Bab 13

Romance Series 7967

Pagar rumah dibukanya lalu dikunci kembali. Dia berjalan menuju kearah laman. Kelihatan Puan Rapidah yang sedang meletakkan dua cawan air oren keatas meja. Dilabuhkan punggungnya disebelah suaminya.

"Assalamualaikum mak, ayah." Tangan kedua orang tuanya disalam.

"Waalaikumussalam." jawab Puan Rafidah dan Encik Azhar serentak.

" Lambat balik?" soal Encik Azhar.

"Ouhh, erm..Along jumpa kawan." gugup Syaza dibuatnya. Encik Azhar yang sedang membaca surat khabar melipat surat khabarnya dan diletakkan diatas meja.

"Lambatnya balik? Dari pagi tadi keluar, dah nak senja baru balik? Kenapa lewat sangat baliknya?" tanya Encik Azhar lagi.

" Along tadi ada hal sikit dengan kawan. Bincang pasal masa depan kitorang."

"Kalau ye pun nak bincang, janganlah balik lewat sangat. Risau ayah tau. Nasib kamu balik. Kalau sampai malam tak balik jugak, ayah dah buat report polis dah." lekas Syaza meletakkan beg tangannya diatas meja dan dilabuhkan punggungnya dikerusi.

"Ish ayahni, apa sampai nak buat report polis. Ok ok, along tau along salah. Kali ni je along balik lewat. Lepas ni along dah tak balik lambat dah." janji Syaza. Tangan kanannya diatas seperti sedang berikrar.

" Hm, yelah. Kalau nak sangat balik lewat, bagitau kami. Ni tidak, orang call banyak kali tak berjawab. Memanglah kami semua risau."

" Ayah call?" beg tangannya dicapai. Dikeluarkan telefon bimbitnya dan cuba dihidupkan.

"Laa, sorry ayah. Telefon along habis bateri. Sorry." tersengih-sengih Syaza dibuatnya.

"Dah lah, along pergi masuk dalam." arah Puan Rafidah. Syaza bangun daripada duduknya. Dicapainya beg tangannya diatas meja dan disangkutkan dibahunya.

"Along minta diri dulu ye." Puan Rafidah menganggukkan kepalanya. Syaza berlalu masuk kedalam rumah.

"Haih, tak fahamlah saya dengan budak zaman sekarang ni. Tak tau ke kat luar tu bahaya. Yang masih nak balik lambat tu dah kenapa?" marah Encik Azhar. Lengan suaminya itu diusap lembut.

"Abang ni janganlah kasar sangat dengan bebudak tu. Sian saya tengok. Lagipun baru je harini si along tu balik lambat. Abang tak payahlah nak marah sangat." kata Puan Rafidah.

" Saya ni bukannya sengaja nak marah mereka. Tapi diorang tu dah besar, perempuan pulak tu. Macam-macam boleh berlaku kat luar sana tu. Dengan kes rogolnya banyak. Manalah saya tak takut. "

" Lepastu keluar pulak dengan orang yang kita tak kenal. Entah baik ke tidak." sambung Encik Azhar lagi. Puan Rafidah yang memahami kegalauan hati suaminya hanya mampu mengusap lembut lengan suaminya itu. Cawan diatas meja dicapainya dan diberikan kepada suaminya itu.

Encik Azhar mengambil air yang diberikan padanya. Diteguk sekali dua untuk meredakan kemarahannya. Puan Rafidah turut mencapai airnya.

"Bang, jomlah masuk rumah. Dah nak senja ni. Tak elok dekat luar ni lama-lama." ajak Puan Rafidah. Encik Azhar hanya menganggukkan kepalanya. Puan Rafidah mengambil cawan ditangan suaminya dan bersama-sama masuk kedalam rumah.

"Mak, ayah." Mereka yang sedang makan malam terhenti. Masing-masing memandang kearah Syaza.

"Kenapa along?" tanya Puan Rafidah. Syaza meletakkan sudu diatas pinggan. Dia memandang satu persatu kearah ahli keluarganya.

"Along ada benda nak cakap ni."

"Cakapla cepat. Ish budak ni, suka sangat nak takut-takut kan kami lah. Risau mak dibuatnya." Syaza ketawa kecil.

" Ok macam ni. Cuba teka."

" Eh engko ni, kalo aku sembelih ko ni. Naya je hidup." kata Encik Azhar. Masing-masing ketawa dengan intonasi Encik Azhar tadi.

" Oklah. Along bagitau. Along nak kahwin." Masing-masing terlopong. Farah menepuk meja dengan agak kuat.

" Along biar betul? Jangan main-mainlah."

" Betullah. Along nak kahwin. Apa pulak main-mainnya?"

" Along dah fikir masak-masak ke ni?" soal Puan Rafidah. Syaza menganggukkan kepalanya berkali-kali.

"Dah."

"Siapa lelaki tu?" tanya Encik Azhar.

"Lelaki tadi."

"Lelaki yang hantar along balik tadi?" soal Puan Rafidah.

"Haah."

"Along kenal dengan dia dah berapa tahun? Mak tak pernah pun nampak dia sebelum ni."

" Along kenal dengan dia dah 3 bulan."

" Baru kenal 3 bulan dah nak kahwin? Along ni biar betul?" tanya Puan Rafidah. Syaza hanya menundukkan kepalanya.

" Dah lah tu awak. Kalau dah sampai waktunya untuk dia kahwin, apa salahnya. Masa berkenalan tu tak penting pun. Ada je yang dah kenal selama 5 tahun, tup tup tak jadi kahwin." ujar Encik Azhar.

" Memanglah bang. Tapi dah lah dengan lelaki tu pun kita tak kenal. Alih-alih balik rumah cakap nak kahwin. Mak mana yang tak risaunya?" balas Puan Rafidah.

" Macam nilah. Ayah rasa kamu patut bawa lelaki tu datang rumah jumpa mak dengan ayah dulu. Bagilah kami berkenalan jugak dengan bakal menantu." kata Encik Azhar. Syaza mengangkat kepalanya. Dia tersenyum lebar.

"Betul ke ni yah?" tanya Syaza. Encik Azhar menganggukkan kepalanya.

"Thank you yah. Thank you mak." Farah hanya menjadi pemerhati. Dia langsung tidak sangka bahawa selama ni kakaknya sudah mempunyai teman tapi mesra.

"Happylah tu." usik Farah. Semakin lebar senyuman dimuka Syaza.

"Mestilah happy."

"Dah dah. Kita sambung makan balik. Haih, habis sejuk lauk ni." kata Encik Azhar sambil menyambung kembali suapan kemulut. Masing-masing turut menyambung suapan.

Farah mengetuk pintu bilik Syaza. Terdengar laungan suara Syaza menyuruhnya masuk. Perlahan-lahan pintu bilik itu dibukanya. Dia melihat kearah Syaza yang sedang bermain telefon sambil menyandarkan dirinya dikepala katil.

Dia menuju kearah Syaza dan duduk dibahagian kaki Syaza. Diurutnya lembut kaki Syaza yang dibalut dengan selimut. Syaza yang leka bermain telefon mula mengalihkan mukanya kearah Farah.

"Angah ni dah kenapa?" tanya Syaza. Farah menghentikan urutannya.

"Angah nak tanya." Dipandangnya tepat kearah Syaza yang sedang memandangnya.

"Betul ke along nak kahwin?" Syaza ketawa kecil. Diletakkan telefonnya diribanya.

"Betullah. Apa ingat along ni main-main? Along serious tau."

"Along kahwin dengan abang Adli ke?" Tawa Syaza semakin kuat.

"Taklah. Bukan dengan abang Adli. Tapi dengan abang Afiq." kata Syaza.

"Wow, angah langsung tak sangka yang along nak kahwin. Along ni senyap-senyap je kan. Tup tup dah nak kahwin."

"Along pun sebenarnya tak sangka yang dia ajak along kahwin. Sebab kami pun kenal baru je 3 bulan. Bila jumpa tadi, terus dia ajak kahwin. Along terima jelah."

" Lagipun memang along pun sukakan dia. Sikap dia tu yang buatkan along jatuh cinta." sambung Syaza lagi.

" Tak sabar nak tengok rupa bakal abang ipar." ujar Farah. Syaza hanya tersenyum.

"Habislah abang Adli. Frust dia bila dapat tahu nanti along nak kahwin. Dah lah dia dari dulu lagi suka dekat along."

" Along ingatkan dulu along akan kahwin dengan dia. Tapi tulah perancangan Allah. Tak semestinya orang yang kita kenal akan jadi suami kita." Farah menganggukkan kepalanya.

" Melepaslah mak nak carikan along menantu." usik Farah.

"Tak pelah. Mak bukannya ada anak perempuan seorang je. Mana lah tau calon untuk angah ni mak yang carikan." Farah membuat gaya geli.

" Ish, tak naklah angah. Tah tah nanti mak carikan angah lelaki yang dah tua. Eee, tak sanggup." Syaza menghamburkam tawanya. Dipukulnya lembut tangan Farah.

" Angah jangan cakap tak nak,tak nak. Dapat betul-betul lelaki yang tua kerepot baru tau." usik Syaza. Cemberut muka Farah jadinya. Tak boleh dibayangkan kalau dia betul-betul kahwin dengan orang tua. Mak! Ayah! Angah tak nak kahwin!

I'm waiting for your comment guyss. Enjoy your reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience