Bab 10

Romance Series 7967

Malam berganti pagi. Perlahan-lahan Farah membuka matanya. Silau matahari yang menerobos masuk melalui langsir yang sedikit terselak menyilaukan mata Farah. Terkelip-kelip Farah dibuatnya. Tangannya dijadikan penghalang daripada terkena silau. Badannya dipusingkan membelakangi silau mentari.

Kepalanya dipegang. Dahinya berkerut menahan pening kepala. 'Tulah kau, yang pergi sambung balik tidur tu dah kenapa? Tak pasal-pasal pening kepala sebab terlampau lama tidur. '

Badannya digeliatkan. Cuba membetulkan kembali uratnya.

Telefon dimeja lampu bersebelahan katilnya dicapainya. Telefon dibuka. Farah bangun mengejut. Rambutnya yang kusut masai dibiarkan. Dia melihat kearah jam dinding biliknya. Pukul 10 pagi. Matanya kembali dihalakan kearah telefonnya.

"Ya Allah, banyaknya missed call." Terdapat banyak panggilan yang tidak berjawab daripada Ikmal.

"Aduhh Farah, macam mana kau boleh lupa yang kau kena jumpa Ikmal pagi ni?" Telefonnya diketukkan perlahan kedahinya.

Nama Ikmal ditekannya. Telefon didekapkan ditelinga. Menunggu panggilannya dijawab.

Tut! Tut!

"Asaalamualaikum." Farah mengeluh lega. Nasiblah panggilannya dijawab.

"Waalaikumussalam. Awak,sorry sangat." Cepat-cepat Farah memohon maaf. Terdengar ketawa kecil daripada Ikmal.

" Awak ni risau sangatlah. Saya okey je. Petang ni kita jumpa boleh kan?" Farah berfikir sejenak.

"Petang ni? Boleh kot. Nanti saya bagitau awak balik kalau jadi." ujar Farah.

"Jangan tak jadi pulak petang ni. Kalau awak tak datang,saya datang rumah awak." ugut Ikmal. Farah menjauhkan sedikit telefonnya.

"Ewah-ewah. Suka hati kau je main ugut-ugut dengan aku. Tak nak datang terus padan muka. "sempat Farah membebel sebelum telefon kembali didekapkan ketelinga.

"Iyelah, saya janji saya akan datang. Eh dah lah, kalau tak de nak cakap apa-apa lagi, saya tutup dulu. "

" Awak mesti baru bangun daripada tidur kan?" teka Ikmal.

"Saya sambung tidur lepas solat subuh tadi. Tak sangka terlajak pulak sampai langsung tak dengar awak call." terang Farah. Ikmal ketawa. Farah mengerutkan keningnya.

"Lawak sangat ke?"

"Tak. Cuma awak cute bila cakap macam tu." puji Ikmal. Tergamam Farah dibuatnya.

"Oklah,nanti kita jumpa ye. Bye." Ikmal memutuskan panggilan.

" Bye." Kata Farah perlahan. Telefonnya diletakkan diatas paha.

"Cute? Dia cakap aku comel?" bisik Farah. Dia tersenyum. Tidak lama kemudian,matanya terbuntang. Dia memukul berkali-kali pipinya.

"Wake up Farah. Apa yang kau tengah buat ni? Kau boleh suka balik dekat orang yang reject kau? What?? Ish,Ikmal tu main-main jelah dengan kau Farah.Tak de maknanya dia suka kau. Jangan nak perasanlah." marah Farah pada dirinya sendiri. Telefon diribanya dicampakkan ketepi.

Selimut diselaknya dan dia berjalan turun ke tingkat bawah. Matanya dililaukan mencari ahli keluarganya didapur.

"Mana semua orang ni? Senyap je." baru beberapa langkah dia berjalan menuju keruang tamu, kakinya terhenti.

"Aish, tak boleh jadi ni. Nak terkencinglah pulak." cepat-cepat dia berpatah balik masuk kedalam tandas.

Seorang lelaki yang memakai baju polo berwarna merah sedang berdiri dibalkoni biliknya. Tangan kirinya dimasukkan kedalam poket seluar jeansnya. Sesekali rambut depan lelaki itu yang disisir kemas beralun ditiup angin luar.

Kring! Kring!

Telefonnya berbunyi. Lamunannya terhenti. Cepat-cepat dia mengambil telefonnya didalam poket seluarnya. Nama pemanggil dilihatnya sekilas sebelum dia menekan butang hijau.

"Hello. Ada apa kau call aku ni?"

"Bos, aku dah jumpa perempuan tu bos. Aku pun dah hantar orang-orang aku untuk tengok-tengokkan perempuan tu." Lelaki itu terus berdiri tegak.

"Ye ke? Baguslah. Kau jangan nak buat apa-apa dekat perempuan tu sebelum aku beri arahan. Kalau aku tau, siap kau aku kerjakan." Tegas lelaki itu memberi arahan.

"Baik bos."

"Petang ni kita jumpa dekat tempat biasa. Aku nak tengok apa je yang kau dah dapat pasal perempuan tu."

"Ok bos. Beres. Petang ni kita jumpa." Lelaki itu memutuskan panggilan.

"Farah." Tanpa sedar, dia tersenyum.

"Ah, lega." Farah membetulkan sedikit seluarnya. Kakinya dibawa kearah meja makan. Tudung saji dibukanya. Tersedia makanan dibawah tudung saji. Lekas tangannya mencapai pinggan yang disusun kemas dirak yang berdekatan dengan sinki.

Baru sahaja dia ingin menyenduk mee goreng kedalam pinggan, terdengar gelak ketawa kedua orang tuanya diruang tamu.

"Lah, kat depan rupanya. Patutlah sunyi je dapur ni." Tidak jadi dia ingin menyenduk mee goreng itu. Dia bangun daripada duduknya dan berjalan keruang tamu. Kelibat Puan Rafidah dan Encik Azhar yang sedang bergelak ketawa sambil menonton tv diperhatikan oleh Farah. Tersenyum-senyum dia melihat gelagat orang tuanya.

Kakinya dibawa melangkah kearah belakang sofa yang diduduki oleh kedua orang tuanya.

"Mak! Ayah!" sapa Farah ceria.

"Hm, dah bangun dah. Ingatkan nak tidur sampai lusa." perli Encik Azhar. Puan Rafidah memukul manja lengan suaminya.

" Ish ayah ni,apa pulak cakap macam tu. Tak baik tau cakap macam tu." Encik Azhar hanya membuat muka selamba. Matanya difokuskan kearah skrin televisyen.

"Angah dah makan?" tanya Puan Rafidah.

"Belum lagi." Matanya turut memandang kearah televisyen.

" Eh,pergilah makan. Nanti perut tu masuk angin." Farah mengecilkan matanya.

" Ni halau angah ni mesti tak puas bermanja dengan ayah kan.Tak pe,angah faham." ujar Farah. Pantas tangan Puan Rafidah memukul tangan anaknya.

"Ish budak ni." Farah ketawa.

"Ok ok. Angah pergi."

" Jangan jeolous." ujar Encik Azhar membuatkan ketawa Farah semakin menjadi-jadi. Puan Rafidah menolak sedikit paha suaminya.

Tergeleng-geleng Farah dibuatnya. Matanya melilau mencari kelibat Syaza dan Intan.

"Mak, ayah. Along dengan adik mana?"

"Adik dah pergi sekolah dah. Along pun dah masuk kerja." balas Puan Rafidah.

" Ouh."

"Tu lah, tidur je. Sampai orang gi sekolah pun tak tau. " ujar Encik Azhar. Dicapainya cawan yang berisi air panas. Dicicipnya sedikit.

" Angah ngantuk sangatlah tadi. Tu yang tidur balik." balas Farah.

"Dahlah, angah pergi makan. Jom mak temankan makan."

" Eh tak payahlah mak. Angah boleh makan seorang diri."

" Ha yelah. Pergilah makan." Arah Puan Rafidah. Farah kembali melangkah kedapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience