tak yah sedihlah. Ayah cakap je. Tak payahlah nak ambil serious eh."

"Hm, betul cakap angah tu. Walaupun kami tak sabar nak dapat menantu, tapi kami faham. Biasalah, jodoh tak sampai lagi." Kata Puan Rafidah cuba meredakan hati si anak sulung. Syaza tersenyum kelat. Tangan Puan Rafidah dicapainya dan diusap lembut.

"Along janji tahun ni jugak along akan kahwin. Tapi kalau sampai tahun depan along tak kahwin lagi, along serahkan perkara ni dekat mak dan ayah. Mak carikanlah jodoh yang sesuai untuk along."

"Betul ke ni along?" Tanya Puan Rafidah kembali inginkan kepastian. Laju Syaza menganggukkan kepalanya.

"Along serahkan pada mak dan ayah." Tersenyum lebar Puan Rafidah mendengar pesanan itu. Kepala Syaza diusapnya.

"Alhamdulillah,baguslah macam tu. Tak sabar mak nak dapat menantu." ujar Puan Rafidah. Dia kembali mengacau air kopi.

"Nah, bagi dekat ayah. Kesian dia lama tunggu." Puan Rafidah menghulurkan air kopi yang dibancuhnya kepada Farah. Cawan tersebut diambilnya dan dibawa dengan penuh berhati-hati.

Dia melabuhkan punggungnya dikerusi. Angin malam menyapa dirinya. Disandarkan badannya sambil jarinya menari-nari dipenghadang kerusi.

"Farah" Tangannya naik mengurut pelipisnya.

"Betul ke apa yang aku nak buat ni?" soalnya sendirian. Telefonnya dicapai diatas meja bulat. Nama Farah dicarinya. Teragak-agak untuk dia menelefon Farah.

"Betul ke apa yang aku tengah buat ni?" akhirnya dia mengeluh kecil. Telefon ditangan kembali diletakkan diatas meja bulat.

"Ikmal?" soal suara dibelakangnya. Lekas Ikmal memusingkan badannya.

"Eh ma." Dia membetulkan duduknya. Puan Zainab tersenyum kepada anaknya itu. Kerusi didepan Ikmal ditariknya dan dilabuhkan duduknya diatas kerusi. Dia memandang tepat kearah anaknya itu.

"Kenapa mama pandang Ikmal macam tu?"

"Ikmal ni ada masalah ke? Dari tadi lagi mama tengok Ikmal ni macam ada masalah je. Ajak makan pun tak nak. Selalu bila ajak makan laju je." soal Puan Zainab. Ikmal tersenyum kelat.

"Mana adalah ma. Ikmal okey je. Cuma tadi Ikmal tak de selera nak makan. Tu yang tak turun tu. Mama don't worrylah. I'm okey." ujar Ikmal cuba menyembunyikan masalahnya. Puan Zainab memandang kearah Ikmal dengan pandangan tidak percaya.

"Betul ni?"Ikmal menganggukkan kepalanya.

"Betul"

"Hm, yelah. Kalau Ikmal ada masalah, bagitau mama. Jangan buat mama risau macam ni. Mama tak sukalah tengok anak mama macam ni. Apa-apa, bagitau je mama. Mama sanggup buat apa saja untuk satu-satunya anak mama ni." ujar Puan Zainab. Ikmal tersenyum.

"Ok ma." balas Ikmal.

"Oklah, mama masuk dalam dulu. Jangan duduk lama sangat kat luar ni. Nanti demam pulak." ujar Puan Zainab. Dia bangun daripada duduknya dan berlalu meninggalkan anaknya itu. Ikmal mengeluh kecil. Telefon diatas meja ditenungnya.

"Nak call dia ke tak?" setelah agak lama berfikir, dia mancapai kembali telefonnya itu. Nama Farah ditekannya. Telefon didekapkan ketelinga.

Tut tut! Tut tut

Ikmal memandang kearah telefon ditangannya. Dia kembali menelefon Farah.

"Ah kenyangnya!" Farah telahpun menyandarkan badannya dikerusi makan. Mereka baru sahaja selesai makan malam.

"Kalau macam ni, silap hari bulan, buncitlah ayah." kata Encik Azhar. Puan Rafidah tersenyum.

"Masakan mak semuanya sedap-sedap. Cenggini." Farah menaikkan kedua ibu jarinya.

"Apa-apa jelah." Puan Rafidah mula bangun dan menyusun pinggan mangkuk untuk dibawa kesinki. Syaza turut membantu ibunya.

"Intan, pergi bangun cuci tangan tu. Lepastu pergi siapkan kerja sekolah ye." arah Puan Rafidah.

" Adik tak larat nak bangun. " Jawab Intan. Dia juga turut menyandarkan badannya kekerusi. Mereka yang mendengar jawapan Intan terus ketawa.

"Amboi, dah pandak ek.Siapa yang ajar ni?" Farah menarik hidung Intan.

" Angah yang ajar. "balas Intan selamba. Dia turun daripada kerusi dan membasuh tangannya. Farah hanya mencekak pinggang.

"Suka hati je tuduh aku." Farah turut membasuh tangannya yang kotor dan berlalu naik kebilik.

Telefon diatas katil dicapainya. Keningnya berkerut.

"Ada apa Ikmal ni call aku?" dilabuhkan punggungnya dibirai katil.

"Nak call dia balik ke tak nak?" tertanya-tanya Farah sendirian.

Kring! Kring!

Telefonnya berbunyi. Tertera nama Ikmal diskrin telefonnya. Tangannya dibawa kebutang hijau. Telefon didekapkan ketelinga.

"Assalamualaikum." Tiada balasan. Dia kembali mengerutkan keningnya.

"Hello?" tetap tiada sebarang balasan. Farah semakin geram.

"Kalau rasa tak de nak cakap apa-apa, baik tak payah call. Menyusahkan orang je." marah Farah.

"Waalaikumussalam." jari Farah mula terhenti. Tidak jadi untuk dia menamatkan panggilan.

"Kenapa awak tak angkat panggilan saya tadi?" soal Ikmal.

"Sorry, saya baru je lepas makan. Tak dengar pulak call saya berbunyi."

"Ouh." balas Ikmal sepatah.

"Ada apa awak call saya ni?"

"Hm, tak de pape pun. Cuma saya saje nak tau awak tengah buat apa tu?"

"Tak de buat apa-apa pun." keadaan kembali sepi. Masing-masing mendiamkan diri.

"Kalau tak de apa-apa lagi, saya off dulu." ujar Farah. Dia bangun daripada duduknya dan berlalu ke meja belajar. Dilabuhkan punggungnya dikerusi dan laptop dihadapannya dibuka.

"Eh sekejap." halang Ikmal sedikit menjerit.

"Em,kita jumpa esok ye. Dekat pantai. Jangan lupa." pesan Ikmal.

"Ye,saya ingat."

"Ok lah kalau macam tu,bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Mereka mula menamatkan panggilan. Diletakkan telefonnya diatas meja belajar.

"Baik aku layan youtube lagi bagus." ujar Farah .Ikmal memandang kearah telefon ditangan. Dia tersenyum.

"I can't wait to see you." Didongakkan kepalanya memandang kelangit malam.

"Haih,tak sabar." Tidak lama kemudian,dia bangun dan melangkah masuk kedalam rumah.

sorry lmbt sikit update. Pagi tadi agak kelam kabut sikit. Ada hal. hehe. Teruskan support Ez.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience