Bab 11

Romance Series 7965

Rambut diikat gaya ekor kuda. Lengan baju hoodienya dinaikkan sedikit. Topi hitamnya dicapai diatas meja solek dan dipakainya. Beg sandang yang diletakkan diatas meja belajarnya dipakai dibahu kanannya. Kakinya dibawa kearah pintu bilik. Dibuka dan ditutup kembali. Satu persatu anak tangga dituruninya.

"Angah nak pergi mana ni?" tanya satu suara yang menegurnya dibelakang. Kepala Farah ditoleh kebelakang.

"Angah nak keluar kejap. Jumpa kawan." balas Farah. Ayahnya yang baru keluar dari bilik memganggukkan kepalanya.

"Pergilah."

"Thank you ayah. Angah pergi dulu ye." Tangan ayahnya dicapai dan dikucup lembut. Terus dia berlalu kearah muka pintu utama rumahnya. Kunci motor yang disangkutkan dirak kunci dicapainya. Kasut sportnya disarungkan ke kaki. Helmet motor diatas rak kasut diambilnya. Dia duduk diatas motor dan disarungkan helmet ke kepala.
"Angah nak pergi mana ni?" tanya Puan Rafidah yang sedang menyiram pokok bunga.

"Angah nak keluar kejap. Jumpa kawan. Angah pergi dulu ye" Beg sandangnya dibetulkan.

"Iyelah. Pergilah." Puan Rafidah kembali menyiram pokok bunga. Farah mula menghidupkan enjin motor. Dikeluarkan motornya ke luar halaman rumahnya dan dipandu pergi.

"Ada apa awak nak jumpa saya ni?" tanya Farah. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Ikmal. Diperhatikan gelagat orang yang turut berada dipantai. Ikmal yang agak terperanjat dengan kehadiran Farah membetulkan duduknya. Dia memusingkan sedikit badannya menghadap Farah.

Dia mencarikkan sedikit senyumannya.

"Saya ingatkan awak tak datang." Farah menjulingkan biji matanya keatas. Perli akulah tu.

"Sekarang ni saya dah ada dekat depan awak. So, awak cakaplah apa yang awak nak cakap tu." Ikmal membetulkan cermin matanya.

"Em, saya..." Farah sedia mendengar. Matanya memandang kearah lain tetapi telinga difokuskan kepada Ikmal.

"Saya sebenarnya tak tau saya patut cakap ke tak. Tapi saya tak boleh nak pendam. Saya asyik ingatkan awak je Farah." tajam mata Farah memandang kearah Ikmal. Lekas Ikmal mengalihkan pandangannya ketempat lain. Dia menarik sedikit nafasnya.

"Saya suka awak." pantas Farah berdiri.

"Apa yang kau merepek ni Ikmal? Kau sedar tak apa yang kau tengah cakap ni?" marah Farah. Panggilan 'saya awak' turut bertukar serta merta menjadi 'kau aku'. Ikmal turut bangun.

"Saya tak merepek. Saya cakap betul. Saya sukakan awak." ulang Ikmal lagi sekali. Farah ketawa sinis.

"Kau lupa ke apa yang kau buat kat aku? Nak aku ingatkan balik?" ujar Farah. Dia berdehem kecil sebelum menyambung percakapannya.

"Saya tak suka perempuan yang kasar. Saya suka perempuan yang lembut. Dah lupa ayat tu,hah? Kau dah reject aku, lepastu sekarang ni kau cakap dekat aku yang kau suka aku? Otak kau ada terjatuh kat mana-mana ke? Kau fikir aku ni apa? barang mainan kau? yang kau boleh buat sesuka hati kau?Sekasar-kasar aku pun, aku tetap ada hati dan perasaan." berombak dada Farah menahan kemarahan. Tangannya disilangkan.

"Lagipun aku dah tak sukakan kau. Perasaan suka tu aku dah lama campak dalam tong sampah. Dan aku takkan kutip balik." Kepala hoodienya dinaikkan menutup sedikit mukanya. Dia sedar orang ramai dah mula memandang kearah mereka. Cepat-cepat dia berlalu meninggalkan Ikmal sendirian.

Motornya ditongkat. Enjin motornya dimatikan. Kunci motor dicabut. Dia berjalan kearah buaian bulat yang terletak diluar rumah. Beg sandangnya dihempaskan diatas meja yang berdekatan dan dilabuhkan punggungnya diatas buaian. Kepala hoodie tadi diturunkan kembali. Kunci motornya dicampakkan keatas meja. Badannya disandarkan cuba meredakan kemarahannya.

"Saya sebenarnya tak tau saya patut cakap ke tak. Tapi saya tak boleh nak pendam. Saya asyik ingatkan awak je Farah."

"Saya suka awak."

"Arghh!!" Dia menjerit sedikit. Kepalanya masih terngiang-ngiang kejadian tadi. Mukanya diraup kasar. Tidak lama kemudian, kemarahannya telah pun reda. Telefon didalam beg sandangnya diambil. Ruangan chat group mereka dibukanya. Butang call ditekan. Telefon didekapkan ketelinga.

"Weh korang...aku jumpa Ikmal tadi."

Seorang lelaki yang duduk disudut paling jauh menyandarkan dirinya dikerusi. Sengaja dia mengambil tempat yang agak jauh dari meja-meja yang lain supaya senang untuk dia jumpa seseorang nanti. Dia tidak mahu orang lain mengacau perbualannya nanti. Sesekali dia melihat kearah jam ditangan. Air didepannya disedut menggunakan straw. Matanya melirik kembali kearah jam tangannya.

"Sorry bos,saya ada hal sikit tadi." ujar seorang lelaki yang baru datang dalam keadaan yang tergesa-gesa. Kerusi didepan lelaki itu ditariknya dan dilabuhkan duduknya.

"Kau ni memanglah. Kerja kau asyik lambat je." Tangannya naik memeluk tubuh. Badannya kembali disandarkan.

"Hehe, biasalah bos. Macamlah tak biasa dengan diri saya yang selalu datang lambat ni. Relax ok?" Tajam mata lelaki itu memandang kearah lelaki yang datang lambat tadi.

"Ok ok, sorry bos." cepat-cepat lelaki didepannya itu memohon maaf. Lelaki itu tersenyum sinis. Tau takut.

"Dahlah Fuad. Sekarang ni aku nak tau pasal Farah. Apa yang kau ada?" Fuad tersenyum.

"Kita minum dulu bos. Mana minuman saya?" selamba Fuad bertanya. Lelaki itu memandang Fuad tidak berpuas hati.

"Hish kau ni, macam-macamlah. Pergilah order." Fuad tersengih. Tangannya diangkat memanggil pelayan restoran. 'Haih, kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni. Kalau aku tak fikirkan pasal Farah, dah lama aku chaw.'

"What?? Wehh seriousla Farah???" Tanya Amy dan Lina serentak. Terpaksa Farah menjauhkan sedikit telefon daripada telinganya. Woahh, boleh pekak kalau macam ni.

"Kalau iye pon,janganla jerit. Sakit telinga aku." Farah mengusap telinganya perlahan. Sabar ye duhai telinga.

"Kitorang cuma pelik. Dia pernah reject kau,astu asal tetiba nak kat kau balik ni? Terhantuk dinding ke?" Farah tergelak kecil selepas Lina menghamburkan amarahnya.

"Entahla dia tu. Aku jumpa dia petang tadi. Aku ingatkan dia nak cakap pasal apalah. Rupanya dia nak cakap yang dia sukakan aku. Masalahnya sekarang ni perasaan suka kat dia tu dah takde dah wei. Dah lama hilang." Terang Farah. Dia bangun daripada duduknya. Beg sandangnya,helmetnya dan kunci motor yang diletakkan diatas meja dicapainya. Diletakkan kembali ditempat asal masing-masing. Dia kemudian berlalu masuk kedalam bilik. Dilabuhkan punggungnya dibirai katil. Kakinya digeselkan dicarpet lembut.

"Kau ada tanya dia tak asal tetiba dia boleh suka kau pulak? Bukan dulu beria ke dia tolak kau?" Tanya Amy.

"Aku tak tanyalah pulak. Sebab masa tu aku terkejut. Tak tahu dah nak cakap apa masatu. Yang aku tahu dalam otak aku ni,aku hanya nak balik je. Tetiba aku jadi takut dengan dia."

"Nanti kalau dia whatsapp kau lagi,kau tanya la. Mungkin dia ada alasan dia sendiri kenapa tetiba dia suka kau." Sambung Amy lagi. Farah hanya menganggukkan kepalanya walaupun dia tahu Amy dan Lina tak nampak.

"Tengokla macam mana. Sekarang ni aku dah malas nak ambil kesah pasal dia."

"Hah, baguslah. Tak payah pun layan orang macam tu." ujar Lina.

"Eh oklah, nanti aku call korang balik eh?"

"Ok. Apa-apa hal bagitau kitorang." kata Amy.

" Iyelah, mak cik oii. Saya yang mendengar kata."usik Farah.

"Ceh,dah lah. Aku off lu.Chaw." Lina terus mematikan panggilan. Tidak lama kemudian,mereka berdua turut mematikan panggilan. Dia termenung sejenak.

Guyss, 18 haribulan ni Ez dah nk vaksin. Takutlah. huhu. Korang yang belum daftar utk vaksin tu gilah daftar ek. Mencegah tukan lebih baik dari mengubati. hehe #kita jaga kita

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience