Bab 8

Romance Series 7965

Keluhan kecil dilepaskan. Punggungnya dilabuhkan dibirai katil. Mesej daripada Ikmal dibacanya kembali.

Ikmal : Assalamualaikum Farah.

Ikmal : Awak apa khabar?Sihat ke?

Telefon ditangan diletakkan ditepi. Keningnya digaru.

'Dah kenapa dengan dia ni. Takde angin, takde ribut tiba-tiba chat orang. Demam ke apa?' omel Farah didalam hati.

Ting!

Telefonnya berbunyi. Pantas tangannya mengambil kembali telefon ditepi.

Ikmal : Kenapa tak reply? Tak sudi ke nak berkawan dengan saya?

Dahinya berkerut. Bibirnya diketap rapat menahan geram.

"Ish, mamat ni memanglah. Dulu kau yang tak sudi nak dekat aku. Sekarang terhegeh-hegeh dah kenapa?"

Laju jari Farah menaip diatas papan kekunci.

Farah : Waalaikumussalam. Alhamdulillah, saya sihat je.

Farah : Sorry late reply.

Ikmal : Hurm.. tak pe. Tau saya tak penting..

Farah kembali mengerutkan dahinya. Apa masalah mamat ni?

Farah : Ada apa awak chat saya ni?

Terus dia menukar topik perbualan. Dirinya malas untuk berbual lebih lama dengan lelaki itu. Lagipun,dia juga ingin mengetahui sebab musabab lelaki itu mesej dirinya.

Ikmal : Awak free tak? Boleh kita jumpa?

Farah berfikir sejenak. Tangannya kembali menaip diatas papan kekunci.

Farah : Kenapa awak nak jumpa saya?

Ikmal : Saya ada nak cakap something dekat awak. Boleh kita jumpa?

Farah : Cakap jelah sekarang.

Ikmal : Please Farah. Sekejap pun tak pelah.Asalkan saya dapat jumpa awak.

"Ish, mengadalah mamat ni. Kau dah reject aku, sekarang ni kau nak jumpa aku balik? Memang tak lah aku nak jumpa kau."

Farah : Sorry. Saya malas. Please understand me.

Ikmal : Farah, please... I need to see you.

"Arghh, kau ni memang tak faham bahasalah. Dah aku cakap tak nak tu tak naklah. Boleh tak tolong faham?" Geram Farah dibuatnya. Bibir Farah terkumat-kamit membebel.

Farah : Ish, yelah. Kat mana?

Ikmal : Nanti saya bagitau. Kita jumpa esok ye.Thank you Farah sudi jumpa saya

Tercengang Farah dibuatnya.

"Kau beria pujuk-pujuk aku ajak jumpa, aku ingatkan kau nak jumpa harini. Rupanya esok??" Farah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia merebahkan dirinya diatas katil. Mesej daripada Ikmal tadi dibiarkan sahaja. Telefon diletakkan diatas badannya. Mata difokuskan pada kipas yang ligat berpusing diatas. Matanya semakin lama semakin layu. Akhirnya dia tertidur.

Kakinya dibawa melangkah menuruni anak tangga. Farah tersenyum melihat kelibat Syaza dan Puan Rafidah didapur. Kerusi dimeja makan ditariknya. Punggungnya dilabuhkan dihadapan Syaza sambil jarinya menari-nari diatas meja makan.

"Mak nak masak apa ni?" Tanya Farah. Dipandangnya Syaza yang sedang memotong bawang merah.

"Mak nak masak tom tam je. Dengan ayam goreng." Balas Puan Rafidah.

"Haih mak ni,tak penat ke? Kita baru je balik dari Perak tu. Pergilah rehat dulu. Mak tak masak untuk makan malam ni pun tak pe. Kitorang tak kesah pun. Kitorang faham." ujar Farah. Puan Rafidah yang sedang menggoreng ayam terus terhenti pergerakannya. Badannya dipusingkan memandang kearah Farah.

"Mak tak bolehlah duduk diam je. Lagipun bukannya susah pun masak ni. Mak okey je." Farah mengeluh.

"Tak pelah kalau macam tu,kita makan kat luar je. Mak tak payah susah-susah nak masak." Puan Rafidah kembali menggoreng ayam.

"Ish,tak pe. Lagipun along pun tolong mak. Takdelah penat sangat." Farah menyandarkan badannya kekerusi. Tak tau lagi macam mana cara untuk dia memujuk ibunya.

"Gemuklah angah lepas ni asyik makan ayam je." ujar Farah setelah masing-masing menyepi.

"Angah memang gemuk pun." balas Syaza. Dia tertawa kecil. Farah hanya memandangnya tajam.

"Angah ambil result SPM bila?" Soal Syaza setelah tawanya reda. Farah yang leka memerhatikan Syaza memotong lobak merah terus beralih arah melihat kakaknya. Dia mencarikkan sedikit senyuman.

"Tinggal bulan ni je. Bulan depan result dah keluarlah. Lepas tu tunggulah information daripada cikgu untuk ambil result kat sekolah."

"Masa exam haritu,ada yang tak berjawab tak?" Soal Syaza lagi.

"Ish,apa along ni. Ni angah lah. Nur Farah Nasuha binti Azhar. Angah takkan biarkan kosong tak berjawab." Tangannya dimain-mainkan sesama sendiri.

"Lagi-lagi exam besar macam tu. Memang taklah nak biarkan. Nak kena hempuk dengan mak?" Balas Farah sambil mengusik ibunya.

Puan Rafidah yang sedang menggoreng ayam kembali memusingkan badannya kebelakang. Senduk ditangan diacahnya seperti ingin memukul Farah.

"Ampun mak!" Farah menjerit kecil. Dia terus bangun daripada duduknya dan berlari anak menuju keruang tamu. Terdengar tawa Puan Rafidah dan Syaza didapur.

Farah tersenyum. Dia menarik dan menghembuskan nafasnya laju. Haih! baru lari sikit dah penat. Tulah,malas lagi nak jogging. Asyik duduk kat rumah makan tidur je.

Farah mengusap perutnya. Uish,dah semakin membuncit perut aku ni. Tak kira,esok aku kena jogging jugak. Eleh kau Farah,cakap je nak jogging. Nanti kau terbongkang atas katil lagi.

Matanya dialihkan memandang kearah Intan yang khusyuk menonton televisyen.

"Oi adik. Ayah mana?" Tanya Farah yang sudah berdiri dibelakang sofa. Rambut Intan dimainnya.

"Kat luar." Jawab Intan yang masih khusyuk menonton cerita kartun kegemarannya.

Farah turut memandang kearah skrin televisyen. Tanpa disedari,tangannya sudah menarik-narik rambut Intan.

"Arghh! Janganlah tarik rambut Intan. Sakitlah!" Jerit Intan. Farah yang tersedar terus melepaskan tangannya dari rambut Intan.

"Sorry." Ucap Farah sambil tersengih.

Intan sekadar menjelingnya sambil mengusap rambutnya yang baru ditarik. Matanya kembali fokus kearah televisyen.

Farah memandang keluar. Pintu yang dibiarkan terbuka memudahkan Farah mencari ayahnya. Dia tersenyum kecil sambil kakinya melangkah menuju kearah Encik Azhar yang sedang berdiri sambil bercakap-cakap didalam talian.

Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi batu yang berdekatan. Sesekali matanya memandang kearah ayahnya yang masih bercakap ditelefon.

"Alhamdulillah,perempuan ke lelaki? Hurm,si Syaza tu mana ada lagi. Bila ditanya,katanya awal lagi. Macam-macam budak zaman sekarang ni." Terdengar ketawa kecil yang keluar dari mulut Encik Azhar.

Farah yang mendengar perbualan itu mengerutkan keningnya. 'Kenapa dengan Syaza?' Telinga ditajamkan untuk mendengar perbualan Encik Azhar.

"Doakan lah ye moga sampai serunya. Aku pun tak sabar ni nak dapat menantu."

"Menantu? Siapa yang nak kahwin? Along ke?"

"Oklah, ada apa-apa berita bagitau aku. Ok assalamualaikum." Encik Azhar mula menamatkan perbualan. Dia tersenyum kecil.

Dia duduk dikerusi disebelah Farah. Telefonnya diletakkan diatas meja bulat. Dia memandang kearah Farah yang sedari tadi memerhatikan dirinya.

"Kenapa pandang ayah macam tu?"

"Ayah bercakap dengan siapa tadi?" Soal Farah ingin tahu.

"Dengan Pak cik Osman." Farah menganggukkan kepalanya perlahan. Pak cik Osman adalah kawan ayahnya. Dia juga amat rapat dengan keluarga mereka.

"Menantu dia baru je tadi melahirkan anak. Dapatlah dia cucu perempuan." Terlopong mulut Farah.

"Betul ke ayah?" Encik Azhar sekadar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Farah meraup mukanya.

"Alhamdulillah. Mesti comel kan cucu diorang."

"Nanti ada masa, kita pergilah ziarah mereka."

"Yeayy!" Farah menepuk tangannya.

"Ayah pun teringin nak ada cucu." Ujar Encik Azhar tiba-tiba. Farah yang masih lagi menepuk tangannya terus terhenti.

"Cucu?" Soal Farah kembali. Encik Azhar menganggukkan kepalanya.

"Along tu mana ada calon."

"Hm,tulah. Kalau sampai tahun depan dia tetap takde calon,terpaksalah ayah carikan dia calon."

"Ish ayah ni. Janganlah macam tu. Pasal ni ayah kena cakap dengan dia. Biar dia je yang cari bakal suami dia."

"Nak tunggu dia cari calon suami dia tu,masa tu mungkin ayah dah takde dah kat dunia ni."

"Ayah..." Farah memegang lengan Encik Azhar.

"Bagilah along tu masa. Jangan paksa dia sangat. Lagipun dia kan masih muda lagi. Pandai-pandailah dia atur life dia sendiri. Ayah tak payah risaulah. Nanti ayah akan dapat juga menantu. Lepastu dapat cucu. Angah pun akan jadi mak cik." Seloroh Farah. Encik Azhar menghamburkan tawanya.

"Iyelah. Terpaksalah ayah menunggu lagi." Farah ketawa kecil.

"Angah." Panggil Encik Azhar perlahan.

"Kenape? Ayah ada nak apa-apa ke?" Tanya Farah.

"Ayah nak air. Boleh ambilkan tak?" Farah tersenyum kecil.

"Boleh je yah. Jap eh,angah ambilkan." Farah bangun dari kerusi. Dia masuk kembali kedalam rumah menuju kedapur.

Pintu peti ais dibukanya. Dicapai botol besar yang berisi air kosong lalu diletakkan diatas meja makan. Cawan dikabinet turut dicapainya. Diisi air itu kedalam cawan sehingga penuh. Setelah selesai,disimpannya kembali botol kedalam peti ais.

Dibawa berhati-hati agar air tersebut tidak tumpah. Baru beberapa langkah dia berjalan, dirinya telah dipanggil oleh Puan Rafidah.

Dia memusingkan badannya menghadap ibunya.

"Ye, ibu nak apa-apa ke?" Soal Farah.

"Air tu nak bawak gi mana?"

"Ouhh, ayah nak air. Ni untuk ayahlah ni."

"Kenapa tak cakap? Takpelah, mak bancuhkan air." Farah mengangukkan kepalanya perlahan. Dia menarik kerusi lalu dilabuhkan punggungnya dihadapan Syaza yang sudah selesai memotong lobak merah.

Cawan yang berisi air kosong tadi diminumnya. Ah! Lega.

"Along." Panggil Farah. Syaza yang baru hendak bangun kembali duduk.

"Nape?"

"Ayah nak cucu."

"Ha? Cucu?"

Luv u guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience