Bab 17

Romance Series 7965

"Along,barang hantaran semua dah siap ke? Baju pengantin dah pergi tempah ke belum? Kursus perkahwinan dah ambil kan?" Tanya Puan Rafidah kepada Syaza bertalu-talu. Lagi seminggu je perkahwinan Syaza akan dilangsungkan. Puan Rafidah begitu gembira ingin mendapat menantu.

"Dah mak. Alhamdulillah semuanya dah siap. Tapi tinggal cincin je tak pilih lagi. Nanti along nak keluar dengan abang Afiq tau mak." balas Syaza sambil sempat meminta izin.

" Iyelah. Jangan lama sangat keluar. Kamu tu darah muda." pesan Puan Rafidah.

" Baik mak." Syaza yang sedang duduk bersimpuh muka bangun masuk kebiliknya. Ingin bersiaplah tu.

"Amboi mak,tak sabar bebenor nak dapat menantu." Usik Farah.Dia sedang menolong mengemaskan barang hantaran.

"Mestilah mak tak sabar,pertama kali nak dapat menantu. Dah lama mak tunggu anak-anak mak ni kahwin. Akhirnya sampai juga seru kakak kau tu ye. Lega hati mak dapat juga tengok anak mak kahwin sebelum mak menutup mata."

" Apa mak ni. Janganlah cakap macam tu. Macam nak pergi tinggalkan kami je." Terhenti tangan Farah yang dari tadi lincah menolong. Dipandangnya muka Puan Rafidah dalam seperti cuba mencari maksud disebalik ayat tadi.

"Mak cuma cakap je. Mana la tau kan ajal mak ni pergi dulu. Sebelum mak pergi,mak nak la tengok anak-anak mak ni kahwin. Ada suami. Boleh jugak tolong jagakan anak-anak mak ni."

"Ish,dah la mak. Tak mau cakap macam ni dah."

"Iyelah." Farah kembali menyiapkan kerja yang tergendala.

"Mak,mana ayah?" Melilau mata Intan mencari Encik Azhar di dalam rumah.

"Laa,ayahkan tolong dirikan kanopi. Nanti ayah masuklah rumah bila dah siap pasang kanopi tu. Dah meh sini duduk dekat mak." Puan Rafidah menepuk tempat disebelahnya menyuruh Intan duduk disitu.

'Meriah sungguh suasana. Agak-agaknya masa aku kahwin nanti meriah tak macam ni?' Terdetik dihati Farah inginkan kemeriahan seperti ini.

"Jadi ke keluarga mak long dengan mak lang datang sini mak?"

" Jadi. Katanya esok baru bertolak."

"Ok dah siap,angah masuk bilik dulu ye." Pamit Farah. Kebas punggung dia dari tadi duduk je. Farah berlalu masuk ke biliknya. Dicapainya telefon bimbitnya dibirai katil lalu punggungnya dilabuhkan disitu. Tanpa disangka, telefonnya berdering menandakan ada orang menelefonnya. Lekas matanya jatuh kearah nama pemanggil. Secarik senyuman terbit dibibirnya.

Butang hijau ditekannya lalu ditekap ketelinganya.

"Farah!!!" belum apa-apa namanya telah dipanggil dengan kuat. Terus pergerakan Farah drastik melarikan telefonnya daripada telinga. Berkerut mukanya. Sesaat kemudian, telefon kembali dtekap ketelinga.

"Woi,taulah rindu.Tak payahlah nak menjerit bagai tarzan. Aku belum pekaklah." geram Farah dibuatnya. Terdengar suara disebelah sana sedang ketawa. Semakin lama tawa itu pun semakin reda.

"Tulah kau Lina, menjerit lagi. Kan Farah dah marah. Nasiblah kau. Dia merajuk tak taulah."ujar Amy cuba mengenakan Lina pula. Farah sudah ketawa kecil. Macamlah tadi dia tak menjerit.

"Ewah-ewah,sesuka hati kau je kan. Siapa yang paling kuat menjerit tadi? Kau ke aku?" bidas Lina.

" Dah lah tu. Aku tak nak korang salahkan sesama sendiri. Sedar sikit yang salahnya korang berdua ye. Korang berdua." perkataan korang berdua ditekannya.

" Hehe, sorry sorry." ucap Amy.

"Sekarang ni korang call aku nak apa?" tanya Farah.

" Tak de pape. Saje je kitorang call. Dah lama tak dengar suara kau." ujar Lina.

" Rindu akulah tu." usik Farah.

" Eh excuse me. Tak pernah terdetik dihati ini nak rindukan kau." dalih Amy.

" Entahnya. Kitorang cuma cakap dah lama tak dengar suara kau. Bukannya rindukan kau. So,please jangan perasan." sambung Lina. Farah sudah ketawa.

" Tak pelah. Aku faham dengan orang macam korang ni. Rindu tapi tak nak mengaku."

" Pape jelah." serentak Lina dan Amy berkata.

" Eh,macam mana dengan persiapan perkahwinan kakak kau tu? Semua okey tak? Ada apa-apa yang kitorang kena tolong? " tanya Lina prihatin.

" Semua okey je. Tak de apa-apa yang perlu ditolong dah. Semua dah siap. Sekarang ni pun tinggal dirikan kanopi je. Lepas tu siap. Tinggal majlis perkahwinan ni bermula je." terang Farah. Dia bangun daripada duduknya dan berjalan kearah tingkap. Langsir diselaknya sikit. Matanya dihalakan kearah orang ramai yang sedang sibuk diluar.

"Ouhh,baguslah macam tu. Apa tema kahwin kakak kau tu? Aku pun nak pakai baju yang sama warnalah." kata Amy. Farah cuba mengingat kembali.

"Rasanya ungu dengan biru gelap kot. Keluarga aku pulak nanti pakai baju warna pink."

" Ouhh,kalau macam tu,weh Amy. Jom pakai baju sama warna nak tak? Baju warna hitam pun okey gak." cadang Lina.

" Banyak-banyak warna kat dunia ni,warna hitam jugak kau pilih. Kita nak pergi majlis kahwin orang,bukan nak pergi majlis pengebumian orang. Pilihlah baju yang terang sikit." omel Amy. Farah sekadar menggelengkan kepalanya. Ada je yang nak digaduhkannya.

"Kau pakai baju warna apa nanti Farah?" tanya Lina.

" Keluarga aku nak pakai sedondon warna pink. Masalahnya aku mana ada baju warna pink. Geli siot." Farah sudahpun membuat gaya geli. Tidak boleh dibayangkan dirinya memakai baju kurung warna pink. Nak pakai baju kurung pun susah,inikan pula ditambah dengan warna pink.

Lina dan Amy mula ketawa.

"Mesti comelkan Farah bila pakai baju warna pink nanti. Ayu giteww." usik Amy. Farah sudah pun menjulingkan biji matanya keatas.

"Tak pasal-pasal aku kena tempah baju kurung warna pink. Apalah nasib." sesekali dia memandang keluar tingkap.

"Oklah,aku nak solat asar jap. Lepastu aku nak tolong balik apa yang patut untuk perkahwinan kakak aku nanti. Korang jangan lupa datang tau." sempat Farah memesan setelah agak lama berbual.

"Amboi,gaya excited kau macam kau pulak yang nak kahwin ek. HAHAHAHAH." Sakat Lina. Tawanya disambut Amy.

"Gila kau? Aku excitedla sebab first time kan nak dapat abang ipar. Lagipon sebelumni aku dah jumpa dah bakal abang ipar aku tu. Baik orangnya. So aku tak kesah pon untuk dia jadi sebahagian daripada keluarga kami." Terang Farah.

"HAHAHAHA,lepas ni turn kau pulak la naik pelamin." Usik Amy pulak.

"Ishh,lambat lagi." akhirnya mereka pun memutuskan panggilan masing-masing. Telefon yang ditekap ketelinga dijatuhkan. Matanya kembali memandang keluar tingkap.

                                     

Seminggu kemudian...

"Nak bergambar jugak"

"Farah duduk kat belakang Abang long dengan along. Mak dengan ayah duduk kat sebelah dorang ni. Si Intan berdiri sebelah mak la."

"Lagi-lagi. Nak tangkap gambar lagi."

Harini adalah hari yang ditunggukan oleh semua orang. Terutamanya adalah Syaza dan Abang Afiq. Biasalah,orang nak melangsungkan akad nikah. Majlis perkahwinan alongnya berjalan dengan lancar. Meriah sungguh suasana pada hari ini.

"Dahla,angah dah penat nak bergambar. Angah lapar la. Nak gi makan dulu." Kata Farah. Berpeluh badannya dari tadi bergambar. Naik kebas pipinya dari tadi tersenyum. Ahli keluarganya masih bergambar.

Farah keluar menuju ke bahagian-bahagian makanan yang disusun dibawah kanopi. Ketika dia sedang memikirkan makanan yang ingin dimakannya,tiba-tiba ada yang mencuit bahunya. Farah memandang kebelakang.

"Ya Allah koranggg... Ingatkan korang tak datang tadi. Lama aku tunggu." Farah menjerit kecil.

"HAHAHAH,apalah kau ni. Mestilah kitorang akan datang. Bila kau kahwin pon, kitorang still akan datang punyalah." Balas Lina.

"Eh,jomlah makan. Lepas makan korang boleh tengok pengantinnya." Ajak Farah sambil kembali memilih makanan.

Masing-masing terus mengambil pinggan. Selepas mengambil makanan,mereka mencari tempat yang kosong.

"Eh situ kosong,jom la gi sana." Tunjuk Amy disatu arah. Berpakat mereka berjalan menuju ditempat yang ditunjuk.

Mereka mula menjamu selera. Setelah selesai makan,Farah mengajak Amy dan Lina untuk berjumpa dengan along dan abang iparnya.

"Lepas ni dah takdelah orang yang nak tolong mak kat dapur." Usik Farah kepada kakak sulungnya itu.

"HAHAHHAHA,angah la pulak ye lepas ni tolong mak. Jangan asyik malas je." Balas Syaza.

" Eh mesti. Angah mesti akan tolong mak punyalah. Kan mak kan?" bahu Puan Rafidah dipeluknya.

"Hurm,kita tengok je la. Nak ke tak si angah ni tolong mak." Balas Puan Rafidah pula. Farah hanya tersengih.

Akhirnya majlis berlangsung dengan jayanya. Tetamu semua dah balik kerumah masing-masing.
Masing-masing melepaskan lelah setelah sehari suntuk menguruskan majlis perkahwinan Syaza.

Maaf jika ada banyak kekurangan. Masih cuba membuat yang terbaik. Pape pun, jangan lupa comment. Happy reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience